Isnin, 26 Mac 2012

KENYATAAN MEDIA GAPS

Dong Zong wajar bertanggungjawab bila Dato Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran ditumbuk dalam perhimpunan pertubuhan pendidikan cina itu di Kajang kelmarin. Memperlakukan sedemikian rupa, bukan contoh yang baik dalam sebuah negara demokratik yang merdeka seperti Malaysia.

Hasrat Dong Zong untuk menjadi pertubuhan pendidikan ekstreme cina dinegara ini tidak akan mencapai apa-apa matlamat kecuali menjadikan bangsa melayu dan india lebih berwaspada dengan corak politik dunia pendidikan Dong Zong yang semakin buas sekarang.

Rentak perang yang dimainkan menjelang pilihanraya membawa maksud yang pelbagai yang kadang-kadang tidak menguntung bangsa cina keseluruhannya dinegara ini.

Bayangkan jika hanya guru melayu mengajar di SK, hanya guru India mengajar di SJKT. Munasabahkah, wajarkah, adilkah guru berbangsa melayu dan india yang mengajar di SJKC dihumban keluar semata-mata kerana perbedaan warna kulit?

Dong Zong juga dilihat mahu mendekatkan sistem pendidikan negara ini menghampiri sistem aparthied yang telah buat sekian lamanya ditolak oleh semua bangsa didunia ini.

Jurang pendidikan yang semakin melebar antara golongan rakyat tentunya tidak menyumbang kepada negara yang aman, stabil dan makmur.

Kaum cina wajar mencari pendekatan yang lebih lunak dalam masyarakat yang berbilang ras dan keturunan dinegara ini. Selamatkan negara ini dari arus ekstreme Dong Zong dalam dunia pendidikan.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

26 Mac 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan