Yang sebenarnya, sticker berkenaan hanya diletakkan di bungkusan paling atas bantuan untuk membezakan diantara bantuan Kementerian Pertanian dengan bantuan dari pihak lain.
Perkara ini boleh disahkan melalui gambar gambar yang tersebar melalui facebook yang mana kita dapat melihat semua sumbangan dari MOA yang diagihkan oleh sukarelawan kepada mangsa tidak mempunyai sticker.
Sebanyak RM 2juta diperuntukkan oleh Kementerian Pertanian bagi membantu mangsa banjir di kawasan terlibat dan ianya merupakan bantuan makanan serta keperluan asas termasuk keperluan bayi.
Apa yang kita nampak disini apabila Malaysiakini seolah olah dengan sengaja menjatuhkan kredibiliti Kemeterian dalam menjalankan usaha murni membantu mangsa mangsa yang terlibat.
Sangkakala minta supaya Menteri Pertanian memgambil tindakan tegas terhadap portal Malaysiakini serta penulis artikel berkenaan kerana dengan niat buruk telah memfitnah MOA, Menteri serta Perdana Menteri.
Apa yang dituduh oleh Malaysiakini amat mendukacitakan tambahan pula dengan mengatakan bahawa bantuan Kementerian lewat tiba kerana mencetak sticker tersebut sedangkan bantuan dari MOA adalah antara yang paling awal tiba tetapi melalui beberapa peringkat.
Tak payah nak fitnah fitnah orang lain la sedanhkan Malaysiakini Sangkalala rasa langsung tidak membantu mangsa banjir.
1 ulasan:
Pelik bi ajaib bila orang menghulur bantuan dengan bersusah payah tapi kaki cucuh api turut bertempik entah apa-apa.
Paling malang menyebar fitnah yang tak sepatutnya berlaku dalam suasana gawat seperti ini.
Susah betul kalu dan perangai macam ni. Kata orang"cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak reti diajar...walahualam
Catat Ulasan