Jumaat, 6 Februari 2015

PENYAKIT BARU DI NEGERI KERAJAAN PIMPINAN PR DIKESAN

Sudah dua penggal negeri Pulau Pinang dan Selangor ditadbir oleh kerajaan PR dan penyakit yang sering diketengahkan ialah kenaikan beberapa cukai serta perkhidmatan.

Contoh yang terbaru berlaku di Pulau Pinang apabila caj parking kenderaan dilanjutkan sehingga ke jam 12 tengah malam yang mana sebelum ini ianya di lanjutkan sehingga 8 malam berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional dahulu yang hanya mengenakan bayaran dalam waktu pejabat.

Nampaknya kerajaan pakatan rakyat hanya tahu bagai mana untuk membebankan pengguna atau pengunjung yang datang ke negeri mereka tanpa memikirkan apa implikasi terhadap mereka mereka yang datang berkunjung mahupun yang menetap di negeri tersebut.

Kalau di Selangor kita dapat melihat kenaikan harga permit atau lesen premis perniagaan dan begitu juga dengan Pulau Pinang dan kini ianya di tambah pula dengan tambahan masa parking kenderaan.

Apakah kerajaan negeri sudah tidak mampu untuk membawa para pelabur hingga rakyat sendiri menjadi mangsa untuk mengecapi kemewahan mereka?

Inilah yang berlaku apabila sebuah negeri di tabdir oleh sebuah kerajaan yang kurang bijak memerintah, apa yang mereka tahu ialah menaikkan segala cukai serta segala perkhidmatan yang membabitkan rakyat seolah olah bebanan permasaalahan kewangan kerajaan negeri perlu di tanggung oleh rakyat jelata.



MUKA MUKA ANAK MELAYU #haramjadah DESAK @ismailsabri60 DIPECAT

Selama ni Pakatan Pembangkang begitu marah apabila harga minyak terpaksa dinaikkan apabila subsidi kerajaan terhadap bahan api kenderaan tersebut ditarik semula kononnya kerana penarikan sabsidi tersebut maka harga barang melambung.

Tapi kini bila harga bahan api kenderaan diturunkan ke paras paling rendah dalam tempoh 10 tahun, harga barangan masih lagi tidak diturunkan oleh peniaga dan ini adalah berpunca daripada pemborong yang tidak mahu menurunkan harga barangan mereka.

Baru baru ini pula, YB Dato' Sri Ismail Sabri tampil meminta orang Melayu supaya memboikot peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, maka melompatlah puak puak Chauvinist tidak mengira parti baik pembangkang mahupun di pihak kerajaan menghentam Menteri Pertanian tersebut.

Hari ini pula seramai 15 anak Melayu pula telah pergi ke Pejabat Perdana Menteri kononnya untuk mendesak Perdana Menteri agar memecat Dato' Sri Ismail Sabri dari memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian ekoran kenyataan atau komen beliau dalam satu posting di Facebook.




Persoalannya sekarang, apa perjuangan Pembangkang khususnya dari golongan Melayu selama ni? Adakah mereka membela rakyat atau mereka mencari populariti politik semata mata?

Kalau nak diikutkan dari apa yang dilakukan oleh mereka sekarang, Sangkakala tak nampak lagi bahawa mereka ini benar benar mahu membela rakyat apabila mereka menempelak seorang Menteri yang membela nasib orang Melayu yang menjadi pengguna majoriti di Malaysia.

Kalau mereka benar benar membela rakyat, mengapa tidak mereka mendesak agar peniaga atau pemborong menurunkan harga barangan kerana sebelum ini mereka juga yang mendesak supaya harga minyak diturunka agar harga barang tidak meningkat.

Tapi apa yang berlaku dapat kita lihat pada hari ini yang jelas di mata kita bahawa mereka seperti tidak berminat untuk membela rakyat malah mereka lebih berminat untuk menjaga politik mereka semata mata dan sekaligus mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku untuk melihatkan bahawa mereka membela sedangkan yanh di bela oleh mereka adalah sebabahagian kecil dari masyarakat iaitu pemborong berbanding daripada pengguna yang begitu ramai.

Juak juak inilah sebenarnya yang akan menghancurkan negara ini kerana kehidupan mereka sebenarnya hanyalah bergantung kepada politik semata mata.



Khamis, 5 Februari 2015

UGUT BUNUH @ismailsabri60 !!! LAPORAN POLIS DIBUAT OLEH BRIGED KESATRIA MUDA

Satu ugutan bunuh ke atas YB Dato Sri Ismail Sabri dikatakan telah tersebar dalam laman media sosial facebook ekoran kenyataan Menteri berkenaan tentang boikot peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barang baru baru ini.


Laporan polis telah dibuat oleh Briged Kesatria Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang di ketuai oleh saudara Armand Azha di balai polis Dang Wangi.


Nampaknya sudah ada yang bermain api apabila dengan sewenang wenangnya mengugut dengan ugutan agak kasar iaitu ugutan bunuh terhadap seorang Menteri.

Lepas ni korang rasa le apa akibat daripada perbuatan korang yang nak tunjuk hebat di media sosial.

Sangkakala menyeru kepada Ketua Polis Negara agar dengan segera melakukan siasatan terhadap individu yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan komen berbaur ugutan tersebut.


@ismailsabri60 BERI PANDANGAN DENGAN MAAF PUN JADI SALAH ???

Malam ni seorang rakan telah menghantar satu poster pada Sangkakala melalui whatsapp yang mana ianya merujuk kepada kenyataan YB Dato' Sri Ismail Sabri.


Rakan Sangkakala ni mempersoalkan bagaimana sebuah pandangan yang dimulai dengan permohonan maaf boleh disalah ertikan oleh sesetengah pihak?

Setelah Sangkakala perhatikan, ada benarnya juga sebab diawal kenyayaan YB Dato' Sri Ismail Sabri, beliau mengatakan "maaf saya beri pandangan", dan ini jelas menunjukkan bahawa beliau tidak bersifat perkauman.

Tapi nampaknya puak puak cicak mengkarung (seperti kata Armand Azha), suka memutarbelitkan apa yanh diperkatakan oleh pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO dan adalah lebih menyedihkan lagi, fakan yang kita rasa dan kita anggap pandai berbahasa Melayu juga rupanya kurang bijak dalam penggunaan atau penguasaan bahasa Melayu.

Jadi disini benarlah sepetimana yanh diperkatakan oleh beberapa orang pemimpin UMNO bahawa kenyataan YB Dato' Sri Ismail Sabri tidak mengandungi unsur unsur perkauman sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pemimpin komponen yang tidak faham bahasa Melayu.

Dan satu perkara lagi, rasanya dengan penuh adap YB Dato' Sri Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan dengan memohon maaf terlebih dahulu sebelum memberikan pendapat beliau dan ianya hanya sekadar pendapat, bukan tuduhan terhadap mana mana pihak seperti yang diperkatakan.


Rabu, 4 Februari 2015

JAMAWI JAAFAR MAHU KETUA PEMUDA MCA TARIK BALIK TUDUHAN TERHADAP @ismailsabri60


Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO   Malaysia, Jamawi Jaafar hari ini meminta Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menarik balik kenyataan beliau yang menuduh YB Datuk Seri Ismail Sabri sebagai rasis:

"Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk saling menunding jari menyalahkan antara satu sama lain. Pada pendapat saya, KP MCA dan kepimpinan Barisan Nasional harus melihat kepentingan rakyat secara  keseluruhannya sebagai keutamaan dan mengenepikan kepentingan peribadi yang lebih ingin dilihat sebagai juara kepada parti dan kaum sendiri dalam membuat sesuatu kenyataan."

Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Datuk Seri Ismail Sabri itu bukanlah sesuatu yang bersifat rasis kerana jika harga barang benar-benar diturunkan maka yang mendapat manfaatnya ialah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Sepatutnya semua pihak dalam BN sama-sama berkongsi idea bagaimana caranya untuk merealisasikan penurunan harga barangan dan bukannya bercakaran menampakkan kelemahan dalaman.

Jamawi yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Tenom turut mencadangkan Chong agar turun padang sendiri menemui pembekal dan pemborong agar beliau boleh mengenalpasti sendiri apakah yang menyebabkan harga barang tidak diturunkan oleh golongan ini yang mendakwa kononnya kenaikan kos pengangkutan akibat pengurangan subsidi miyak sebagai sebab utama kenaikan harga barang sebelum ini.

Menurut beliau lagi, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing jika ingin melihat rasionalisasi harga barangan, makanan dan perkhidmatan menjadi kenyataan. Ini kerana selain kedegilan pembekal dan pemborong yang mendominasi, harga makanan dan minuman di restoran dan kedai makanan juga perlu dipantau kerana masih mahal dan ia memberi kesan yang langsung kepada rakyat sebagai pengguna. Semantara itu badan badan NGO pengguna juga harus terus memberikan kesedaran kepada pengguna agar kuasa memilih dan membeli dapat disatukan kepada mana mana kedai yg menawarkan harga patut.

Pihak kementerian KPDNKK juga harus bertindak tegas dan segera utk mengambil tindakan mana mana pihak yang melanggar dan tidak mematuhi peraturan harga barangan dgn menarik balik lesen borong/pembekalan. Senarai harga patut barang barang keperluan harian juga harus dikeluarkan oleh kementerian berdasarkan kepada kos pengeluaran dan pengangkutan semasa.

Justeru, beliau mencadangkan agar Pemuda UMNO, Pemuda MCA, Pemuda MIC dan Pemuda Komponen BN di Sabah dan Sarawak dapat duduk semeja berkongsi idea, mencari kaedah yang bersesuaian bagi menggesa pemborong, pembekal dan peniaga untuk menurunkan harga dengan kadar segera untuk kepentingan semua.

Sumber



MOHON SEBARAN !!! SENARAI PRODUK HALAL KELUARAN BUMIPUTERA ISLAM

Baru baru ni YB Dato' Sri Ismail Sabri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan supaya rakyat khususnya orang Melayu memboikot peniaga cina yang bertindak tidak mahu menurunkan harga barang.

Dibawah adalah senarai barangan keluaran bumiputera yang sedikit sebanyak membantu dalam usaha untuk memboikot pemborong atau peruncit yang tidak bertimbang rasa terhadap pengguna.

1. Roti - Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2. Minyak Masak -Tiara (FGV-FELDA)
- SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
- ADELA (FGV-FELDA)
3. Susu Pekat Manis - SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
4. Susu Cair - Saji (FGV-FELDA)
5. Mee Segera - SajiMee Saji (FGV-FELDA)
- ADABI
6. Beras - FAIZA
- Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)
- Langsat Hijau (JUARA SELERA)
- Juara Selera
7. Garam – HALAGEL (garam bukit)
8. Kicap Masin/Manis - Kipas Udang
- Tamin
- ALIF (Sime Darby)
- Rohaya
- JALEN (Johor)
9. Sos Cili/Tomato/Tiram - ZUZA (Kedah)
- Rohaya
- ADABI
- Pelangi (FELDA)
10. Cuka Buatan - Mudim
- Rohaya
11. Tepung Gandum - FAIZA
12. Tepung Perasa/ Goreng - ADABI (tepun ayam)
- ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)
13. Rempah Masak – ADABI, Brahim's, FAEZA, AGROMAS, Imans
14. Kunyit – AGROMAS
15. Jagung Tin manis – ADABI
16. Pasta spaghetti – ADABI
17. Santan Paket – ALIF (Sime darby)
18. Taucu – JALEN, Tamin
19. Jus Pekat Buah2an – Tamin
20. Perasa Ros Sirap – Rohaya, Tamin
21. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)
22. Marjerin - Pelangi Delima Oil(FELDA)
23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
24. Jem - Peanut SunBear (FELDA)
- Jem Strwaberry – AGROMAS
25. Kopi 3-in-1 - ADABI-Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1)
i. -Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)
26. Biskut Coklat - GOODKISS (Noraini's Cookies)
27. Frozen Daging Burger/ Nugget - RAMLY, NAFAS, AYAMAS
28. Sardin Agromas
29. Sardin Pertima
30. Bihun Sufi
31. Mi Kuning Sufi
32. Kuey Teow Sufi
33. Garam Sufi
34. Sos Lada Hitam Sufi
35. Sos Cili/Tomato Sufi
36. Kicap Masin/Manis Sufi
37. Tepung Goreng Sufi
38. Minyak Masak Sufi
39. Telur Cap Sufi
40. Ubat gigi Najwa
41. Ubat gigi Halagel
42. Tepung gandum Cap Bidara
43. Jus minuman Safina
44. Syampoo D'herbs
45. Bihun Kampung
46. Rempah- Imans
47. Rempah-Brahim's
48. Bihun- FAEZA
49. Jeruk Buah-buahan - jenama PAK ALI
50. Kedai Kasut Sukan - ALIKHSAN
51. Kuah Rojak/Garam Belacan - ZUZA, PAK ALI, FAMA
*Mencari yang Halal itu FARDHU




Selasa, 3 Februari 2015

#bangang LEPAS KETUA PEMUDA GILIRAN PRESIDEN PULAK TUNJUK PANDAI @ismailsabri60 #DSIS


Semalam Ketua Pemuda MCA tunjuk pandai kononnya nak mempertahan peniaga cina yang enggan menurunkan harga barang selepas satu desakan boikot dikeluarkan oleh YB Dato Sri Ismail Sabri.

Hari ni pulak kita dapat melihat Presiden MCA pulak nak tunjuk hero dengan mengatakan bahawa Dato Sri Ismail Sabri sebagai rasis dengan menuduh peniaga cina enggan menurunkan harga barang.

 
Sangkakala nak tanya sikit pada Presiden parti yang gagal pertahan kerusi ni, adakah orang cina tidak menjadi pengguna seterusnya menjadi pembeli kepada barangan? Atau kaum cina di Malaysia tidak perlu kepada penurunan harga barang?

Atau ada kemungkinan juga orang cina dapat membeli dengan harga yang murah apabila membeli barangan di kedai milik orang cina?

Seperti yang Sangkakala katakan sebelum ini, kebanyakan pemborong adalah dikalangan orang Cina dan mereka ini perlu di ajar dengan cara memboikot supaya barangan mereka tidak dibeli oleh pengguna yang majoritinya berbangsa Melayu.

Jadi kalau Presiden MCA ini rasa nak pertahan atau membela bangsa dia, tak jadi masalah tetapi adalah semua orang Cina di Malaysia ini menjadi pemborong dan tidak menjadi pengguna?

Jangan le bangang sangat sampai Melayu jadi meluat dengan MCA, dan perlu diingatkan juga, sekuat mana pun MCA mengampu orang Cina, adakah dapat dipastikan orang cina akan mengundi MCA dalam piluhanraya akan datang atau akan jadi lebih teruk lagi?

Jadi disini Sangkakala nak sarankan supaya Presiden MCA ni bertindak bijak dan matang sikit sebab Ismail Sabri bertindak mempertahankan bangsanya yang menjadi pengguna dan sepatutnya Liow pula bertindak mempertahankan orang cina yang menjadi mangsa kepada pemborong pemborong yang majoritinya adalah orang cina.

Jangan tunjuk kebodohan secara berlebihan Datuk Seri.



#haramjadah KUDA DALAM PKR DAH MULA BERSUARA MENGUTUK @ismailsabri60 #DSIS

Kalau ye nak tunjuk pandai pun jangan sampai orang kata kamu bodoh, itu je yang Sangkakala nak cakap bila orang bangang macam Mohd Faizal Abd Rahman yang merupakan Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Melayu Malaysia memperlekeh apa yang dikatakan oleh YB Dato' Seri Ismail Sabri baru baru ni.


Mangkuk hayun sekor ni kononnya mengatakan bahawa kenyataan Dato' Sri Ismail Sabri adalah tidak matang apabila meminta pengguna memboikot peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barang.

Salah mana dan tidak matang secara mana yang di perkatakan? Atau adakah kerana kebodohan budak mentah ni sampai lupa dan tak nampak bahawa kebanyakan atau majoriti pemborong adalah dikalangan orang cina dan pengguna pula kebanyakannya dikalangan orang Melayu.

Kalau itu pun tak mampu nak dilihat atau tak mampu untuk diperhatikan maka lebih baik kalau mangkuk tingkat ni duduk diam diam.

Apa apa pun terima kasih sebab dah tunjuk kebebalan kamu dalam mempertahankan orang Melayu yang tertindas dengan orang tengah atau pemborong ni.



BRIGED KESATRIA MUDA MULA BERSUARA !! KP MCA TAK FAHAM MAKSUD @ismailsabri60 #DSIS


Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia rasakan kenyataan KP MCA ini jelas beliau tidak memahami maksud Ds Ismail Sabri dalam kenyataan beliau mengenai penurunan harga barang.

Saya merasakan sebagai rakan komponen BN, seharusnya beliau mengambil pendekatan utk bertanya secara terus pada Ds Ismail Sabri mengenai isu yg dibangkitkan bukan terus membantah serta mengikut tarian mainan DAP dalam isu ini.

Peniaga yg dilihat tidak menurunkan harga seperti mana mrk naikkan harga ketika harga petrol naik adalah golongan yg suka meneguk diair yg keruh serta mengambil kesempatan pada rakyat. Jika MCA benar ikhlas dalam perjuangan kepentingan rakyat maka MCA khususnya Pemuda MCA juga harus mengambil pendekatan utk desak peniaga2 utk bersama2 turunkan harga barang demi kepentingan rakyat Malaysia.

Saya bersama barisan kepimpinan Briged Kesatria Muda Malaysia berdiri teguh dan menyokong kenyataan Ds Ismail Sabri demi kepentingan rakyat Malaysia

#Kita1Hati
#BrigedPrihatin

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia

KENYATAAN PENGERUSI BIRO PERTANIAN PPUM TENTANG KENYATAAN @ismailsabri60

Saya selaku pengerusi Biro Pertanian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong saranan yang dibuat oleh Dato Sri Ismail Sabri bagi menggunakan kuasa yang ada pada kita sebagai pengguna dan pembeli bagi mengambil ketetapan dan langkah bersama untuk membantu menurunkan harga barangan di pasaran selaras dengan penurunan harga minyak dunia.


Hanya dengan menggunakan kuasa kita sebagai pembeli dan pengguna yang bijak sahaja maka peniaga-peniaga yang tamak dan rakus akan dapat diajar.

Saya merasakan bahawa pengalaman YB Dato Sri Ismail Sabri selama ini sebagai menteri di dua kementerian yang terlibat secara langsung dengan pemantauan harga barangan di pasaran telah membuatkan beliau sedar akan punca kenaikan harga barangan, namun apabila terdapat peluang bagi rakyat, yang terdiri dari pelbagai agama, kaum dan lapisan masyarakat, untuk  menikmati penurunan kos harga barangan, perkara itu tidak berlaku atas disebabkan sifat tamak oleh sesetengah pihak bagi mengaut keuntungan yang melampau dan berlebihan.

Perlulah kita sedar juga bahawa dalam keadaan negara baru sahaja pulih dari musibah banjir yang melanda, maka seharusnya semua pihak mempunyai semangat dan rasa tanggungjawab untuk membantu membangunkan semula negara dan bekerjasama bagi meringankan beban yang dialami masyarakat, secara langsung mahupun tidak langsung.

Bukankah selama ini juga pun, apa yang diperjuangkan dengan lantang oleh sesetengah pihak adalah untuk menurunkan harga barangan maka hari ini kita perlu mempersoalkan mengapa apabila ada peluang yang begitu baik untuk kita menikmati penurunan harga barangan secara mendadak, ianya tidak langsung dibangkitkan oleh pihak-pihak tersebut.

Saya mencabar peniaga dan pemborong yang benar-benar jujur dan ikhlas dengan kata-kata mereka, untuk menurunkan harga barangan mereka, selaras dengan kenyataan mereka yang sering kali menggunakan faktor kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan.

Dato Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad Pengerusi Biro Pertanian dan Asas Tani, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



Isnin, 2 Februari 2015

#bangang JELAS NGEH KOO HAM TAK RETI BAHASA MELAYU !! TAK FAHAM KENYATAAN MENTERI @ismailsabri60

Merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian yang meminta supaya orang Melayu memboikot peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barangan setelah harga minyak kenderaan turun sejak bulan Januari dulu, Ngeh Koo Ham nampaknya tak faham bahasa Melayu tapi berlagak seolah olah mengerti tentang semua hal.


Ngeh Koo Ham kononnya memberikan masa 48 jam untuk YB Dato' Sri Ismail Sabri memohon maaf kepada beliau kerana menuduh bahawa beliau mempunyai kaitan dengan perniagaan Old Town White Coffee.

Kalau mengikut daripada apa yang dinyatakan oleh Dato Sri Ismail, beliau tidak mengatakan secara spesifik ianya dimiliki oleh Ngeh Koo Ham.


Dalam kenyataan Dato Sri Ismail Sabri seperti diatas jelas beliau tidak menuduh bahawa ianya dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, ayat yang dikeluarkan oleh beliau ialah " lebih2 lagi ownernya DIKATAKAN ngeh FAMILY DAP Perak yang terkenal anti islam".

Jelas disini dari apa yang Sangkakala tahu bahawa Dato' Sri Ismail mempunyai rujukan lampau seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini dalam laman blog, facebook atau twitter sebab itu beliau mengatakan bahawa DIKATAKAN.

Takkan itu pun Ngeh tak faham? Atau sengaja tak faham atau buat buat tak faham dengan niat mahu menjatuhkan kredibiliti seorang Menteri yang dilihat berani mengeluarkan kenyataan untuk kesedaran rakyat?

Kenyataan Dato' Sri Ismail Sabri pernah dikeluarka melalui akaun Facebook Boikot Barangan Cina DAP Ori yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Old Town adalah dimiliki oleh Pengerusi DAP Perak.

Jadi disini Sangkakala melihat Ngeh Koo Ham tidak boleh mengatakan bahawa ianya adalah kenyataan tunggal dari Dato' Sri Ismail Sabri.

Pendirian YB Dato' Sri Ismail Sabri untuk tidak meminta maaf adalah tepat kerana tidak ada kesalahan pun yang Sangkakala nampak, kalau tak betul kenyataan tu, nafikan sudah memadai dan tak perlu nak saman dan sebagainya sebab seperti Sangkakala katakan tadi bahawa Dato' Sri Ismail Sabri kemungkinan besar dan Sangkakala percaya diambil daripada kenyataan dari pihak terdahulu.

Atau mungkin juga Ngeh Koo Ham sengaja membesarkan isu tersebut unyuk menutup cerita bagaimana kejadian banjir besar berlaku di Kelantan baru baru ini yang dikatakan berpunca dari kegiatan pembalakan yang membabitkan Ngeh Koo Ham serta Nga Kok Meng.

Kalau itu niat sebenar, memang Ngeh kali ni silap sebab penderitaan rakyat Kelantan tidak akan boleh ditutup dengan hanya mengambil tindakan undang undang terhadap Ismail Sabri.




#haramjadah KP MCA TAK FAHAM BAHASA !!! MEMPERTAHAN MEMBABI BUTA

Kalau selama ni kita melihat bahawa MCA mempertahankan bangsa cina Sangkakala rasa memang patut sebab sememangnya tugas kepada MCA untuk mempertahankan bangsa mereka.

Tapi bila Ketua Pemuda MCA mempertahankan tindakan peniaga khususnya pemborong dari kalangan bangsa cina untuk tidak menurunkan harga barang selepas penurunan harga minyak kenderaan bagi Sangkakala adalah melampau.


Tindakan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebenarnya adalah tindakan paling berani dimana ianya bukan disuarakan melalui suara seorang menteri tetapi lebih kepada suara rakyat yang menjadi pengguna barangan setiap hari.

Kita juga sedia maklum bahawa kebanyakan daripada pemborong adalah dikalangan kaum cina dan mereka ini semasa kenaikan harga bahan api kenderaan mengatakan betapa perlunya mereka menaikkan harga bahan makanan tetapi apabila harga bahan api turun mereka senyap seribu bahasa kerana memikirkan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Ketua Pemuda MCA mengatakan bahawa kenyataan Menteri Pertanian adalah rasis kerana meminta supaya rakyat memboikot mereka mereka di kalangan orang tengah yang majoritinya adalah orang cina supaya tidak membeli barangan mereka jika tidak mahu menurunkan harga barangan.

Persoalannya, adakah hanya orang Melayu yang menjadi pengguna? Adakah tidak ada dikalangan orang cina juga menjadi pengguna sama? Hingga kenyataan Menteri tersebut di katakan sebagai rasis?

Kalau nak popular pun jangan sampai menunjukkan kebodohan la wahai KP MCA.

Sebab kerana kebodohan inilah maka banyak kerusi kamu di parlimen dan DUN hilang sebab sudah tidak ada keyakinan terhadap pemimpin seperti kamu yang mampu untuk membela rakyat tidak kira Melayu, Cina atau India.

Sepatutnya KP MCA ini mengajak semua rakyat Malaysia tidak kira apa juga bangsa supaya mengajar peniaga atau pemborong yang tidak mahu menurunkan harga bahan makanan dengan tidak membeli bahan dari mereka supaya mereka tau apabila bahan api sudah turun maka harga bahan makanan juga ikut turun sepertimana yang mereka katakan apabila bahan api naik.

Kalau tak cerdik sila belajar, kalau tak pandai jangab memandai mandai, kalau tak mampu jangan pegang jawatan tinggi sebab nanti akan memalukan parti sendiri.



@ismailsabri60 PENJELASAN TENTANG KENYATAAN DI FB SEMALAM


"Ya.. statement itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yg masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun.

Sewaktu kenaikan  harga minyak mereka gunakan alasan... seolah-olah sengaja dilakukan bagi wujudkan kemarahan kepada kerajaan.

Bagi saya pengguna tidak harus mengharapkan kepada kerajaan semata-mata untuk lindungi diri mereka dari kenaikan harga tapi perlu gunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk turunkan harga spt boikot dan sebagainya.

Pengguna majoriti manakala peniaga adalah minoriti.. tentu kuasa majoriti mampu mengatasi suara minoriti.

Tentang Melayu untuk boikot peniaga Cina ini saya respond kepada FB yg mana mereka marah-marah kepada peniaga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga.

Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB semata-mata.

Tindakan mana-mana peniaga yang tidak turunkan harga barangan selepas penurunan harga minyak yang begitu banyak,  adalah seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan.



Sabtu, 31 Januari 2015

MINYAK TURUN LAGI !!! RAFIZI LARI TAK CUKUP TANAH @NajibRazak #DSNO #ubahselangor

Nampaknya pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli kali ni akan lari tak cukup tanah dikejar oleh para pengikutnya sendiri.

Minyak petrol dan diesel melihatkan penurunan harga lagi berkuatkuasa malam ini dan ianya tidak seperti yang dicanangkan oleh Rafizi sebelum ini dengan mengatakan bahawa harga minyak kenderaan mempengaruhi harga bahan makanan.



Sejak bulan lepas, harga minyak kenderaan menurun apabila harga pasaran minyak dunia terus menurun dan diikutkan dengan bulan februari yang menunjukkan harga minyak turun sebanyak 0.21 sen lagi bagi RON95, 0.11 sen bagi RON97 dan 0.23 sen bagi Diesel.

Tapi sejak bulan lepas, kita tak nampak pula Rafizi mengumpulkan bala tentera PR untuk turun berdemo mendesak para peniaga menurunkan harga bahan makanan ekoran daripada penurunan harga minyak.

Apa yang di sebut oleh Rafizi bagi menghalang hentaman keatas beliau ialah kerugian keatas peniaga stesen minyak dan mereka akan gulung tikar jika harga minyak diturunkan sedangkan sebelum itu Rafizi menyalak bagai anjing menyalak bukit mendesak agar harga minyak diturunkan.

Ini sebenarnya mentaliti pakatan pembangkang yang mahu memperlihatkan kerajaan tidak adil, tidak betul dan pelbagai lagi tohmahan untuk membuatkan rakyat membenci kerajaan.

Tapi hari ini jelas terbukti tindakan kerajaan Barisan Nasional hanya untuk menguntungkan rakyat serta memberikan keselesaan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan seharian.



Jumaat, 30 Januari 2015

SEBARAN !!! KENYATAAN AKHBAR YB @IsmailSabri60

Berikut ialah beberapa isi penting dalam sidang akhbar oleh YB Menteri Pertanian dan Asas Tani semasa menyampaikan Amanat 2015.


1. MOA mahu kerja keras tingkatkan sekurang-kurangnya 10 peratus hasil pertanian, penternakan dan perikan berbanding tahun lepas

2. MOA mahu usaha tambahkan lagi pendapatan petani selaras dgn perkembangan ekonomi dan sara hidup

3. Kurangkan import. MOA mahu fokus kpd produktiviti untuk eksport

4. Setakat ni Malaysia import 30 billion setahun makanan dan akan meningkat pd tahun ni berikutan penyusutan nilai ringgit berbanding dolar

5. Inisiatif baru akan diperkenalkan termasuk pulihkan ladang satelit dan buka kawasan ternakan lembu.

6. Tambah ternakan ikan sangkar dan pembukaan tanah baru utk sayur dan buahan.


TINDAKAN PENGURUSAN PPR KOTA DAMANSARA SUDAH TERLEWAT

Selepas satu kematian berlaku kelmarin di PPR Kota Damansara, hari ini pihak pengurusan nampaknya mengambil satu tindakan dengan meletakkan notis supaya ibu bapa mengawasi anak anak mereka yang bermain di kaki lima bangunan 18 tingkat tersebut.



Persoalannya, kenapa baru sekarang notis notis seperti ini ditampal sedangkan selama ini tidak kelihatan langsung notis seumpamanya di PPR Kota Damansara?

Itu pun selepas kemalangan meragut nyawa kali ke dua berlaku.

Sepatutnya notis seperti ini diberikan selepas kemalangan pertama berlaku dan bukannya selepas kemalangan kali kedua dan dari apa yang diberitahu, pengerusi persatuan penduduk pernah melaporkan keperluan untuk membaiki railing ini kepada MBPJ namun tidak mendapat sambutan.

Kenapa selepas hampir dua tahun selepas kejadian pertama berlaku, masih belum ada apa apa tindakan daripada MBPJ dan kalau ada sekalipun ianya tidak menyeluruh? 

Adakah nyawa penduduk PPR tiada bernilai dimata PBT dibawah kerajaan negeri?




Rabu, 28 Januari 2015

SAMPAH TERBIAR !!! ADUN PAYA JARAS HILANGKAN DIRI

Peningkatan kes denggi di Selangor sedang hangat diperkatakan apabila peningkatan sebanyak 1000 kes seminggu yang amat membimbangkan penduduk.

Punca utama kepada permasaalahan ini pula dikatakan berpunca daripada banyaknya air bertakunh di kawasan kediaman dan kesalahan ini biasanya diletakkan oleh kerajaan negeri kepada rakyat.

Untuk makluman, bukan hanya air bertakung menjadi punca, tetapi masalah sampah yang tidak diangkut dengan sempurna juga sebagai salah satu penyumbang kepada permasaalahan tersebut.

Sangkakala ternampak satu posting dari seorang pengguna laman facebook yang memuat naik gambar sampah yang tidak diselenggara dengan baik oleh PBT.



Sampah di kawasan Paya Jaras dikatakan tidak diangkut selama seminggu dan ini membuatkan kawasan longgokan menjadi busuk dan meloyakan.

Ini bukan sahaja menjadi tumpuan nyamuk, malah tikus dan beberapa serangga pembawa penyakit lain seperti lalat dan lipas juga banyak berkeliaran.

Paya Jaras diwakili oleh ADUN PAS yang juga yang mana beliau dikatakan tidak tinggal di kawasan Paya Jaras tetapi tinggal di Bangi dan ini menjadi punca kenapa ADUN PAS ini tidak tahu apa yang berlaku di kawasan tersebut.

Ini le akibatnya apabila Wakil Rakyat tidak bersama dengan rakyat malah tinggal diluar kawasan dimana rakyat memilih beliau sebagai wakil untuk memantau segala macam permasaalahan terutamanya pernasaalahan rakyat.


#datumjelatek MIMPI NGERI PENDUDUK MELAYU #DSNO #ubahselangor

Pembinaan projek mega Datum Jelatek di Ampang Selangor melihatkan bahawa ianya adalah sebuah projek yang menjadi mimpi ngeri orang orang Melayu yang menjadi penghuni di kawasan tersebut.


Hari Ahad lepas membuktikan apabila ada penduduk yang membantah projek ini mengadakan himpunan dan ianya sekaligus memperlihatkan bahawa orang Melayu yang terlibat di kawasan berkenaan amat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri yang meluluskan projek perumahan berprestij tersebut.


Akan tetapi dengan amat mudah Menteri Besar Selangor menafikan bahawa yang berkumpul mengadakan bantahan tersebut adalah orang tempatan bahkan beliau mempersoalkan adakah mereka benar benar penduduk atau orang luar yang sengaja membuat kekacauan.

Datum Jelatek yang dulunya menjadi penempatan Melayu bakal dijadikan penempatan campuran dan dengan harga serta nilai kediaman mencecah ratusan ribu hingga ke belasan juta ringgit sudah pasti tidak akan mampu dimiliki oleh kebanyakan orang Melayu.

Walaupun jawapan daripada DatumCorp bahawa mereka mendahulukan orang Melayu dalam penjualan kediaman tersebut, kita dapat membayangkan adakah ianya akan berlaku sepertimana yang dikatakan.

Sangkakala mendapat maklum bahawa harga sebuah kediaman yang berkeluasan lebih kurang 550 kaki persegi (studio) sudah mencecah harga sehingga RM 700 ribu ringgit dan penthouse kondominium ini pula berharga RM 11.7 juta.

Adakah harga ini menjadi harga mampu milik kepada orang Melayu khususnya mereka mereka yang mendiami kawasan tersebut satu ketika dulu.

Tahun 2010, 4 buah block pangsapuri PKNS diambil alih oleh kerajaan negeri dan mereka ini diberikan pampasan dibawah harga RM 200 ribu untuk membolehkan projek Datum Jelatek dibangunkan.

Memang benar kuota bumiputera diberikan potongan harga sebanyak 10 peratus tapi jika dinilaikan semula harga paling rendah dalam projek ini ianya masih berbaki RM 630 ribu.

DatumCorp mengatakan bahawa mereka masih belum menjual unit unit kediaman ini kepada para pembeli dan mereka akan menjual unit unit tersebut kepada seberapa ramai orang Melayu khususnya bumiputera walaupun kerajaan hanya menetapkan 50 peratus perlu dijual kepada bumiputera hanyalah retorik semata mata.

Alasan yang akan diberikan nanti ialah, tiada sambutan dari kalangan orang Melayu maka mereka terpaksa membuka unit untuk dijual kepada bukan Melayu atau bumiputera.

Bagaimana Melayu mampu untuk memberikan sambutan sedangkan harga yang diletakkan boleh dikatakan melampau dan jauh daripada kemampuan orang Melayu.

Sangkakala juga merasakan bahawa bukan sahaja orang Melayu, malah kemungkinan sebahagian besar rakyat Malaysia dan Selangor tidak mampu untuk memiliki kediaman tersebut dan akhirnya projek ini akan dijual kepada warga asing yang memang berminat untuk mendapatkan hartanah di Malaysia hingga akhirnya rakyat Selangor sendiri akan ditempatkan dipinggir pinggir bandar.

Apa nasib rakyat dan adakah ini yang dikatakan bahawa kerajaan Selangor menitik beratkan kebajikan rakyat seperti mana yang mereka nyatakan semasa piihanraya lalu?

Rakyat Selangor perlu melihat, tidak akan kedengaran lagi suara bantahan memandangkan pengurusan DatumCorp telah menyatakan bahawa mereka akan tetap meneruskan projek tersebut kerana bantahan yang dibuat tidak akan membolehkan mereka untuk menghentikan projek berkenaan.

Oleh itu, Sangkakala ucapkan tahniah kepada rakyat Selangor yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri tersebut hingga mereka mampu untuk melakukan apa sahaja dan menidakkan suara rakyat itu sendiri.




KANAK KANAK MAUT JATUH BANGUNAN PPR KOTA DAMANSARA

Nyawa manusia yang tinggal di PPR seolah olah tiada nilai kepada kerajaan negeri Selangor apabila petang tadi satu lagibkematian dilaporkan di PPR Seksyen 8 Kota Damansara.


Seorang kanak kanak meninggal dunia di tempat kejadian apabila kanak kanak tersebut dikatakan jatub dari tingkat 6 block B PPR Kota Damansara  

Puluhan aduan telah dibuat kepada pengurusan Syarikat Hartanah Selangor Berhad yang mengendalikan perumahan tersebut tetapi ianya ibarat mencurah air di daun keladi.

Sebelum ini seorang kanak kanak berbangsa India telah jatuh dari tingkat 7 di block D kawasan yang sama dan kini seorang lagi mangsa telah terkorban.

Agaknya berapa ramai lagi yang harus menjadi korban akibat daripada ketidakcekapan anak syarikat kerajaan negeri ini mengendalikan kawasan perumahan tersebut?

Adakah mahu sampai mencecah angka puluhan orang terutamanya kanak kanak untuk dijadikan korban setiap tahun?

Mungkin bagi anak syarikat kerajaan negeri ini, nyawa orang orang yang kurang berkemampuan ini tidak bernilai dan maka dengan sebab itu jugalah penyelenggaraan bangunan tambahan pula dari aspek keselamatan penduduk tidak diambil peduli.

Kepada kerajaan negeri, ingatlah bahawa mereka ini juga manusia dan mereka juga berhak untuk mendapatkan keselesaan serta keselamatan di kediaman mereka.


Selasa, 27 Januari 2015

BUKTI KEBEBALAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Nampak sangat kerajaan Selangor semakin bebal apabila kes denggi semakin meningkat dari semasa ke semasa.



Dalam masa seminggu sahaja, 1000 kes denggi dilaporkan berlaku di negeri Selangor.

Apa tindakan kerajaan Selangor dibawah kepimpinan Menteri Besar yang baru si Azmin Ali?

Nak pancut Ridsect dalam bas lagi macam yang pernah dilakukan dulu sebagai gimik kononnya mereka prihatin tentang permasaalahan kesihatan rakyat?

Selagi kerajaan Selangor masih dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat, maka selagi itu lah masalah rakyat tidak akan selesai dan rakyat Selangor akan terus dibelenggu dengan permasaalahan dari semasa ke semasa.

Rakyat Selangor perlu sedar tentang perkara ini dimana Pakatan Rakyat seolah olah sedang memperjudikan nasib rakyat terutamanya dari segi kesihatan dan keselamatan.

Rakyat Selangor perlu menolak kerajaan Pakatan Rakyat yang kini dilihat pebih mementingkan polimik mereka dan bukannya untuk memperbetulkan keadaan sepertimana janji mereka pada tahun 2008 lagi.

Rakyat Selangor perlu menolak kerakusan kerajaan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin ketara memenuhi tuntutan nafsu mereka demi untuk mendapatkan kuasa dan akhirnya nanti negeri Selangor terutamanya rakyat yang akan menjadi mangsa.