Sabtu, 30 Jun 2012

KISAH HIDUP ARTIS YANG MASUK PAS

Hairie Othman, pelakon filem Leftenan Adnan pernah di tangkap khalwat di Langkawi pada tahun 2006 bersama -sama pasangan beliau yang berumur 24 tahun pada ketika itu, turut di tangkap pada malam yang sama ialah rakan seperjuangan Hairie yang tak perlu Sangkakala sebutkan disini.

Untuk mengetahui kisah lanjut berkenaan cerita ini sila <klik>

Pada tahun 2010, terkeluar pula gambar-gambar seperti ini menghiasi kehidupan penuh glamor pelakon inj, untuk malumat lanjut sila klik pada gambar dibawah




Jadi kemasukan Hairie kedalam PAS adalah untuk mencari jalan pintas ke syurga, mungkin untuk menghapus dosa-dosa beliau selama ini yang beliau sendiri rasakan tidak cukup dengan hanya solat sunat taubat.

Abby Abadi yang dulunya pernah menjadi seorang penyanyi dalam kumpulan Elite dan kemudia berjinak-jinak dalam bidang lakonan juga mempunyai dosa yang boleh dikatakan besar juga kalau mengikut hukum islam.

Mari kita tonton kedua-dua klip video ni, tengok sampai habis tau.


 Ini satu lagi video yang anda perlu tonton, ini pun tonton sampai habis, jangan separuh jalan.


Jadi apa pandangan anda setelah melihat semua yang diatas? Apakah besar kemungkinan mereka berdua ini cuba untuk menghapus dosa-dosa yang telah mereka lakukan selama ini?

Fikir-fikirkanlah..

Opsss.. ni Sangkakala terjumpa satu lagi pulak, video Aishah semasa menjadi penyanyi dulu sila klik gambar ye..tengok sampai habis juga tau, ini bukan edit ok.


Hebat-hebat bukan penceramah-penceramah PAS yang ada sekarang ni, masuk PAS je dah boleh cerita tentang kebaikan dan keburukan orang lain.

Tahniah PAS dan para pengikutnya.

ZUNAR TIDAK LAYAK MENERIMA ANUGERAH


Kartunis politik Zunar berkata beliau menolak anugerah yang dijadual disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pameran kartun dan animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Ahad lepas.

Beliau berkata begitu dalam portal Malaysiakini semalam. Zunar menceritakan bagaimana beliau telah didatangi penganjur bersama acara itu  Cartoonist At Work (CAW) dan Putera Umno yang mahu beliau menjadi salah seorang penerima anugerah pencapaian kartunis.

Mungkin Putera UMNO tersilap agaknya, berapa banyak karya yang dihasilkan oleh Zunar hingga kerajaan perlu memberi penghargaan kepada beliau?

Rasa Sangkakala, ramai lagi yang lebih berbakat dan lebih bagus berkarya dari pada Zunar yang tidak memberi apa-apa sumbangan selama beliau melukis sebagai seorang kartunis.

Mungkin Putera UMNO cuma membuat tawaran, tetapi tidak bermaksud dalam erti kata lain bersungguh-sungguh untuk beliau menerima anugerah tersebut.

BUKTI BERGAMBAR RAFIZI JAMBU ANWAR BAKAL DIBONGKAR

Pengarah Strategi PKR yang kini menjadi kebanggaan ahli serta kepimpinan PKR bakal mendapat malu yang amat besar sikit hari lagi.

Ini berikutan Sangkakala telah mendapat beberapa keping gambar yang dapat membuktikan bahawa beliau adalah jambu Anwar.

Umum mengetahui bahawa Anwar amat suka dengan amalan seks songsang atau lebih susuai digunakan dengan istilah liwat.

Bukti ini mungkin akan menjadi bahan bukti yang kukuh kenapa Rafizi begitu mempertahankan setiap perlakuan Anwar.

Mengikut sumber yang memberikan gambar tersebut kepada Sangkakala, gambar itu diambil semasa Rafizi masih menuntut lagi.

Jadi, Rafizi perlu bersedia untuk melihat sendiri gambar beliau dengan Anwar nanti.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 29 Jun 2012

DAP TETAP MENENTANG HUDUD

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam program wacananya untuk mendekati Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu itu kepadanya.

NONELim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya.

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran dan membanteras rasuah.

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.

Jelas disini menunjukkan bahawa DAP tidak menenrima Hudud dan apa pula yang hendak dikatakan lagi oleh PAS yang selama ini mengatakan bahawa DAP menerima Islam dan Undang-Undang Islam jika Pakatan Rakyat memerintah?

Ternyata jika Pakatan rakyat memerintah, akan lebih huru-hara apabila parti yang memerintah tidak sehaluan dan ianya sama sekali akan menjatuhkan nama baik negara dimata dunia kelak.

Kepada pengundi-pengundi, Sangkakala rasa, adalah tidak wajar jika memperjudikan nasib anak cucu kita nanti hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu pemimpin seeperti pemimpin dalam pakatan Rakyat.

AWANG ADEK DIPERSOAL ANWAR BAGAIMANA PULA





Setiusaha Agung PKR, Saifudin Nasution memang terkenal dengan kenyataan untuk mengalihkan pandangan rakyat dalam menutup segala kesalahan dan perilaku kepimpinan dalam PKR serta Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataan terbaru beliau menerusi portal Malaysiakini, beliau mempertikaikan tentang Datuk Dr Awang Adek berkenaan hubungan beliau dengan sebuah syarikat yang dikatakan mencetak wang kertas RM 2 semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara pada tahun 1996 hingga 2001.

Kenapa Saifudin mempertikaikan Awang Adek sedangkan pada tenpoh masa yang sama juga Anwar serta Azmin dikatakan mempunyai beberapa kes termasuk dengan wang berjumlah RM 3 Billion yang didakwa dilarikan oleh Anwar dan pemilikan saham serta wang tunai milik Azmin Ali.

Ini semua adalah untuk mengalih pandangan rakyat tentang apa yang disebut selama ini, tambahan pula wang berkenaan RM 3 billion yang didakwa ditransaksikan oleh Anwar kedalam 20 akaun dan ianya didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara.

Adakah Saifudin kini sedang cuba menyelamatkan kedua-dua orang penting dalam PKR tersebut dari terus dipersalahkan oleh rakyat setelah mendapat tahu tentang kegiatan yang dilakukan oleh mereka sepanjang mereka memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional.

Anwar dan Azmin kini sedang didalam siasatan untuk semua kes salah laku mereka dan Saifudin sekali lagi tampil untuk mengalih perhatian. Harapan Sangkakala supaya kerajaan menjalankan siasatan secara terperinci tentang kes-kes ini dahulu.

Khamis, 28 Jun 2012

MAHKAMAH TOLAK SAMAN BUKTI HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN DI KELANTAN






Menteri Besar Kelantan merakamkan kesyukuran penolakan Mahkamah Rayuan terhadap saman dari tiga orang penduduk Kelantan yang menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi di negeri itu.

Mahkamah Rayuan Malaysia semalam yang secara sebulat suara telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) dalam isu judi sekaligus membatalkan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi pada tahun lepas.

Saman tersebut telah dikemukakan pada Julai 2011 oleh tiga orang tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa dan Gan Han Chuan serta diiringi oleh anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tuan Guru Nik Aziz ini kejayaan besar dalam usaha untuk memastikan dasar yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1990 ini tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak. 

Bagi Sangkakala, ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa untuk melaksanakan undang-undang hudud berdasarkan kejayaan kerajaan negeri dalam mengenepikan saman tersebut.

Mengapa PAS Kelantan masih lagi mengatakan bahawa undang-undang hudud itu disekat atau di halang perlaksanaannya oleh kerajaan pusat?

Jelas ini semua hanya mainan PAS semata-mata dalam mengaburi mata dan minda pengundi serta rakyat. Isu hudud hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata dan ianya bukanlah benar-benar hendak dijalankan oleh PAS.

DALANG DALAM KEMENTERIAN KEWANGAN DIKENAL PASTI

Semalam Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sekali lagi mendedahkan dalam Malaysiakini bahawa terdapat campur tangan Perdana Menteri dalam urusan sebuah projek.

Yang sebenarnya, perkara ini tidak pernah terjadi, dan Perdana Menteri tidak pernah merancang atau ingin atau turut serta mencampuri urusan projek tersebut.

Apa yang didedahkan oleh Rafizi semalam telah membuka jalan yang menghantui seluruh rakyat dimana kita semua tercari-cari siapa dalang didalam Kementerian Kewangan yang membocorkan segala rahsia kerajaan.

Sangkakala dimaklumkan oleh seseorang bahawa "makhluk halus" itu sudah dikenal pasti, dan tindakan undang-undang sudah pasti akan diambil dalam sedikit masa lagi.

Kalau tak silap Sangkakala kes sebegini boleh di dakwa mengikut akta OSA atau menyimpan rahsia-rahsia kerajaan.

Sangkakala juga dengar bahawa suspek ini bukan lah dikalangan pegawai biasa dalam Kementerian tetapi mempunyai kedudukan yang boleh dikatakan selesa juga.

Apa pun biarlah sesiapa yang bertanggung jawab itu menjalankan sisatan secara terperinci dan apabila telah cukup bukti kelak, heret je mangkuk ni ke muka pengadilan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 27 Jun 2012

RAKYAT SELANGOR PERLU BANGKIT SALAH GUNA KUASA HUKUMANNYA LETAK JAWATAN


Baru-baru ni heboh diperkatakan tentang arahan perletakkan jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar), pelbagai spekulasi kedengaran tentang perkara ini.

Dan hari ini, semua jawapan telah terjawab apabila Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) negeri Selangor hari ini  memutuskan sebulat suara agar Faekah meletakkan jawatan atas tuduhan menyalah gunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar untuk kepentingan ahli keluarga beliau.

Hanya letak jawatan semua masalah selesai, itulah yang bermain difikiran Sangkakala semasa menulis artikel pada kali ini.

Jika ada dikalangan pemimpin UMNO atau Barisan Nasional melakukan kesalahan tersebut, sudah pastilah akan bergegar seluruh alam meminta diadakan siasatan oleh SPRM dan sebagainya atas kesalahan yang serupa.

Tapi kali ini hanya meletakkan jawatan dan seterusnya boleh menjawat jawatan lain didalam kerajaan atau anak-anak syarikat kerajaan yang lain, kenapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor tidak mendesak supaya tindakan atau siasatan oleh SPRM atau diwujudkan Suruhanjaya DiRaja dalam menyiasat kes tersebut.

Jika Faekah menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar, sudah tentulah ianya melibatkan sesuatu yang besar juga bukan? Akan tetapi ianya tidak dinyatakan, mungkin untuk menutup kesalahan yang terlalu besar agaknya.

Pakatan Rakyat, khususnya Menteri Besar dilihat amat -amat mempertahankan kedudukan Faekah, mungkinkah Menteri Besar juga ada terlibat sama dalam penyalah gunaan tersebut dan cuma meminta Faekah mengakui dan diberi sesuatu atau diberi satu jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri kelak?

Semua ini hanya kerajaan negeri Selangor yang perlu jawab, dan Sangkakala berharap akan ada anak-anak Selangor yang berani untuk membawa perkara ini kemuka pengadilan supaya ianya disiasat secara menyeluruh dan bukannya hanya diberi hukuman yang amat ringan kepada satu kesalahan yang mungkin amat besar.

Selasa, 26 Jun 2012

DUIT KERAJAAN SELANGOR LESAP LAGI cc @nohomar

Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Ching Eu Boon hari ini mendedahkan bahawa wujud campur tangan ahli majlis MBPJ dari DAP iaitu Tiew Way Keng yang menyalah gunakan kuasa untuk memberi kontrak kepada firma guaman bagi menguruskan kes yang melibatkan MBPJ.

Beliau dikatakan telah memberikan kontrak kepada firma guaman dengan kos RM55,000, sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kpd firma guaman lain dengan kos hanya RM15,000 sahaja.

Ching berkata demikian pada satu sessi kenyataan akhbar di BN Selangor sebentar tadi.

Apa dah jadi ni, katakan Barisan Nasional mengamalkan sistem kroni bagi sesuatu projek, macam mana pula kenyataan ini boleh keluar?

Minta pihak SPRM menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut supaya wang rakyat negeri Selangor tidak disalah gunakan oleh mereka-mereka yang hanya pandai berkata itu dan ini.

Jika benar seperti apa yang di dakwa oleh Dr Ching, perbezaan sebanyak 40'000 bukanlah satu nilai yang kecil juga, pelbagai program untuk memberikan bantuan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan duit sebanyak itu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 25 Jun 2012

MAKLUMAT TENTANG SASHA DAN LYNN ANAK KEPADA SHADANA

Sebelum ni Sangkakala keluarkan artikel tentang Shadana dan sekarang Sangkakala akan ceritakan pula tentang Sasha dan Lynn anak kepada Shadana.

Seperti gambar diatas, kedua-dua gadis tersebut adalah anak kepada Shadana dan dikhabarkan bahawa kedua-dua mereka ini sekarang membantu Shadana dalam bidang perniagaan menjual kuda.

Suami kepada Shadana yang merupakan anggota polis yang telah meninggal dunia dikatakan berasal dari Sarawak dan menurut sumber, nama arwah ialah Hadeni.

Tapi kalau nak diikutkan dari segi pendapatan Shadana, dari mana datangnya duit untuk beliau memulakan perniagaan kuda? Tambahan lagi ianya melibatkan urusan antarabangsa, dari Dubai ke Malaysia.

Seperti gambar diatas, Lynn yang berdiri disebelah kiri, membantu ibunya Shadana di Malaysia dan Sasha disebelah kanan berada di Dubai untuk menjaga perniagaan Shadana disana.

Gambar tersebut dihantar oleh kenalan kepada Sangkakala dan beliau mengakui bahawa kehidupan kedua-dua gadis ini penuh kemewahan.

Cuba kita bayangkan, dimana Shadana mendapat sumber untuk menjalankan perniagaan tersebut sedangkan suaminya dulu bukan dari kalangan orang-orang korporat atau ahli perniagaan yang berjaya, cuma anggota polis yang gajinya tak mungkin melebihi 10 ribu sebulan.

Sedangkan untuk membeli seekor kuda, harga yang diperlukan mencecah ke ratusan ribu ringgit.

Dan kehidupan mereka suatu masa dulu amat mewah. Mungkin juga ini semua atas pemberian Anwar dan ianya termasuk dalam wang berjumlah tiga billion tersebut.

Apa-apa pun Sangkakala minta kerajaan menyiasat sedalam-dalamya akan hal ini agar ianya tidak menjadi barah yang menyusahkan kemudian hari.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

CERITA LANJUT TENTANG WANITA MISTERI ANWAR IBRAHIM

Misteri tentang seorang perempuan yang dikaitkan dengan duit milikan Datuk Seri Anwar Ibrahim makin terbongkar kini.

Pada artikel yang lepas, Sangkakala ada mengeluarkan sedikit tentang perempuan yang digelar sebagai Shadana.

Mengikut sumber yang Sangkakala perolehi dari pada individu yang sama memberikan maklumat yang lepas, Shadana atau nama sebenarnya Zaliah Zakaria pernah memberitahu kepada kenalan Sangkakala ini bahawa bapa beliau berasal dari Dubai dan ibunya berasal dari Filipina.

Shadana juga pernah mengatakan bahawa bapa beliau adalah seorang hartawan di Dubai dan beliau mempunyai wang yang begitu banyak, pengakuan ini dibuat setelah kenalan Sangkakala bertanya dari mana beliau dapatkan duit untuk berbelanja besar setiap kali membeli belah.

Mungkin juga duit yang dibelanjakan adalah hasil dari pemberian Anwar Ibrahim kepada beliau.

Zaliah dikatakan pernah berkahwin sebanyak dua kali dan kali yang ketiga tidak dapat dikesan status perkahwinan beliau, sama ada sah atau pun tidak.

Apa yang pasti ialah, Zaliah pernah berkahwin dengan seorang anggota polis dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Shasha, kemudian berpisah dan berkahwin pula dengan sorang pegawai polis yang bertugas di Butterworth dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, anak lelaki beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pulau Pinang.

Kemudian mereka berpisah dan pegawai polis berkenaan telah bertukar ke tempat lain.

Shadana kemudiannya dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pemain badminton dari Indonesia yang dibawa ke Malaysia untuk bermain dalam pasukan Wira Tangkis. Disinilah yang dikatakan status perkahwinan beliau tidak diketahui sama ada sah atau tidak, tapi Shadana mempunyai seorang anak perempuan dengan pemain badminton ini.

Shadana pernah membawa rombongan pemain-pemain badminton ini kerumah Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Berbalik kepada akaun dan wang yang dikatakan dibawa lari oleh Anwar ibrahim sebanyak 3 billion semasa beliau memegang jawatan menteri didalam kerajaan.

Shadana dikatakan mempunyai hubungan kuat dengan Anwar pada ketika itu kerana Shadana juga terkenal dengan lenggok penipunya hingga Anwar (Ketua Pembangkang sekarang) juga terpedaya dengan beliau.

Duit yang dikatakan disalur oleh Anwar mungkin juga telah dimasukkan ke dalam akaun anak-anak perempuan Shadana.

Besar kemungkinan juga duit tersebut telah di masukkan kedalam akaun pemain-pemain badminton yang Sangkakala katakan tadi, siapa tahu kan?

Apa-apa pun Sangkakala harap, kerajaan jangan memandang remeh tentang isu ini, kerana ianya melibatkan jumlah wang yang amat besar, dimana wang ini boleh digunakan untuk pembangunan negara kita.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 24 Jun 2012

KERAJAAN SELANGOR GUNA ALAMAT PELAJAR UNISEL UNTUK DAFTAR PEMILIH



Sangkakala dikejutkan baru sebentar tadi dengan kehadiran dua orang remaja yang mengatakan bahawa mereka mewakili SUK Negeri Selangor untuk mengenal pasti pengundi di kawasan Subang dan mungkin juga di kawasan-kawasan lain di dalam negeri Selangor.

Remaja tersebut (seorang lelaki dan perempuan) tersebut telah mnegetuk pintu rumah ibu Sangkakala dan bertanyakan tentang adik Sangkakala yang berada di dalam bilik pada ketika itu.

Setelah Sangkakala keluar, Sangkakala ditanya oleh remaja perempuan sama ada adik Sangkakala ada atau tidak dirumah.

Sangkakala membuat pertanyaan kepada beliau ada urusan apa untuk berjumpa dengan adik Sangkakala, remaja ini menjawab bahawa beliau adalah wakil dari SUK untuk mengaudit pengundi berdaftar.

Sangkakala sempat melihat borang yang diberikan oleh remaja tersebut dan jelas ianya adalah borang dari pejabat SUK kerajaan negeri Selangor yang meminta supaya borang tersebut diisi dengan pelbagai maklumat.

Antara yang Sangkakala lihat tadi ialah, siapa yang mendaftarkan adik Sangkakala sebagai pemilih, adakah SPR, KEMAS, atau sendiri.

Soalan lain yang terdapat didalam borang tersebut berbunyi begini, adakah penama bermastautin dialamat yang tertera diatas?

Untuk maklumat pembaca sekalian, diatas sekali sebelah kiri borang tersebut, tertera nama dan alamat penuh adik Sangkakala.

Persoalannya dari mana SUK dapat nama, alamat serta semua maklumat tersebut?

Setelah Sangkakala imbas kembali, kemungkinan alamat ini diperolehi dari pihak UNISEL kerana adik Sangkakala merupakan penuntut di Universiti milik kerajaan negeri tersebut.

Harap-harap lepas ni SPR perlu melakukan sesuatu, adakah kerajaan negeri diberi kuasa untuk mengaudit daftar pemilih seperti yang Sangkakala katakan tadi.

ANWAR IBRAHIM TAK BAYAR CUKAI LHDN





Setelah kisah Anwar mempunyai 20 akaun yang berjumlah Ringgit Malaysia 3 billion oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara baru-baru ini, nampaknya pelbagai bukti bakal didedahkan oleh individu yang mengenali beliau, ini termasuk juga Ummi Hafilda Ali yang juga merupakan saudara kandung kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Dalam diam rupanya Anwar buat kerja, dan sekarang beliau cuba untuk tunjuk baik dengan mengaatakan bahawa beliau ingin menjaga wang rakyat, beliau memperjuangkan hak rakyat sedangkan hak yang sebenarnya telah dilarikan terlebih dahulu.

Jika benar Anwar melarikan wang tersebut, maka sudah tentulah beliau tidak membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri kan?

Tapi Sangkakala nak tanya sikit disini, adakah semua individu dalam parti pembangkang membayar cukai tersebut? Dan kalau ada yang membayar cukai LHDN berapa ramai dan adakah mereka ini membayar sepenuhnya cukai tersebut?

Jika mereka tidak membuat bayaran cukai, ini bermakna mereka ini adalah warganegara yang tidak bertanggungjawab serta tidak mementingkan pembangunan yang perlu dibuat dengan menggunakan duit tersebut.

Fikir-fikirkanlah jika mereka-mereka ini menjadi pemerintah, sudah pasti mereka akan mengaut hasil keuntungan negara dan dibawa lari keluar sebelum mereka meninggalkan negara ini dalam keadaaan papakedana serta dalam keadaan miskin.

Sabtu, 23 Jun 2012

WANITA MISTERI ANWAR BAKAL TERBONGKAR

Sangakakala baru mendapat berita dari seorang kenalan yang juga merupakan kenalan rapat ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Berita yang disampaikan oleh kenalan Sangkakala kali ni amat mengejutkan apabila beliau memberi tahu bahawa beliau mengenali wanita misteri yang disebut-sebut ada hubungan berkenaan dengan wang RM 3 billion dan 20 akaun yang dikatakan milik beliau.

Kenalan Sangkakala memberitahu bahawa wanita ini dikenali dengan nama Shadana, beliau dikatakan adalah bekas isteri kepada seorang anggota polis.

Shadana juga dikatakan kini berada di Dubai dan pernah berjumpa dengan Wan Azizah hingga mengakibatkan pertelingkahan serta pertengkaran hebat.

Mengikut beliau (kenalan Sangkakala) lagi, Umi Hafilda kini sedang giat mencari wanita tersebut untuk dibawa sebagai saksi berhubung dengan wang tersebut.

Anwar juga dikatakan ada mencari wanita ini untuk berjumpa selepas beliau dikeluarkan dari penjara Sungai Buloh, namun usaha Anwar gagal setelah wanita ini bertindak melarikan diri bersama-sama wang tersebut.

Wanita ini juga dahulunya diketahui membekalkan artis-artis dari hollywood untuk dijadikan santapan Anwar yang kini diketahui umum seorang yang amat menyukai seks tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Wanita ini dikatakan berasal dari Pulau Pinang dan beliau mempunyai dua orang anak yang kini tinggal di Kuala Lumpur dan Dubai.

Wanita tersebut juga didakwa mempunyai sebuah pasukan badminton dan semasa Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, apabila wanita ini ingin ke luar negara Anwar akan memberikan sekeping surat bertandatangan (Anwar) untuk diserahkan kepada pihak kastam untuk pelepasan.

Menurut kenalan Sangkakala tersebut, beliau mengetahui berkenaan surat pelepasan tersebut dari peguam wanita ini yang berbangsa cina dan beliau juga memberitahu bahawa wanita ini begitu banyak mengetahui rahsia Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun Sangkakala amat berharap agar pihak kerajaan mencari wanita ini untuk dibawa ke muka pengadilan sebagai saksi utama dalam kes penyelewengan wang berjumlah 3 billion tersebut yang sudah pastinya duit kerajaan yang dibayar oleh rakyat dalam bentuk cukai dan sebagainya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEBANGGAAN PAS DALAM MENYOKONG MAHASEWEL DATARAN

Masihkah anda semua ingat tentang wanita ini? Kalau lupa Sangkakala akan cuba imbas kembali ingatan pembaca tentang wanita dalam gambar di atas.

Bukankah wanita ini satu masa dulu sebelum kejadian keganasan BERSIH telah muncul di dalam himpunan mahasiswa yang menuntut supaya PTPTN dimansuhkan?

Takkan begitu mudah melupakan perempuan botak ini bukan?

Kita bukan sahaja dikejutkan dengan gambar wanita ini, tetapi semasa himpunan tersebut berlangsung, kita juga dikejutkan dengan hubungan bebas diantara pelajar lelaki dan perempuan.

Ada dikalangan mereka yang tidur bersama-sama dalam sebuah khemah dan ianya hanya dilihat oleh pihak yang bersuara lantang menyokong mereka serta menegakkan agama Islam iaitu PAS.

Sangkakala lihat, jika ini rupa orang yang juga disokong oleh PAS, makan segala apa yang diperkatakan tentang kedaulatan Islam hanya sia-sia, lebih baik PAS mengambil keputusan untuk tidak menjadi parti politik tetapi menjadi parti yang menjaga agama islam sahaja.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 22 Jun 2012

PERKASA PULA TAMPIL MENDESAK

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)) mendesak kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.
 
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pendedahan terbaru yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Abdul Razak Idris bahawa Anwar meminta untuk membuat akuan bersumpah bagi menutup kes berkenaan membuktikan penyalahgunaan kuasa Ketua Pembangkang itu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, siasatan secara mendalam perlu dilakukan dan tidak boleh mengharapkan kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata memandangkan ia melibatkan jumlah wang yang sangat besar.

"Pendedahan terbaru ini amat mengejutkan. Ia juga merupakan bukti akuan bersumpah menyatakan kes berkenaan telah selesai sebenarnya dibuat atas permintaan Anwar.

"Saya cadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat perkara itu. Kita mahu tahu dari mana datangnya wang RM3 bilion itu dan ke manakah duit itu disalurkan, kepada kroni atau siapa?" katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Abdul Razak, bahawa beliau telah diminta oleh Anwar untuk membuat akuan bersumpah bagi membersihkan nama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Dalam pada itu, Ibrahim menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan supaya memantau 'fatwa-fatwa' yang dibuat oleh individu-individu kononnya bergelar ulama demi kepentingan politik semata-mata.
Katanya, fatwa-fatwa berkenaan hanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam dan boleh menyebabkan perpecahan.

"Saya gesa Majlis Fatwa Kebangsaan supaya bukan sahaja memberi perhatian kepada individu-individu atau kumpulan sesat seperti Ayah Pin dan sebagainya tetapi turut melihat ahli-ahli politik yang sering mengeluarkan fatwa-fatwa demi kepentingan politik serta parti mereka.

"Majlis Fatwa Kebangsaan jangan takut dan perlu bertegas. Ini tidak, apabila ada pihak seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menimbulkan tentang perkara itu (fatwa politik), beliau pula dibidas. Ini tidak betul, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak segera," jelasnya.

FAEKAH HUSIN JADI KAMBING HITAM


Kemelut yang melanda Negeri Selangor pada ketika ini dilihat semakin buruk dengan terjadinya pecat memecat dan tolak menolak didalam kepimpinan kerajaan yang di terajui oleh PKR.

Semua ini gara-gara rasa tidak puas hati antara satu sama lian setelah parti itu mendapat mandat dari rakyat dalam menerajui negeri terkaya di Malaysia tersebut.

Apa yang membuatkan mereka jadi begini? Tapi mungkin juga kerana mereka melaungkan bahawa pakatan ketiga-tiga parti PAS DAP dan PKR adalah Pakatan Rakyat dan bukanlah partiyang berpakat sesama mereka.

Dari pada mulanya kita melihat pemecatan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hinggalah kini kita melihat pula Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pula menjadi mangsa.

Adakah Faekah mempunyai masalah dengan sesiapa? Kenapa perlu beliau diminta untuk melepaskan jawatan dan yang paling penting disini, kenapa perlu Azmin Ali yang dikatakan mendesak supaya beliau dibuang.

Semua ini terjadi mungkin kerana kuasa yang dilihat mampu untuk mengubah segala-galanya.

Baru sepenggal PKR memerintah sudah berbagai kejadian berlaku dan yang paling ironiknya ialah ketidakpuasan hati sesama pemimpin dalam PKR dan ini memperlihatkan mereka ingin meenjatuhkan diantara satu sama lain.

Jika parti ini masih lagi memerintah di Selangor, maka kemajuan negeri tidak akan tercapai kerana mereka lebih sibuk dengan percakaran sesama sendiri demi untuk merebut kuasa hingga mereka terlupa atau melupakan pembangunan yang perlu dibuat untuk rakyat.

Khamis, 21 Jun 2012

RAFIZI LETAK JAWATAN KERANA KECEWA DENGAN ANWAR

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini dikhabarkan telah meletakkan jawatan beliau sebagai pengarah strategi pada hari ini, dan perkara ini telah heboh diperkatakan didalam blog-blog politik di Malaysia.

Apa punca utama hingga beliau meletakkan jawatan yang boleh dikatakan amat penting dalam PKR tersebut? Adakah beliau ingin memberi perhatian untuk menjadi calon setelah dikhabarkan akan diletakkan di kawasan Pandan?

Tapi secara teorinya Sangkakala merasakan bahawa beliau mungkin dinasihatkan supaya meletakkan jawatan setelah gagal untuk membuktikan tentang semua tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh beliau gagal dalam mempengaruhi rakyat.

Ada satu lagi kemungkinan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau dan kini didapati orang yang beliau lindungi selama ini mempunyai kes yang lebih besar dalam menyeleweng wang rakyat yang dikatakan bernilai 3 billion ringgit.

Walau apa pun, yang pastinya kebenaran sudah kelihatan apabila Rafizi meletakkan jawatan tanpa diberitahu sebab-sebab yang munasabah dan masuk akal.

MUSANG BERBULU AYAM DALAM KEMENTERIAN SERTA JABATAN

Akhir-akhir ini kita melihat bahawa terlalu banyak rahsia-rahsia kerajaan yang dibongkarkan, ianya melibatkan bukan sahaja rahsia kecil, malah rahsia-rahsia yang boleh menggugat kemanan negara juga turut terbongkar.

Sangkakala dapat merasakan bahawa situasi ini amat merbahaya kepada keselamatan dan keharmonian tanah air yang mana ianya dapat memporak perandakan keamanan serta kemakmuran negara ini.

Sangkakala juga merasakan bahawa apa yang terjadi hari ini tidak sepatutnya terjadi, apatah lagi jika ianya melibatkan kakitangan kerajaan itu sendiri.

Persoalannya ialah, siapa yang membongkar rahsia-rahsia tersebut hingga dapat ke tangan pihak yang tidak sepatutnya?

Kenapa situasi ini boleh terjadi hinggakan minit mesyuarat serta kehadiran ahli lembaga mesyuarat juga di bocorkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Mungkinkah ada musang berbulu ayam di dalam kementerian atau Jabatan-jabatan yang terlibat?

Jika ianya melibatkan kakitangan kerajaan, sudah pastilah mereka ini berjawatan agak besar dalam kementerian atau jabatan tersebut hingga dapat membocorkan segala macam maklumat termasuk minit serta kehadiran, ini bermakna mereka juga turut sama hadir dalam mrsyuarat tersebut.

Sangkakala tidak mengatakan mereka ini merbahaya kepada pemerintah sahaja, ianya juga turut membahayakan rakyat.

Sangkakala mengambil pendekatan bahawa, tidak kira walau parti mana memerintah sekalipun, mereka ini dilihat seoerti api dalam sekam atau gunting dalam lipatan atau boleh juga diibaratkan seperti duri dalam daging yang menjadi parasit kepada negara.

Kita bayangkan jika mereka ini menjual maklumat serta rahsia negara kepada negara luar hanya semata-mata mereka akan mendapatkan imbuhan yang tidak seberapa, tetapi dijanjikan dengan pelbagai janji serta keselamatan jika mereka berbuat demikian.

Sangkakala berharap, agar kerajaan kita pada hari ini mecari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini, mungkin dengan cara mengeluarkan pengkhianat-pengkhianat ini dari dalam kementeria mahupun jabatan agar ianya dapat dibendung serta dikekang sebleum ianya merebak dengan lebih parah.

Tidak hairan pada Sangkakala jika satu masa nanti semua rahsia kewangan, keselamatan serta yang lain-lain akan jatuhnke tangan negara lain apatah lagi apabila ianya jatuh ke tangan pembangkang yang hanya menanti masa untuk memusnahkan negara demi mencapai niat mereka untuk menjadi pemerintah.

Rabu, 20 Jun 2012

KEDAH TERUS ALAMI KEGAGALAN

Parti Gerakan Kedah mendedahkan satu lagi projek kerajaan negeri Kedah yang didakwa terbengkalai selepas tiga tahun dilancarkan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata projek itu ialah pembangunan Bandar Tunku Puteri di atas tanah milik kerajaan negeri di Gajah Mati, Pokok Sena dekat sini yang melibatkan pembinaan 528 rumah kos rendah dan 400 unit rumah mampu milik.

"Bandar berkeluasan 400 ekar (160 hektar) itu juga dirancang sebagai pusat pentadbiran daerah Pokok Sena yang baru diisytiharkan sebagai daerah kecil pada Februari 2009," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Katanya ketika pihaknya melakukan tinjauan di tapak projek berkenaan beberapa hari lalu tiada sebarang kerja infrastruktur dimulakan dan kawasan itu juga sudah ditumbuhi semak samun manakala papan tanda projek sudah rosak.

Tan berkata projek berkenaan dikendalikan oleh anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) (yang dimiliki 55 peratus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) iaitu Darulaman Realty.