Rabu, 24 Julai 2013

#KualaBesut BUKTI KAK IJAT TUNGGU SAMPAI HABIS PRK

Nah..hari tu beriya sangat kata ketua wanita UMNO ni boikot pilihanraya kecil Kuala Besut..yang datang masa pembuangan undi tadi diapa pulak?

PAS akan sentiasa memfitnah pemimpin Barisan Nasional dengan pelbagai tohmahan..tapi bila dah ada didepan mata..tak berani pula nak kata apa..punya la bacul punya orang orang PAS ni.

Ni ada video Kak Ijat datang masa pembuangan undi..kang kata takde bukti pulak.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

#KualaBesut MUSLIMAH MENGADU DENGAN POLIS ??? MANA UNIT AMAL ???

Kahkahkah..selalunya puak ni akan mengata polis dengan pelbagai panggilan..macam anjing kerajaan dan sebagainya..tapi bila masa terdesak pandai pulak nak mengadu dengan polis..kenapa tak mengadu dengan unit amal je kak oii.

Kadang kadang Sangkakala tengok gelagat puak PAS ni ada juga lucunya sebab dalam mengutuk tu..pada pasukan polis juga tempat untuk mengadu.

Tengok video dibawah macam mana muslimah PAS ni minta tolong dengan muka kesian pada abang polis yang baik hati tu..

klik gambar utk video

#KualaBesut PAS MAKIN TERTEKAN !!! MULAKAN PROVOKASI MELAMPAU

Malas nak cakap le puak puak PAS ni..bila dah agak tak boleh nak menang mula la buat yang bukan bukan.

Kejadian ni berlaku di peti undi Tok Saboh dimana peraih undi untuk PAS melakukan provokasi melampau yang boleh mengakibatkan pergaduhan.

Ini bukan cara matang dalam meraih undi pilihanraya sampai boleh mengakibatkan pergaduhan atau permusuhan.

Untuk video sila klik pautan dibawah
http://bit.ly/16YIHzB

Sedarlah wahai orang orang PAS..politik ni hanya sementara..bukan untuk selama lamanya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#KualaBesut KEGANASAN MUSLIMAH PAS DALAM PRK

ADUN Kuala Kangsar, YB Maslinsham tadi telah dipukul oleh muslimah PAS apabila beliau bersama jentera Perak pergi bertemu dengan jentera PAS untuk mengucapkan selamat jalan kerana jentera Perak akan berangkat pulang.

KLIK SINI UNTUK VIDEO

Tapi apa yang mengecewakan apabila muslimah PAS telah memukul beliau dengan payung dan mengakibatkan lengan beliau mengalami luka kecil.

Ini ke yang dinamakan pengikut parti Islam? Dalam bulan ramadhan yang mulia sanggup seolah olah bermusuhan dengan orang lain walaupun seagama dengan mereka?

Tindakan muslimah ini dilihat amat tidak bertanggungjawab dalam menaikkan syiar islam dan mereka seolah olah tidak mempunyai perasaan malu apabila melakukan perkara tersebut.

#KualaBesut PAS GELABAH SHAHRIZAT TIBA DI PETI UNDI KAMPUNG NANGKA

Tiba tiba je puak PAS senyap sunyi macam kena pukau apabila Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil tiba di pusat pembuangan undi Kampung Nangka.

Mungkin selama ini PAS mengatakan bahawa Shahrizat memboikot pilihanraya kecil Kuala Besut tiba tiba Shahrizat muncul pula.

Haha..agaknya termalu sendiri puak puak ni sebab selama ni pun mereka cuma dengar apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka tanpa mengambil kira kesahihan cerita tersebut.

Kan dah malu sendiri, lain kali kaji selidik perlu lebih lagi ok?

Pemimpin pemimpin UMNO takkan tinggalkan jentera mereka sebegitu sahaja macam yang dilakukan Khalid Samad tadi, Sangkakala tengok dah macam pegi beli McD pulak pakai drivetrue, langsung tak singgah bertanya perkembangan kepada jentera.

Punya la ego si Khalid Samad, itu puin masih ada juga penyokong pembangkang yang memuji si Khalid yang dulu pernah digelar sebagai Khalid Gereja oleh beberapa orang blogger.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#KualaBesut PAS SUDAH PANAS DI KAMPUNG NANGKA

Pusat Daftar Mengundi atau PDM Kampung Nangka yang mempunyai 3 saluran pengundi menampakkan kesan positif kepada Barisan Nasional.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi sejumlah 442 orang dari jumlah keseluruhan pengundi telah keluar mengundi.

Saluran 1 = 156
Saluran 2 = 149
Saluran 3 = 117

Jumlah pengundi kg nangka 1231

Lokaliti paling besar di kg nangka, kg lampu.

Hampir 40 peratus pengundi dari jumlah keseluruhan pengundi kg nangka telah keluar mengundi

40 peratus tersebut adalah pengundi Barisan Nasional..kalau ikutkan dari kiraan BN mendahului di PDM Kampung Nangka.

Pun begitu jentera Barisan Nasional masih perlu bekerja keras untuk membawa lebih ramai lagi pengundi dalam meraih majoriti lebih besar di peti undi Kampung Nangka.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#KualaBesut PDM KAMPUNG NANGKA PANAS

Kedua dua penyokong nampak gayanya tidak mahu mengalah dalam usaha meraih undi dari para pengundi di Kampung Nangka Kuala Besut.

Tapi nampaknya antara yang paling bodoh ialah para penyokong PAS yang terjerit pekik memberikan sokongan kepada Che Long yang dikhabarkan akan mengalami kekalahan.

Namun begitu, dengan calon Barisan Nasional ada mengatakan bahawa jentera Barisan Nasional masih perlu membawa pengundi pengundi yang setia menyokong kerajaan untuk keluar mengundi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#KualaBesut GEMPAR !!! EMAIL HUSAM MUSA DISEBAR !!! MOHON UNDI SIMPATI UNTUK PROKSI


Jelas kini Husam Musa dalam keadaan terdesak hingga mengeluarkan surat kepada para pengikut PAS di Kuala Besut dengan menjanjikan sekiranya PAS menang dalam pilihanraya kali ini,  PAS akan menjadi Menteri Besar.



Husam Musa mungkin sudah terlalu terdesak hingga menghantar risalah melalui email kepada para pengikutnya dengan mengatakan bahawa calon yang diletakkan di Kuala Besut adalah orang yang membantu beliau semasa bertansing di Putrajaya untuk mencabar Datuk Seri Tengku Adnan dalam pilihanraya lepas.

Husam juga mengatakan bahawa atas kerana itu juga beliau bersama sama Dr Hatta bercadang dan menawarkan diri kepada kepimpinan PAS pusat untuk menjadi pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Kuala Besut hingga mengenepikan semua peringkat kepimpinan di kawasan tersebut. 

Mungkin juga Husam mempunyai agenda lain selain dari memastikan kemenangan kepada Che Long, ada kemungkinan ianya berunsur perniagaan serta kewangan dimana sekarang Husam bukan lagi merupakan EXCO kerajaan negeri Kelabtan walaupun memenangi kerusi DUN di negeei tersebut.

Mungkin jika dengan kemenangan Che Long beliau mengharapkan agar Che Long akan dapat terus berniaga di kelantan sepertimana yang berlaku sekarang dan beliau boleh menumpang nasib disitu.

Tapi adakah ianya berbaloi untuk rakyat di Kuala Besut? Kepentingan Husam jelas nyata di sini kerana Husam beriya iya untuk memberikan kemenangan kepada Che Long dan ada juga kemungkinan sekiranya Che Long menang maka Che Long akan menjadi funder terbesar Husam bagi menghadapi pertandingan di peeingkat parti dan ada juga desas desus yang mengatakan bahawa Husam berminat untuk bertanding sebagai Timbalan presiden dan mencabar Mat Sabu.

Tapi adakah semua itu menguntungkan rakyat di Kuala Besut?  Sudah pasti ianya juga tidak dan apa yang lebih pasti ialah ada agenda besar akan berlaku sekiranya Che Long menang di Kuala Besut. 


Selasa, 23 Julai 2013

#KualaBesut BERI PETROL PERCUMA !!! RASUAH ATAU HADIAH ???

Wahh..dalam blog brader jai ada artikel yang membuktikan bahawa PAS sebenarnya memang sebuah parti yang mengamalkan rasuah kepada pengundi.

Baca selanjutnya dalam link dibawah
http://bit.ly/18Afhyu

Siap bagi petrol percuma pulak lagi tu kepada para pengundi mereka, apa dah jadi ni? Kalau dulu selalu sangat kita dengar PAS akan kata UMNO parti rasuah tapi rupa rupanya PAS yang mengamalkan rasuah.

Kata dulang paku serpih, mengata orang tapi PAS yang lebih.

Sangkakala tak mahu apa apa, cuma nak minta mana mana pemimpin ulama PAS keluarkan apa apa fatwa berkenaan dengan pemberian minyak petrol percuma ni.

Adakah mereka akan mengatakan bahawa ianya zakat stetsen minyak caltex tersebut kepada pengguna jalanraya?

Sebab baru baru ni, Haji Hadi menempelak dengan mengatakan bahawa Ketua Pemuda UMNO Malaysia memberikan rasuah kepada rakyat, sedangkan itu adalah bantuan dari kementerian belia dan sukan kepada golongan belia di Kuala Besut.

Tapi minyak petrol ni siapa nak jawab? Haji Hadi boleh tolong jawab ke isu pemberian percuma ni?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#KualaBesut DATUK RAZALI BANTU ABE KU BERKEMPEN UNTUK YAKINKAN PENGUNDI

KLIK DISINI UNTUK VIDEO
Ini sudah menjadi lumrah dalam UMNO dan Barisan Nasional apabila semua peringkat pemimpin parti akan turun membantu calon dalam pilihanraya kecil dengan harapan ianya akan membawa kemenangan kepada calon Barisan Nasional.

Tidak terlepas daripada tanggungjawab tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Razali Ibrahim yang sama sama turun untuk mendekati para pengundi disamping mendengar rintihan mereka untuk dibawa kepada pemimpin setempat.

UMNO dan Barisan Nasional menggariskan panduan untuk bertemu dengan rakyat serta membantu rakyat dalam usaha untuk memajukan kehidupan serta memberikan keselesaan kepada rakyat.

Berbanding pula dengan PAS yang selama ini hanya membangkang serta menidakkan apa sahaja pemberian kerajaan kepada rakyat walaupun mereka sendiri tidak mampu untuk memberikan kemudahan tersebut.

Jika hanya untuk menjadi kerajaan tetapi tiada usaha untuk memajukan rakyat, apakah PAS boleh dikatakan sebagai kepimpinan yang baik? Seperti yang berlaku di pilihanraya kecil Kuala Besut, semua urusan dilakukan oleh PAS Kelantan dan ianya dilihat cuba menidakkan serta menenggelankan kredibiliti pengerusi PAS kawasan Kuala Besut.

Jika calon PAS memenangi kerusi ini, sudah pasti yang berkuasa di kawasan Kuala Besut ialah PAS Kelantan apatah lagi adaa perkhabaran yang mengatakan bahawa calon PAS Kuala Besut kini adalah proksi kepada Husam Musa yang menjawat jawatan Naib Presiden PAS Pusat serta salah seorang ADUN dalam Negeri Kelantan.





#KualaBesut PAS CUBA NAIKKAN KEMARAHAN RAKYAT DENGAN FITNAH


Cuba tengok gambar kat atas tu..ada dua sticker Barisan Nasional dalam sebuah masjid di Kuala Besut dan mengikut apa yang diberitahu..masjid tersebut adalah masjid PAS..mungkinkah sticker tersebut boleh dilekatkan oleh orang UMNO atau Barisan Nasional? 

Cukup tidak masuk akal apabila masjid kepunyaan PAS dicerobohi oleh UMNO melainkan orang PAS sendiri yang meletakkannya disitu dan ambil gambar kemudian tanggalkan semula untuk menaikkan kemarahan rakyat kononnya UMNO berkempen hingga ke dalam masjid. 

Ini adalah tektik kotor PAS setelah mereka melihat bahawa mereka tidak akan memperolehi kemenangan di dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang akan berlangsung esok.

Fitnah kotor PAS ini perly dikutuk sekeras kerasnya kerana UMNO tidak akan berkempen menggunakan masjid seperti mana yang dilakukan oleh PAS selama ini yang menggunakan masjid masjid yang kononnya milik mereka untuk berpolitik serta memberikan ceramah berunsur politik walaupun mereka selama ini hebat memperkatakan bahawa masjid adalah rumah Allah fan tidak akan dipolitikkan.


#KualaBesut 16 16 !!! PAS CUBA MAINKAN SENTIMEN DAPAT SOKONGAN NGO

PAS nampaknya sudah mula memainkan isu mendapat sokongan dari NGO NGO besar kononnya mereka juga bersetuju dengan keadaan 16 16 walaupun pada hakikatnya NGO NGO yang dikatakan oleh PAS tersebut menyokong kerajaan Barisan nasional untuk memperolehi kemenangan dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang akan berlangsung esok.


Mereka cuba memainkan isu dimana beberapa NGO seperti PERKASA, GPMS, MAJLIS BELIA MALAYSIA dan PEKIDA kononnya menyokong usaha mereka kearah perkongsian pemerintahan dalam negeri Terengganu.

Tapi perlu diingat akan bahaya yang bakal melanda rakyat negeri Terengganu dimana kerajaan tidak mampu untuk membuat keputusan dan apa yang lebih pasti semua cadangan dari pihak kerajaan tidak akan dapat dilaksanakan kerana keputusan tidak dapat dibuat.


Dengan mengekalkan kerajaan Barisan Nasional di Kuala Besut, segala perancangan yang telah dibuat di kawasan tersebut serta negeri Terengganu sudah pasti akan dapat dilaksanakan seperti contoh kerajaan Barisan Nasional telah merancang untuk menjadikan Kuala Besut sebagai gerbang antarabangsa dengan kunikan yang ada di Pulau Perhentian.

Jika perancangan ini berjaya dilaksanakan sudah pasti akan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di Kuala Besut dengan peningkatan kedatangan para pelancong untuk pergi ke Pulau Perhentian.

Tapi jika kerajaan campuran berlaku di negeri Terengganu, dimana Barisan Nasional dan pakatan pembangkang mempunyai kerusi sama rata di ddidalam Dewan Undangan Negeri sudah pasti akan ada bangkangan untuk melaksanakan setiap perancangan tersebut dan pembangkang akan mengambil kesempatan dengan mengatakan bahawa kerajaan tidak mampu untuk membuat keputusan dan memajukan negeri Terengganu kerana setiap apa yang diperdebatkan dalam sidang DUN tidak diketahui oleh rakyat terutamanya masyarakat atau penduduk di bahagian pedalaman.

Ini tidak akan menguntungkan rakyat negeri Terengganu dimana akan jadi saru masa nanti rakyat Terengganu akan tersalah memilih kerajaan hanya kerana fitnah sepertimana terjadi dalam pilihanraya umum ke 11 yang lalu, tidak ada pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan PAS tetapi mereka asyik menyalahkan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional walaupun pada ketika itu mereka adalah pemerintah.





#KualaBesut MB PERAK YAKIN DENGAN KEBOLEHAN ABE KU

Kemenangan bagi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya Kuala Besut amat diyakini oleh sekelian pemimpin pemimpin besar seperti YAB Menteri Besar Perak.

YAB Menteri Besar Perak mengatakan bahawa kemenangan pakatan pembangkaang di peti undi kampung Nangka bukanlah kerana ianya mendapat sokongan padu dari penduduk.

Ianya tidak lebih daripada cara terikut ikut jiran dan rakan sekampung kerana mengikut kata Datuk Seri Zambry beliau sendiri juga biasa duduk di kampung dan amaat memahaami kerenah mereka.

Ikuti kenyataan seterusnya Menteri Besar Perak dalam video dibawah...

KLIK DISINI UNTUK VIDEO

#KualaBesut KU ZAIHAN DISENANGI PENDUDUK KUALA BESUT

Ini ada satu kenyataan yang dibuat oleh seorang penduduk Kuala Besut yang mengatakan bahawa Ku Zaihan memang dikenali dan di senangi oleh penduduk di sekitar Kuala Besut.

Selain dengan sikap ramah tamah beliau, keluarga Tengku Zaihan juga dikenali oleh kebanyakan rakyta dan mereka rata rata bersetuju dengan pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon Barisan Nasional.

Ikuti kenyataan penduduk dengan klik gambar dibawah

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO



Isnin, 22 Julai 2013

SIAPA SYED MEHDAR UNTUK PERTIKAI PERLANTIKAN AZEEZ RAHIM

Ni ada sorang lagi Ketua Pemuda Bahagian yang agak celupar sikit yang pertikai tentang perlantikan Datuk Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Masalahnya siapa Syed Mehdar selaku Ketua Pemuda Cheras yang beriya sangat nak pertikai pelantikan Datuk Azeez?

Syed yang juga Naib Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan lansung tiada jasa pada parti.

Sebagai contoh, apa sumbangan Syed Mehdar untuk memenangkan Cheras dan seterusnya memberikan 1 kerusi parlimen kepada Barisan Nasional?

Syed Mehdar adalah contoh golongan bangsawan dlm umno yg naik tanpa kerja keras tapi atas sebab ada hubungan darah dgn Syed Ali maka dia diberi tempat dalam UMNO.

Keupayaan untuk berucap di khalayak ramai juga hancur dan dia ni langsung tiada tokoh sebagai seorang pemimpin.

Adakah Cheras juga termasuk dalam kiraan 133 kerusi Barisan Nasional di Parlimen? Sedangkan Datuk Azeez telah berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Baling yang sebelum ini ditakluki oleh PAS sejak PRU 12 yang lalu.

Jadi disini apa pula sumbangan Syed Mehdar dalam pemuda wilayah persekutuan yang besar sangat jika nak dibandingkan dgn Azeez?

Syed Mehdar bijak sangat ke? Dalam Wilayah Persekutuan ramai ketua pemuda bahagian lain dan pemimpin pemuda lain yang lebih bijak dan pandai dari Syed Mehdar.

Dalam Cheras pun masih ramai yang bijak pandai. Kalau bukan kerana politik nepotisme dan kronisme dalam cheras kemungkinan besar Syed Mehdar tiada peluang untuk berpolitik di Cheras.

Lagi satu, Sangkakala rasa Cheras ni antara bahagian UMNO yang patut dibubarkan kerana kepimpinan yang lemah, apatah lagi apabila tidak menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional dalam PRU baru baru ini.

Tapi UMNO pula terpaksa membazirkan duit dan masa untuk menjaga ketua bahagian dan ketua pemuda bahagian yangg dah kaya raya.

Sedar la sikit Syed Mehdar, kalau nak becakap tu biarlah ada kelebihan daripada orang nak diperkatakan, bukan main hentam je ikut sesedap mulut.

Kalau tak mampu nak beri sumbangan dalam parti, jangan pula nak kutuk orang yang memberikan sumbangan, belajar belajarlah berterima kasih sikit.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#KualaBesut KLINIK 1MALAYSIA KINI DI KUALA BESUT



Perasmian pembukaan klinik 1Malaysia di Kuala Besut okeh Menteri Kesihatan pada petang nii jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa nendahulukan rakyat.




Perasmian yang dilakukan oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada petang tadi dihadiri oleh pengarah kesihatan negeri Terengganu serta kakitangan kementerian kesihatan kawasan Kuala Besut.






sila klik like dalam page facebook PRK Kuala Besut dengan melayari pautan ini https://www.facebook.com/1kualabesut

#KualaBesut CHE LONG DISABOTAJ JENTERA SENDIRI


Jelas dan nyata bahawa sepanduk diatas telah dibuat oleh jentera parti PAS yang cuba untuk memboikot calon mereka sendiri.

Dengan meletakkan logo UMNO dan Barisan Nasional di bahagian bawah sepanduk..mereka menyangkakan bahawa ianya dapat mengelabui mata..tapi ternyata ianya gagal.

Setiap parti tidak akan membuat banner yang mempunyai tulisan penerbitan sebesar itu dan semua kedai yang membuat banner atau poster atau apa sahaja bahan bercetak untuk pilihanraya didaftarkan oleh parti masing masing.

Tapi cuba kita lihat banner diatas..terpampang perkatqan diterbitkan oleh logo UMNO dan Barisan Nasional disitu dan ini menujukkan bahawa ianya dilakukan oleh jentera PAS sendiri.

Mungkin juga ianya dilakukan oleh mereka yang anti dengan pengarah pilihanraya kecil PAS Kuala Besut. .Datuk Husam Musa kerana dengar cerita ramai dikalangan ahli PAS kawasan Kuala Besut yang memboikot parti PAS kerana tidak bersetuju dengan perlantikan Husam. 

Ada juga diantara mereka yang mengatakan bahawa mereka (ahli PAS Kuala Besut) tidak mencampuri urusan pilihanraya kerana ianya semua dilakukan oleh PAS Kelantan dan jentera Muslimah yang ada di Kuala Besut sekarang adalah dari Kelantan dan Kuala Selangor. 

Ahli PAS sendiri tahu bahawa jika di Kuala Besut dimenangi oleh PAS..maka nama Husam Musa akan melonjak naik dan membolehkan beliau bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS dalam muktamar PAS nanti.

Jadi dengan kemungkinan itu juga jentera PAS Terengganu cuba memboikot agar calon PAS di Kuala Besut tidak memperolehi kemenangan semata mata untuk membenamkan karier politik Husam Musa yang dilihat sudah tidak diperlukan lagi dalam PAS.





sila klik like dalam page facebook PRK Kuala Besut dengan melayari pautan ini https://www.facebook.com/1kualabesut

Ahad, 21 Julai 2013

#KualaBesut AMIK KAU !!! PEDAS TEMPELAK FATHUL BARI KEPADA NIK AZIZ

Haha..jawapan dari seorang anak muda yang penuh dengan ilmu agama mungkin membuatkan Nik Aziz merah muka kali ni.

Lihat video dibawah untuk melihat serta mendengar apa yang dikatakan oleh ustaz Fathul Bari tentang kenyataan Nik Aziz bahawa orang UMNO hanya membina masjid tetapi tidak solat.

KLIK DISINI UNTUK VIDEO

Mungkin Nik Aziz boleh muhasabah diri setelah mendengar apa yang dikatakan oleh ustaz Fathul Bari yang mempunyai jarak umur yang jauh  berbeza.

Tapi sama ada Nik Aziz mampu untuk mengubah sikap beliau yang kerap kali menjadikan isu agama sebagai landasan politik itu terpulang sendiri kepada beliau.

Tapi apa yang perlu diingat ialah setiap manusia akan mati dan biarlah kematian itu dalan keadaan penuh dengan keimanan dan tidak dalam keadaan memfitnah orang lain.



sila klik like dalam page facebook PRK Kuala Besut dengan melayari pautan ini https://www.facebook.com/1kualabesut

#KualaBesut USTAZ KAZIM GEGARKAN KAMPUNG LAYOUT MALAM INI

Al-fadhil Ustaz Kazim Elias akan mengegarkan pentas ceramah agama pada malam ini di kampung Layout di Tok Saboh Kuala besut malam ini.

Beliau yang merupakan penceramah agama akan berceramah tentang pengisian ramadhan sempena bulan ramadhan bermula dari jam 10 malam bertempat di Surau Lay Out Tok Has.

Semua muslimin serta muslimat dijemput untuk bersama sama mendengar ceramah yang akan di sampaikan oleh beliau pada malam ini.

Semoga dengan kehadiran semua muslimin serta muslimat akan bertambah ceria majlis agama ini disampin mendapat ilmu serta nasihat yang amat berguna.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#KualaBesut @zahid_hamidi PRK KUALA BESUT PALING SELAMAT


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam lawatan ke Martek petang ini mengatakan bahawa pilihanraya kecil Kuala Besut adalah antara yang paling sedikit laporan polis.

Cuma ada 4 kes siasatan yang dibuka sepanjang tempoh berkempen psehingga hari ini dan ini adalah satu perkara yang amat membanggakan menurut beliau. 


Dalam sidang media yang diadakan petang tadi, beliau turut mengatakan bahawa peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk pasukan polis pada pilhanraya kali ini berjumlah RM 10.5 juta ringgit.

Semasa disoal pemberita tentang kempen 16 16 yang diperkatakan oleh pembangkang,  beliau mengatakan bahawa sekiranya kejadian itu berlaku maka ianya adalah satu kerugian buat rakyat atau penduduk di Kuala Besut dan negeri Terengganu kerana ianya tidak akan membawa kepada kestabilan pentadbiran.

Datuk Seri Zahid hari ini mengadakan lawatan untuk meninjau senario berkempen di Kuala Besut.



sila klik like dalam page facebook PRK Kuala Besut dengan melayari pautan ini https://www.facebook.com/1kualabesut