Umum mengetahui bahawa PRU akan diadakan pada bila-bila masa dan hanya menunggu tarikh pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ramai yang membuat andaian dengan mengatakan Perdana Menteri akan membubarkan parlimen sebelum bulan Jun dan macam-macam lagi.
Isu yang menjadi bualan hari ini ialah, kerajaan Selangor tidak akan membubarkan DUN sekiranya Perdana Menteri membubarkan parlimen sebelum Jun tahun ini. Kenapa boleh jadi begitu? Kebiasaannya Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan mengikut tarikh hari pembubaran parlimen dan barulah Pilihanraya boleh dijalankan serentak.
Sangkakala rasa musykil dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dalam Keadilandaily semalam yang mengatakan bahawa kerajaan Selangor tidak akan dibubarkan jika parlimen dibubarkan sebelum bulan Jun. Macam ada udang di sebalik mee pula.
Dari perbincangan dan sembang santai antara Sangkakala dengan rakan-rakan, ada juga dikalangan rakan-rakan yang mengatakan bahawa pemergian Khalid ke London baru-baru ini bukanlah membincangkan isu konsesi air semata-mata, ianya juga mungkin termasuk isu bagaimana syarikat air antarabangsa itu boleh membantu kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk kekal memerintah negeri itu dan seterusnya konsesi tersebut akan di ambil alih oleh syarikat yang dilantik oleh pakatan Rakyat. Dan untuk memastikan Pakatan Rakyat terus memerintah sudah pasti satu jumlah dana perlu disediakan dan siapa pula yang akan mengeluarkan dana tersebut.
Jika dikira dari tarikh pemergian Khalid ke London, kemungkinan besar untuk membekalkan dana tersebut mengambil masa lebih dari 2 bulan, dan jika pilihanraya umum diadakan sebelum bulan Jun maka pembekal tidak sempat untuk memasukkan dana tersebut kepada kerajaan Selangor.
Untuk mengadakan pilihanraya negeri, sudah tentu pakatan rakyat memerlukan belanja yang begitu besar dan belanja ini jika menggunakan wang kerajaan negeri sudah pasti 'bala' besar akan menanti kerajaan Selangor. Dan besar kemungkinan negeri Selangor akan jatuh dari segi pembangunan. jadi untuk mencari jalan selamat, kerajaan Selangor mungkin mencari dana dari luar bagi membantu mereka untuk memastikan kerajaan mereka kekal memerintah.
Jadi kemungkinan ini jugalah yang membuatkan kerajaan Selangor menunggu kemasukan dana tersebut seterusnya mengadakan pilihanraya negeri di Selangor.
pssttt..khalid kalau betul dapat duit nanti bagi sikit ye.. U are my friend bro.. hancur Selangor kerana PR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan