Isnin, 13 Februari 2012

PEMIMPIN PAS PEMIMPIN AKHIR HAYAT

Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang boleh dikategorikan sebagai pemimpin akhir hayat. Ini kerana mereka berdua tidak mahu berundur dari arena politik yang kononnya tidak direstui oleh parti.

Betul ke begitu? Atau ada udang di sebalik batu?

Dengan memberikan alasan yang tidak boleh diterima akal dan fikiran, kedua-dua pemimpin ini terus seolah-olah menyalahkan kepimpinan parti yang kononnya masih berkehendakkan mereka berdua di dalam arena politik.

Bercakap dalam sidang media bersama Malaysiakini, kedua-dua pemimpin berkata bahawa mereka memang sudah mahu meletakkan jawatan dan akan menarik diri dalam pilihanraya umum akan datang.

Alasan sebegini sudah lapo dan ditelan zaman, ini kerana keputusan meletakkan jawatan bukan terletak kepada parti tetapi ianya terletak atas individu itu sendiri. Jika kedua-dua mereka menyatakan hasrat untuk tidak bertanding atau melepaskan jawatan masing-masing maka tidak ada sesiapa yang mampu menghalang keputusan mereka.

Sangkakala juga teringat apabila mantan Perdana Menteri Tun Mahathir sewaktu mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihanraya, semua pemimpin tertinggi kerajaan tidak menyokong, tetapi itu adalah hak mutlak tuan yang empunya diri dalam membuat keputusan dan semua ahli serta kepimpinan haruslah menghormati keputusan tersebut.

Berbalik kepada Nik Aziz dan Hadi, mereka mengatakan bahawa pemimpin serta ahli PAS tidak merestui penarikan diri mereka berdua. Nampaknya PAS sudah tidak ada pemimpin muda yang mampu untuk menggantikan tempat mereka dan mungkin juga kenyataan penarikan diri itu hanyalah satu ugutan atau mencari populariti setelah di hentam kuat oleh mantan EXCO Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang kini sedang giat melakukan ceramah membongkar setiap kepincangan di dalam parti PAS.

Mungkin kedua-dua pemimpin PAS ni hanya akan meninggalkan jawatan mereka setelah mata tertutup mungkin.

Ini bukan dikatakan pemimpin akhir zaman, tetapi boleh dikategorikan pemimpin hingga ke akhir nyawa.

Di dalam sidang media itu juga, Hadi ada menyebut bahawa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta supaya mereka berdua tidak melepaskan jawatan masing-masing dan terus bertanding pada pilihanraya akan datang.

Sangkakala lebih melihat kepada PKR hanya ingin mengumpan pengikut-pengikut PAS supaya memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dan Hadi serta Nik Aziz hanya digunakan untuk menjadi kuda tunggangan Pakatan itu.

Dalam sidang media yang sama, disoal tentang YB Salahuddin Ayub sama ada akan bertanding di Johor, Hadi berkata mmg ada permintaan dari PAS Johor supaya Din Pudu di letakkan di negeri itu dan bertanding sebagai ADUN, ini semua adalah gara-gara untuk memusnahkan karier politik Din Pudu kerana semua orang tahu bahawa penduduk atau pun rakyat Johor menolak beliau hingga memaksa beliau bertanding di Kubang Krian Kelantan sebagai ahli parlimen.

Jika abg Din Pudu balik ke Johor ibarat meletakkan tali di tengkuk sendiri dan menunggu masa untuk Pakatan Rakyat menarik kerusi akhirnya Din Pudu mati tergantung.

Inilah rupa sebenar PAS yang kemaruk kuasa, dari pada parti hingga ke pemimpin. Dah tua pun berminat lagi dengan jawatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan