Ahad, 24 April 2011

DAP DAN SNAP BERGABUNG TINGGALKAN PKR &PAS

Telah diduga dari awal bahawa DAP hanya berlakon dengan mengatakan sanggup bekerjasama dengan PKR dan PASdengan menubuhkan Pakatan Rakyat kononnya.
Dari sumber yang boleh di percayai di Sarawak, Lim Kit Siang (penasihat parti DAP) akan pergi berjumpa dengan Presiden SNAP Edwin Dundang dalam tempoh masa terdekat untuk menyatakan hasrat agar DAP dan SNAP bergabung untuk pilihan raya umum (PRU 13) yang akan datang bagi merampas kerusi parlimen di Sarawak. Tujuan gabungan ini tak lain dan tak bukan untuk mengukuhkan kedudukan DAP di Sarawak dengan memilih penggabungan dengan SNAP. Kemana pula  arah PKR dan PAS? Sudah pasti SNAP akan menolak DAP sekiranya DAP masih lagi bersama dengan 2 buah parti tersebut dan SNAP sudah tentu meminta kerusi yang agak lebih. Tidak mustahil juga DAP akan meninggalkan PKR dan PAS kerana DAP mempunyai majoriti kerusi DUN pembangkang Sarawak.
Menurut sumber tersebut juga, DAP memang mengharapkan penggabungan ini bagi membolehkan mereka menang dalam pilihanraya yang akan dating.
Ini lah yang sedang menjadi igauan ngeri PAS dan PKR, lepas ni terpaksa bertanding dalam kerusi parlimen yang sama tetapi dengan fahaman yang berbeza.
Sayang sekali jika selepas ini rakyat Sarawak memilih parti yang tiada hala tuju seperti DAP, SNAP, PKR dan PAS. Cuba kita renungkan kembali, bagai mana sebuah parti gabungan yang tidak sehaluan mampu untuk memerintah sebuah negeri atau sebuah Negara. Jadi nasihat saya kepada seluruh rakyat Sarawak, hanya Barisan Nasional yang mampu mentadbir Negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan