Khamis, 26 November 2015

MEDIA RELEASE !! FUN RECORDS HIGHER QUARTERLY REVENUE

KUALA LUMPUR, 26 November 2015 – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) today announced its financial results for the third quarter ended 30 September 2015 (3Q15).

The company recorded quarterly revenue of RM4.5 billion, an increase of 13.8% compared to the same quarter last year.

Year-to-Date (YTD) revenue was RM11.4 billion, compared to RM11.34 billion in the same period last year.

The higher revenue was mainly fueled by higher external crude palm oil (CPO) sales (despite lower CPO prices), and higher Oil Extraction Rate (OER) in 3Q15 of 21.04%, compared to OER in the preceding quarter of 20.56%.

The higher OER has been attributed to the Group's Best Management Practice, implemented to improve FGV's market competitiveness.

Lower CPO prices, higher fair value charges in LLA and higher foreign exchange loss due to the weakening ringgit caused the Group to record a slightly lower profit after tax of RM20.19 million 3Q15 compared to RM22.99 million 3Q14.

The Group posted RM152.9 million in YTD profit after tax, a decrease mainly attributed to weak CPO prices and depreciation of the Malaysian ringgit against US dollar.

For the record, the US dollar strengthened against the ringgit by 18% during the three months ended 30 September, with the US dollar/ringgit exchange rate closing at a high of 4.4475.

Group President and Chief Executive Officer, Dato' Mohd Emir Mavani Abdullah, said: "CPO price has affected most plantation players and FGV has not been spared.

Despite slumping to a six-year low in August 2015 and with supply surpassing demand, we have to be reminded that palm oil is a long-term play and a cyclical sector. Based on our forecast, we expect the CPO to trade at RM2,300–RM2,400 per tonne in the first quarter of 2016."

For FGV to remain resilient, and to actively offset volatile CPO prices, Dato' Emir highlighted the Group's diversified revenue base and the implementation of several programmes/practices that have already yielded positive results.

FGV aggressive replanting programme is on track to achieve the optimum average age profile of 11.8 years compared to the current progress which is 15.5 years (specifically - 60 percent prime and matured, 20 percent old and 20 percent young trees age profile) by 2020, having replanted 76% of this year's target.

The programme is crucial for the company's sustainability, in parallel with its 5-year transformation plan for revenue enhancement, cost-optimisation and operational excellence.

"FGV remains committed towards profitability while concurrently championing sustainability initiatives to all our shareholders and stakeholders, especially settlers.

Moving forward our business axis will lean towards sustainability and being profitable while focusing on development of the community simultaneously," added Dato' Emir.

FGV Board of Director has declared an interim dividend payment of 2.0 sen per share on 3,648,151,500 ordinary shares under the single-tier system for the quarter ended 30 September 2015 amounting to RM72.96 million.

The dividend is expected to be paid by 28 December 2015.


Rabu, 25 November 2015

SAHAM FGV TERUS MENUNJUKKAN PENIGKATAN PRESTASI #supportfgv

Walaupun beberapa saham utama dilihat agak kurang aktif sejak serangan di Paris baru baru ini, saham syarikat Felda Global Ventures dilihat menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan sedikit demi sedikit.


Hari ini saham milik syarikat berkenaan dilihay ditutup agak tinggi yang memberikan pulangan keuntungan kepada para pelabur dan ini memperlihatjan bahawa pelabur kini lebih yakin untuk memiliki saham syarikat berkenaan.

Dengan beberapa plan pembangunan strategi perniagaan yang sedang dan bakal dilakukan oleh FGV dilihat juga sebagai salah satu daya penarik bagi pelabur untuk memperolehi saham syarikat.

Pernah jatuh ke paras terendah kira kitlra RM 1.20 seunit kini saham FGV telah mencecah ke RM 1.80 seunit dan dijangka bakal meningkat lagi.

Ini juga antara masa terbaik bagi nereka yang berminat dalam pelaburan untuk memiliki saham FGV yang bakal menjanjikan keuntungan kepada para pelabur.





Isnin, 23 November 2015

FGV TOLAK SEMUA FAHAMAN RADIKAL #supportfgv

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini menegaskan bahawa ia menentang keras apa-apa bentuk fahaman pelampau atau radikal, dan tidak mempunyai toleransi terhadap tindakan membahayakan nyawa mereka yang tidak bersalah.
"Semua kakitangan FGV tertakluk kepada Peraturan dan Kod Etika Pekerja, yang melarang apa-apa penglibatan dalam aktiviti salah yang boleh  mencemarkan reputasi syarikat," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Kenyataan oleh FGV itu adalah mengulas laporan yang dikeluarkan oleh laman web akhbar tempatan hari ini mengenai bekas   pegawai kanan Felda antara lima suspek yang ditahan atas kegiatan militan.
Menurut FGV, pada masa ini, ia akan terus bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkenaan bagi membantu siasatan tersebut. - Bernama

Sabtu, 14 November 2015

TANAH KERAMAT !! KENAPA DBKL TOLAK GLC DAN LEBIHKAN SWASTA ?? @NajibRazak @tengkuadnanreal #batulesung

Nampaknya pihak DBKL telah memberikan respon tentang apa yang berlaku di kawasan Keramat yang mana sebidang tanah telah dijual oleh DBKL kepada sebuah syarikat swasta yang berumur tak sampai setahun semasa urusan dijalankan.


Datuk Bandar Kuala Lumpur mengatakan bahawa separuh kawasan tersebut akan dibina dengan rumah mampu milik dibawah harga RM 200 ribu dan separuh lagi dijual dengan harga RM 500 ribu kononnya untuk menampung pebelanjaan bagi pembinaan rumah mampu milik.

Lihat DISINI..

Persoalan yang tidak dijawab oleh DBKL ialah, kenapa tanah ini tidak diberikan atau dijual kepada anak syarikat kerajaan seperti SPNB, PR1MA, UDA dan lain lain anak syarikat kerajaan yang mampu membina atau membangunkan kawasan berkenaan?

Bukan nak menuduh, tapi sekadar bertanya. Adakah Datuk Bandar juga mempunyai sedikit keuntungan dengan apa yang dibangunkan oleh syarikat berkenaan dan jika ini berlaku ianya sudah boleh dianggap sebagai satu penyalahgunaan kuasa.

Kita lupakan cerita itu dan berbalik kepada penjualan tanah seluas 1.82 ekar tersebut. Sebelum penjualan dilakukan oleh pihak DBKL kepada syarikat pemaju perumahan yang ada sekarang ini, kawasan ini telah digazetkan sebagai kawasan tadahan dan kawasan hijau.

Namun setelah beberapa tahun, status tanah ini telah ditukar dan seterusnya dijual untuk dinaikkan bangunan kediaman yang mana menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, harga bagi separuh kediaman tersebut berada dibawah RM 200 ribu dan separuh lagi RM 500 ribu.

Adakah apa yang diperkatakan oleh Datuk Bandar ini benar? Adakah apa apa bukti yang menyatakan bahawa pemaju menuruti syarat yang ditetapkan oleh DBKL atau kesudahannya nanti akan ada permohonan lain dari pemaju untuk menaikkan harga dengan alasan peningkatan kos pembinaan dan sebagainya.

Dan setahu Sangkakala, ada bukti yang menunjukkan bahawa kediaman ini dibina hingga mencecah RM 2 juta seunit dan bagaimana pula Datuk Bandar menafikan perkara ini dan jika terbukti ianya benar bahawa kediaman ini akan mencecah harga RM 2 juta, apa pula tindakan yang aoan diambil oleh Datuk Bandar?

Itu satu persoalan, yang kedua, adakah tanah ini pernah ditawarkan kepada mana mana anak syarikat kerajaan untuk dimajukan atau adalah tanah ini pernah ditender untuk jualan? Dan jika tidak pernah, mengapa ianya tidak berlaku begitu?

Seperti yang Sangkakala katakan dalam artikel sebelum ini bahawa UDA Holding ada membuat permohonan bagi membolehkan kesemua 548 unit rumah berkenaan dijual dengan harga RM 199 ribu tetapi ditolak oleh pihak DBKL dengan alasan tanah tersebut telah dijual kepada pemaju lain sedangkan syarikat berkenaan baru membayar sebanyak 10% dari nilai jualan.

Sampai bila tanah tanah milik kerajaan seperti ini hendak diberikan kepada syarikat yang tidak memikirkan kedudukan orang Melayu khususnya anak muda untuk memiliki rumah sedangkan ada tawaran untuk membina kediaman yang mampu dimiliki oleh orang muda namun ditolak.

Fikir fikirkanlah, jika keadaan ini berterusan maka anak muda Melayu akan terus dihimpit dengan ketiadaan kediaman dalam bandar.



Khamis, 12 November 2015

TANAH KERAMAT !! ADA TANGAN GHAIB HINGGA PERMOHONAN UDA HOLDING DITOLAK ?? @NajibRazak @tengkuadnanreal #batulesung

Sangkakala nampak dalam facebook page YB Dato Johari Ghani, ahli parlimen Titiwangsa yang memuat naik gambar surat permohonan daru Uda Holding Berhad yang mahu memajukan tanah berkeluasan 1.82 ekar di Keramat.


Nampaknya apa yang dikemukakan oleh pihak UDA Holding amat menarik dimana harga rumah yang disediakan berada pada harga RM 199 ribu satu unit dan keseluruhan rumah berkenaan adalah milik bumiputera. 

Ini membolehkan anak anak muda khususnya Melayu keramat untuk memiliki rumah kediaman masing masing.

Tapi yang menjadi masalahnya ialah, pihak DBKL telah menolak permohonan ini dengan alasan bahawa tanah berkenaan telah dijual kepada pemaju lain untuk dimajukan dan seperti yang Sangkakala tuliskan sebelum ini, pemaju berkenaan menubuhkan syarikat hanya selang beberapa hari selepas tanah tersebut diberikan kepada DBKL oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.


Satu persoalan disini, kenapa syarikat yang tidak mempunyai pengalaman telah diberikan kepercayaan untuk membangunkan kawasan berkenaan sedangkan UDA Holding yang mempunyai pengalaman selama lebih 45 tahun tidak diberikan peluang untuk memajukan kawasan berkenaan?

Adakah perancangan pembangunan kawasan ini telah dicampuri oleh tangan tangan hitam hingga membolehkan syarikat yang terlalu baru sehinggakan tidak mempunyai pengalaman langsung sebagai pemaju diberikan kepercayaan sebegitu tinggi?

Syarikat yang diberikan hak pembelian tanah ini seperti yang Sangkakala nyatakan tadi baru sahaja diwujudkan beberapa hari selepas tanah ini diserahkan oleh PTG kepada DBKL dengan bayaran premium hanya sebanyak RM 1.2 juta sahaja dan ada ura ura juga mengatakan bahawa DBKL telah menjual tanah berkenaan dengan harga RM 16 juta dan si pembeli pula baru sahaja membuat pembayaran sebanyak 10 peratus dari nilai jualan.

Dimana kelebihan syarikat baru yang diberikan kepercayaan ini? Dan apa pula kekurangan yang dilihat pada UDA sedangkan kita semuabtahu bahawa UDA adalah sebuah syarikat yang kukuh dalam menjalankan pembinaan dan juga sebagai pemaju sesebuah kawasan.

Jadi disini sebagai kesimpulan, Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu menjawab segala persoalan ini kerana ianya dilihat terlalu complicated kerana banyak benda bercanggah dengan apa yang berlaku.

Seperti contoh, tanah ini di gazetkan untuk rumah mampu milik tetapi apabila diberikan kepada syarikat swasta, maka harga rumah tersebut telah mencecah dari RM 700 ribu hingga ke RM 2 juta namun setelah himpunan bantahan dilakukan oleh penduduk, barulah pemaju mengatakan bahawa separuh dari kediaman berkenaan akan dijual dengan harga kos rendah dan separuh lagi dengan harga bebas.

Perlu dimaklumkan sekali lagi bahawa tanah ini di GAZET kan untuk kediaman mampu milik iaitu kos rendah dan sederhana, dan apa yang menyedihkan ialah, pihak DBKL seolah olah tidak mempedulikan gazet yang dinyatakan.

Sama sama kita fikirkan apa yang dah berlaku sebenarnya dalam PBT ni sehingga melangkaui segala gala yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.



SYARIKAT PERLADANGAN WILMAR JUGA TERIMA NASIB SAMA MACAM FGV #supportfgv

Kejatuhan pendapatan syarikat perladangan gergasi dunia, Wilmar International Ltd terus didiamkan sedangkan ianya adalah sama sepertimana yang berlaku kepada Syarikat Felda Global Venture BHD.


Syarikat Wilmar adalah sebuah syarikat besar yang mana lebih ramai pemain saham perladangan dan minyak sawit bertumpu di syarikat berkenaan berbanding dengan FGV.

Ini semua berpunca apabila, ada sesetengah pihak yang cuba untuk mempermainkan atau mengheret syarikat ini ke kancah politik kerana ada segelintir pihak berasa kurang senang dengan apa yang telah dicapai oleh FGV selama ini.

Persoalannya disini, apakah wajar kita semua menghukum FGV kerana mengalami penyusutan harga saham sedangkan seluruh dunia mengetahui bahawa harga pasaran komoditi sawit sedang menjunam?

Adalah lebih baik jika kita semua memberikan sokongan moral kepada pihak pengurusan FGV untuk memastikan harga saham berada pada paras selesa.

Tidak semua perniagaan memperolehi keuntngan harian, ada juga yang pada awalnya naik dah pertengahannya menurun dan kemudian naik semula.

Jadi ini semua adalah lumrah dalam setiap perniagaan dan risiko seperti ini haruslah ditangani oleh semua pihak.



Rabu, 11 November 2015

DATUK KERAMAT !! DBKL PILIH PEMAJU TIADA PENGALAMAN !! APA DAH JADI @najibrazak @tengkuadnanreal #batulesung

Kisah yang berlaku di Keramat nampaknya semakin sedap untuk dijadikan bahan penulisan apabila semakin disiasat semakin banyak yang terbongkar.

Ada beberapa perkara yang Sangkakala nak ambil kira tentang untuk menjadi pemaju kepada tanah seluas 1.82 ekar yang penduduknya adalah dikalangan orang Melayu tetapi apabila dilakukan pembinaan penempatan semula, maka ianya tidak lagi seperti syarat tebus guna tanah seperti yang dipersyaratkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Era Ecoland SDN BHD yang baru sahaja ditubuhkan pada bulan November 2014 iaitu beberapa hari selepas tanah dikawasan tersebut diserahkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan kos rendah dan sederhana milikan bumiputera.

Mengikut sumber yang Sangkakala terima apabila membuat beberapa risikan, salah seorang daripada pemegang saham syarikat berkenaan hanya berumur 29 tahun (melayu) dan seorang lagi berumur 53 tahun (cina).

Persoalannya disini, kenapa syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dan baru sahaja ditubuhkan telah diberikan peluang untuk menjadi pemaju kepada tanah berkenaan? Atau adakah syarikat ini diwujudkan setelah melihat bahawa ada keuntungan besar yang bakal dimiliki dan kedua dua penama dalam Syarikat berkenaan hanyalah proksi kepada pihak pihak tertentu?

Modal berbayar syarikat ini pula bernilai RM 1juta dan Sangkalala tak terkejut dengan perkara perkara seperti ini kerana, untuk mendapatkan nilai modal berbayar, setiausaha syarikat perlu menyediakan beberapa dokumen tanpa perlu menyediakan wang modal seperti yang dinyatakan.

Perkara seperti ini tidak boleh diambil ringan memandangkan ianya adalah kawasan penempatan orang Melayu dan untuk makluman, pada awalnya pemaju dikatakan hendak membina kediaman berupa 2 blok bangunan yang setiap satunya mempunyai 274 unit dengan harga terbuka dan tiada langsung quota bumiputera diberikan hinggalah kejadian dimana penduduk Keramat telah keluar mengadakan himpunan maka barulah quota bumiputera sebanyak 50 peratus diwujudkan.

Harga kediaman berkenaan juga bernilai diantara RM 800 ribu hingga ke RM 2 juta dan sudah pasti ianya tidak akan mampu untuk dimiliki oleh orang Melayu khususnya anak muda disekitar kawasan berkenaan dan akhirnya kawasan ini akan menjadi kediaman orang dari luar kawasan dan bagaimana pula kebajikan anak anak Keramat itu sendiri?

Nanti Sangkakala akan bongkarkan lagi kisah tanah dikawasan Keramat ni dan insyaallah selepas ni siapa menjadi pemikir dan penasihat untuk menjayakan projek yang menjahanamkan tanah kerajaan ni pula akan Sangkakala keluarkan, tunggu masa itu pasti akan sampai.



Selasa, 10 November 2015

PEMBANGUNAN KERAMAT PERLU DIKAJI SEMULA @tengkuadnanreal

Baru baru ni kecoh apabila satu perhimpunan secara aman dilakukan oleh penduduk kawasan Keramat yang kurang berpuas hati dengan status sebidang tanah yang asalnya dimiliki oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan kemudiannya diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL.



Ada maklumat yang mengatakan bahawa kawasan ini dulunya adalah kawasan untuk penempatan kos rendah dan sederhana dimana tanah berkeluasan 1.8 ekar berkenaan akan dijual kepada bumiputera sehinggalah ianya dikatakan dijual kepada pemaju untuk dinaikkan kawasan perumahan.

Sebelum kejadian himpunan yang dilakukan oleh penduduk Keramat, kawasan ini dikatakan tidak mempunyai status milikan bumiputera namun setelah desakan yang dilakuakan oleh penduduk, maka quota sebanyak 50 peratus telah diberikan untuk milikan bumiputera namun harganya pula tidak memungkinkan masyarakat bumiputera memiliki atau membeli kediaman berkenaan.

Ada juga yang mengatakan bahawa tanah ini tidak boleh dibina dengan kediaman kos rendah dan sederhana kerana harga kawasan berkenaan adalah tinggi.

Beberapa pemeriksaan telah dilakukan dan ada bukti yang menunjukkan bahawa tanah berkenaan hanya dibayar lebih kurang RM 1.2 juta sebagai premium dengan keluasan keseluruhan tanah berkenaan.

Ini bermakna setiap kaki persegi kawasan berkenaan tidak bernilai tidak lebih daripada lebih kurang RM 16 satu kaki persegi. Jadi nilai ini Sangkakala lihat adalah harga yang amat rendah untuk nilai sebuah kawasan perumahan dan ianya sudah pasti boleh dibina rumah kos sederhana dan kos rendah.

Mungkin pihak DBKL perlu melihat semula perancangan yang hendak dilakukan dikawasan berkenaan memandangkan ada beberapa lagi bukti yang menunjukkan 'something wrong somewhare' berkenaan dengan isu ini.

Berita lanjut akan Sangkakala susuli kemudian dan sehingga itu Sangkakala juga berharap agar jalan penyelesaian bagi menangani masalah ini dapat dicapai memandangkan kawasan ini juga dimenangi oleh ahli parlimen dari pihak kerajaan.

Sehingga itu "pulangkan tanah keramat kepada rakyat".




Khamis, 5 November 2015

FGV TERUS HARUMKAN NAMA NEGARA #supportfgv

LOMBOK 4 Nov. – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), berjaya menaikkan imej Malaysia di Lombok, Indonesia kerana menawarkan ribuan peluang pekerjaan di ladang-ladang sawit miliknya kepada penduduk dari kepulauan tersebut.

Ahli Dewan Perwakilan Rak­yat Nusa Tenggara Barat (NTB), Muhammad Nur Said Kasdiono berkata, ini bertepatan dengan agenda nasional Indonesia yang mahu meningkatkan kadar guna tenaga rakyatnya di pasaran kerja negara asing, memandangkan peluang pekerjaan peringkat domestik yang terhad.

Katanya, apa yang lebih menaikkan jenama FGV dan imej Malaysia adalah kerana tidak me­ngenakan syarat-syarat kemasukan kerja yang ketat seperti kela­yakan pendidikan dan pada masa sama tetap menjaga kebajikan pekerja-pekerja ladang termasuk dari Indonesia.

"FGV telah mengangkat ma­ruah kerajaan dan negara Malaysia di NTB (Lombok). Mereka memberi contoh bagaimana sebuah sistem pekerjaan yang baik. Saya melihat penduduk Lombok meng­anggap FGV atau Felda sebagai majikan utama.

"Kami selesa dengan FGV. Lombok terkenal sebagai pusat pelancongan utama di Indonesia dan sedia menerima jika FGV mahu terokai pelaburan di dalam pelbagai bidang yang lain di sini," katanya kelmarin sempena penyerahan wang ihsan kepada keluarga pekerja-pekerja ladang FGV dari Lombok yang bekerja di ladang FGV di Malaysia.

Turut hadir ialah Naib Presiden Eksekutif, Ketua Global Kluster Getah dan Ketua Kluster Sawit Huluan FGV, Datuk Abd. Halim Hamid dan Pengurus Besar Tenaga Kerja Lapangan Felda Global Ventures Plantations (M) Sdn. Bhd., Md. Amin Salleh.

Program pemberian wang ihsan itu telah dilaksanakan sejak empat tahun dan ia diberikan sekali sahaja kepada keluarga-keluarga pekerja, sebagai menghargai pekerja-pekerja yang memberi komitmen untuk terus berkhidmat dengan FGV. Jumlah wang yang diberikan ialah 500,000 rupiah (RM158) untuk setiap keluarga.

FGV memiliki kira-kira 30,000 pekerja asing yang berkhidmat di ladang-ladang sawit dengan 15,000 daripadanya berasal dari Lombok. – UTUSAN


Ahad, 1 November 2015

AZMIN ALI BAGI ELAUN CUMA GULA GULA ??

Ibarat 'lembu punya susu, sapi dapat nama' itu adalah bidalan yang paling sesuai diberikan kepada kerajaan negeri Selangor dalam pemberian elaun guru KAFA di negeri tersebut.

Selama 7 tahun wakil rakyat Barisan Nasional memperjuangkan elaun kepada guru guru Kelas Agama Fardhu Ain diseluruh negeri akhirnya memperlihatkan elaun gula gula yang diberikan.

Kenapa Sangkakala mengatakan ianya elaun gula gula? Sebab elaun yang hanya dinaikkan sebanyak RM 200 dijadikan sebagai contoh kononnya kerajaan Selangor menjaga kebajika  guru guru berkenaan.

Mari kita lihat apa yang diberikan oleh kerajaan Selangor berbanding apa pula yang diberikan oleh kerajaan negeri.


Dengan bangganya Azmin Ali mengumumkan kenaikan elaun guru guru KAFA ini kepada RM 1500 walaupun pada hakikatnya kerajaan pusat selama ini menyalurkan elaun sebanyak RM 800 berbanding RM 500 yang dibayar sebelum ini oleh kerajaan negeri dan kini barulah ianya dinaikkan kepada RM 700 dan menjadikan selaun tersebut sebanyak RM 1500 sebulan.

Masihkah kita ingat tentang seorang guru KAFA, saudara Ekhsan Bukhari yang dibuang akibat cuba menghantar memorandom kepada Azmin Ali demi untuk menuntut hak guru guru KAFA?


Seorang guru telah dipecat hanya kerana ingin menuntut hak lebih 5 ribu orang guru KAFA di seluruh Selangor dan kini barulah Azmin Ali dan kerajaan Selangor memberikan kenaikan elaun sebagaimana yang dijanjikan oleh Pakatan dalam menifesto mereka pada tahun 2008.

Adakah elaun ini benar benar ikhlas atau cuba menutup mulut guru guru KAFA yang menjadi silent voters kerajaan PR selama ini? 

Ada juga sumber yang mengatakan bahawa Azmin menaikkan elaun berkenaan disebabkan kebanyakan guru KAFA adalah dikalangan mereka yang bergiat dalam parti PAS dan ekoran daripada diantara PAS dan DAP dan tertubuhnya PAN maka mereka ini diberikan gula gula supaya menyokong Pakatan Baharu yang ditubuhkan oleh PKR, DAP dan PAN.

Jika benar apa yang disebut oleh sumber ini, maka kenaikan elaun ini hanyalah bersandarkan politik dan sokongan semata mata.

Moga moga guru guru KAFA ini sedar bahawa jiwa mereka sekarang dibeli dengan harga RM 200 oleh Azmin Ali.



@NurJazlan ANTARA TIMBALAN MENTERI YANG KURANG CERDIK DALAM KERAJAAN @NajibRazak

Kadang kadang dah naik meluat dengan segelintir pemimpin yang baru memegang jawatan Timbalan Menteri dah mula nak mengatakan itu ini tak betuk.

Sangkakala ambil satu contoh dimana Dato Nur Jazlan, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Arul Kanda dan Tony Pua kebudak budakkan dalam isu debat.


Baca DISINI..

Persoalan yang Sangkakala nak tanya disini, Nur Jazlan tau atau tidak bahawa Arul Kanda hanyalah seorang Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada syarikat 1MDB dan bila dicabar untuk mengadakan debat tentang ketelusan syarikat tersebut maka beliau perlu menyahut cabaran berkenaan.

Kalau ini pun agak susah untuk difahami oleh Nur Jazlan, Sangkakala tak nampak bagaimana beliau mampu untuk mempertahankan kerajaan kerana bila diajak berdebat oleh seseorang maka alasan yang diberikan ialah ianya kebudak kebudakkan.

Untuk makluman Timbalan Menteri, Arul Kanda cuma mempertahankan institusi yang beliau ketuai daripada diserang oleh mereka mereka yang cuba menjatuhkan kerajaan dengan cerita rekayasa tentang 1MDB.

Dan pada Sangkakala adalah bagus jika Arul menyahut cabaran debat berkenaan supaya rakyat tahu apa yang berlaku dan Sangkakala nampak bahawa Arul selaku Presiden 1MDB tidak langsung menunjukkan rasa risau dan ini menunjukkan bahawa beliau dan 1MDB berada di landasan yang betul.

Jadi disini, Sangkakala nak pesan pada Nur Jazlan, tak perlu nak kata orang lain kebudak budakkan atau sebagainya jika kita sendiri pun tak mampu nak buat sepertimana yang orang tu buat.


Sabtu, 31 Oktober 2015

BEKAS PANEL PEMIKIR JASA MEROYAN SELEPAS KONTRAK TAK DISAMBUNG

Nampaknya di Malaysia dah menjadi satu kebiasaan apabila seseorang kehilangan jawatan atau jaeayan tidak lagi disambung maka akan melalaklah mereka di merata tempat menghentam kembali tempat yang satu masa dulu menjadi tempat bergantung harap.

Sangkakala terbaca dan sempat menonton video yang dirakamkan oleh portal KiniTV terhadap seorang bekas Panel Pemikir JASA yang mengatakan bahawa Egensi kerajaan tersebut kini 'NAMPAK BODOH, BUAT KERJA FITNAH'.


Kenyataan Syed Saifudin Syed Herman ini Sangkakala lihat tidak berasas dan ianya juga dilihat sebagai hanya melepaskan geram apabila kontrak sebagai panel pemikir JASA tidak lagi disambung.

Dalam video berkenaan, Pak Syed ni ada menyebut bahawa JASA memfitnah YBhg Tun Mahathir dan tidak memberikan jawapan kepada persoalan rakyat terhadap kerajaan, tapi takde pulak Pak Syed nak berikan contoh fitnah yang dilemparkan oleh agensi tersebut kepada Tun M.

Berkenaan dengan jawapan kepada persoalan pula, rasanya panel pemikir yang ada sekarang lebih giat menjawab isu isu berkenaan tetapi apabila isu itu ditimbulkan oleh Tun Mahathir maka perbandingan dibuat apatah lagi Tun Mahathir dilihat cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan sudah pastilah agensi ini akan mempertahankan kerajaan serta kepemimpinan kerajaan.

Kalau ini pun tak dapat difahami oleh Pak Syed, Sangkakala amat bersyukur kerana Ketua Pengarah JASA yang ada sekarang tidak menyambung kontrak beliau sebab apa? Sebab tak mampu untuk berfikir apa perancangan dan strategi yang sepatutnya di mainkan.

Sangakakala lihat diantara panel pemikir JASA seperti Lokman Adam dan Tun Faisal yang giat menjalankan ceramah ceramah tentang GST, 1MDB dan sebagainya.

Jadi dimana kata fitnah tadi? Dan yang paling best sekali bila Pak Syed mengaitkan dengan perlantikan Ketua Pengarah yang baru maka JASA jadi seperti yang didakwa oleh beliau.

Disini Sangkakala nak maklumkan, dibawah Ybhg Dato' Puad Zarkashi, maka terhasil beberapa buku jawapan tentang beberapa persepsi yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap Perdana Menteri.

Begitu juga semasa Allahyarham Dato' Fuad Hasan menjadi Ketua Pengarah, banyak program dijalankan dalam usaha mendekatkan rakyat dengan kerajaan.

Cuma mungkin Pak Syed tak nampak sebab hanya duduk di pejabat hingga menunggu tarikh untuk pergi ke mesin ATM.


Jumaat, 30 Oktober 2015

#SCS HANYA DI SELANGOR !! KERAJAAN NEGERI HALANG RAKYAT MEMILIKI RUMAH @nohomar @NajibRazak

Terima atau tidak itulah yang sedang berlaku di negeri Selangor ketika ini apabila kerajaan negeri Selangor seolah olah menghalang rakyat berpendapatan sederhana dan rendah dari memiliki rumah atau kediaman.


Ini bukanlah rekaan tetapi ianya adalah kenyataan apabila pihak kerajaan negeri pada ketika ini yang diterajui oleh Azmin Ali mengenakan bayaran premium yang tinggi untuk penukaran status tanah bagi membolehkan perumahan harga pertengahan dan rendah dibina.

Sangkakala suka mengambil satu contoh yang berlaku di kawasan Subang, tanah yang dimiliki oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia atau RRI yang hendak dibangunkan sebagai kawasan perumahan agak sukar apabila premium yang dikenakan dikatakan lebih kurang RM 600 ribu bagi setiap ekar.

Jika premium tanah setinggi itu, berapa pula nilai sebuah rumah hendak dijual? Adakah mana mana pemaju akan mengambil risiko kerugian dalam pembangunan kawasan tersebut?

Jika dibangunkan juga kawasan kawasan perumahan ini dengan kos premium sebegitu, adalah tidak mustahil harga rumah juga melambung tinggi dan Sangkakala yakin bahawa hanya segelintir sahaja yang mampu untuk memiliki rumah tersebut.

Jadi bagai mana pula akhirnya dengan mereka mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana? Adakah mereka juga mampu untuk memiliki kediaman?

Seorang rakan Sangkakala dari puak kerajaan negeri mengatakan bahawa mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli kediaman, maka mereka bolehlah menyewa mana mana kediaman yang mereka rasakan sesuai.

Persoalannya disini, adakah mana mana pemilik rumah mahu menyewakan kediaman mereka dibawah harga bayaran bulanan? Atau mahukah pemilik pemilik ini mengalami kerugian? Sudah pastilah tidak dan dengan harga rumah yang tinggi, maka sewanya juga akan menjadi tinggi.

Maka dengan itu tidak hairanlah jika Sangkakala mengatakan bahawa kerajaan Selangor kini seolah olah menghalang rakyat daripada memiliki kediaman dan jika mereka tiada halangan, maka sudah pastilah premium penukaran status tanah ini akan dikurangkan.


Khamis, 29 Oktober 2015

ANAK SYARIKAT FGV MENGORAK LANGKAH BINA LOJI JANAKUASA ELEKTRIK BERASASKAN KELAPA SAWIT #supportfgv



KUALA KUBU BARU - Kerajaan telah mengenal pasti 113‎ kilang sawit yang berpotensi untuk penjanaan elektrik daripada sumber biogas sawit untuk menyalurkan bekalan elektrik ke grid nasional di bawah program Tarif Galakan atau Fit in Tariff (FiT).


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kesemua kilang sawit tersebut terletak berdekatan dengan pencawang elektrik serta boleh menyambung bekalan elektrik yang dihasilkan.


"Terdapat 12 kilang sawit yang telahpun disambungkan kepada jaringan tersebut, manakala 79 kilang sawit kini berada dalam proses penyelengaraan untuk menyambungkan bekalan elektrik, tahun ini," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian projek usaha sama loji pengeluaran komersial Biogas Asli Mampat (Bio-CNG) pertama di dunia menggunakan sumber biogas sawit, di sini hari ini.


Loji Komersial Bio-CNG yang terletak di Kilang Sawit Felda Sg Tengi dekat sini itu menggunakan sisa buangan kilang sawit.


Loji Komersial Bio-CNG adalah projek usaha sama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Felda Palm Industries Sdn Bhd dan Sime Darby Offshore Engineering Sdn Bhd.


Loji tersebut mampu memproses 600m3/jam biogas mentah yang dijana daripada lagun pencerna biogas tertutup untuk menghasilkan Bio-CNG sebagai bahan api alternatif kepada bahan api berasaskan fosil seperti gas petroleum cair (LPG) dan bahan api pertengahan (MFO).


"Sungguhpun potensi biogas adalah lebih menjurus kepada penjanaan tenaga elektrik, namun bagi kilang yang terletak jauh dan tidak berpotensi untuk sambungan ke grid, Bio-CNG adalah alternatif untuk menjana pendapatan dari sumber biogas," kata beliau.


Biogas dari sumber efluen sawit mempunyai potensi yang besar dalam menyumbangkan kepada penggunaan tenaga hijau negara terutama dalam penjanaan tenaga elektrik sebanyak 536 MW pada tahun 2014, kata beliau.


Kerajaan telah merangka pelbagai inisiatif, bagi memastikan objektif di bawah projek permulaan Nombor 5 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA-EPP 5) dicapai, kata beliau.


"Dalam hal ini, MPOB telah mewajibkan kesemua kilang sawit baharu dan kilang yang memohon untuk peningkatan kapasiti buah tandan segar (FFB) memasang loji pemerangkapan biogas berkuat kuasa 1 Januari 2014," kata beliau.


Pelaksanaan program biogas di kilang sawit di bawah EPP 5 bukan sahaja untuk tujuan menjana pendapatan sampingan, ujar beliau, bahkan juga bertujuan menggalakkan penggunaan tenaga diperbaharui daripada biogas sawit yang mampu mengurangkan kos operasi, seterusnya membantu pengurangan pelepasan gas rumah hijau.


"Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan melibatkan semua pihak dan kerajaan akan senantiasa menyokong usaha seperti ini bagi memastikan industri sawit negara terus berkembang seiring dengan komitmen global ke arah pembangunan industri yang lebih mampan," tambah beliau. - Bernama



Rabu, 28 Oktober 2015

HARAPAN RAKYAT SELANGOR DALAM PEMBENTANGAN BAJET NEGERI #SCS @NohOmar

Oleh : Izwan
28 Oktober 2015

Sebagai SEBUAH KERAJAAN NEGERI BERKEBAJIKAN  kita berharap agar kerajaan Negeri Selangor akan mengutamakan rakyat dan memberi tumpuan kepada memenuhi janji dan manifesto 2008 .

Setelah 8 tahun memerintah, PAKATAN RAKYAT sewajarnya melunaskan janji MANIFESTO 2008. Alasan sebagai sebuah kerajaan yang baru memerintah bukanlah sesuatu yang dapat diterima akal.  7 Tahun 6 bulan ada satu tempoh yang lama. Sekiranya anak lahir tahun 2008, maka sekarang anak itu sudah mengenal angka serta sudah boleh membaca dan mengira.

Berikut adalah janji, yang  telah 7 tahun tinggal janji ..

