Jumaat, 10 Februari 2012

NIK AZIZ MEMANG PANDAI

Dalam kemelut politik dan kontroversi yang melanda PAS kini, TG Nik Aziz pandai mengambil kesempatan terhadap pemimpin-pemimpin di dalam PAS itu sendiri.

Salahudin Ayub atau Din Pudu Naib Presiden PAS (gambar) yang mempunyai kontroversi kononnya ada skandal dengan isteri orang mahu dilenyapkan secara perlahan-lahan oleh Nik Aziz bersama-sama DAP dan PKR dari PAS.

Mana tidaknya, Nik Aziz berkata beliau amat terharu untuk melepaskan Din Pudu untuk bertanding di Johor tempat kelahiran abang Din sendiri. Tetapi jika boleh menguatkan pergerakan parti itu di Johor Nik Aziz rela. Itu menurut apa yg dikatakan oleh Nik Aziz dalam harakahdaily.

Sangkakala dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, bahawa Nik Aziz memang tidak begitu menyukai tindak tanduk abg Din Pudu tambahan pula dengan skandal yang membabitkan beliau.

Jadi ini adalah jalan terbaik untuk Nik Aziz mematikan karier politik abg Din, dengan meletakkan abg Din di Johor sudah pastinya abang Din akan mengalami kekalahan dan sekaligus di dalam kepimpinan atasan PAS kerana mengikut satu lagi sumber yang Sangkakala perolehi, orang Johor amat mengenali latar belakang Din Pudu dan ianya menjadi satu kebencian yang telah tertanam di hati penduduk serta rakyat Johor.

Sangkakala ingin mengucapkan selamat menuju alam kekalahan sebagai wakil rakyat (MP/ADUN) di Johor dan selamat juga mengalami kekalahan di dalam PAS itu sendiri.

Steady Nik Aziz, smart game!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan