Sabtu, 14 Januari 2012

ANWAR BAWA DUIT MASUK KE M'SIA 100 JUTA US UNTUK APA

Sangkakala hari ni diberi satu maklumat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa masuk duit sebanyak USD 100 juta bersamaan dengan Ringgit Malaysia 300 juta lebih.

Dari maklumat yang Sangkakala dapat DSAI telah membawa duit tersebut melalui penerbangan dari Thailand dan di bawa masuk oleh seorang Pilot kapal terbang.

Apa yang mengecewakan, pilot tersebut dengan sengaja  turut sama bersekongkol dengan DSAI dalam usaha menghancurkan negara demi kepentingan politik dan kuasa.

Tapi dari mana sumber duit tersebut diperolehi? Sangkakala juga terdengar bahawa duit tersebut di taja oleh sebuah negara luar yang menginginkan DSAI menjadi Perdana Menteri.

Jika pada ketika ini DSAI telah mengambil wang dari negara trsebut, tidak mustahil negara itu mempunyai agenda tertentu terhadap negara ini.

Apa lagi yg Sangkakala dengar ialah negara yang menyalurkan wang tersebut telah menghantar Duta mereka di Malaysia untuk berjumpa dengan DSAI sebelum kes beliau di sebut di mahkamah pada 901 yang lepas.

Jika benar maklumat yang Sangkakala terima ni, maka negara ini memang didalam masalah sekiranya PR memerintah selepas PRU 13 nanti.

Sangkakala amat berharap dan menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya janganlah kita menggadai negara ini demi kesinambungan anak cucu kita nanti.

Begitu susah datuk nenek kita dulu berjuang menentang penjajah hanya kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim maka segala usaha yang di lakukan oleh keturunan kita yang terdahulu menjadi sia-sia dan tiada makna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan