Setelah hampir seminggu kejadian banjir melanda kawasan Ampang dan hulu Langat keadaan kini bertambah pulih, namun begitu pihak kerajaan pusat tidak henti-henti menghantar bantuan bagi membantu mangsa yang terlibat.
Semalam sahaja bantuan berupa tong berisi gas serta dapur disumbangkan oleh Kementerian Pertanian yang disampaikan oleh Datu Seri Noh Omar selaku Menteri Pertanian dan juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
|
ANTARA TONG GAS YANG DISUMBANGKAN |
Hari ini pula bantuan masih lagi diteruskan dengan kehadiran sukarelawan dari FAMA yang menghantar sukarelawan seramai 105 orang, Angkatan Tentera Malaysia seramai 250 orang, Briged Putra UMNO 100 orang dan Gerakan Belia 4B seramai 80 orang turun bersama-sama membantu mangsa membersihkan rumah kediaman yang mengalami masalah.
|
SUKARELAWAN FAMA |
|
BRIGED PTRA UMNO MALAYSIA |
|
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA |
|
ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA
|
Selain dari menghantar sukarelawan pelbagai barangan makanan dan peralatan rumah turut disumbangkan antaranya, Briged Putra UMNO menyumbangkan tilam untuk diagih-agihkan kepada mangsa.
Menurut maklumat yang diberikan, Datuk Seri Noh Omar akan turun sekali lagi petang nanti bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa.
Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia juga menghantar pasukan bantuan bagi membantu mangsa bencana, turut terlibat sama paukan perubatan dari Hospital Pakar Pantai yang menghantar pasukan perubatan bagi memeriksa serta merawat mangsa-mangsa yang mengalami masalah kesihatan dia kawasan terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan