Jumaat, 15 Ogos 2014

KENYATAAN MEDIA NGO GABUNGAN ANTI PENYELEWENGAN SELANGOR #sultanmurka #langkahkajang

                        Hamidzun Khairuddin
                                      Presiden
           Gagasan Anti Penyelewengan Selangor

HORMATI TUGAS DAN PERANAN TUANKU SULTAN SELANGOR

1. Saya ingin menyeru kepada semua pihak agar menghormati tugas, peranan dan tanggungjawab Tuanku Sultan Selangor sebagai Sultan dan Yang Dipertua Negeri Selangor. Institusi Raja Melayu di Selangor yang sudah berkurun usianya sekali lagi diuji dengan mehnah politik yang gagal diurus oleh parti-parti politik di Selangor.

2. Saya kesal dan mencela tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh beberapa ngo yang menuduh Tuanku Sultan campur tangan dalam urusan kerajaan negeri.

3. Jangan salahkan Tuanku Sultan kerana baginda bertanggungjawab melaksanakan tugas dan peranan baginda seperti yang diperuntukan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1958.

4. Ngo-ngo ini sewajarnya menghalakan jari telunjuk mereka kepada parti-parti dalam kerajaan pakatan rakyat yang gagal untuk menguruskan pentadbiran Negeri Selangor dengan baik, aman dan sempurna. Rakyat telah memberikan mandat kepada pakatan rakyat dalam pru 13 yang lalu sebagai kerajaan negeri, maka laksanakan tanggungjawab ini, jangan sia-siakan nya, jangan berebut sana dan berebut sini, jangan sombong, bongkak dan takbur.

5. Lord Acton, seorang tokoh sejarah dan pejuang kebebasan politik menyebut "Power tends to corrupts, absolute power corrupts absolutely". Begitulah yang terjadi di Selangor sekarang ini, parti-parti pakatan rakyat kini rancak bercakaran sesama mereka kerana soal kuasa. Mereka melupakan kepentingan dan kebajikan rakyat. Mereka lupa diri. Mereka lupa mandat rakyat. Mereka kini berebut kuasa sesama mereka. Mereka laksanakan transaksi rasuah membeli Adun-adun seperti membeli belah di hypermarket. Adakah ini jenis politik yang mereka hendak wariskan kepada generasi muda anak Selangor ?

6. Konflik Menteri Besar Selangor kali ini berpunca dari masalah peribadi ketua umum Pkr yang juga penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Dia mahu menyemai budaya kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor dengan cubaan melantik isterinya sebagai Menteri Besar. Dia tamak dan mahu memusatkan kuasa kepada keluarganya.

7. Ia nya bertambah meruncing apabila pemilihan Pkr yang yang sengit dan kacau bilau terkait pula dengan parti-parti dalam pakatan rakyat teraju kerajaan negeri sekarang. Kegagalan menguruskan kejayaan akhirnya menjadikan mereka bertelagah sesama mereka.

8. Saya yakin Tuanku Sultan Selangor tiada niat dan tidak berminat langsung untuk masuk campur dalam politik dalaman dan luaran pakatan rakyat. Tetapi apabila baginda telah dirujuk dengan persengketaan  dan perebutan jawatan Menteri Besar yang semakin tidak karuan, adalah menjadi tanggungjawab baginda untuk memberikan titah kepada Menteri Besar seadanya berdasarkan peruntukan undang-undang.

9. Sebagai penduduk asal Klang di negeri Selangor yang telah wujud sejak zaman Empayar Melayu Melaka dan rakyat Tuanku Sultan Selangor, saya menjunjung penuh segala titah Tuanku Sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Selangor.

10. Saya menyeru kita rakyat Negeri Selangor BERSATU dan boleh memastikan kuasa rakyat dihormati oleh parti-parti yang telah dan akan diberikan mandat dalam mana-mana pilihanraya umum. Saya yakin kita mampu mengubahnya dan sekali gus membantu Tuanku Sultan Selangor dalam memastikan kerajaan Selangor terus kuat, kukuh, penuh bertanggung jawab dan telus dalam mentadbir negeri Selangor.

11. Kuasa rakyat kuasa keramat. Amalan rasuah, kronisme dan nepotisme wajib terus disanggah dalam melahirkan wajah negeri Selangor baru yang lebih dihormati dipersada politik tanah air.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
019-2233405

Shah Alam
Jumaat, 19 Syawal 1435 bersamaan
15 Ogos 2014


I

Khamis, 14 Ogos 2014

#sultanmurka #langkahkajang AMARAN DARI BEKAS AHLI PAS DAN NOTA DARI LOKMAN ADAM

Kemelut yang melanda negeri Selangor kini nampaknya kuab meruncing apabila sudah kedengaran bahawa ada di kalangan ADUN PAS yang mula menyokong Wan Azizah SIKIPAS LIPAS menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Perkara ini telah mendapat perhatian daripada 2 orang bekas pengikut pembangkang yang telah mengeluarkan kenyataab mereka pada hari ini.

Ustaz Norman Toha yang dulu merupakan Setiausaha Pemuda PAS Selangor telah memberikan amaran kepada Dr Rani yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS negeri sebelum diambil alih oleh YB Iskandar.


Ustaz Norman telah mengatakan bahawa sekiranya Dr Rani mengikut atau menyokong Wan Azizah maka beliau akan mengerahkan semua pengikut Presiden PAS u tuk melakukan demonstrasi di hadapan rumah ADUN tersebut.

Ini mungkin juga berpunca apabila ada ADUN PAS dilihat tidak begitu yakin pendirian mereka untuk mengikuti arahan Presiden parti dan majlis Syura yabg mengatakan bahawa PAS menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Begitu juga dengan bekas tahanan ISA yang satu masa dulu bersama sama dengan PKR, saudara Lokman Nor Adam, beliau juga seperti dapat merasakan sesuatu apabila dua orang ADUN PAS kini seolah olah dibeli atau sememangnya kedua dua ADUN yang dikatakan sekarang menyokong Wan Azizah memang orang orang Anwar ya g diletakkan di dalam PAS tanpa pengetahuan parti itu sendiri untuk menghadapi segala kemungkinan.

Kita ikuti apa kata Lokman Adam tentang hal ini.

NOTA DARI LOKMAN ADAM

Azizah cuma dpt sokongan dari 30 ADUN utk jadi MB. Tapi persoalannya, macamana dia nak adakan sidang DUN utk buat undi tak percaya terhadap TSKI tanpa pekenan Sultan.

Keduanya, macamana dia nak jadi MB kalau Sultan tak nak? Kenapa dia letak satu nama sahaja sebagai calon MB dan tak berikan beberapa nama seperti amalan biasa. Adakah ini bertujuan untuk menghasut rakyat membenci Sultan kerana kononnya Sultan menolak pilihan rakyat? Ini pilihan rakyat atau Anwar.

Ketiga, Kalaupun Sultan bersedia menerima ADUN lain Selain Azizah sebagai MB....adakah kesemua 15 ADUN PAS akan menerimanya? PKR pun belum tentu boleh terima jika nama Azmin umpamanya dicalonkan.

Apa yang jelas hari ini rakyat sudah boleh lihat dengan jelas, PAS sekarang bukan macam PAS dulu yang meletakkan wala' mereka pada Presiden dan Majlis Syura.  Tindakan teman selokap saya semasa di bawah tahanan ISA, Shaari Sungip memang telah lama saya jangkakan.  Walaupun beliau meninggalkan PKR dan menyertai PAS, wala' mereka tetap pada Anwar Ibrahim, begitu juga Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz, Husam, KJ, Hatta Ramli dan rakan2 Erdogannya yang lain.

Lokman Adam.


Perkara sebegini seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang serius memandangkan ADUN PAS kini seolah olah boleh dibeli atau mereka sememangnya menjadi pengikut Anwar sejak dari dulu dan jika benar begitu, Sangkakala tidak terperanjat jika terdapat ramai lagi dikalangan pemimpin dalaman PAS merupakan ahli PKR yang menyelinap masuk untuk menjadi mata dan telinga parti berkenaan serta .ereka mampu untuk menukarka  sesuatu keputusan mengikut kesesuaian Anwar Ibrahim.




Rabu, 13 Ogos 2014

PANAS BERAPI !!! VIDEO SEX AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG BOCOR

Berita panas!!! Sangkakala telah didatangi oleh seorang lelaki yang mengatakan bahawa beliau memiliki video hubungan sex seorang ahli parlimen pembangkang dalam negeri Selangor.

Pada awalnya Sangkakala agak keberatan untuk mempercayai perkara tersebut, tetapi apabila lelaki ini memainkan video serta menunjukkannya kepada Sangkakala, Sangkakala agak terperanjat apabila muka si pelaku memang mirip sangat dengab ahli parlimen Pembangkang bukan Melayu tersebut.

Disini Sangkakala masukkan sikit diantara sedutan sedutan adegan tersebut dan video berdurasi 5 minit 45 saat ini sekarang sudah pun berada di tangan Sangkakala.



Ini buka bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tapi menurut kata si pemilik video tersebut, beliau sendiri sudah tidak tahan dengan kerenah Ahli Parlimen Pembangkang berkenaan yang dikatakan terlalu ego hingga menyebut, tiada sesiapa yang mampu untuk mengusik kedudukan beliau didalam parti mahupun sebagai Ahli Parlimen.

Sangkakala pun agak biasa melihat Ahli Parlimen ni tapi tak sangka pulak perangai beliau seburuk ini, kalau di hotel mungkin boleh dikatakan bersama isteri, tapi kalau dalam rumah urut rasanya tak berbaloi.

Tapi takpe, sepertimana Sangkakala pernah simpan begitu lama video Nurul Izzah, begitu jugalah Sangkakala akan simpan video terbaru ni, tapu kalau keadaan memerlukan dan agak agak Ahli Parlimen ni nak jadi macam macam, Sangkakala yakkan teragak agak untuk memaparkan video tersebut untuk tontonan umum.


YB ISKANDAR ADUN PAS MENDERHAKA #langkahkajang #sultanmurka

Yb Iskandar nampaknya telah menderhaka keatas apa yang diarahkan oleh PKR dan DAP tentang usaha untuk memboikot mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa negeri.


Dalam Malaysiakini pagi tadi ada menulis bahawa 3 orang EXCO dari PAS dilihat telah hadir ke pejabat di Bangunan SUK negeri dan YB Iskandar tidak lagi kelihatan.

Rupanya YB Iskandar dah ada dalam bangunan dan beliau datang awal mendahului lain lain EXCO dari PAS.

Itu sebab Sangkakala kata Yb Iskandar dah menderhaka terhadap PR lebih lebih lagi terhadap Anwar Ibrahim yang seolah olah mendahului Sultan dalam perlantikan Menteri Besar Selangor.

Ini sudah pasti membuatkan Anwar bertambah marah terhadap PAS tambahan lagi apabila keinginan beliau kali ini tidak diambil kisah oleh parti berkenaan malah mereka bertindak seperti tiada apa yang berlaku.

Tapi Sangkakala juga bersetuju dengan tindakan PAS yang mengambil pendekatan untuk terus hadir dan menerima jawatan EXCO kerana mandat rakyat yang diberikan pada PRU13 yang lalu perlulah dilaksanakan dan kemelut dalam PKR sebenarnya adalah masalah dalaman dan perjalanan kerajaan tidak seharusnya terhenti dengan permasaalahan tersebut.

Kerakusan Anwar Ibrahim telah cuba mengheret perjalanan kerajaan negeri dan ini sebenarnya akan menyusahkan rakyat dalam menyelesaikan masalah pentadbiran dalam negeri Selangor.


EXCO PAS HADIRI MESYUARAT !!! ANWAR TAMBAH GELISAH !!! #langkahkajang #sultanmurka

Desakan yang dilakukan oleh DAP dan PKR agar EXCO PAS memulaukan mesyuarat EXCO selepas pemecatan Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR nampaknya tidak diterima dan mereka (exco pas) tetap menghadiri mesyuarat tersebut.


Dalam undang undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar cuma memerlukan 4 orang EXCO untuk menjalankan tugas sebagai seorang Menteri Besar dan nampaknya kekuatan tersebut akan terus kekal apabila kehadiran EXCO EXCO PAS ini adalah kerana mereka mengatakan bahawa mereka dipilih oleh Sultan serta atas arahan parti.

Dalam situasi sekarang ni agak agaknya apa yang ada dalam fikiran Anwar ye?

Mungkin juga Anwar sedang MENGHARAM JADAHKAN  Khalid Ibrahim tak habis habis.

ADUN PAS pun kali ni nampaknya degil sikit sampai apa yang DAP dan PKR minta pun puak puak PAS ni buat tak peduli.


Mungkin juga ini hadiah kepada PKR dan DAP yang sejak akhir akhir ni ahak biadap dengan mengeluarkan beberapa saman terhadap pemimpin PAS.


Kali ni korang rasa le pulak wahai DAP dan PKR macam mana kalau PAS dah mula nak nampakkan mereka pun ada kuasa dan mereka juga ada maruah. 



GEMPAR !! EXCO PAS TAKKAN DATANG MESYUARAT ESOK #langkahkajang #sultanmurka

Esok dijadualkan akan berlangsungnya mesyuarat exco lantikan Menteri Besar Selangor yang baru dan dikhabarkan PKR dan DAPNtelah mendesak agar exco exco dari PAS berkenaan tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.


Tapi kenapa DAP dan PKR beriya sangat nak mendesak exco dari PAS supaya jangan menghadirkan diri? Bukankah menjadi tanggungjawab seorang exco menghadiri mesyuarat bagi menjalankan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Masalah dalaman PKR sepatutnya tidak dibawa kedalam pentadbiran kerajaan dan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor telah diperkenan oleh Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar dan tanggungjawab ini pwrlu digalas sebaik mungkin demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Rakyat Selangor telah memberikan mandat untuk pakatan rakyat memerintah Selangor dan apabila perkara atau permasaalahan berlaku didalam parti mereka sendiri, rakyat Selangor nampaknya diheret sama.

Tapi esok juga sebenarnya adalah penentu dimana kita akan melihat sama ada PAS benar benar ikhlas untuk menyokong Khalid sebagai Menteri Besar atau sebaliknya.

Sangkakala tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz baru baru ini kepada Khalid sewaktu perbincangan diantara Menteri Besar Selangor tersebut dengan beliau.

Nik Aziz ada mengatakan kepada Khalid supaya jangan melayan ahli politik munafik dan teruskan kerja sebagai Menteri Besar Selangor.

Setahu Sangkakala, salah satu tanda tanda orang munafik ialah memungkiri janji dan janji PAS kepada Khalid ialah PAS akan tetap menyokong Khalid sebagai Menteri Besar Selangor selagi beliau tidak didapati bersalah oleh pihak berkuasa dalam tuduhan terhadap beliau oleh pemimpin PKR.

Jadi esok kita boleh lihat sama ada exco dari PAS akan hadir atau tidak, sama ada PAS akan menunaikan janji mereka kepada Khalid ataupun tidak atau kita akan melihat orang orang yang digelar sebagai munafik oleh Nik Aziz akan terdedah namanya nanti.


Selasa, 12 Ogos 2014

RAHSIA KEGILAAN ANWAR IBRAHIM MAKIN TERBONGKAR #langkahkajang #sultanmurka

Rahsia kegilaan Anwar Ibrahim makin lama makin terbongkar ekoran daripada keinginan beliau untuk menjadikan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam kali ini nampaknya membongkar isu dimana Wan Azizah dipukul oleh Anwar Ibrahim sebelum ini.


Mengikut apa yang ditulis oleh Khalid Samad dalam akaun twitter milik beliau jelas mengatakan bahawa Wan Azizah dipukul oleh suaminya tapi tak taulah kalau Wan Azizah mempunyai suami lain selain dari Anwar Ibrahim.

Mungkinkah Khalid Samad juga merasakan bahawa beliau perlu mendedahkan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebelum ni terhadap Wan Azizah?

Nampaknya kegilaan Anwar bukan sahaja memegang jawatan tapi juga kegilaan beliau dalam melayani isteri selama ini.

Tapi seperti biasa, ahli PKR tidak akan percaya dengan apa yang dilakukan oleh Anwar dan pendedahan yang dilakukan oleh Khalid Samad ini akan dikata sebagai fitnah.


KENYATAAN RAZALI IBRAHIM YANG DIPUTAR BELIT OLEH RBA

Nampaknya ada pihak yang cuba untuk memutarbelitkan kenyataan Dato' Razali Ibrahim berkenaan dengan sekolah cina di Malaysia.

Setahu Sangkakala Dato' Razali Ibrahim atau lebih mesra digelar sebagai DRI tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini dan apa yang disebut oleh beliau baru baru ini ialah tidak membuka atau menambah bilangan sekolah cina di Malaysia.


Mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk memecah belahkan hubungan diantara MCA dan UMNO seterusnya melagakan DRI dengan Datuk Wee Ka Siong yang sebelum ini menyanggah kenyataan DRI.

Bagi Sangkakala, ianya amat mudah dan kita melihat pada hari ini diantara parti dalam Barisan Nasional sesiapa juga boleh meluahkan pendapat sama ada DRI atau Wee Ka Siong.

Jadi tak perlulah nak menangguk di air yang keruh sebab hubungan diantara UMNO dan MCA dalam Barisan Nasional sejak dari dulu sudah terjalin erat dan perbezaan pendapat adalah perkara biasa.


Isnin, 11 Ogos 2014

ANWAR IBRAHIM DAH PUNAH RANAH #sultanmurka #langkahkajang

Nampaknya kali ni Anwar Ibrahim berada di jalan jalan akhir karier politik beliau apabila beberapa ahli dewan undangan negeri dari PKR akan melepaskan jawatan atau kata lainnya akan keluar dari PKR dan mengikut jejak Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas.


Tiga ADUN yang disebut akan melakukan perkara itu ialah YB Elizabeth Wong dari Bukit Lanjan, YB Dr Daroyah Alwi dari sementa dan YB Rodziah Ismail dari Batu 3.

Tapi kenapa ketiga tiga mereka ini mahu keluar dari PKR?

Mungkin juga mereka ini sudah merasakan bahawa Anwar Ibrahim sengaja untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dan menaikkan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim kerana melihat kedudukan Selangor kini yang mempunyai rizab simpanan sebanyak RM 3 Billion dan dengab adanya Khalid Ibrahim disitu sebagai Menteri Besar, wang ini tidak dapat disalurkan ke poket beliau.

Kedudukan Anwar sebagai penasihat ekonomi juga berkemungkinan untuk membawa rizab tersebut ke poket keluarga beliau dan ianya tidak berjaya.

Rakyat perlu melihat perkara ini sebagai satu permainan jijik oleh Anwar Ibrahim demi untuk kekayaan keluarga beliau semata mata tetapi bukanlah sepertimana yang beliau katakan bahawa rakyat adalah keutamaan dalam perbelanjaan kewangan Selangor.

Wan Azizah pula hanya akan menjadi seorang boneka dimana beliau sendiri mengatakan bahawa Anwar tetap akan menjadi penasihat ekonomi kepada negeri Selangor dan adakah ini jalan jalan yang akan membuka ruang kepada Anwar untuk membawa keluar hasil Selangor sepertimana yang diwar-warkan tentang duit kertas bernilai seribu dan lima ratus dahulu?

Rakyat Selangor harus memikirkan bahawa politik Anwar hari ini bukanlah untuk membela rakyat tetapi lebih kepada membela keluarga beliau.


Ahad, 10 Ogos 2014

PERSIDANGAN UMNO BERA MERIAH

Siang tadi berlangsung persidangan UMNO bahagian Bera yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di kompleks rakan muda Bera.


Keadaan dilihat amat tenteram dan penuh dengan keharmonian dan ini sebenarnya memang menjadi amalan dalam setiap persidangan agung UMNO di setiap bahagian.

Untuk melihat gambar sepanjang perhimpunan Agung Bahagian Bera sila klik DISINI....


PENYOKONG PR MINTA ANWAR DI PENJARAKAN #langkahkajang #sultanmurka

Nampaknya sudah ada penyokong PR yang mahukan Anwar di penjarakan.

Ini dapat dilihat dengan jelas dalam gambar yang di ambil dan Sangkakala masukkan di bawah.


Kalau sebelum ni kita lihat ada himpunan yang meminta supaya Anwar di bebaskan dan di lepas kan dari pertuduhan meliwat, namun kini perkara sebaliknya telah berlaku.

Ini semua berpunca daripada pemecatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang dilihat hanya semata mata untuk memenuhi hawa nafsu Anwar Ibrahim bagi meletakkan Wan Azizah yang merupakan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mungkin juga pengikut pakatan pembangkang ini sudah mula muak dan jelak dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan mungkin juga mereka merasakan bahawa dengan mengikut Anwar Ibrahim maka mereka kini merasakan bahawa mereka telah dipergunakan.

Ini sebenarnya adalah satu keinsafan yang akan membuatkan Anwar merasa gelisah dan resah dan seharusnya perkara ini berlaku dalam diri setiap pengikut PR.

Ada juga dikalangan pengikut PR mengatakan bahawa kenapa kini ada diantara pengikut pro UMNO di Selangor kini mempertikai dan seolah olah menyokong Khalid Ibrahim?

Bagi Sangkakala jawapannya amat mudah, ini bukan soal parti, tapi ianya adalah soal siapa yang akan menjadi Menteri Besar Selangor? Dan yang memberikan komen menyokong Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar adalah anak Selangor dan mereka ini sebenarnya tidak mahu ada orang luar yang menjadi Menteri Besar.

Khalid Ibrahim merupakan anak jati Selangor dan bagi anak anak Selangor, beliau layak untuk menjadi Menteri Besar selepas Pakatan terpilih sebagai kerajaan negeri cuma apabila Wan Azizah memenangi DUN Kajang dalam PRK yang dicipta oleh PR, maka kekecohan pun berlaku.

Persoalan sekarang, adakah usaha untuk menjaga negeri Selangor selama 6 tahun hilang begitu sahaja hanya semata mata tuduhan melulu yang dilakukan oleh pemimpin PR yang tidak berpuas hati dengan Tan Sri Khalid?



RAFIZI JAMBU FTNAH PAS !!! TAKKAN PAS NAK DIAMKAN DIRI !!! #sultanmurka #langkahkajang

Nampaknya lembu suruhan Anwar Ibrahim ni dah mula nak buat fitnah ke atas PAS dengan mengatakan bahawa PAS yang minta supaya Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor ditukar dengan orang lain.


Demi untuk mencapai matlamat PKR untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim, maka jambu kepunyaan Anwar Ibrahim ini akan memfitnah sesiapa sahaja termasuklah parti yang bersama sama dengan mereka selama ini.

Dan kali ini nampaknya kepimpinan PAS di Selangor menjadi sasaran fitnah yang dilemparkan oleh Rafizi sotong dengan mengatakan bahawa pimpinan PAS yang paling banyak membuat aduan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan permintaan untuk menggugurkan Khalid juga datangnya dari PAS.

Wahhh..PAS pulak nak kata apa lepas ni? Nak saman Rafizi lembut atau PAS masih lagi nak berlembut dan mengiyakan apa yang disebut oleh Rafizi?

Tapi Sangkakala hairan juga, kalau PAS yang tidak berpuas hati dengan Khalid, kenapa PAS juga yang menyokong Khalid agar kekal sebagai Menteri Besar?

Apa yang berlaku sebenarnya disini ialah, si Lembut bernama Rafizi ni cuba nak meraih simpati dari ahli PAS dengan mengatakan kepimpinan PAS yang minta Khalid digugurkan dan satu persoalan untuk Rafizi, sejak bila PKR ikut saranan dan ikut telunjuk PAS? Sedangkan kita semua tahu bahawa setiap kenyataan atau aduan PAS kepada PKR dan DAP, takkan ada apa apa maklum balas, jadi disini nampaknya si Rafizi atau lebih dikenali sebagai Rafizi Sotong kantoi sudah.




#artis DERITA ROZANA MISBUN HANYA MAMPU UCAP SELAMAT HARI LAHIR UNTUK ANAK DI FB

Mungkin bagi yang tidak merasai apa yang di rasai oleh Rozana Misbun tidak akan tahu betapa deritanya wanita ini yang kini merindui anaknya yang Sangkakala pernah tuliskan dulu dan mendapat respon dari Awie Wings yang juga merupakan suami beliau.


Bukan niat Sangkakala untuk mencampuri urusan suami isteri ini tapi sebagai seorang manusia, Sangkakala rasa Sangkakala tahu bagaimana peritnya merindui seseorang tambahan pula jika dirindui itu adalah anak kandung sendiri.

Sangkakala terbaca dalam portal murai.com yang menulis tentang Rozana yang hanya mampu mengucapkan selamat hari lahir kepada puteranya melalui akaun laman sosial facebook.

Baca DISINI....

Moga Rozana terus tabah dalam menghadapi cabaran hidup dan insyaallah akan ada cahaya dihujung terowong yang gelap.




#sultanmurka #langkahkajang KENYATAAN NOH OMAR TENTANG KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kemelut politik kerusi Menteri Besar Selangor sudah boleh dijangka dengan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR serta-merta.

             
Katanya, walaupun jalan cerita sudah sampai ke penghujung kerana skrip tersebut memang sudah ada, tetapi masih ada episod baru yang lebih mengujakan iaitu pendirian Pas mengenai kedudukan Abdul Khalid.
            
"Episod seterusnya terletak pada Pas. Sama ada mereka terus sokong Abdul Khalid seperti mana pendirian mereka sebelum ini atau menarik balik sokongan mereka.
             
"Pada masa yang sama, sekiranya mereka ikhlas, mereka boleh mempelawa Abdul Khalid menyertai parti itu kerana kedudukan menteri besar yang kini menjadi Adun bebas," katanya, semalam.
             
Noh berkata, walaupun Abdul Khalid disingkir daripada PKR namun beliau boleh kekal sebagai ketua kerajaan negeri kerana pelantikannya sah menurut Perlembagaan.
               
"Inilah kali pertama dalam sejarah Selangor, menteri besar adalah Adun Bebas. Namun begitu Umno Selangor mengambil pendirian tunggu dan lihat sahaja drama ini," katanya.

SUMBER


Sabtu, 9 Ogos 2014

ANWAR IBRAHIM KESAL PECAT KHALID DARI PKR #sultanmurka #langkahkajang

Kalau nak diikutkan perkiraan pada hari ini, pemecatan Khalid akan memberikan kesan besar terhadap Anwar Ibrahim dan PKR.


Kalau nak diikutkan daripada percaturan kiraan undi dalam sidang DUN, jika PAS tidak menyokong DAP dan PKR, maka kedua dua parti tersebut hanya mempunyai 28 kerusi sebelum di tolak seorang ADUN yang menjadi speaker.

Jika speaker di kecualikan maka DAP dan PKR hanya mempunyai 27 kerusi dimana DAP mempunyai 14 kerusi dan PKR mempunyai 13 kerusi.

Dan kini, PAS mempunyai 15 kerusi, Barisan Nasional mempunyai 12 kerusi dan satu kerusi bebas iaitu Khalid.

Memang ada yang mengatakan bahawa undi Speaker adalah undi penentu tetapi itu hanya akan berlaku sekiranya kedua dua pihak memiliki kerusi yang sama banyak atau undi yang sama banyak.

Tapi dalam keadaan sekarang, DAP dan PKR hanya mempunyai 27 kerusi berbanding dengan PAS, BN dan Bebas mempunyai 28 kerusi dan ini bermakna jika 28 ADUN ini menyokong Khalid maka satu kerajaan campuran akan wujud di Selangor dan ini sebenarnya kesilapan dalam congak kira kira Anwar.

Jadi sekarang Anwar sendiri dah checkmate dengan matematik yang dicipta oleh beliau sendiri, selamat jalan Anwar Ibrahim.



CARA MUDAH SELESAIKAN KEMELUT PEMILIHAN MB YANG ANWAR TAK KAJI

Apa ke bodoh sangat Anwar ni, bukan susah sangat nak selesai kemelut yang melanda di Negeri Selangor dibawah ni Sangkalala masukkan kaedah untuk menyelesaikan masalah.


Kan selesai masalah kalau Anwar jadikan perkara diatas sebagai satu realiti..

Hehehe..jangan marah haaaa....


#BIADAP @weekasiongmp NAK DEMO DEPAN RUMAH RAZALI IBRAHIM MASA RUMAH TERBUKA ???

Dengar kata Timbalan Presiden MCA nak buat demo bantahan depan rumah Dato RazalI Ibrahim ahli parlimen Muar yang juga me4upakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Demo ni kononnya nak menunjukkan bantahan tentang kenyataan Dato Razali berkenaan dengan sekolah aliran cina dan tamil di negara ni agar di tidak ditambah.


Rumah terbuka Razali akan diadakan di Laman Lajnah Muar hari ini.

Sangkakala nak ucapkan selamat datang kalau betul haram jadah cina tak sedar diri ni nak buat demo tu dan kalau nak buat sila pastikan pasukan ambulan ada sekali sebab setahu Sangkakala jarak antara hospital Muar dengan tempat rumah terbuka rumah terbuka ni agak jauh.

Tapi ingat satu perkara lagi, jangan pula nanti ada anak anak melayu yang berkumpul depan rumah kamu sampai kamu tak boleh keluar rumah dan rasanya ramai dikalangan anak melayu ni dah mula mengintai ngintai bayang kamu duduk dimana.

Ini bukan berupa ugutan tapi ini adalah kenyataan sebab kebiadaban kamu yang kami lihat dah lama nak memijak kepala dan jangan sampai kami pula buat sebagai mana yang kamu buat.

Kamu nak pertahan sekolah bukan kebangsaan, berapa kerusi kamu boleh bagi untuk memastikan kerajaan yang membina sekolah bukan kebangsaan ni kekal dan mampu untuk mendapat kerusi 2/3 dalam parlimen.

Kalau setakat sekelumit saja kerusi yang mampu MCA sumbangkan maka adalah lebih baik kamu menjadi pengikut dan jangan cuba pulak nak menidakkan sekarang bangsa kamu dah mula naik  sebab adanya orang orang seperti kamu dalam komponen.



Jumaat, 8 Ogos 2014

GAMBAR PESERTA BOGEL DIDEDAHKAN

Ini yang Guan Eng ngan pencacai PR kata salah UMNO? Setahu Sangkakala ahli UMNO ni Melayu, tapi tak tau le pulak kalau ada yang kata ye.


Lain kali jangan macam macam ye Guan Eng..


#langkahkajang SIAPA MUNAFIK YANG KHALID IBRAHIM MAKSUDKAN ???

Khalid Ibrahim kini memang berada dalam dilema apabila kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sedang cuba di gulingkan oleh orang orang dalam parti yang beliau ikuti sendiri.

Ini semua adalah berpunca daripada kerakusan manusia bernama Anwar Ibrahim yang begitu beriya iya hendak menjadikan Wan Azizah yang juga merupakan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.


Semalam semasa majlis solat hajat yang diadakan di kediaman beliau di Shah Alam, Khalid ada menyebut tentang pertemuan beliau dengan Nik Aziz dan Nik Aziz ada menasihati beliau agar bersabar dengab munafik munafik yang ada dalam politik di Malaysia.

Dan Nik Aziz juga menasihati agar Khalid tidak mengaibkan mana mana munafik yang telah mengaibkan beliau dengan pelbagai tohmahan sekarang ni.

Bagi Sangkakala, munafik munafik yang disebut oleh Nik Aziz kepada Khalid ini adalah mereka mereka yang dulunya beriya iya mahukan Khalid sebagai Menteri Besar dan kini mereka berpaling tadah dengan menyatakan sokongan pula kepada Wan Azizah bagi menggantikan beliau.

Kita dapat melihat apabila beberapa orang pemimpin peringkat tertinggi PKR telah mengeluarkan pelbagai persepsi tentang Khalid dan ada juga yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Khalid didapati melakukan penyalah gunaan kuasa selama menjawat jawatan Menteri Besar.

Ini semua adalah permainan biasa yang dilakukan oleh pemimpin pakatan, apa bila ada masalah maka mereka akan mula mengatakan bahawa pemimpin tersebut mempunyai pelbagai masalah dalam kepimpinan dan ini juga yang mereka praktikkan terhadap pemimpin UMNO.

Tapi PAS pula baru baru ini mengambil pendekatan dengan tidak mempercayai tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin PKR terhadap Khalid dan mengikut kenyataan Nik Aziz dan Dato Harun Din?, PAS hanya akan menolak kepimpinan Khalid sekiranya beliau didapati benar benar melakukan perkara tersebut dan didapati bersalah oleh pihak berkuasa.

Buat pertama kalinya, Sangkakala mengucapkan tahniah kepada PAS yang jali ini dilihat tidak menerima fitnah terhadap seseorang tanpa bukti kukuh.



#langkahkajang SOKONGAN TERHADAP KHALID IBRAHIM BUAT ANWAR TAK TIDUR MALAM


Malam tadi telah diadakan solat hajat bagi memohon agar Menteri Besar Selangor dikekalkan serta memohon agar negeri Selangor di jauhi dari anasir anasir yang kurang sihat dalam erti kata lain cubaan untuk menggulingkan Menteri Besar.

Antara tetamu yg hadir di kediaman Menteri Besar Selangor malam tadi ialah
Dato Mufti Selangor, Orang Besar Istana Tengku Ramli, Orang Besar Daerah Dato Imran, YB Iskandar, YB Sollehin, Raja Idris, ust Norazli Musa (presiden ngo geng ustaz), ust Ahmad Dasuki (imam), ust syarhan humaizi (ketua pemuda pas sgor), Dr zuhdi marzuki (pusat penyelidikan pas pusat).



Dengan kehadiran hampir 1000 orang untuk melakukan solat hajat tersebut nampak bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim mempunyai sokongan akar umbi yang begitu ampuh dan kuat, ini mungkin kerana beliau (Khalid ) cuba sehabis baik utk tadbir sgor tetapi diganggu oleh mereka mereka yang rakus akan kuasa dan pangkat.

DAP selama ini cuba mempertikai style kepimpinan Islam, tetapi perlu diingat, orang bukan Islam lebih selesa jika orang Islam menguruskan mereka berbanding pengurusan yang dilakukan oleh bukan Islam.

Mungkin Ramadhan kali ini memberi banyak pengajaran kepada Khalid Ibrahim dalam mengenali siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan mengenali erti banyak bersabar.

Tan Sri Khalid juga telah pergi melawat bekas Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan mursyidul Am PAS yang mana kelmarin telah keluar satu kenyataan bahawa majlis Syura PAS mahu supaya Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor dan ini juga merupakan tamparan paling padu yang diberikan oleh PAS kepada manusia bernama Anwar Ibrahim.

Begitu juga serangan bertali arus yang dilakukan oleh Dr Zuhdi yang mana beliau juga telah mendapat kritikan daripada kepimpinan PR sendiri dan hinggakan ada diantara pemimpin DAP dilihat seolah olah menghalau PAS agar keluar dari pakatan.

Semoga Khalid Ibrahim dan orang orang PAS kini sedar bahawa mereka selama ini dipermainkan oleh PKR dan DAP.