Hari ni Sangkakala ke kedai buku MPH, dalam Sangkakala mencari-cari buku, Sangkakala terpandang sebuah buku yang berkisar tentang soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus.
Apa yang membuatkan Sangkakala tertanya-tanya, sejak bila Azhar Idrus ni dapat gelaran Ustaz? Bukankan Ustaz itu adalah panggilan bagi seorang guru?
Pihak Jabatan Agama Islam perlu mengambil sedikit perhatian dalam sebaran-sebaran yang di lakukan oleh Azhar Idrus kerana ini mungkin boleh menjurus kearah yang tidak berapa baik.
Sama juga seperti al-quran cetakan baru, semua ayat dan sebutan akan diteliti sebaik mungkin bagi mengelakkan kekeliruan kepada umat islam.
Sangkakala tidak mengatakan bahawa Azhar Idrus tidak tahu tentang agama, tapi mungkin pengetahuan agama beliau sama seperti orang lain dan bukan bertaraf seorang guru atau ulamak yang mampu mentafsir segala sunah dan firman bagi mengelakkan kekeliruan.
Ini kerana buku yang diterbitkan itu berharga serendah RM15 sahaja dan ianya mampu di beli oleh setiap lapisan masyarakat. Apa yang membimbangkan ialah, jika buku ini tidak mengikut seperti mana yang dikehendaki didalam islam dan dibeli serta dibaca oleh anak-anak muda yang ingin atau baru nak mempelajari tentang agama bukankah nanti akan terpesong aqidah mereka hanya kerana kita tidak melakukan apa-apa. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan