Rabu, 19 Oktober 2011

DIMANA PERJUANGAN ISLAM OLEH PAS


PAS menyatakan pendiriannya bahawa mereka tidak akan pergi menyertai himpunan sejuta umat islam pada 22 Oktober ini di Stadium bola sepak Shah Alam.

Himpunan ini bertujuan untuk menyatakan perpaduan umat islam di Malaysia serta mempertahankan aqidah umat Islam dari terus di pesongkan oleh pihak - pihak tertentu. Seperti cubaan untuk memurtadkan orang Islam khususnya.

Dimana laungan memperjuangkan Islam yang di war - warkan oleh PASselama ini? PAS sanggup untuk membiarkan pengikutnya menyertai himpunan BERSIH yang di ketuai oleh bekas presiden Majlis Peguam yang mana dulunya menjadi peguam bagi permohonan murtad oleh Lyna Joy.

Sedangkan himpunan yang disertai oleh umat islam ini tidak diendahkan oleh PAS.

Adalah amat mengecewakan sikap PAS yang sanggup bersekongkol dengan Ambiga yang sudah tentunya kafir tetapi menolak himpunan umat Islam. Adakah ini parti yang melihatkan perjuangan Islam sebagai agenda utama.

PAS memang hanya menggunakan nama Islam dalam mencari kuasa memerintah sedangkan pelaksanaan dan usaha kearah itu langsung tiada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan