Rabu, 4 Mac 2015

USUL SYOK SENDIRI BEKAS MP SABAK BERNAM DITOLAK OLEH MUBARAK !!!

Kelmarin satu mesyuarat bekas bekas wakil rakyat telah diadakan di Bangunan UMNO Selangor dan seperti biasa banyak perkara dibincangkan.

Tapi dalam banyak banyak perkara yang dibincangkan oleh MUBARAK, agak tercemar dengan usul syok sendiri yang dilakukan oleh bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam yang meminta supaya YB Datuk Seri Noh Omar digugurkan dari menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan usul berkenaan ditolak oleh semua yang hadir dengan mengandaikan bahawa usul tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan.


Datuk Mat Yasir yang merupakan bekas seorang ahli parlimen sepatutnya bersikap lebih matang dan bukannya keanak anakkan.

Sepatutnya sebagai seorang yang pernah berkecimpung dalam arena politik tanah air khususnya di Selangor, Datuk Mat Yasir perlu bangkit dan membantu kepimpinan negeri dalam usaha untuk menawan kembali Selangor dan bukannya menunding jari menyalahkan sesama sendiri.

Apa yang dilakukan oleh Datuk Mat Yasir adalah amat mengecewakan dan bagi Sangkakala ianya tidak sepatutnya berlaku demikian dimana dalam masa sekarang sudah tentulah UMNO mengharapkan penyatuan dikalangan ahli serta pemimpin dan bekas pemimpin untuk bangun semula dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN yang tercalar teruk.

Bagi Sangkakala, jika Datuk Mat Yasir tak mahu lagi membantu, janganlah beliau mematahkan semangat kami selaku anak muda yang kini bersungguh sungguh berjuang untuk menawan kembali kerajaan negeri dengan membuat usul seolah olah mengandungi unsur pribadi.

Kalau nak dikatakan Datuk Seri Noh gagal untuk mengembalikan kerajaan Selangor kepada Barisan Nasional, rasanya baru setahun beliau memegang jawatan pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan selama beliau menjadi Pengerusi, belum ada pilihanraya umum yang diketuai oleh beliau.

Jadi disini kenapa masih ada yang mengatakan bahawa beliau gagal sedangkan beliau menjadi ahli parlimen selama 5 penggal di Tanjung Karang dengan peratusan undi yang sentiasa meningkat? Apakah dengan baru setahun memegang jawatan Pengerusi maka sudah mula hendak dinilai preatasi?

Apa yang perlu ditekankan disini ialah gerak kerja bahagian bahagian yang ada dalam Selangor dan bukannya hanya menyalahkan Pengerusi.

Berbalik kepada Datuk Mat Yasir tadi, Sangkakala rasa atau harap agar beliau sedar bahawa BN adalah pembangkang di Selangor dan dengan kenyataan atau usul yang tidak membena sudah pastinya tidak akan mampu memberi kemenangan.



3 ulasan:

  1. UMNO Selangor memang lesu. Datuk Seri Noh Omar gagal menunjukkan kepempinannya di negeri Selangor. Selagi Noh menerajui Selangor BN tidak akan dapat merampas Selangor dari PR.

    BalasPadam
  2. Salam mr esa. Adakah anda ikuti program DS Noh Omar. Beliau baru setahun jagung memimpin adatlah ada kekurangan tp bukan dr beliau tp dr bahagian. X mcm AI seabad memimpin PR yg dia tahu nak jahanamkan negara. Jadilah org yg berfikiran positif dan membina bukan asik nak kondem tanpa memberi jalan penyelesaian.

    BalasPadam
  3. Salam mr esa. Adakah anda ikuti program DS Noh Omar. Beliau baru setahun jagung memimpin adatlah ada kekurangan tp bukan dr beliau tp dr bahagian. X mcm AI seabad memimpin PR yg dia tahu nak jahanamkan negara. Jadilah org yg berfikiran positif dan membina bukan asik nak kondem tanpa memberi jalan penyelesaian.

    BalasPadam