Selasa, 26 April 2011

ANWAR DAH PUCAT LESI


Sudah terang lagi bersuluh, itulah perumpamaan yang patut di beri kepada semua penyokong-penyokong PKR dalam kes liwat yang membababitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari.
Ujian DNA yang di jalankan jelas menunjukkan bahawa DNA air mani yang terdapat pada saluran dubur Saiful adalah sama dengan DNA yang terdapat pada botol minuman ‘CACTUS’ serta tuala good morning yang diambil semasa Anwar di lokap iaitu milik Anwar Ibrahim.
Desakan yang di buat oleh bebrapa badan bukan kerajaan serta orang ramai selama ini supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau tetapi tidak di ambil peduli oleh Ketua Umum Parti Keadilan tersebut hingga membuatkan mahkamah menggunakan bukti DNA yang di ambil dari lokap semasa penahanan beliau.
Penyokong PKR terdiam seketika semasa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Adakah bukti ini masih tidak mencukupi untukmeyakinkan pengikut Anwar Ibrahim dan PKR bahawa pemimpin mereka adalah peliwat. Mungkin juga Presiden PKR yang juga isteri beliau merasa amat kecewa kerana kurniaan tuhan kepada beliau adalah pengamal seks luar tabi’I, dengan menjadikan lelaki sebagai pemuas nafsu.
Nampaknya lepas ni PKR takde ketua umum, Azmin Ali pasti ketawa gembira kerana beliau akan dapat memenuhi cita-cita beliau untuk menjadi pemimpin agung dalam PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan