Seperti yang Sangkakala janjikan semalam, kenapa Dato Azlan mengeluarkan pisau dari dapur kediaman beliau di Besut bila Azwan Kasim datang ke rumah.
Kisahnya apabila Azwan datang kononnya menuntut hutang sedangkan Dato Azlan masih membuat siasatan berapa yang perlu dibayar kepada Pak Teh sebab urusan jual beli tanah ini berlaku pada tahun 2014.
Oleh kerana Azwan mengaku kepada Mustakim bahawa beliau mengalami penyakit kecelaruan minda dan datang pula seolah olah menyerang Dato Azlan dirumah, maka Dato Azlan mengambil pisau di dapur dengan tujuan menakut nakutkan Azwan supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Dalam pada itu rupanya perkara tersebut telah dirancang dan seseorang yang mengikuti Azwan telah merakam video kejadian berkenaan untuk dijadikan bahan mengatakan Dato Azlan keluarkan pisau bila orang tuntut hutang.
Dalam kes macam ni Sangkakala pun akan lakukan perkara sama sebab segala kejadian tidak diingini boleh berlaku tambahan pula Azwan mengaku dia mengidap penyakit mental disorder yang memungkinkan beliau bertindak di luar kawalan.
Dato Azlan teringat akan kisah bekas Ketua Polis Daerah Besut yang ditetak oleh penyerang dirumahnya dan tindakan Dato Azlan hanyalah untuk menakutkan Azwan sebab dalam rumah Dato Azlan terdapat keluarga beliau yang mungkin akan terancam sama.
Kejadian ini berlaku sebelum Azwan buat laporan ke balai polis pada tahun 2021 yang mana Dato Azlan telah melunaskan bayaran kepada Azwan tetapi video berkenaan ditularkan pada tahun 2022 lebih kurang setahun selepas itu.
Jadi apa motif mereka menularkan video sedangkan kemaslahatan tersebut telah diselesaikan secara aman oleh Dato Azlan kepada Azwan? Bukankah ianya sengaja untuk menjatuhkan kredibiliti Dato Azlan? Dan siapa yang untung dengan kejatuhan Dato Azlan? Sudah pastilah para pesaing beliau kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan