Ahad, 4 Januari 2015

TERBUKTI MALAYSIAKINI PORTAL PEMFITNAH

Baru baru ni portal Malaysiakini telah mengeluarkan artikel kononnya bantuan mangsa banjir lambat sampai kerana perlu mencetak sticker gambar Perdana Menteri dan diletakkan di kampit beras yang diberikan.

Tapi setelah Timbalan Pengerusi Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia tampil membuat kenyataan Malaysiakini telah membuat permohonan maaf dan mengaku bahawa berita berkenaan adalah palsu.



Yang sebenarnya ini bukanlah kali pertama Malaysiakini membuat laporan sebegini dan bukan juga kali pertama Malaysiakini mengeluarkan artikel artikel yang mengelirukan rakyat.

Sudah banyak kali ianya dibuat dan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan telah pun berjaya dihasilkan dan akhirnya mereka akan memohon maaf dan perkara dianggap selesai.

Sangkakala rasa saudara Eddy Casmady sebagai orang yang diletakkan di dalam gambar serta disebarkan meluas serta difitnah perlu mengambil tindakan dengan mengambil tindakan saman terhadap Malaysiakini.

Sebab bagi Sangkakala 'damage already done' dan Malaysiakini perlu bertanggungjawab atas perkara tersebut.

Jangan sesekali mereka beranggapan bahawa dengan meminta maaf sahaja maka segala galanya sudah selesai dan perkara boleh dianggap tidak berlaku.

Dimana kredibiliti Malaysiakini sebagai sebuah portal maklumat memberikan maklumat atau mengeluarkan artikel artikel palsu atau mengambil pendekatan tangkap muat dalam menyalurkan berita tambahan pula ianya melibatkan mangsa mangsa banjir di Pantai Timur.

Ternyata kini Malaysiakini bukan sebuah portal yang boleh dijadikan bahan rujukan kerana setiap berita kadangkala tidak melalui penapisan kesahihan terlebih dahulu.



1 ulasan:

  1. Mohon Blogger Pro Kerajaan supaya memberikan Penekanan, Pendedahan serupa 999, mengenai kemusnahan Hutan yang berlaku di Kelantan..

    Blogger Pro Kerajaan dapatkan DANA drp pihak yg terbabit pergi sendiri ke kawasan tadahan hujan yg digondolkan dengan kejam oleh Regim DAP Bersaudara akibat kelulusan membabi buta oleh Pemerintah Kelantan iaitu Nik Aziz dan Husam Musa dan keseluruhan Exco terlibat perlu mengambil tanggungjawab di atas keputusan mereka.

    Mohon dapatkan gambar, interview dgn penduduk kampung, organisasi kerajaan pusat dan tempatan mengenai pembalakkan Halal dan Haram.

    Pembersihan Hutan yang berleluasa menyebabkan Air Menjadi Ombak Tsunami memusnahkan ratusan rumah, jalan dan jambatan..

    Serang Kelantan..

    Operasi Tsunami Kuning.

    Blogger Pembangkang gunakan isu Jet Kerajaan untuk alih isu Banjir Tsunami apalagi nak menyentuh Pembalakkan di Kelantan??

    BalasPadam