Jumaat, 12 Disember 2014

BANTUAN OLEH GEREJA SATU PENGHINAAN KEPADA SULTAN

Kecoh apabila gambar pemberian sumbangan oleh sebuah gereja kepada orang Melayu Islam dihadapan Menteri Besar Selangor serta Anwar Ibrahim yang dikatakan bertempat di Kajang baru baru ni.



Mungkin ada yang beranggapan bahawa ianya tidak menjadi permasaalahan besar tetapi sedar atau tidak, kebajikan orang Melayu Islam sebenarnya dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam serta Pusat Zakat Selangor?

Dan ini semua tidak boleh dinafikan lagi kerana ianya memang telah diketahui umum sejak dari dulu lagi.

Ketiga tiga jabatan atau majlis serta pusat berkenaan adalah dibawah kuasa DYMM Paduka Sultan Selangor.

Pemberian sumbangan oleh gereja di Kajang ini kepada penerima Melayu Islam seolah olah menunjukkan bahawa Jabatan dan Majlis Agama Islam serta Pusat Zakat tidak mengambil peduli tentang mereka ini sehinggakan mereka terpaksa emnerima pemberian dari Gereja.

Adakah Azmin selaku Menteri Besar juga mengiyakan bahawa Jabatan dan Majlis Agama Islam serta Pusat Zakat ini tidak mengambil kisah tentang orang Melayu Islam di Selangor?

Berbalik kepada penghinaan terhadap Sultan Selangor.

Apabila ada penerima dari kalangan orang Melayu Islam maka ianya sekaligus mencacatkan atau merosakkan nama Jabayan dan Majlis Agama serta Pusat Zakat yang selama ini dilihat sentiasa memberikan bantuan kepada orang Melayu Islam bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara.

Berjuta peruntukan disalur kepada ketiga tiga badan ini demi untuk melihat kebajikan orang Melayu Islam terpelihara tapi ianya seolah olah dinafikan oleh Menteri Besar Selangor sendiri.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada agenda laen di sebalik bantuan yg di beri kn oleh gereja pd org islm..

Tanpa Nama berkata...

Pihak gereja dh lama buat bgini sbab takde publisiti jdi tkde isu. Kta ade zakat dn bdn yg mguruskanya tpi hancur. Bila greja bgi bantuan kta panik tk tentu psal. Ade agensi pun org tk buat keje spai umat islam ade yg trabai. Hrap saudara islam bgi feedbck msing2 sbuk bpolitik. Salah ke bantuan greja tkde salah mmg mission dia org camni. Trik ke kristian mlalui bantuan dh bzaman dh. So yg mne tk cukup IMAN trgoda. Salah irg islam. Smua kna nk byar. Bdakwah kna byar air doa kna byar sgala duit. Kristian all is free all is luv. Msuk kristian later bru la lain2 .kta blum ape2 kna ktuk dlu ckap pun sakitkan hti. Ya btutup tu dh ingat hebat sgt yg bru shri dua brubah dh ingat cam uztaz uztazah smua org tk btul. Drp tgoda dgn dakwah dia dh jdi mluat nk tgk muka dia bila ckap mcm mulut puaka. Minta sdekah lgi ade nama nk derma........forget it so tuan2 dn puan2 org nk btuan not ceramaj sje.