Khamis, 22 Oktober 2015

DAP MULAKAN TSUNAMI MELAYU SELEPAS CINA @NajibRazak @NohOmar

Oleh : Dato' Hj Zein Isma Ismail

Assalamualaikum wbk.

Saya mengajak sahabat seperjuangan dan seluruh   ummah Melayu dan Bumiputera utk sama2 menyelami rentetan pendekatan DAPig,  yang amat merbahaya kepada  ummah Islam, Melayu,  Bumiputera dan pribumi tanahair tercinta ini. Walaupun nukilan yg bersandarkan kajian dan berfakta ini agak panjang, saya mohon teruskankah membacanya dan menyampaikannya kepada sahabat dan taulan...
#bersatumelayutolakdap.

                   ¤¤¤
"Selepas Kejayaan TSUNAMI CINA, DAP beralih kepada TSUNAMI MELAYU"
                   ¤¤¤

Pada 5 Mei 2013, setelah diumumkan keputusan PRU13, hampir 90% pengundi kaum Cina memberi undi kepada DAP. Satu keputusan yang menunjukkan kejayaan PROPAGANDA DAP sehingga tercetus TSUNAMI CINA yang amat dahsyat.

● Metodologi Propaganda DAP

Metod propaganda yang diamalkan oleh DAP pada PRU13 adalah hampir sama ketika PRU tahun 69, akan tetapi pendekatan kali ini ditukar agar tidak kelihatan terlalu ekstrim. 

Pada 1969, slogan "Malaysian Malaysia" yang dicipta oleh LKY sebelum Singapura berpisah dari Malaysia, telah berjaya menyerapi jiwa pengundi kaum Cina sehingga menyebabkan parti MCA mengalami kekalahan teruk waktu itu. 

Pada PRU13 baru baru ini, penentangan terhadap Hak Bumiputra/Melayu telah dieksploitasi semula, walaubagaimanapun kali ini bukan DAP yang menjuarai isu ini. Malah DAP telah memilih Anwar Ibrahim untuk "diperkuda" dan menjadi wakil lidah DAP. Pemilihan ini dibuat untuk menjaga kedudukan DAP agar tidak dilihat terlalu ekstrim dan anti Melayu/Bumiputera.

Dalam ceramah yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, beliau dengan amat bangga mengatakan bahawa selepas kemenangan PRU13 nanti, maka tiada lagi bentuk penindasan kaum akan tetapi semua kaum dilayan adil dan yang tinggal hanya lah "KETUANAN RAKYAT". 

Propaganda ini dicipta bertujuan untuk menunjukkan bahwa "KETUANAN MELAYU dan ISLAM agama Persekutuan" telah menyebabkan kaum dan agama lain dizalimi dengan begitu teruk dan kehidupan kaum lain amat dhaif dan terseksa.

Walaupun pada hakikatnya ianya tidak berlaku. Slogan ini amat selari dengan slogan "Malaysian Malaysia" ciptaan LKY dan sekarang ini diperjuang oleh DAP. 

● Fahami Maksud Kenyataan MP DAP, 
Liew Chin Tong

Seorang MP DAP bagi parlimen Kluang iaitu YB Liew Chin Tong telah ditemubual dan direkod oleh wartawan akhbar Sichew Daily selepas PRU13 baru baru ini. Kita semua wajar meneliti maksud disebalik kenyataan beliau. 

Beliau berkata "TSUNAMI MELAYU" amat penting dan menjadi keutamaan kepada DAP kerana tsunami ini akan menjadi penentu kepada peralihan kuasa kerajaan pada PRU14 nanti. Chin Tong berkata lagi cukup sekadar 10% pengundi tetap BN beralih arah dan ditambah kekuatan sokongan pengundi kali pertama pada PRU14, maka UMNO pasti dapat dikalahkan. 

Dan beliau mengukuhkan hujah beliau dengan berkata yang membawa maksud, TSUNAMI MELAYU menjadi keutamaan tertinggi untuk DIREALISASIKAN kerana banyak kawasan parlimen yang dikuasai majoriti pengundi bangsa MELAYU. 

● Propaganda DAP Untuk Mencipta TSUNAMI MELAYU.

DAP mengetahui dengan jelas bahawa undi MELAYU perlu dipecahkan. Oleh itu DAP menumpukan 3 fasa utama bagi menjayakan TSUNAMI MELAYU;

1■"Bagi pemimpin dan pengundi MELAYU dalam parti DAP dan PKR".
 DAP telah berjaya kuasai 100%.

2■"Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam PAS".
DAP melakukan PROPAGANDA dengan menyerang pemimpin teratas PAS dengan cara menggambarkan Presiden PAS, TGHA merupakan seorang KUNO, KOLOT, TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT UNTUK MENANG dan terlalu EKSTRIM. Kejayaan propaganda ini dapat dilihat apabila ramai mantan pemimpin dan "FIGHTER" termasuk ahli bawahan PAS telah berjaya "dibeli", lalu mereka keluar PAS dan menubuhkan PAN. Oleh itu DAP telah berjaya "DIVIDE" PAS dan "RULE" PAN. Akhirnya yang tinggal dalam PAS adalah "pemimpin play safe, bukannya PENCETUS semangat dan tiada semangat FIGHTER". 

3■"Bagi Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam UMNO". 
DAP amat menyedari bahawa UMNO sebuah parti yang amat kuat terutama selepas kejayaan PM DSN dalam PRU13 dengan meningkatkan sokongan pengundi MELAYU dan menambahkan bilangan kerusi parlimen yang dimenangi UMNO. 

Bagi tujuan melemahkan UMNO, DAP telah mengorak langkah dengan melakukan beberapa fasa PROPAGANDA bagi tujuan merosakkan UMNO secara luaran dan dalaman. (Pengundi MELAYU yang bukan ahli UMNO dan pengundi UMNO ahli UMNO). 

Fasa Pertama: 
DAP menyedari anak muda bakal penentu kemenangan pada PRU14 nanti. Lalu DAP mengambil langkah dengan mengangkat martabat anak muda MELAYU yang Berkalibar, Bermotivasi, Bersemangat dan Mempunyai Hala Tuju dengan memberi jawatan kepada mereka supaya mereka dapat berkhidmat dengan pemimpin DAP dan kebajikan mereka dijaga sepenuhnya. 

Sebagai contoh seorang anak muda wanita, Azira Aziz, 29 tahun berlelulusan undang undang dari UITM, telah dilantik sebagai pegawai penyelidik kanan kepada Speaker Dun Selangor, YB Hannah Yeoh dari Feb 2014. Seorang mantan pemimpin mahasiswa pula, iaitu saudara Zainol Fahmi telah diberi saguhati rm11k dari kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP. 

Malah ramai anak muda MELAYU dilantik dalam organisasi DAP diberi imbuhan tetap dan dijaga kebajikkan mereka. Ianya merupakan satu PELABURAN yang AMAT BERBALOI untuk jangka masa panjang. Tindakan ini sebenarnya dilihat amat teratur, penuh kesedaran dan bersungguh oleh DAP dalam memenangi hati anak muda MELAYU di luar sana, melalui anak muda MELAYU yang berkhidmat untuk DAP. Ianya juga bertujuan menunjukkan perbezaan DAP dalam melayani dan menghargai anak muda berbanding layanan UMNO terhadap anak muda yang berpontensi.

Fasa Kedua: 
DAP cukup fokus dalam usaha memindahkan pengundi. Kejayaan yang diperoleh malalui KAJIAN dan PERLAKSANAAN perancangan telah berjaya menyemarakkan semangat DAP. Sebagai contoh, untuk parlimen Gelang Patah pada tahun 2004, seramai 70, 023 pengundi direkod. Berlaku sedikit penambahan pada tahun 2008 apabila 78, 676 layak mengundi. Akan tetapi penambahan amat ketara berlaku pada 2013, sebanyak 106, 726 telah direkod layak mengundi. Penambahan pengundi baru begitu mendadak. 

Saya dikhabarkan oleh sahabat saya dari kaum Cina bahawa sekarang ini DAP amat amat amat amat amat sibuk mendaftar pengundi kali pertama dan di Selangor sahaja mereka telah berjaya mendaftarkan lebih 120, 000 pengundi baru. Disamping iu juga DAP aktif melakukan penukaran tempat mengundi dengan memberi tumpuan kepada kawasan parlimen yang dimenangi BN dibawah majoriti 5 ribu. 

Fasa Ketiga: 
DAP perlu dilihat sebagai mesra ISLAM, selain mereka berjaya "mempopularkan" Melati, seorang muslimah yang berniqab. DAP juga melakukan perjumpaan dengan palajar yang belajar di Timur Tengah. Apa yang lebih dahsyat, DAP berjaya menonjolkan diri dengan berjumpa pemimpin parti ISLAM di Turki dan Tunisia melalui "sahabat baik" mereka, pemimpin dalam PAS dan beberapa pemimpin PAN. Perjumpaan dibuat diatas alasan untuk belajar dan memahami secara serious bagaimana sebenarnya perlaksaan ISLAM. Propaganda yang dibuat ini sebagai langkah awal untuk menghantar mesej kepada pengundi MELAYU bahawa DAP bukannya parti anti ISLAM!!!

Fasa Terakhir dan Paling Berkesan: 
Dalam merosakkan UMNO secara keseluruhan. DAP memahami mereka tidak boleh kehadapan untuk mendapatkan kepercayaan pengundi MELAYU terutama dalam UMNO. oleh itu DAP amat memerlukan kalangan ahli UMNO dan mantan pemimpin UMNO untuk menjadi "LIDAH MEREKA" tanpa mereka sedari bagi menjayakan propaganda yang dicipta DAP. 

Melalui hasil kajian yang dibuat oleh DAP, mereka maklum bahawa pengundi MELAYU begitu mudah TERPERANGKAP dalam permainan PERSEPSI dan begitu mudah DIEKSPLOITASI. 

DAP telah melancarkan PROPAGANDA terhadap kepimpinan tertinggi UMNO. Melalui fasa ini DAP sekali lagi menguasahakan "Devide and Rule", kali ini terhadap pemimpin dan ahli UMNO pula dan UMNO telah berpecah kepada 2 golongan; iaitu (1) golongan yang mengamalkan sunnah dan mengikut saranan agama dalam mentaati pemimpin (dalam konteks Malaysia, pemimpin ialah PM DSN). (2) Satu golongan lagi yang terpengaruh dengan propaganda DAP lalu mereka berusaha menjatuhkan pemimpin dan merasakan tindakan mereka adalah benar walaupun tindakan itu amat berlawanan dengan suruhan ALLAH melalui dalilnya yang kemudian dihuraikan secara lebih lanjut melalui ulama terkenal. 

Setelah PROPAGANDA DAP terhadap PM DSN disambut oleh mantan PM Malaysia, pemimpin UMNO (yg kemaruk kuasa), dan ahli UMNO (yg mudah terpedaya). Tindakan ini mengakibatkan wujudnya "LOMPANG atau VACUUM" dalam UMNO. Lompang ini telah menyebabkan ramai pengundi MELAYU baik ahli UMNO dan bukan ahli memilih menjadi golongan atas pagar. 

Satu kerugian yang amat besar apabila PROPAGANDA yang dicipta oleh DAP telah diraikan oleh TM mantan PM Malaysia dan ahli UMNO lain. Secara tidak langsung tindakan mantan PM, Pemimpin UMNO dan ahli UMNO ini telah menjadikan diri mereka menjadi "WAKIL DAP Paling Efektif dan berkesan" dan tanpa mereka sedar boleh membangkitkan TSUNAMI MELAYU dan kehancuran UMNO pada PRU14 nanti. 

Akibat Dari Tindakan Golongan Yang Terpengaruh Dengan Propaganda DAP Dan Melibatkan Diri Dalam Usaha Menjatuhkan PM DSN.

Bagi menjayakan impian dan perancangan DAP menguasai kerajaan dalam PRU14 nanti, mereka sekadar memerlukan majoriti mudah sejumlah112 kerusi parlimen. (Jika jumlah 222 kerusi parlimen tidak berubah). 

Dari jumlah 112 ini, sahabat saya dari kaum Cina maklumkan bahawa DAP mensasarkan kemenangan di 55 kerusi parlimen, PKR di 39 kerusi dan selebihnya 18 kerusi daripada parti PAN. 

Ramai pengundi Melayu termasuk ahli UMNO telah dipengaruhi oleh PROPAGANDA DAP untuk membenci PM DSN dan mempercayai fakta palsu yang berjaya dieksploitasi oleh DAP. Lalu mereka berfikiran bahawa "Apa salahnya kita beri sepenggal kepada DAP untuk perintah Malaysia sebagai mengajar PM DSN dan pada PRU15 nanti kita berikan kemenangan kepada UMNO semula"

Sahabat seperjuangan yang saya hormati,
Anggapan ini amat berbahaya sama sekali, tahukah kita semua bahawa melalui Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan membenarkan hanya melalui majoriti mudah di parlimen yang boleh dibuat melalui sidang tergempar bahawa Negara Singapura boleh dijemput kembali menyertai Malaysia!

♢PERINGATAN♢
¤Kepada Bumiputra &
¤Kepada Ummah Islam.

Jika usaha yang diketuai oleh DAP berjaya dan parlimen Singapura menyokong penyertaan ini. Maka pembangkang akan mendapat tambahan 83 kerusi parlimen dimiliki PAP. Siapakah yang akan menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia yang dilihat "LUBUK EMAS" jika bukan pemimpin dari PAP. Dan adakah kita mampu memenangi kembali Malaysia dari DAP dan PAP pada PRU15 nanti?

Maka jika ini berlaku, situasi ini akan menjadi "EPISODE PALING MALANG" buat kaum MELAYU dan amalan ISLAM kerana kita sebagai kaum Melayu akan menjadi seperti kaum Melayu di Singapura yang dihina dan sukar mengamalkan syiar ISLAM dan aqidah umat Islam generasi mendatang akan terpesong...
 Inilah akibat paling buruk jika kita berterusan termakan PROPAGANDA DAP dan berterusan berusaha menjatuhkan PM DSN sehingga menyebabkan berlakunya TSUNAMI MELAYU pada PRU14 nanti. 

Saudara seagama dan sebangsaku,

Berbaloikah tindakan kita hari ini yang melanggar suruhan ALLAH dalam mentaati pemimpin dan akhirnya mendapat mudharat besar pada PRU14 nanti setelah ALLAH tidak membantu kita kerana kita melanggar suruhanNYA!!!

RENUNG2KANLAH DAN FIKIR2KANLAH.
Ayoh kita bersatu demi memelihara aqidah Islam, demi masa depan zuriat kita demi tanahair Malaysia tercinta. 
Semua kita mesti bangkit menyedarkan sesama kita. Kita wajib membicarakan perkara ini sesama kita. Kita dituntut memahamkan anank2 kita. Jangan sampai nasi dah jadi bubur... 
#MELAYUBERSATU
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Ikhlas daripada,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang

Kota Damansara

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu bukan benci kepada UMNO.Rakyat Melayu hanya mahu Najib undur dan orang lain yang memimpin UMNO.Bila tak terlaksana maka ditakuti UMNO akan menjadi mangsa oleh orang Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Yang mahu "Najib undur" tak habis2 adalah DAPIGS!

Saya rakyat berbangsa Melayu dan saya mahu PM Najib JANGAN UNDUR walaupun diserang oleh puak2 dapigs termasuklah barua2 dapigs yang menyamar "Melayu".

Tanpa Nama berkata...

cer..cita

Tanpa Nama berkata...

Saya

Tanpa Nama berkata...

Wlkumslm.
Bissmillahirahmanirahim(Dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha penyayang)
Suka saya membuka khalimah ini bukan membukti kan bahawa saya terlalu islamik dan ilmuan agamawan seperti Dato .
Saya hanya tersenyum dan cuba memberi hujah dari persoalan yg cuba Dato lontarkan.Saya juga tanpa segan silu utk menyatakan bahawa saya juga beragama islam dan dah tentu melayu dan sekarang berkhidmat dgn Wakil kpd Rakyat atas lambang roket(DAP)di satu DUN di Pahang juga merasakan apa yg di tuliskan ini adalah bukan utk mencari publisiti murahan majikan saya malahan beliau adalah teman dan juga org yg bergitu taat dgn agama dan anak beliau juga dihantar ke sek tahfiz jadi perkara tsunami melayu menyertai DAP seharus nya bukan di jadikan polimik yg selama ini senario politik Malaysia masih kondusif tapi sejak akhir2 ini semua pihak cuba menjadi jaguh kpd melayu.Jadi persoalan ini juga saya ini minta kita semua fikir adakah semua ini adil bagi kita mengaku islam.?,,,Oernah tak kita terfikir bagaimana pula satu bangsa itu boleh kekal identitinya di catat pd K/p berbangsa melayu sedangkan beliau murtad yakni memohon utk bertukar agama dgn pihak yg berautoriti?? Adakah kita cuma berbangga sahaja sbb dia melayu.?,Pasti akan ada jwpn iaitu itu antara dia dgn allah.Selama ini tak pernah kita renung utk melihat perkara ini secara terperinci tapi bila sebut soal melayu kita terus sensitif.
Tak perlu rasanya kita menjadi melayu tipikal dan berfikir secara negatif sedangkan kita pun tahu allah menjadi pelbagai kaum keturunan dan lelaki perempuan utk kita kenal mengenali serta berkasih sayang sesama kita jadi bila soal berkaitan politik kita terus meletak kan melayu sebagai agenda dan kita dah lupa apa kita juga umat yg di cipta illahi seperti mereka dan mempunyai fikrah kehidupan serta siasah berbeza.Maksud saya bkn saya tak berbangga sebagai melayu cuma saya agak kerdil utk meletak serta mempaten kan pemikiran seseorang sbb saya ini hamba yg lemah.
Sejarah awal tanah air pun jelas kedatangan pedagang ber bangsa cina ini sejak zaman kesultanan awal Melaka dan selepas itu terlibat dgn perlombongan di Lembah Kinta.Sejarah awal itu sendiri mereka telah lama di beri hak.Dan tiba2 kita terperangkap bahawa Melayu hanya utk Parti melayu dan tak kisah jika melayu memberi undi kpd parti bkn melayu sbb berada dlm komponen Parti Melayu.Sebenarnya kita bercakap bkn sbb dasar melayu tapi bercakap atas survival parti yg kita dokong.Dah lama kita dengar bahawa ramai ustaz2 membaca kitab dan salah satu nya tentu kita masih ingat allah juga mengatakan bahawa aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri mengubahnya** Tak sedar kah kita sebagai keturunan bani tamin ini masih terus di jajah dengan terus berprasanka sedangkan kita hanya melihat pada zahir shj.Yang tersurat amat jelas kita nampak tapi yg tersirat blm tentu kita dpt pastikan bahawa melayu akan terus jujur sesama melayu.Maafkan jika apa yg saya kongsikan ini membuat rasa tersinggung dan saya di ajar utk menerima pandangan secara positif.Sesungguhnya yg baik itu dtng dari allah dan yg buruk itu dtng dari kita sendiri.Buatlah teguran itu kerana allah bkn kerana assobiyyah.