1) Elaun RM100  untuk ibu tunggal.
2) Elaun RM75 Setiap Anak Ke Nurseri.
3) Elaun RM50 untuk anak ke tadika.
4) Elaun khas kepada suri rumah yang memilih untuk menjaga anak.
5) Membantu rakyat anak Di Selangor memiliki rumah sendiri.
6) Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan.
7) Memberi galakan kepada belia untuk meniaga hanya perlu membayar bil air dan elektrik selama 2 tahun. Walaupaun banyak yang dirobohkan

Untuk tahun 2008, boleh rujuk manipesto PAS PKR.

Manakala pada PRU 13,  walaupun janji lama belum tertunai .. JANJI BARU TELAH DIDENDANG .

Bajet 2016 ini, rakyat NEGERI BERKEBAJIKAN INI MENGHARAPKAN KERAJAAN NEGERI

1) Menurunkan cukai pintu.
2) Menurunkan cukai tanah.
3) Menunaikan janji PRU
4) Membeli syarikat konsesi tol antara bandar.
5) Menyelenggara sistem peparitan dan sampah dengan baik
6) Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (DEIG)
7) Menunaikan janji menaikan elaun guru guru KAFA.

Rakyat sudah bosan dengan janji kerajaan pakatan rakyat dan alasan  bahawa mereka baru memerintah. Rakyat hendak tengok kerajaan pakatan rakyat agar melunaskan janji janji dibawah kuasa mereka. Bukan hanya retorik dan menyalahkan orang lain diatas kegagalan sistem urus tadbir kerajaan negeri.

Kami rakyat selangor juga maklum banyak aset aset kerajaan negeri telah dijual, maka kami ingin tahu perkara perkara berikut:

1) Hasil jualan bagunan  yayasan selangor kemana dibelanjakan?
2) Punca Hotel Quality dan Hotel Brisdale boleh bankrup.
3) Status langat dua  dan duit 7.6 billion.
4) Punca bekalan air kerap putus.
5) Berapa yang telah dibelanjakan untuk mengkaji air lombong  untuk dijadikan air bersih (HORAS).
6) Status Perbersihan Sungai Klang.

#Pray4Selangor
#VO9


PENIAGA PASAR MALAM PULA JADI SASARAN KERAJAAN SELANGOR @NohOmar

Nampaknya peniaga di Selangor makin terhimpit, asalnya nak dapatkan rezeki sesuap nasi untuk menyara keluarga, kini mereka dibayangi oleh sewa tapak yang melambung tinggi.


Pada asalnya sewa tapak pasar malam ini bernilai RM 24 setahun dan kini ianya meningkat kepada RM 144 setahun.

Kebajikan macam mana agaknya yang disebut oleh kerajaan Selangor kalau dah semua cukai dan sewa tapak dinaikkan?

Perkara sebegini tak sepatutnya berlaku memandangkan peniaga peniaga ini bukanlah mendapat keuntungan berlipat kali ganda malah ada masa masanya mereka ini akan kerugian atas faktor cuaca dan sebagainya.

Penindasan demi penindasan dilakukan oleh kerajaan Pakatan di Selangor dan ini belum termasuk lagi dengan perobohan gerai gerai di sekitar negeri.


Selasa, 27 Oktober 2015

SIRI 1 TM VS DSN [ YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT] @NajibRazak


Assalamualaikum wbk.

Siri1 TM vs DSN: 
"Yang tersurat dan yang tersirat"

Ramai antara kita mudah terpengaruh dengan persepsi negatif dan sanggup mengenepikan fakta. Situasi ini telah menjadi peluang keemasan oleh pihak pembangkang bagi menyebar kebencian dalam usaha menjatuhkan kerajaan. 

Sebagai contoh; apabila 1MDB di fitnah dan digambarkan sebagai anak syarikat yang mempunyai banyak kesalahan jenayah komersil disebar. Kita telah menerima fitnah ini sebagai fakta dan mengenepikan fakta yang diberi oleh pihak kerajaan. Lebih menyedihkan apabila mantan PM kita pula sekarang ini mendominasi tuduhan berkaitan 1MDB yang terbukti fitnah sebagai usaha menjatuhkan PM DSN.

Usaha mantan PM ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ramai antara kita yang tidak mendapat maklumat sebenar telah terpengaruh dan mula membenci PM DSN. Ini dibuktikan melalui kajian Merdeka Centre, tidak lebih 35% rakyat kaum Melayu yang masih percayakan PM DSN. Selebihnya telah terpengaruh dengan fitnah yang berleluasa kebelakangan ini. 

● TNB Dan PETRONAS DiKambing Hitam Oleh TM

Semasa mantan PM Malaysia mengamal dan mementingkan Dasar Penswastaan atas nama pembangunan, TNB telah dinafikan hak untuk membina loji janakuasa. Maka IPP telah dibina dibawah dasar ini. 

Melalui perjanjian yang dimerterai, TNB WAJIB membeli setiap unit tenaga yang dihasilkan oleh pihak IPP pada harga 16 sen dan TNB akan jual kepada rakyat pada harga 30 sen. Walaupun pada awalnya TNB mampu mengurangkan kos kepada 8 sen seunit dan dijual kepada rakyat sebanyak 17 sen, situasi ini tidak berlaku dek kerana perlaksanaan dasar penswastaan yang merugikan kita semua.

Akibat dari perjanjian ini, TNB sentiasa mengalami kerugian kerana setiap tahun, hampir 45% tenaga yang dibeli dari IPP tidak dapat dijual kerana tiada permintaan. 

PETRONAS pula DIPAKSA memberikan subsidi gas kepada pemilik IPP. Situasi ini menyebabkan kesemua pemilik IPP memperoleh keuntungan berganda. (Untuk rekod, pada 2011 sahaja Petronas telah berikan rm19B subsidi gas, jumlah yang amat besar untuk pemilik IPP). 

Ramai antara kita tidak menyedari, pada 31 Ogos 2011, TNB telah kerugian sebanyak rm 453 juta dan sekali lagi  kerugian direkod pada30 November 2011 berjumlah rm 224.7 juta. Antara sebab kerugian yang dilapor adalah kerana TNB terpaksa menanggung pembelian tenaga dari IPP. Disebabkan masalah ini, kerajaan terpaksa membayar pampasan rm2B bagi mengelakkan TNB menaikkan tarif elektrik untuk menampung kos pembelian tenaga dari IPP. 

● Tindakan PM DSN Melalui 1MDB Bertindak Sebagai Penyelamat

PM DSN telah mengorak langkah dan memulakan usaha perundingan semula berkaitan IPP untuk mencari keseimbangan perjanjian. Usaha ini talah berhasil apabila pada Okt 2012, Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan bahawa setiap konsesi baru IPP hanya melalui TNB dan anak syarikat milik kerajaan iaitu 1MDB. 

Tindakan ini dibuat bagi memastikan tiada lagi syarikat persendirian atau swasta yang mendapat manfaat subsidi dari kerajaan. 

Untuk pengetahuan kita semua, akibat kesilapan perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1990an, anggaran sebanyak rm100B telah hilang dari PETRONAS dan TNB bagi memenuhi perjanjian berat sebelah yang menyebelahi pemilik IPP. 

Melalui perjanjian yang diusahakan oleh PM DSN juga, PETRONAS tidak perlu lagi memberikan subsidi gas kepada pemilik IPP. 

Pujian wajar diberi kepada PM DSN dan kita patut bersyukur kepada ilahi kerana diatas keperihatinan PM DSN, kadar tarif bagi pengguna di semenanjung yang sepatutnya naik pada July 2014 dan Jan 2015 mengikut Kos Bahan Api Pas Melalui (FCPT) tidak berlaku. Malah pada Mac 2015, kadar tarif elektrik dapat diturunkan. 

Melalui perjanjian baru ini juga, TNB telah memperoleh keuntungan bagi tahun 2013, 2014 dan sebanyak rm2.3B pada 3 bulan pertama 2015. 

● Kejayaan Untuk Rakyat Yang Dibenci

Walaupun kita semua dari golongan rakyat, TNB dan PETRONAS mendapat manfaat besar disebalik usaha PM DSN, wujud golongan yang amat membenci kejayaan ini. Jika sebelum ini, golongan ini boleh dikategorikan sebagai "Untouchable". Keadaan berubah 360 darjah apabila perjanjian baru berkenaan IPP yang seimbang telah dimerterai. Mereka sudah tidak dapat menikmati keuntungan berganda sepertimana yang mereka peroleh sebelum ini. Golongan ini merupakan pemilik IPP yang juga merupakan KRONI RAPAT kepada mantan PM Malaysia. (Untuk rekod, pendapatan YTL 2012 sehingga July, direkod sebanyak rm11.2B  hasil jualan IPP, keuntungan min 20%). 

Para pemilik IPP tidak boleh dan tidak mampu menyerang PM DSN secara terbuka. Oleh kerana pemilik IPP merupakan kroni rapat mantan PM, mereka telah menggunakan mantan PM untuk menyerang PM DSN. Melalui mantan PM, DSN dan 1MDB telah diserang dengan fitnah begitu teruk sekali. 

Provokasi melalui fitnah dan pertanyaan yang tidak boleh diterima akal telah dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan kredebiliti dan menyebar kebencian terhadap PM DSN. Tujuan utama tindakan ini agar PM DSN membatalkan perjanjian baru atau PM DSN diturunkan dari jawatan PM Malaysia. Akhirnya individu yang akan dilantik ke jawatan PM Malaysia dapat dijadikan boneka untuk merubah perjanjian IPP yang boleh mengembalikan keuntungan berganda kepada pemilik IPP. 

Mantan PM memang pakar dan mahir dalam membangkitkan PERSEPSI NEGATIF. Saya tidak terkejut apabila ramai antara kita mempercayai kenyataan awal beliau bahawa rm42B hilang dan walaupun kemudiannya diubah kepada nilai rm27B pula yang hilang. Segala pertanyaan dan fitnah yang dibangkitkan seperti pembelian tanah di TRX oleh Tabung Haji sebagai "bail out", pembabitan Jho Low, pelaburan bersama Petrosaudi, pelaburan di Cayman Island, dakwaan 1MDB cuba merampas wang Terengganu Investment Authority dan mencagar Telaga Minyak Terengganu dan banyak lagi telah dijawab sepenuhnya oleh Menteri Kewangan II, DS Ahmad Husni Hanzalah dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Malah soalan dan jawapan mereka berdua telah dibukukan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk memudahkan rakyat mendapat maklumat. 

Walau pun mantan PM memfitnah PM DSN dengan pelbagai tuduhan, beliau masih tidak mampu untuk melaporkan fitnah tersebut. Melalui temubual secara santai baru baru ini, beliau telah beri jawapan bahawa beliau takkan buat laporan kerana tiada bukti. Jawapan ini menunjukkan segala tuduhan yang dibuat oleh beliau dan dilemparkan kepada PM DSN hanyalah fitnah dan bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif semata mata.


Racun Yang Dibalas Madu.

Biarpun PM DSN berulang kali dikecam, dihina, difitnah dan dikeji oleh mantan PM Malaysia dan kalangan anti PM DSN, beliau tetap bersabar hadapi kerenah mereka semua dan tidak mengambil tindakan terburu buru. 

Apa yang menarik disebalik fitnah yang dibuat oleh mantan PM terhadap PM DSN, beliau tidak mampu mengatakan bahawa IPP yang dibeli oleh 1MDB itu berasal dari KRONI RAPAT beliau. 

Beliau juga tidak mampu memuji PM DSN kerana mampu bertindak sehingga mengakibatkan TNB peroleh keuntungan  yang tidak pernah dicapai walau ketika beliau berkuasa. Malah kejayaan PM DSN melalui TNB menurunkan tarif elektrik juga dipandang sepi oleh mantan PM. 

Mantan PM juga seperti terkunci mulutnya dari menghebahkan kebaikkan 1MDB dan mungkin teramat MALU untuk akui bahawa keuntungan dari 1MDB, anak syarikat kerajaan yang amat dibenci oleh beliau, akan tetapi mampu menaja beribu rakyat Malaysia untuk menunaikan haji ke Mekah setiap tahun berbanding KRONI RAPAT beliau yang lebih suka menimbukan harta dari berkongsi keuntungan bersama rakyat bawahan. 

Iktibar yang kita bol eh ambil ialah bagaimana PM DSN bersikap matang dalam berhadapan dengan fitnah yang dilemparkan oleh mantan PM. Benarlah kata Imam Syafie, kira kira maksudnya "Jika hendak lihat pemimpin diatas landasan kebenaran, lihatlah betapa banyak fitnah yang dilemparkan kepadanya". Dan ianya berlaku dizaman ini. 

Ironinya, sepanjang pemerintahan mantan pm, pembangkang adalah orang yang sangat vokal apabila pemilik IPP diberi layanan istimewa. Dan kini mantan PM dan pembangkang pula bersama sama vokal untuk menjatuhkan PM DSN dan 1MDB yang telah menyelamatkan negara daripada menanggung subsidi yang terlalu besar setiap tahun. 

Satu perkara yang sudah pasti bahawa agenda utama pembangkang adalah untuk mencari titik point dari pihak kerajaan atau GLC yang boleh di tukar menjadi satu isu yang amat besar untuk mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan dan boleh memberi manfaat dengan menarik sentimen rakyat kepada mereka!.

Salam perjuangan, 
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor / 
Ketua UMNO Bahagian Subang
Selasa 27 Oktober 2015



Ahad, 25 Oktober 2015

SELANGOR PUSAT PELANCONGAN PELACURAN TERBESAR DI MALAYSIA #SCS

Tempat 'perlancongan' tumpuan utama adalah di Klang seperti di Jalan Meru, Bandar Bukit Tinggi dan Bandar Botanic, Petaling Jaya dan Puchong. Yang mana tempat ini merupakan tempat utama bagi penempatan pekerja asing.

CHINA DOLL ataupun pelacur muda merupakan daya tarikan ghairah pengusaha rumah urut di Selangor, hanya dengan serendah RM35 upah murah bagi satu sesi urutan manakala bagi servis istimewa 'happy ending' cuma perlu tambah RM50. sedihnya ialah apabila pelanggan yang paling ramai ditangkap adalah anak-anak muda melayu.

Kalau dilihat dari segi angka sebanyak 1,722 serbuan telah dibuat ke atas pusat-pusat hiburan di Selangor namun sehingga kini ianya masih lagi beroperasi seperti biasa..

Siapakah tangan-tangan besar yang melindungi aktiviti persundalan ini?? 

Dan dimanakah ketulusan kerajaan negeri selangor apabila diminta untuk.menghentikan pengeluaran lesen bagi pusat hiburan tetapi yang terpampang di dada akhbar adalah dengan penangkapan 11 orang penguatkuasa yang dituduh menerima rasuah sehingga RM30,000

Pada tahun ini sahaja, lebih dari 3,000 mesin judi telah dirampas di Sungai Buloh, Kepong dari Januari sehingga September yang bernilai RM4juta dan lebih dari 2,969 serbuan telah dilakukan dan apa yang lebih mengejutkan lagi ialah kenyataan Ketua Polis Selangor iaitu sebanyak 2,067 premis yang dikenalpasti menjalankan aktiviti pusat hiburan, rumah urut, pub, spa, salon dan hotel-hotel bajet.

Islam sebagai agama persekutuan akan tetapi agama lain boleh juga diamalkan secara aman dan damai seperti yang ternaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3... Dimanakah kedamaian apabila operasi pusat-pusat urut dan judi seperti sengaja menafikan bahawa maksiat itu hukumnya haram disisi agama islam. Apabila maksiat berleluasa maka rahmat Allah tidak akan turun. Adakah masalah air dan lenyakit demam kepialu di Selangor kini kesan daripada 'PUSAT PERLANCONGAN PELACURAN TERBESAR DI MALAYSIA'

ADUUHHH SAYANGNYA SELANGOR

#Pray4Selangor
#VO9

AZMIN ALI DICABAR UNTUK KEMUKAKAN SAMAN TENTANG DEIG #SCS

Samanlah kalau Azmin berani... !!! Kalau Azmin tak belit sana-sini kenapa nak takut?  Datuk Seri Noh Omar pun sudah mencabar, Azmin kalau berani samanlah pihak yang menuduhnya, jangan dok buat opera cina nak menutup skandal DEIG. 

Kalau benarlah ada blog atau individu menfitnah beliau berkenaan isu penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DIEG) maka segerakan saman. 

Apakah Azmin Ali takut skandal DEIG akan terbongkar jika dia menyaman Setiausaha ADUN BN Selangor, YB  Budiman Zohdi yang mendakwa DEIG memohon pinjaman dari tiga bank yang berjumlah RM500 juta ...???

Sudah-sudahlah membelit Azmin. Apakah kerajaan Selangor ini tak ada kerja lain selain dari bermain politik ? Saman sajalah, takkan dengan YB Budiman tu pun takut. Inilah Menteri Besar Selangor paling lembik dalam sejarah Selangor. 

Saya mendapat tahu bahawa YB, Budiman Mohd Zohdi telah mendesak Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) Selangor agar memanggil Menteri Besar, Mohamed Azmin Mohd Ali untuk mendedahkan pekara sebenar mengenai dakwaan kononnya DIEG telah memohon cadangan cadangan pinjaman dari tiga buah bank berjumlah RM 500 juta.

Menurut Budiman perkara ini (DIEG) telah dilaporkan dalam sebuah portal pada 8 September lalu yang mana difahamkan sebuah bank telah mengeluarkan surat tawaran pinjaman kepada DEIG dan jika benar, berkemungkinan digunakan oleh syarikat itu untuk menampung operasinya.

Bahkan Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh menyifatkan Mohamed Azmin tidak amanah sekiranya dakwaan DEIG memohon cadangan pinjaman daripada tiga buah bank berjumlah RM500 juta untuk dijadikan modal kerja adalah benar.

Oleh itu saya berpendapat  Menteri Besar, Azmin Ali perlu menjelaskan pekara ini dengan segera dan jika kenyataan yang dibuat oleh YB Budiman tidak benar atau fitnah silalah saman untuk membersihkan imej beliau sebagai Menteri Besar Selangor.



Jumaat, 23 Oktober 2015

#kekalnajib TUN MAHATHIR AKHIRNYA AKUI KEKUATAN @NajibRazak @NohOmar

Tun Mahathir telah mengadakan temubual bersama Reuters semalam dan berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan beliau.

1) Najib akan terus jadi Perdana Menteri hingga penghujung penggal kerana UMNO terus menyokong beliau.

Tun M menyatakan bahawa peluang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya pada tahun 2018 adalah tipis.

Tetapi Tun M menghentam ahli UMNO kerana tidak bersuara dan bertindak ke atas Presiden UMNO, Najib Razak.

"Kesemua mereka takut dan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Mereka tidak risau tentang parti atau negara tetapi hanyalah untuk diri mereka sendiri,"

"Dengan cara Najib sekarang, beliau mungkin akan dapat kekal untuk satu penggal lagi. UMNO menerimanya kerana mereka merasa selesa dengan kepimpinan Najib.  Jadi saya rasa beliau akan dapat kekal untuk satu penggal lagi."

Kesimpulannya, Tun M mengaku bahawa segala usaha beliau telah gagal.

2) Pembangkang tidak mempunyai cukup undi 'tidak percaya', malah tidak mampu untuk menghalang bajet 2016.

Tun M menjelaskan usaha mereka (undi 'tidak percaya' dan menolak bajet 2016) akan gagal apabila pihak pembangkang tidak mempunyai undi yang mencukup untuk menentang BN.

"Kenyataannya, pihak pembangkang tidak mampu meraih sokongan untuk menyokong usul mereka. Maka, kerajaan dengan sokongan yang lebih besar akan tetap meneruskannya (bajet 2016)."

3) Muhyiddin masih boleh menjadi PM .... jika beliau mendengar nasihat dari orang-orang yang lebih berpengalaman.

Tun M menyatakan Muhyiddin mampu memimpin negara, jika Najib berundur. "Bekas timbalan Perdana Menteri masih berpeluang untuk memimpin Malaysia, apa yang perlu ialah untuk beliau mendengar nasihat yang bagus...dari orang-orang yang berpengalaman."

Kesimpulannya, Tun M menyatakan bahawa sesiapa yang akan menjadi Perdana Menteri selepas ini perlu mendengar nasihat beliau, atau dengan kata lain ialah Perdana Menteri selepas ini perlu menjadi bonekanya atau Tun M akan meroyan dan bertindak untuk menjatuhkan PM.

4) Tun M takut kerajaan akan mengambil tindakan atas apa yang dilakukan.

Mahathir berkata beliau risau akan laporan berkenaan siasatan polis terhadap dirinya di atas tuduhan melakukan kenyataan berbaur fitnah dalam cubaan menjatuhkan Najib.

"Saya takut, bukan kerana apa, tetapi kerana keadilan yang telah dimanipulasi. Walaupun menurut undang-undang, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Kesimpulannya, jika sebarang tindakan diambil ke atas beliau, besar kemungkinan ia bukanlah berkenaan apa yang dikatakannya sewaktu perhimpunan BERSIH 4 tetapi berhubung kaitan Tun M dengan skandal Justo atau mungkin juga berkenaan tindakan Khairuddin dan Matthias atas arahan beliau, atau atas tuduhan salahlaku semasa beliau memerintah.

Tun tahu beliau gagal untuk melindungi 'orang-orang'nya sendiri iaitu Muhyiddin, Khairuddin, Matthias dan juga Shafie - maka oleh itu beliau juga sedar bahawa dirinya tidak lagi kebal.

[Terjemahan]
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dr-mahathir-says-little-chance-of-ousting-najib