Sesetengah pemimpin UMNO perlu merubah minda mereka pada hari ini, jika dulu segelintir pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan hanya merasakan kehadiran pemuda sebagai satu saingan kepada mereka, hari ini pemimpin-pemimpin UMNO perlu merasakan bahawa kehadiran pemuda adalah sangat di perlukan, bukan hanya di perlukan untuk memasang sepanduk dan poster tetapi pemuda perlu di beri peluang untuk lebih menonjolkan diri.
Penonjolan yang di maksudkan adalah lebih kepada turut sama dalam kempen-kempen pilihanraya, di beri peluang untuk menyampaikan ucapan kepada golongan muda.
Apa yang kita lihat pada pilihanraya-pilihanraya yang terdahulu, dalam setiap kempen pilihanraya golongan muda tidak di beri ruang dan peluang untuk menyampaikan hasrat hati mereka, tidak di beri peluang untuk menyampaikan maklumat. Apa bila ada anak muda yang mampu bersuara, yang mampu untuk meraih sokongan, mereka ini akan di pancung dan dianiaya dan kelebihan mereka ini di nafikan hanya kerana segelintir pemimpin ini takut kedudukan mereka goyah.
Adalah lebih memilukan lagi apabila golongan-golongan ini merasa kecewa hingga termakan kata-kata pembangkang yang kononnya sedia mendengar keluh kesah golongan muda.
Inilah yang membuatkan segelintir generasi muda pada hari ini memilih pihak pembangkang sebagai pentas untuk meluahkan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan. Transformasi golongan muda perlu dilaksanakan dengan kadar segera supaya perkara-perkara yang tidak diingini terjadi di kemudian hari.
Ramai golongan muda Hari ini yang bijak pandai, yang mampu untuk memimpin tetapi diberi tentangan sengit oleh pemimpin-pemimpin dengan meletakkan (juga) dari golongan muda yang hanya mengikut telunjuk dalam kata lain, pemimpin yang suka kepada burung tekukur yang akan mengangguk dan berbunyi bila jari di petik, sedangkan kerja-kerja mereka belum tentu berkualiti seperti kehendak masyarakat pada hari ini.
Ini adalah petikan dari ucapan YAB Perdana Menteri sempena sambutan hari belia.
- Pertama-tamanya saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Belia kepada seluruh warga belia Malaysia. Sesungguhnya golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar rakyat Malaysia amat penting kepada hala tuju dan masa depan negara.
BELIA PEMANGKIN TRANSFORMASI
Saudara saudari sekalian,
- Hari ini negara sedang menangani cabaran yang monumental, iaitu cabaran untuk merealisasikan wawasan kebangsaan bagi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020. Malaysia memiliki tradisi unik bersikap pragmatik dan bukan dogmatik , mengambil jalan yang perlu sama ada ia senang mahupun sukar bagi memetakan laluan nasional yang bersifat transformatif. Inilah keunikan negara kita dari merebut kemerdekaan secara rundingan, mengukuh perpaduan nasional melalui integrasi dan bukannya asimilasi, menghapuskan pemberontakan komunis dengan memenangi hati dan fikiran, membangunkan kawasan luar bandar secara sistematik, membina infrastruktur asas secara di hadapan keluk, menarik pelaburan asing bagi merangsang proses perindustrian dan hari ini meningkatkan kedudukan negara dalam rantaian nilai global.
Tapi sejauh mana kata-kata ini diambil berat oleh segelintir pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan.
Berilah peluang kepada pemuda untuk menerajui serta membentuk hala tuju pemuda itu sendiri tanpa dikekang oleh mana-mana pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan