Rabu, 27 Mac 2013
#lahaddatu KERAJAAN DIDESAK JANGAN BERLEMBUT! SIASAT SEGERA DALANG KETIGA
Kerajaan seharusnya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dilaksanakan segera untuk menyiasat dalang dan pihak ketiga yang terlibat dalam kes pencerobohan SABAH!! Pihak pembangkang pun perlu sokong Suruhanjaya Diraja ini untuk membersihkan nama 3 pemimpin PKR yang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan penceroboh iaitu Anwar Ibrahim, Sivarasah dan Tian Chua!!
Allahuakbar!!
16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.
17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.
18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.
12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.
18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.
2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"
1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAHNAK HILANG"
17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.
29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"
7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence.Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.
8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.
9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013.
- Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.
16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.
19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.
- Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.
28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.
- Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.
Lagi berita lanjut sila klik DISINI
Selasa, 26 Mac 2013
TANDA PAS DITOLAK DI PARIT BUNTAR @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own @Muaamarghadafi
Namun semuanya hampa apabila hanya YB Mujahid (MP) dan YB Yunus (ADUN) sahaja yang berceramah.
Melihat keadaan itu, ramai dikalangan yang hadir balik atau beredar dari kawasan tersebut.
Itu pun tak sampai 100 orang yang datang, apa dah jadi? Apakah ini menampakkan bahawa Pakatan Pembangkang sudah tidak diterima lagi di Parit Buntar?
Mungkin para pengikut PAS dan PKR sudah muak dengan kehadiran 2 orang wakil rakyat yang tidak kelihatan sebegitu lama dan baru kini muncul di kawasan tersebut.
Ini adalah satu petanda dimana Parlimen Parit Buntar dan DUN Kuala Kurau akan dikuasai semula oleh Barisan Nasional.
Tapi sememangnya patut begitu, memandangkan selama ini hanya Barisan Nasional yang kerap turun padang menyelesaikan permasaalahan penduduk serta rakyat di sekitar Parit Buntar walaupun kawasan Parlimen dan dua DUN kawasan Kuala Kurau dan Titi Serong diwakili oleh wakil rakyat dari PAS dan PKR.
Pengundi di Parit Buntar perlu sedar tentang perkara ini, mereka ini hanya kelihatan semasa pilihanraya hampir menjelang tiba, selepas itu mereka akan hilang dan melakukan kerja sendiri tanpa memikirkan kebajikan rakyat disekitar kawasan tersebut.
Adakah ini wakil rakyat yang perlu dinaikkan lagi mewakili kawasan tersebut? Mahukah lagi rakyat di kawasan Parit Buntar dan kedua dua DUN menerima nasib sama sekali lagi.
Sangkakala lihat, mereka ini tidak ubah hanya ingin mendapatkan kuasa dan jawatan, selepas mendapat semua itu, mereka akan hilang, dan mereka akan kembali lagi untuk menuntut perkara sama daripada rakyat.
Jadi sudah sduah lah wahai rakyat Parit Buntar, tidak ada faedahnya memberikan undi kepada mereka ini kerana apa yang diberikan tidak dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
APA RAFIZI BUAT SAMPAI KERUMAH PAPAGOMO ???
Ini bukan orang luar yang cakap, tapi penduduk tempatan yang dah 37 tahun nenetap di kawasan perumahan di situ.
Tapi kenapa pulak si Rafizi ni nak siasat dimana rumah papagomo? Nak hantar orang pukul dia macam yang jadi baru baru ni ke?
Tak sangka pulak Sangkakala apabila pengarah strategi macam si Rafizi sekarang dah tukar pekerjaan jadi penyiasat persendirian, takkan nak ganti mendiang PI Bala pulak kot.
Adakah si Rafizi ni mencari kediaman papagomo dengan niat yang baik atau sebaliknya? Ye lah, baru baru ni pun papagomo telah diserang oleh dua orang lelaki hingga menerima rawatan di hospital akibat kecederaan di kepala.
Jadi, Sangkakala rasa papagomo lebih baik buat report polis sekali lagi dan minta polis siasat apa tujuan Rafizi menyiasat hingga ke rumah, walaupun rumah berkenaan bukan rumah beliau.
#TukarKelantan #BoLaWeii #GelombangMerah TANAH RAKYAT KELANTAN HILANG @tunfaisal
Jelas kerajaan Kelantan kerana mahukan kuasa merka sanggup untuk menjual tanah kepada DAP bahkan mereka memberikan sahaja tanah tanah tersebut kepad peimpin DAP demi untuk mendapat kuasa memerintah.
![]() |
| KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO |
Adakah ini kerajaan yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan? Sanggup untuk memberikan tanah kepada orang luar berbanding dari rakyat sendiri?
Tambahan pula tanah tersebut dianugerahkan kepada orang bukan melayu dari negeri lain, namun kerana berkehendakkan kuasa maka ianya tidak menjadi masalah kepada kerajaan Kelantan asalkan PAS boleh memerintah.
Tidakkah mereka ini terfikir bahawa tanah tanah tersebut adalah milik kepada rakyat Kelantan dan mereka (PAS) diberi mandat untuk memegang amanah menjaga tanah tersebut tersebut, namun ianya dilihat hanya sia sia.
Selama bertahun tahun malah puluhan tahun rakyat Kelantan dibohongi oleh kerajaan PAS Kelantan dengan mengatakan bahawa mereka telus dalam pentadbiran dan mereka tidak akan melakukan sesuatu yang diluar landasan agama kononnya.
Sudah sudahlah tu, jangan lagi diberi mereka ini untuk memerintah, kelak seluruh tanah di Kelantan akan dimiliki oleh orang luar ataupun kroni kroni mereka.
Mahu bukti lagi tentang tanah di Kelantan? Sila klik DISINI
#lahaddatu PENGORBANAN MEREKA TERLALU BESAR
Itulah yang dilalui oleh oleh mereka yang kehilangan orang yang dikasihi dalam opss daulat di Lahad Datu Sabah, kesedihan tidak dapat disembunyikan lagi walau sekuat mana mata mengempang air dari menitis kebumi.
Air mata yang jatuh tidak dapat disamakan dengan setitis darah yang gugur kebumi, dan itulah yang dilalui oleh mereka yang ditinggalkan oleh para syuhada ini.
Adakah anak kecil ini tahu bahawa ayahnya seorang wira hebat yang gugur mempertahankan bumi bertuah ini demi untuk seluruh warganya? Mungkin si kecil ini bertanya untuk apa dan apa barang yang diserahkan kepada ibunya dan dimana ayahnya kini.
Anak kecil ini juga perlu diberitahu bahawa ayahnya adalah seorang pejuang yang cukup berani apabila dia besar nanti, dan semoga dia akan merasa bangga dengan kematian ayahnya demi ibu pertiwi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dialami dan dirasai oleh mereka mereka ini yang ditinggalkan serta kehilangan orang yang tersayang, budi dan jasa mereka tidak dapat dilupakan dan seharusnya diberi penghormatan oleh seluruh rakyat Malaysia dan ketabahan mereka yang ditinggalkan ini pula tidak mampu dibalas dengan segala apa yang ada.
Walaupun gagah pada zahirnya, namun kesedihan tidak dapat ditahan dan empangan air mata sudah pasti pecah walaupun ianya sekuat besi waja yang dipatri rapat.
Ucapan terima kasih sahaja yang mampu diberikan diatas budi dan jasa yang mereka curahkan dan itulah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota anggota keselamatan tanah air dan hari polis ke 206 pada tahun ini sudah pasti menjadi sejarah yang amat besar terhadap negara bila beberapa orang anggota keselamatan terkorban dalam menentang pengganas di Lahad Datu.
![]() |
| klik gambar untuk video |
Sejuta ucapan terima kasih kita berikan, namun masih ada rakyat yang mengaku sebagai rakyat Malaysia yang menidakkan perjuangan para pejuang di Lahad Datu, tidakkah dihati mereka mempunyai sedikit rasa tanggungjawab sebagai rakyat di negara ini?
Dengan mengatakan bahawa kematian dan pengorbanan mereka (pejuang) seperti sesuatu yang sia sia, rasanya lebih baik jika mereka ini di halau keluar dan dibiarkan untuk menetap ke negara lain mengikut pilihan mereka daripada mengganggu perjalan negara yang harmoni dan aman sejahtera.
Pembangkang dilihat seperti tidak langsung memperdulikan apa yang dilakukan oleh kerajaan bahkan mereka mengatakan bahawa ini semua adalah perkara yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional, adalah mustahil bagi orang yang berfikiran waras berfikir sejauh itu.
Pembangkang harus dihukum kali ini, jangan diberi mereka peluang walaupun sehari untuk memerintah kerana jika mereka ini diberi peluang walaupun satu jam untuk menjadi pemerintah, maka sudah pasti sesuatu yang dahsyat akan mereka lakukan dan negara ini sudah pasti akan hancur dalam sekelip mata.
#lahaddatu @NajibRazak LETAKKAN HARAPAN TINGGI PADA PASUKAN KESELAMATAN
Tapi adakah pemimpin pembangkang melakukan perkara sama? Paling tidak pun menghargai mereka yang berjuang di barisan hadapan?
Pembangkang hanya dilihat mengkritik dan memberikan kata kata yang agak kurang menyenangkan kepada pasukan keselamatan.
Seperti yang dilakukan oleh YB Tian Chua yang mana mengatakan bahawa pejuang yang mati diperbatasan selama memerangi pengganas sebagai mati katak.
Adakah ini pemimpin yang perlu kita angkat sebagai pemimpin negara? Adakah kematian bagi mereka adalah perkara biasa?
Adakah walau seorang pun daripada mereka yang pergi berjumpa atau melawat mangsa serta menziarah mereka yang terkorban atau ahli keluarga mereka yang berada didalam keadaan duka?
Memang benar ada yang mengatakan bahawa Khalid Ibrahim ada pergi menziarah salah seorang pejuang yang terkorban, namun mana pegi yang lain lain?
Adakah mereka tidak menghiraukan perjuangan tetapi mereka ini lebih memilih kepada politik tanpa menghiraukan keadaan keselamatan negara?
Sangkakala ada pergi ke satu ceramah yang dihadiri oleh Anwar ibrahim, tidak ada sesiapa pun diantara pemimpin yang berucap termasuklah Anwar ibrahim sendiri meminta mereka yang hadir untuk membacakan Al-Fatihah kepada pejuang yang gugur.
Ini dilihat sebagai satu perkara yang amat mendukacitakan, kerana sebagai seorang pemimpin Melayu dan Islam, sepatutnya mereka meminta para hadirin yang sebegitu ramai untuk menyedekahkan apa apa juga ayat Al-Quran bagi syuhada syuhada ini.
Apa yang mereka (pembangkang) tahu ialah memperkecilkan kewibawaan pasukan keselamatan, sepatutnya mereka ini berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertungkus lumus berjuang demi menjaga keamanan negara.
Sangkakala ucapkan tahniah dan syabas serta terima kasih kepada Perdana Menteri dan menteri menteri kabinet yang sanggup turun ke Lahad Datu dan memberikan semangat kepada pasukan keselamatan tidak lama dulu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Isnin, 25 Mac 2013
#lahaddatu IGP NAIK ANGIN !!! WARTAWAN TERKEDU DIAM !!!
Itu le yang terjadi apabila wartawan bertanya tentang kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.
Bila sampai hentak meja dan bercakap seakan menengking itu memang dah nampak bahawa IGP dalam keadaan cukup marah.
Tapi memang patut kalau IGP marah, yang mengalami kecederaan dan kematian adalah daripada anggota polis dan anggota polis itu dibawah pemerintahan beliau.
Kalau Sangkakala kena kata macam tu pun mesti marah.
Tapi kenapa bekas ketua Menteri Sabah boleh keluarkan kenyataan sampai macam tu, tidakkah beliau berfikir bahawa pasukan keselamatan yang mati itu mempertahankan negeri kelahiran beliau sendiri?
Cukup cetek pemikiran bekas Ketua Menteri ni, ingatkan bila dah duduk sebagai pemerintah di sebuah negeri, beliau semestinya arif dengan situasi dan keadaan semasa, tapi nampak gayanya tidak.
Walau apa pun, sempena hari Polis hari ini, Sangkakala ucapakan selamat harian selamat hari polis, dan terima kasih kerana berjuang untuk menjaga keamanan negara.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
JAMALUL KIRAM DIBUNUH ??? BIAR BETUL !!
Ingat komando Malaysia ni macam penngikut dia kot, main suka suka ceroboh negeri orang.
Lain la kalau macam pengikut kesultanan Sulu main terjah je masuk negara orang siap bawa senjata pula tu.
Bukan tu je, siap tembak bunuh anggota keselamatan pulak lagi, tak ke kurang ajar tu?
Bila diselidik kenapa veroboh negara ni, ada pengganas yang ditangkap kata mereka ni di upah untuk ke Malaysia oleh individu tertentu.
Ingatkan Jamalul Kiram ni berani sangat, rupanya penakut juga, patut hantar pengikut belaiu untuk ceroboh Malaysia dan beliau sendiri sedap berehat di rumah.
Tapi walau apa pun, si tukang bagi upah, masanya akan tiba, cuma siapa pun tak tau bila masanya mereka ini pula akan di tangkap dan di bawa ke muka pengadilan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PR KENA JAWAB SEBAB KATA TAK BOLEH DAPAT !!! YANG NI APA PULAK ???
Ini ke yang pembangkang kata kerajaan tak bagi permit tu? Atau pembangkang saja nak petik supaya isu ni keluar dan rakyat terutamanya pemandu teksi marah.
Sebelum ni dah bagi subsidi tayar 1Malaysia sebanyak RM 500 kepada semua pemandu teksi dan itu juga dah kira meringankan beban pemandu untuk tukar tayar.
Tapi masih ada juga segelintir pemandu teksi yang agak kurang senang dengan kerajaan walau pun segala macam dah diberi.
Jenis orang macam ni elok jangan diberi apa apa sekali pun.
Tapi kalau tak bagi nanti kata pulak macam macam lagi, bagi susah tak bagi pun susah.
Jadi kepada pemandu teksi, elok le fikir semula, jangan hanya ambil barang senyum tapi bila masuk dalam kereta bunyi dah jadi lain.
Langsung tak kenang budi dan jasa, Sangkakala tak maksudkan semua, cuma ada segelintir yang macam tu, tapi sepatutnya perkara tersebut tak jadi sebab dah banyak yang diterima oleh pemandu teksi.
Perdana Menteri pun dah kata, pemandu teksi ni adalah Duta kecil kepada kerajaan dalam usaha menarik hati para pelancong.
Itu sebab juga pelbagai insentif diberi, tapi kalau semua nak free atau percuma, rasanya mana negara pun takkan bagi, cuba cari kalau tak percaya.
Jadi kepada pemandu pemandu teksi yang dah terima permitn tolong tolong le bagi tau pada kawan kawan yang condong pada pembangkang tu, jangan cepat lupa diri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
TABUNG PAS !!! APA SUDAHNYA ???
Dulu kes Memali, kutip sumbangan kononnya nak bela nasib balu balu yang kematian suami, sekarang dah Lahad Datu pula.
Kalau tak lama dulu cikgu Non dedahkan pembohongan tentang Memali sekarang dah ada pulak pendedahan tentang tabung Lahad Datu, kalau nak tengok dan baca lebih lanjut sila klik pautan di bawah.
http://bit.ly/107i08F
Kenapa boleh jadi macam ni? Kata parti Islam, kalau dah nama Islam kan ke tak boleh menipu atau membohong?
Memang dah dari dulu puak puak ni asyik menipu je kerjanya kan, tak habis habis dengan menipu.
Dalam kata nak buat tabung untuk Lahad Datu, tiba tiba pakai akaun PAS sendiri, macam mana nak tau mana duit sumbangan dan mana satu duit sendiri.
Atau semua tu dikira duit sendiri satu masa nanti?
Sampai hari ni PAS belum isytihar berapa hasil kutipan, nak kata serah hasil tu jauh sekali, apa yang pasti, mereka akan cuba untuk kutip derma macam yang biasa dibuat dalam ceramah PAS di seluruh tanah air, tong milo bergerak kesana sini.
Kes yang sama juga terjadi di Parit Buntar, macam yang Sangkakala pernah dedahkan dulu, walaupun YB Idham lim kata dah buat itu dan ini, ada satu perkara lagi yang belum didedahkan.
Tunggu sikit hari nanti Sangkakala buka bagi telanjang.
Apa yang pastinya lepas ni kalau ada lagi musibah atau kejadian, pasti akan ada lagi tabung kutipan dan seperti biasa, wang kutipan akan hilang begitu sahaja.
Kepada pencacai PAS, fikir fikirkanlah, bukan kerana duit tu, tapi kemana duit tu pergi, niat ikhlas untuk membantu disalah gunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
CALON TUA WAKILI PEMBANGKANG !!!
Bekas panglima tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein - yang baru menyertai PKR pada 6 Mac lalu - akan bertanding di kerusi itu.
Md Hashim dijangka akan bertanding menentang penyandangnya Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Johor Bahru merupakan kubu kuat Shahrir sejak sekian lama dan beliau pernah bertanding atas tiket bebas dan menang dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil akhir 1980-an.
Pada Sangkakala pula, kalau si Bekas Panglima ni menang sekali pun, rasanya tak lama lagi akan diadakan pilihanraya kecil pulak.
Tengok dari faktor umur dan daripada gaya percakapan pun dah memang tak larat Tan Sri Hashim ni, nak bertanding di Johor Bharu tempat berkubunya Tan Sri Shahrir Samad memang mencari malang kerana dah tentu Tan Sri Hashim akan kalah teruk.
Sangkakala ada pegi mendengar beliau berceramah, beliau selaku bekas Panglima angkatan tentera Malaysia masih lagi mampu untuk memperlekeh perjuangan anggota keselamatan kita yang berada di Lahad Datu.
Dengan mengatakan bahawa mereka tidak cekap dan sebagainya, inikah bekas pemimpin satu angkatan yang besar yang mahu diangkat naik sebagai pemimpin politik pula?
Bagi Sangkakala, orang ini tidak tahu bagai mana cara untuk menghormati orang lain dan beliau sememangnya tidak layak langsung untuk menjadi wakil rakyat.
Sangkakala tidak nampak dimana kekurangan Tan Sri Shahrir jika ada rakyat di kawasan parlimen Johor Bharu menolak beliau sebagai ahli parlimen di kawasan tersebut, kerana selama ini beliau dilihat sebagai seorang pejuang yang berjuang membela rakyat.
Jadi kepada pengundi Johor Bharu, fikir fikirkanlah, jangan sampai jadi macam Sangkakala katakan tadi, tak lama PRU akan datang PRK pula di Johor Bharu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
HISHAMUDDIN CAKAP BIAR BETUL SIKIT
Itu memang dah dijangka Datu Seri, bukan akan tapi memang, kita tengok beberapa siri PRK selama ni, berapa kali bertumbuk dan Sangkakala pun tak terlepas dari menumbuk dan makan penumbuk orang.
Kita tinggalkan kisah itu sementara dan apa yang pasti ialah, Pakatan Pembangkang tidak pernah tahu apa itu berkhidmat kepada masyarakat.
Kerja mereka ini dari pada awal PRU12 hinggalah sekarang, mereka akan berceramah, terutamanya PAS.
Bila masa nak buat kerja untuk rakyat kalau dah hari hari ceramah?
Takkan ada masa untuk berkhidmat kalu dah begitu, sepatutnya ceramah ceramah politik ini hanya diadakan 6 bulan sebelum tarikh pilihanraya baru la betul.
Ini sepanjang masa nak berkempen, lepas tu bukannya bagi yang berfaedah, bagi yang menyusahkan kepala untuk fikir benda lain.
Ini le pasrti yang disokong oleh penyokong pakatan pembangkang, sentiasa dengan ceramah tak habis habis, bila permit tak diberi mula la kata pasukan polis menyebelahi kerajaan dan sebagainya, septutnya permit itu diberi macam yang Sangkakala jkatakan tadi 6 bulan sebelum pilihanraya berlangsung, kan ke senang?
Jadi cerita gangguan ni pasti akn terjadi dan diharap kepada penyokong Barisan Nasional tidak lari dari fokus iaitu untuk berkerja demi memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional di seluruh negara.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
NI APA HAL MAIN BAKAR2 NI ???
Macam perangai budak budak la, kalau ye pun kerja budak budak, takkan dah umur bapa budak tak boleh nak tegur kot.
Sangkakala terbaca dalam blog blackpanther yang mengatakan ada kes bakar bendera Barisan Nasional di Lumut.
Buka link dibawah
http://bit.ly/XzErms
Nampaknya Barisan Nasional masih kuat daripada segi politik tanah air, ye lah, parti mana yang banyak berjasa ye tak kalau bukan Barisan Nasional.
Sebab tu juga lah mereka ni bakar bendera Barisan Nasional sebab mungkin risau dengan kemaraan parti kerajaan itu dan kebangkitan jentera Barisan yang begitu kuat di seluruh negara.
Kalau berani bakar la bilik gerakan, jangan bakar bendera, tapi menurut sumber, orang yang membakar ni sudah dikenal pasti, hanya menunggu masa untuk ditangkap.
Jangan bagi sampai kena tangkap dengan orang Barisan Nasional, lunyai nanti kena lanyak, nampak lagi salah orang Barisan Nasional.
Apa apa pun Sangkakala harap agar ahli Barisan Nasional bersabar, jangan buat benda benda bodoh dan takde faedah, kalau kita buat maknanya kita pun sama macam mereka ni.
Mereka dah tentu le bangang jangan kita ikut bodoh pula, kalau jumpa orang yang bakar bendera tu, serah pada polis jangan buat tindakan melulu pulak.
Mereka bakar 1 bendera kita tegakkan lagi 10 bendera, jangan berhenti, mereka dah goyang tu yang sebenarnya bila tengok momentum penyokong Barisan Nasional yang begitu bersemangat kini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ahad, 24 Mac 2013
RAFIZI RAMLI BAGI JAWAPAN BODOH KEPADA WARTAWAN
Soalan yang diajukan ialah, kenapa saman papagomo tapi tak saman trio Datuk T.
Jawapan si bangang ni pulak, saman papagomo bererti saman kesemua sekali.
Itu jawapan dari pakar kev atau jawapan sekadar nak lompat pagar? Budak kecik pun gelak la kalau ko jawab macam tu Rafizi.
Apa punya bodoh biul ko ni, papagomo tu orang lain, trio Datuk T tu orang lain, boleh ke nak dikira sekali rangkum semua dapat saman yang sama serentak?
Ishhh..Sangkakala tengok si Rafizi ni makin sehari semakin bingai otak dia, tapi ye lah dia bukan pakar undang undang, dia kata dia pakar strategi tapi tak tau le apa strategi yang dia pakai sekarang ni.
Kalau dah macam tu, Sangkakala kalau ada saman tak payah bayar sebab orang lain dah tolong bayar untuk Sangkakala sebab mesti ada orang lain lakukan kesalahan sama ye tak?
Itulah yang dapat kita lihat, si jambu ajaran Anwar Ibrahim cuba nak pusing kenyataan dan jawapan, tiba tiba dia sendiri yang pening jatuh terguling.
Anwar pulak tak rasa malu ke dapat pengarah strategi yang BAHLOL macam si Rafizi ni?
Sebagai pemimpin, dah tentu beliau rasa malu, tapi nak malukan apa ye tak? Dah berapa kali gambar dan video keluar. Dengar cerita ada lagi yang akan keluar lepas ni.
Sangkakala dengar video yang dikatakan mirip kepada Anwar tu pun dah keluar lagi dan akan terus keluar hinggalah Anwar mengaku bahawa orang dalam video tersebut adalah beliau.
Tapi kalau betul apa salahnya mengaku pak sheikh, berani kerana benar, takut kerana salah.
Kalau pak sheikh merasakan beliau teraniaya, sila lah saman Trio Datuk T dan jangan lupa saman Datuk Nallakarupan sekali.
Sebab dia pun ada kata yang dia pernah beli rambut palsu untuk Anwar di India satu masa dulu, dan beliau juga ada kata bahawa beliau tahu hubungan di antara Shamsidar (isteri azmin) dengan Anwar.
Jadi apa lagi tunggu pak sheikh, saman jangan tak saman, sebab kertas saman tu kan murah je, kalau berjaya dalam saman tu nanti boleh dapat duit untuk tampung belanja kempen pilihanraya.
Jadi itulah sahaja coretan Sangkakala malam ni untuk si Rafizi dan abg NON angkatnya si Anwar Ibrahim.
psstt..sangkakala takut nak ulang,nnt kena saman!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
MAJLIS RAMAH MESRA MASYARAKAT INDIA BUKIT GANTANG @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own
Turut hadir dalam program beberapa pemimpin parti komponen kawasan Bukit Gantang dan speaker Dewan Undangan Negeri YB Datuk R. Ganesan
Dalam ucapan alu aluan daripada Datuk Veerasinggam selaku penasihat YAB Menteri Besar, beliau mengatakan bahawa semasa Pilihanraya Kecil Bukit Gantang tak berapa lama dahulu, Menteri Besar Perak telah berjanji untuk membina sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan YAB Menteri Besar telah meluluskan tanah seluas 3.5 ekar untuk pembinaan tersebut.
Beliau juga bertanya, semasa pemerintahan Bekas Menteri Besar Pakatan Pembangkang selama 11 bulan, apakah ada perjuangan untuk kaum india semasa itu? Dan beliau mengatakan juga bahawa kebajikan kaum India di Taiping terabai dan terbiar.
Datuk Haji Rosli ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang pula berkata, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Perak kerana tidak jemu jemu untuk datang ke parlimen Bukit Gantang.
Beliau juga mengatakan bahawa hari ini jelas memperlihatkan penyatuan diantara semua jentera dan beliau yakin bahawa Parlimen Bukit Gantang dan DUN DUN yang ada di kawasan Bukit Gantang akan dimenangi oleh Barisan Nasional.
Dalam ucapan perasmian YAB Menteri Besar, beliau mengatakan bahawa hujan yang turun pada hari ini adalah hujan rahmat.
Dan beliau mengharapkan akan ada berita baik untuk rakyat di Bukit Gantang.
Beliau mengatakan bahawa hari ini ada satu majlis perasmian di Taiping oleh pembangkang dan didalam program tersebut, mereka telah menggelar Menteri Besar Perak sebagai Menteri Besar haram jadah, dan Menteri Besar Perak mengatakan biarlah apa mereka nak kata, tapi kita tetap akan berkhidmat untu rakyat.
Menteri Besar meminta supaya semua yang hadir untuk membacakan al-fatihah bagi yang Islam dan bagi bukan Islam pula diminta untuk bertafakur seketika untuk para pejuang yang terkorban di Lahad Datu.
Sebagai seorang pemimpin sepatutnya pembangkang tidak melaga lagakan masyarakat, tetapi mereka kini melagakan rakyat dengan kerajaan dengan mengatakan bahawa konflik di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO dan ini dilihat sebagai satu fitnah untuk memburukkan kerajaan dan menimbulkan rasa marah rakyat kepada kerajaan.
Pada petang ini, Menteri Besar Perak berkata bahawa beliau datang untuk menepati janji kerajaan yang mana kerajaan akan melihat kepada keperluan rakyat dalam memberikan yang terbaik kepada kerajaan.
Diakhir ucapan, Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada semua jentera yang hadir dan beliau memohon kepada semua untuk menyokong Barisan Nasional.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PEMUDA MENGAMUK DI IPOH !!! KIT SIANG LARI LINTANG PUKANG @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own
Turut hadir dalam program pelancaran jentera bermotor pemuda Barisan Nasional Ipoh Timur ialah, ketua bahagian MCA Ipoh Timor, Naib Pengerusi PPP negeri Perak.
Dalam ucapan pelancaran program, Datuk Azian mengatakan bahawa pemuda Barisan Nasional perlu menunjukkan semangat untuk menentang Pakatan Pembangkang di Ipoh Timor.
Beliau juga mengatakan bahawa pemuda Barisan Nasional perlu juga menunjukkan disiplin yang tinggi dan tidak menjadi seperti pemuda pembangkang yang sentiasa mendengar kata pemimpin mereka untuk mengadakan demonstrasi dan sebagainya.
Beliau menasihatkan kepada semua agar tidak gentar atau lari daripada menghadapi cabaran dan beliau juga mengatakan beliau berjanji untuk menjaga dan terus mengepalai jentera perang Ipoh Timor.
Beliau melihat pasukan gerak gempur yang ada pada hari ini amat berkeyakinan dan beliau juga amat yakin dan percaya bahawa walau siapa pun calon pembangkang yang datang pada PRU kali ini akan diundurkan dari arena politik Ipoh Timor.
Mungkin melihat kepada kebangkitan ini juga, Lim Kit Siang melarikan diri ke Gelang Patah kerana risau dengan kredibiliti beliau di kawasan tersebut akan tercemar.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sabtu, 23 Mac 2013
MAJLIS MAKAN MALAM UMB PERAK BERSAMA PENGERUSI UMB @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own
Majlis makan malam yang diadakan secara santai dihadiri oleh 26 orang ahli UMB Perak.
Ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi UMB Perak, saudara Hairul yang memberikan laporan bahawa UMB Perak kini dalam perancangan untuk bekerjasama dengan warroom negeri dan UMB Perak akan memberikan kerjasama bagi memastikan kemenangan kerajaan Barisan Nasional.
Satu lagi perkhabaran yang diberikan oleh saudara Hairul ialah Com Centre UMB Perak yang kini sudah hampir siap sepenuhnya dan boleh diduduki dalam masa 2 ke 3 hari lagi.
Dalam ucapan Pengerusi UMB Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi UMB negeri dan semua yang hadir pada malam ini.
Beliau mengucapkan syukur karana pada hari ini dapat bertemu sekali lagi selepas perhimpunan BNYCT di The Curve Damansara Kuala Lumpur.
Semasa tahun 2008 kita amat ketinggalan dalam media baru, dan kursus yang pertama diadakan di Janda Baik pada masa itu barulah media sosial digunapakai dengan meluas.
Kalau dulu cybertrooper Barisan Nasional tidak menggunakan gajet yang canggih, yang ada pada masa itu cumalah handphone Nokia dan boleh dikatakan semua cybertrooper menggunakan peralatan yang tidak canggih seperti hari ini.
Tun Faisal memberikan nasihat kepada semua jentera UMB Perak akan bersatu kerana sejak akhir akhir ini UMB Perak diserang oleh pihak tertentu dan beliau amat yakin dengan kepimpinan saudara Hairul selaku Pengerusi UMB Perak semua jentera UMB Perak akan bersatu.
Beliau juga mengatakan bahawa pada permulaannya, UMB Perak tidak mempunyai bajet kerana Perak bukanlah negeri kalah dan bajet yang ada hanyalah untuk negeri yang kalah.
Beliau juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada blogger TaipingMali yang boleh dianggap sebagai orang lama dalam media sosial.
Walau pun masih baru, beliau mengatakan bahawa UMB Perak telah menunjukkan komitmen yang tinggi.
Tugas UMB Perak yang paling penting ialah memastikan setiap program yang dijalankan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
Beliau juga berharap semua UMB Perak akan bersatu dibawah kepimpinan saudara Hairul dan jangan lagi menoleh ke belakang dalam usaha untuk membantu kerajaan.
Dalam menyampaikan rasa penghargaan diatas segala usaha dan kerja keras, UMB telah memberikan cendera mata kepada blogger TaipingMali berbentuk sebuah. handphone BlackBerry.
Beliau juga diminta untuk memberikan sepatah dua kata sebagai azimat kepada cybertrooper UMB memandangkan beliau adalah penggiat media lama.
Beliau kini dalam usaha untuk membuka sebuah comcentre di kawasan Bukit Gantang dan Taiping.
Beliau juga berkata bahawa beliau akan memberikan kerjasama kepada semua jentera cybertrooper UMB Perak.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
LIM KIT SIANG PERGUNAKAN PAS SECARA TERANG
Pandai Kit Siang ambil kesempatan dalam parti lain.
Tapi untuk bertanding menggunakan parti PAS adakah beliau layak? Sedangkan beliau adalah ahli parti DAP.
Satu perkara lagi, Kit Siang seolah olah mengaku bahawa dalam DAP ada masalah semasa pemilihan parti tu dalam tersebut.
Cukup cukup le tu Kit Siang, dah tua pun nak bertanding dalam politik, takkan nak tunggu duduk dalam keranda baru nak berenti kot.
Walau apa pun, ahli PAS kena tengok perkara ini, kerana bendera adalah panji perjuangan dan jika itu boleh diberi pinjam kepada bangsa lain apatah lagi agama lain, maka PAS tidak lagi layak menggelarkan diri mereka sebagai parti Islam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
DAH HILANG HUDUD DALAM MENIFESTO PAS
Tetapi kini Hudud telah hilang, mewujudkan negara Islam juga sudah hilang.
Mana pegi semua tu? Cer jawab sikit wahai kepimpinan PAS.
Mungkinkah takut pada God Father yang duduk atas kerusi roda tu melenting lagi sampai terpacak rambut putih beliau.
Apa pun sekarang ni PAS hilang taring kerana telah dicabut oleh DAP yang dilihat lebih mendominasi situasi dalam pakatan pembangkang.
Apa yang dapat kita lihat hanyalah sebuah parti yang menggelarkan diri mereka sebagai parti islam ketakutan dengan sebuah parti bukan Islam.
Itu ke cara nak tegakkan negara Islam?
Satu lagi Sangkakala nak dedahkan kenapa DAP anti dengan Barisan Nasional terutamanya UMNO.
DAP memusuhi UMNO kerana UMNO berjaya mengangkat taraf negara Malaysia sebagai negara islam dan Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam oleh pertubuhan negara negara Islam sedunia.
Dan kerana itulah sehingga hari ini, DAP memusuhi UMNO.
Tidak menjadi mustahil sekiranya pakatan pembangkang memerintah, maka perlembagaan negara juga akan ditukar.
Perkara pertama yang akan ditukar oleh pakatan pembangkang ialah agama persekutuan dan sistem Raja berperlembagaan.
Kerana apa Sangkakala katakan begitu?
Kerana agama persekutuan kita adalah agama Islam dan ini paling dibenci oleh DAP, satu lagi ialah sistem Raja berperlembagaan pula ialah, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah ketua kepada agama Islam.
Sebab itulah mereka (DAP) jika dapat memerintah negara tidak kira sama ada PAS suka atau tidak ianya tetap akan dilaksanakan.
berbalik kepada gambar di atas, jelas semua menifesto PAS sama dengan PKR dan DAP, kalau dulu mereka (PAS) mengatakan menifesto mereka juga mengikut Al-Quran dan sunnah, tapi kini semua tu dah hilang.
Taubat lah wahai pengikut PAS, parti yang kamu sokong kini sudah lari dari tajuk perjuangan sebenar.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
BUKTI DAP MENGATASI PKR
Dan satu kenyataan telah dikeluarkan oleh pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dengan menyelar Jui Meng hingga membuatkan Presiden PKR, Dr Wan Azizah tampil untuk menyokong Jui Meng.
Tapi kali ini secara terang terangan, DAP memenangi apa yang di panggil perang saraf antara parti, iaitu kepimpinan Pakatan pembangkang bersetuju meletakkan Lim Kit Siang di Gelang Patah dan ini sudah pasti menampakkan kemenangan berpihak kepada Dr Boo.
Ahli PKR tidak mampu untuk berkata apa apa melainkan hanya mampu melihat satu kerusi Parlimen di Johor kini diwakili oleh DAP dalam PRU akan datang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone








