Bukan setakat pembaziran akan berlaku, malah pergaduhan juga mungkin akan tercetus dan ini sebenarnya memang menjadi hobi kepada Mahathir yang akan mencetuskan pergaduhan dengan semua orang.
Projek HSR yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura telah dibatalkan sepenuhnya oleh Mahathir dan kemungkinan kerajaan Singapura aian mengenekan saman ke atas kerajaan Malaysia disamping pampasan yang perlu dibayar sebanyak RM 500 juta.
Hari ini pula, Mahathir mengumumkan akan membina sebuah pulau di kawasan Batuan Tengah yang sebelum ini menjadi rebutan dengan Singapura.
Menurut laporan, ianya ada kemungkinan akan mencetuskan kemarahan negara jiran berkenaan.
Persoalannya kini kenapa perlu bila sebuah pulau di kawasan berkenaan sedangkan projek yang boleh menjana sehingga 70 ribu peluang pekerjaan di batalkan oleh Mahathir?
Apa yang Mahathir cuba nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia dengan tindakan tindakan bodoh beliau semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan negara?
Janji yang sepatutnya dilunaskan oleh Mahathir semasa dalam kempen PRU lepas sehingga kini tidak terlaksana walaupun pelawak terkenal, Wan Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri mengatakan dalam 20 hari 50% menifesto telah diselesaikan.
Berapa billion pula agaknya akan diperuntukkan untuk membina pulau berkenaan dan siapa pula yang bakal membinanya dan paling penting berapa peratus pula share Mahathir atau kroni dalam pembinaan tersebut?
Masalahnya pada hari ini, rakyat Malaysia mungkin sudah buta hati sehingga tidak nampak kehancuran yang bakal dilakukan oleh Mahathir Muhamad.