tag:blogger.com,1999:blog-5694649804411118935.post459363527901487310..comments2024-01-18T16:47:09.444+08:00Comments on sangkakalajari9: CYBERTROOPER @tengkuadnanreal CUBA PERTAHAN BOSS ??? BERJAYA KE ???sangkakalahttp://www.blogger.com/profile/08036468877267361728noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-5694649804411118935.post-23296584025894369552014-05-15T19:58:24.240+08:002014-05-15T19:58:24.240+08:00Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti beberapa ...Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 14hb Mei 2014, yang dipengerusikan YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN dan dihadiri YB DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN, YAB TS Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor serta anggota-anggota Biropolitik yang lain.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

Sdr S MANIKAVASAGAM (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa TS Abdul Khalid bin Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor. Kenyataan ini telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan dalam m/s 6 akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mei 2014. Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."

Sdr S MANIKAVASAGAM akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

YB Dato' Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILANAnonymousnoreply@blogger.com