Sabtu, 17 Mac 2012

JINGGA 13 MENCABAR UNDANG-UNDANG


Tindakan sebuah badan NGO yang merancang untuk mengadakan himpunan haram bagi menuntut pembebasan Imam Hoslan dilihat seperti tidak memahami undang-undang di negara ini, Jingga 13 juga seperti mahu mencabar kedaulatan undang-undang dengan menyatakan mereka akan melakukan himpunan tersebut dan menghantar memorandom kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung.

Yang salah tetap salah dan layak dihukum dan hukuman dari seorang hakim adalah setelah mengikut prosiding yang ditetapkan, bukan main suka-suka untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang pesalah.

Hukuman juga biasanya adalah untuk iktibar bagi orang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Imam Hoslan di kenakan hukuman penjara selama setahun berikutan beliau melemparkan kasut kearah hakim dan perbuatan itu di anggap kurang ajar apatah lagi beliau ialah seorang imam yang sepatutnya memberikan tunjuk ajar serta amalan yang baik.

Dengan kenyataan NGO berkenaan dan dengan mengadakan himpunan seperti itu, Jingga 13 seolah-olah membenarkan si pelaku atau orang lain melakukan tindakan serupa dan sewenang-wenangnya menghina badan perundangan negara dan institusi kehakiman.

Tetapi mungkin juga Jingga13 melakukan semua ini kerana Imam Hoslan adalah seorang ahli PAS seumur hidup dan jika beliau seorang ahli UMNO atau komponen BN sudah tentu Jingga 13 akan meminta hukuman yang lebih berat dijatuhkan.

1 ulasan:

  1. Puak-puak nie memang benggong. Apa yang depa perjuangkan sebenarnya ntahlah...

    Bila Anwar, nak plak dia bercakap soal keadilan dan sebagainya....

    Pegi mamposlah puak-puak pakatan haram jadah nie....

    Blog saudara telah dilinkkan dalam Sahabat-Gunung. Tq

    BalasPadam