Kalau dah umur bagi pesara dinaikkan sehingga ke umur 62 bagai mana pula dengan generasi muda yang berkehendakkan pekerjaan?
Sangkakala mewakili orang muda amat amat tidak bersetuju dengan permintaan CUEPACS yang Sangkakala lihat seolah olah mementingkan diri sendiri.
Berapa sangat perjawatan dalam kerajaan sehingga umur persaraan nak dinaikkan atau lebih elok dibiarkan sahaja pekerja kerajaan memegang jawatan sehingga mereka benar benar uzur atau dalam kata lainnya sampai mati dalam jawatan.
Fikir la sikit nasib golongan muda, mereka juga perlukan kerja dan pendapatan, kalau dah semua nak dikekalkan apa pula nasib mereka? Nak kerja kilang? Dah berduyun duyun kemasukan pekerja asing hingga peluang anak anak tempatan agak terhad.
Nak kerja kerajaan dah pula minta sampai 62 tahun baru nak bagi pencen, awalnya dulu umur 55, kemudian 58 dan kini 62? Bagi peluang kakitangan kerajaan berehat setelah puluhan tahun menumpahkan keringat dan diganti dengan orang muda yang mungkin mempunyai idea lebih baik untuk memacu pertumbuhan negara.
Jadi kepada Presiden CUEPACS, jangan le tutup periuk nasi anak anak muda yang mahu mencari kerja.
2 ulasan:
betul...tak setuju.
Cuba tgk majoriti mereka2 yang berumur dlm sektor kerajaan atau swasta tu..amat tidak produktif! berlagak je lebih..Beri peluanglah kpd anak muda.
Umur 60 tahun dah sesuai untuk mengundur diri.
Catat Ulasan