Khamis, 21 April 2011

DULU PUTRAJAYA KINI PETRAJAYA

Berita tergempar hari ni. Sangkakala dapat panggilan telefon dari kawan yang bertugas sebagai salah sorang pegawai khas kepada seorang ADUN di Sarawak mengatakan, beliau telah dihubungi oleh seseorang pada tengah hari tadi yang tidak mahu memberikan detail peribadi si pemanggil kepada beliau. Kawan sangkakala ni mengatakan bahawa si pemanggil telah membuat satu tawaran melalui beliau untuk memberi imbuhan sebanyak RM 5 juta kepada ADUN tersebut, sekiranya ADUN tersebut bersetuju untuk menjadi ADUN bebas dan seterusnya menyokong parti pembangkang.  ADUN tersebut telah menolak pemberian imbuhan tersebut kerana memikirkan perjuangan BN selama ini tidak pernah menyusahkan atau membebankan rakyat Sarawak.
Pada sangkakala, ini adalah konspirasi dari pihak pembangkang untuk memerintah negeri Sarawak. Seperti yang kita semua maklum, Anwar Ibrahim pernah menyatakan janji kepada ahli parlimen pembangkang bahawa pada 16 September 2008 mereka akan menakluki Putrajaya. Beberapa ahli parlimen pembangkang telah pergi sebagai gurkha untuk memujuk ahli parlimen BN supaya menyokong usaha mereka. Tapi sayang sekali apabila ahli parlimen BN menolak mentah2 permintaan tersebut. Kini perkara yang sama di lakukan oleh pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Mereka kali ini cuba untuk merampas Petrajaya selepas gagal merampas Putrajaya.
Nampak sangat pembangkang amat tersepit ketika ini, setelah melihat kekuatan Bn di Sarawak pembangkang sudah merasakan bahawa mereka sudah tidak lagi berbisa seperti PRU12 yang lalu.
Kepada semua ADUN-ADUN Sarawak, sangkakala mohon supaya jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang yang hanya mahukan kuasa untuk memerintah seterusnya menghancurkan bumi bertuah Sarawak Bumi Kenyalang. Teruskan perjuangan. Barisan Nasional adalah parti pemerintah terbaik yang ada di masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan