Ahad, 25 Mac 2012

AZMIN ALI VS KHALID IBRAHIM

Baru-baru ini Azmin Ali mendedahkan bahawa bekas EXCO kerajaan kerajaan negeri yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali telah menggunakan wang kerajaan sebanyak RM 300 ribu bagi mengubah suai pejabat beliau dan itu adalah satu pembaziran yang dilakukan oleh bekas EXCO tersebut. Azmin juga mengatakan bahawa wang tersebut lebih baik diberikan kepada rakyat dari pada ianya dibazirkan sedemikian. Beliau (Azmin) juga mempertikaikan tentang tender yang diberi kepada kontraktor pengubahsuaian tersebut dimana beliau mendakwa bahawa ianya tidak mengikut prosedur yang betul.

Hari ini pula, didalam MalaysiaKini, Menteri Besar Selangor mengatakan bahawa kontrak pengubahsuaian bilik pejabat bekas ECXO itu dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan dan ianya tidak menjadi kesalahan dan tindakan tidak akan di ambil terhadap Hasan Ali.

Persoalannya, adakah Azmin sengaja untuk memerangkap Hasan atau Azmin ingin menunjukkan bahawa pentadbiran Khalid selaku Menteri Besar tidak telus? Ini menjadi tanda tanya di dalam pemikiran Sangkakala kerana kedua-dua pemimpin ini adalah dari parti yang sama dan tidak mungkin sama sekali ianya diluar pengetahuan kerana penasihat ekonomi kerajaan negeri adalah Ketua Umum parti mereka berdua.

Kepincangan dalam pentadbiran ini sudah dapat dilihat dan ianya kini menjadi tanda tanya, jika perkara sebegini boleh terlepas pandang oleh Azmin, ini bermakna ianya mungkin akan terjadi kepada rakyat dalam bentuk memberikan ketelusan dalam pemerintahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan