Ahad, 18 September 2011

NIK AZIZ BERCAKAP DENGAN TUHAN?

 Nik Aziz sekali lagi menyatakan bahawa beliau boleh berinteraksi dengan Allah tetapi kali ini selepas kematian beliau.

Dalam kenyataannya ketika ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian, beliau menyatakan "sekiranya Tuhan (Allah) bertanya kepada beliau kenapa tidak menjalankan hukum hudud?" beliau akan meminta tuhan (Allah) supaya bertanya pada Tun Dr Mahathir.

Kenyataan ini dibuat dalam Sinar Harian bertajuk 'Nik Aziz minta Najib benarkan Hudud'.

Kes hukum Hukum Hudud ini tealh lama menjadi isu PAS, terutamanya Nik Aziz semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi. tetapi apa yang menjadi tanda tanya kini, kenapa semasa Tun Abdullah Ahmad Badawimenjadi Perdana Menteri kisah Hukum Hudud ini senyap dan tidak di persoalkan, mungkinkah Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib mempunyai kekuatan dalam mentadbir negara hingga menjadi kegerunan bagi PAS.

Hukum Hudud memang tidak sesuai dilaksanakan di negara ini berikutan kita mempunyai penduduk dari kalangan pelbagai kaum dan fahaman agama.

Hukum Hudud pula hanya tertakluk kepada Umat Islam di negara ini. Adakah keadilan mampu dicapai secara total jika hukum hudud dilaksanakan?

Sebagai contoh, jika seseorang itu (beragama islam) berzina dengan pasangan (bukan beragama islam) adakah pasangan ini akan dihukum dengan hukuman yang sama? ini tentu tidak dapat dilaksanakan.

Contoh lain pula, jika seseorang itu dibenci oleh orang lain, mengikut hukum hudud cukup dengan 4 orang saksi untuk mendakwa seseorang, maka penganiyaan akan terjadi dan adakah ini keadilan kepada mangsa?

Jika benar hukum Hudud hendak dilaksanakan, apa kata jika hukum ini dilaksanakan kepada timbalan Presiden PAS (Mohammad Sabu) yang ditangkap khalwat satu masa dulu dan seorang ADUN PAS yang di tangkap berkhalwat di dalam sebuah gerabak Keretapibersama isteri orang.

Ini semua perlu diberi perhatian oleh TG Nik Aziz sebelum memohon peruntukan undang-undang Hudud dilaksanakan terhadap rakyat tak kira sama ada di Kelantan atau di Malaysia.

Berbalik kepada apa yang dikatakan oleh beliau dalam Sinar Harian, tentang pertanyaan dari Tuhan (Allah) tadi, adakah dalam mana-mana kitab yang mengatakan tuhan (Allah) akan bertanya soalan seperti itu? Bukan kah nanti di akhirat akan disoal kepada pemimpin tentang keadilan yang diberi kepada rakyat dibawah naungannya?

ternyata Nik Aziz memang suka berkata-kata hingga mengelirukan dan adakan ini fatwa baru Nik Aziz dalam mencari undi memandangkan PRU 13 semakin hampir? wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan