Bermula sudah Solidariti Anak Melayu Muda menabur fitnah terhadap Datin Seri Rosmah Mansor. SAMM yang diketuai oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard hanya sekadar mencari publisiti murahan berikutan kekalahan beliau terhadap ketua pemuda keadilan pusat dalam pemilihan yang lepas.
Dalam laman blog Really Tigaline.com, beliau telah berkata bahawa Perdana Menteri akan meminta supaya rakyat berjimat cermat semasa kenaikan harga barangan. Dan beliau juga menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu mendidik supaya keluarga Perdana Menteri yang lebih berjimat.
Adakah dengan hanya keluarga Perdana Menteri yang melakukan penjimatan maka seluruh rakyat Malaysia akan mendapat kenikmatan?
Semua ini adalah perancangan dari mentor chegu bard iaitu Anwar Ibrahim yang semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri yang juga melakukan pembuangan wang rakyat, sehingga pada tahun 1998 yang mana semasa itu Anwar menjadi TPM merangkap Menteri Kewangan bertegas mahu meminjam wang dari bank dunia.
Apa yang sangakakala tahu, george soros pada masa itu menjadi penyangak matawang yang juga merupakan sekutu Anwar Ibrahim dalam usaha menjatuhkan nilai matawang dan juga ekonomi Malaysia.
Sangkakala juga ada mendengar desas desus bahawa Anwar Ibrahim juga ditawarkan dengan ganjaran oleh bank dunia sekiranya Malaysia melakukan pinjaman tersebut.
Berbalik kepada apa yang dilakukan oleh Chegu Bard pada hari ini dengan menjual buku yang kononnya menjadi wadah perjuangan dalam mendedahkan bahawa wanita nombor satu negara itu sebagai boros dalam membelanjakan wang rakyat sesungguhnya adalah tidak benar sama sekali.
Walaupun pelbagai pihak telah memberikan penjelasan termasuklah penjelasan yang diberikan oleh pemilik laman blog dari negara jiran yang mengatakan bahaw berita itu adalah sebagai ralat dan mereka telah memohon maaf terhadap Perdana Menteri serta keluarga atas kesilPan tersebut.
Nampaknya Chegu Bard masih lagi mengharap supaya ada pihal didalam PKR memandang beliau dari segi kesungguhan bekerja. Selepas ini Shamsul Iskandar pula perlu lebih menonjolkan diri kerana sudah ada pesaing.
Apa yang sangkakala harap kepada semua pembaca ialah, jangan sesekali percaya tohmahan yang terdapat dalam buku tersebut kerana ianya hanyalah fitanh politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan