Rabu, 2 November 2011

CHEGU BARD HANYA MEMANDANG PADA KELUARGA PM ANWAR PULAK?

Selepas menghentam Datin Seri Rosmah dengan isu cincin berlian yang dikatakan bernilai jutaan ringgit, kini anak kepada PM pula di katakan berbelanja secara boros di luar negara.

Bagaimana pula dengan keluarga Ketua Pembangkang berbelanja? Kenapa tidak diselidik oleh si chegu bard yang semua orang tau tidak mendapat sokongan semasa pemilihan PKR hingga tersembam di kaki Shamsul Iskandar?

Penulis ada membuat risikan terhadap beberapa orang dan salah seorang yang penulis tanya adalah pekerja kedai emas yang mana Wan Azizah pernah kunjungi bersama-sama dengan rakan beliau semasa Anwar di dalam penjara.

Pekerja ini memberitahu bahawa beliau ada membuat tawaran barang kemas kepada Wan Azizah dan jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah amay mengejutkan dimana beliau berkata bahawa beliau hanya membeli barangan kemas di luar negara kerana takut nanti ianya menjadi isu.

Apa pasal chegu bard tak mau dedahkan perkara ini? Adakah pembelian yang dilakukan oleh Wan Azizah tidak berekod atau ditaja oleh pihak lain di luar negara?

Sangkakala akan dedahkan perkara ini sama seperti mana fitnah yang disebarkan oleh Chegu Bard, cuma bezanya kali ini ianya bukan satu fitnah tetapi ianya adalah satu kebenaran yang perlu diketahui oleh rakyat dan para pengikut PKR.

Duit yang dibelanjakan oleh Wan Azizah serta keluarga beliau juga tidak di ketahui puncanya dari mana. Jadi kepada para pembaca, nantikan pendedahan yang akan Sangkakala buat satu persatu.

Pendedahan ini nanti akan merangkumi sumber pendapatan Wan Azizah serta keluarga termasuk Azmin Ali yang kini hanya mendiamkan diri tentang perbelanjaan mereka.

Adakah cukup hanya dengan elaun ahli perlimen untuk membiayai perbelanjaan Wan Azizah sekeluarga?

Nantikan pendedahan ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan