Ahad, 19 Februari 2012

SAH DAP ANTI MELAYU

Malam tadi telah diadakan debat diantara Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dangan Setiausaha Agung DAP En. Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'. Debat yang telah diadakan di dalam dewan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur dengan dipenuhi 600 hadirin.

Dalam debat tersebut jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng yang mewakili DAP tidak menerima melayu sebagai kaum majoriti dan mempunyai keistimewaan di negara ini. Ini juga jelas menunjukkan bahawa jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU maka sistem Raja berParlimen sudah tidak akan diguna pakai lagi.

Sangkakala beranggapan begitu apa bila Guan Eng menyatakan bahawa DAP tidak menerima pakai Ketuanan Melayu dan mereka hanya memakai ketuanan rakyat. Jelas kesimpulannya disini ialah, siapakah pemimpin tertinggi negara? Bukankah negara ini dinaungi oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung sebagai tampuk pemerintahan dan kedaulatan? Yang mana kita juga mengetahui bahawa DYMM juga adalah ketua agama Islam dalam negara ini?

Jika ketuanan Melayu ini tidak diguna pakai dan hanya ketuanan rakyat yang diterima oleh DAP, maka DYMM Seri Paduka Baginda juga tidak diterima pakai kerana Baginda bukanlah rakyat jelata tetapi adalah Raja yang berdaulat didalam negara ini.

DAP nampaknya mahu menjadikan negara ini sebagai negara republik berPresiden seperti Indonesia, Singapura dan yang lain-lain lagi dengan cara menolak ketuanan Melayu, jelas juga disini memperlihatkan bahawa DAP tidak menghormati orang Melayu dan Agama Islam.

Kenapa Sangkakala berkata begitu? Cuba kita perhatikan disini, Malaysia sebuah negara yang terdiri dari berbilang kaum dan majoritinya pula adalah kaum Melayu. Ketuanan Melayu itu sendiri bermaksud bahawa pemerintah di negara ini mestilah terdiri dari golongan orang Melayu Islam dan ketua Agama Islam pula adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung yang sudah semestinya Melayu Islam.

Dengan penolakan ini, Sangkakala mengatakan bahawa DAP adalah parti perkauman dan tujuan mereka bersama-sama dengan PAS hanyalah semata-mata untuk mencari peluang dan ruang bagi mereka mendapatkan kuasa dengan cara mencari undi orang melayu melaui PAS, setelah itu nanti pasti PAS akan ditendang seperti anjing kurap yang tiada berguna kerana apa? Kerana DAP pasti akan menukar perlembagaan bagi membolehkan mereka memerintah secara total dinegara ini.

Memang betul kita semua tahu bahawa, untuk menukar perlembagaan negara mereka mestilah mempunyai majoriti undi 2/3 di dalam Parlimen, dan ini yang sedang diusahakan oleh DAP. Anwar ibrahim pula beserta dengan kepimpinan PKR semata-mata berpolitik untuk melepaskan dendam kesumat mereka terhadap UMNO dan sudah semestinya mereka akan meninggalkan semua pengikut mereka apabila hasrat mereka ini tercapai kelak.

Sangkakala menasihatkan seluruh rakyat Malaysia khususnya pengikut-pengikut PAS supaya berfikir secara dalam apa yang Sangkakala katakan ini. Jangan hanya kerana fikiran kita yang singkat, jangan hanya kerana dakyah yang di sebarkan maka kita menggadai maruah Agama, Bangsa dan Tanah air kita untuk mereka yang rakus dengan kuasa.

Sangkakala menyeru kepada semua, Jika tidak kita siapa? Jika tidak disini dimana? Jika tidak kini bila? Maksudnya, jika tidak kita, siapa lagi akan mempertahankan tanah air tumpah darah nenek moyang kita ini? Jika tidak disini, dimana lagi tempat akan kita tinggalkan anak cucu kita nanti? Dan jika tidak kini, bila lagi akan kita mula untuk mempertahankan bumi bertuah ini? Fikir-fikirkan lah wahai anak bangsa, jangan sudah tergadai baru rasa kecewa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan