Selasa, 21 Februari 2017

GILIRAN TAN SRI MADINAH PULA MENERIMA SERANGAN @NajibRazak

Sangkakala lihat malam ni tular di laman sosial terutamanya facebook menceritakan tentang perlantikan YBhg Tan Sri Dr Madinah sebagai Ketua Audit Negara yang baru.


Ramai yang mempersoalkan kredibiliti Tan Sri Madinah hingga beliau di lantik sebagai Ketua Audit Negara.

Bagi Sangkalala, jika kita tak kenal orang, jangan sesekali kita cuba mengkritik tambahan lagi dengan kelayakan kita yang jauh ibarat bumi dengan langit jika nak melemparkan kritikan.

Ada yang mengatakan bahawa perlantikan ini adalah kerana hubungan diantara YAB Perdana Menteri dengan suami Tan Sri Madinah sedangkan hubungan diantara suami Tan Sri dengan Perdana Menteri adalah hubungan diantara Ketua UMNO Bahagian dengan Presiden UMNO.

Memang benar suami kepada Tan Sri Madinah pernah melafazkan ikrar taat setia seluruh kepimpinan dan akar umbi bahagian Kepong kepada Presiden UMNO tetapi itu tidak boleh dijadikan bahan untuk menguatkan hujah.

Seperti biasa, apabila pemimpin parti dihentam dan dikritik sudah pasti akan ada pengikut yang melafazkan taat setianya kepada pemimpin dan kalau Perdana Menteri melantik suami kepada Tan Sri Madinah mungkin ianya boleh menjadi isu atau fakta bagi menguatkan hujah mereka mereka yang dilihat agak kurang senang dengan perlantikan tersebut.

Berbalik kepada cerita perlantikan Tan Sri Madinah.

Adakah pengkritik pengkritik facebook ini tahu latar belakang beliau? Siapa beliau sebelum ini? Dan apa kelayakan beliau hingga diberi kepercayaan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja Raja?

Tan Sri Madinah mempunyai kelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sains dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian kepada 2 kementerian dan yang terakhir sekali ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Dengan pengalaman yang sebegitu rasanya amat berbaloi untuk meletakkan Tan Sri Madinah sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Tapi yang banyak sangat bunyi sampai melibatkan Perdana Menteri dan suami beliau untuk apa? Sedangkan perlantikan Tan Sri Madinah dibuat oleh Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja Raja.

Paling tidak pun hormat lah sikit pada orang yang melantik, jangan tunjuk sangat kita ni tak berapa cerdik dan tak berapa beradap.

Nanti Sangkakala tulis lagi pasal perlantikan ni...tunggu ye...


Rabu, 15 Februari 2017

HAMIZURA OTHMAN TAK PERLU PERTIKAI UBAT !! HUTANG PUTU BAMBU SELESAIKAN DULU

Adik kepada bekas Pengerusi Tekun  Malaysia beberapa hari lepas mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan ubat tiruan bagi diberikan oleh pihak hospital kepada pesakit.

Sehubungan dengan itu, beberapa orang Doktor telah tampil memberikan keterangan dan keterangan di bawah Sangkakala ambil dari laman sosial Facebook milik Dr Abdul Rahman.

Ikuti apa kata beliau.
-------------------------------------------------------------------



#KKM_GUNA_UBAT_TIRUAN_KERANA......

Habis la...
Ada minah kata Malaysia takde duit dan pakai ubat tiruan. Dah nak bangkrap katanya. 
Ubat generic kononnya ubat tiruan. 
Ubat original bagus sebab mahal, ubat generic tak bagus sebab murah kononnya. 

Ubat generic ni bukan barang tiruan macam jam tangan Petaling Street hoccay. Juga bukan macam gelang Zhulian atau bag tangan LV atau Gucci tiruan yang hanpa eksyen pakai pi kenduri kawin tu. 

Ia adalah ubat yang mempunyai struktur kimia yang sama dengan ubat asal dan telah terbukti mempunyai kesan bioequivalent yang sama, selamat dan berkesan. Barulah ia boleh memasuki pasaran. 

Jadi kenapa ubat original mahal dan ubat generic murah? Mesti ada yg special kan? 

Salah! Ubat original atau inovator product ini adalah ubat yang mula2 dihasilkan oleh syarikat farmasi gergasi. 

Mencipta satu ubat baru bukan kerja mudah dan murah. Mereka perlu melakukan R&D berbelas tahun lamanya (biasanya hingga 15 tahun), melakukan pelbagai ujikaji kecil hingga bertaraf raksasa hingga akhirnya terbukti ia selamat utk dipasarkan dan digunakan oleh manusia. 

Mencipta ubat baru seperti ini boleh menelan kos hingga berbillion2 dollar sebelum ia boleh mula dijual di pasaran utk kegunaan manusia. 

Jadi, usaha syarikat farmasi ini dihargai dengan mereka diberika hak patent selama beberapa tahun. Mereka saja boleh menjual ubat tersebut tanpa persaingan lain bagi membolehkan mereka balik modal dan mendapat keuntungan. 

Hak ini dipelihara dan dijaga oleh World Trade Organization bagi memastikan syarikat2 farmasi gergasi ini terus melakukan R&D bagi mencipta ubat2 baru. 

Bayangkan berbelanja hingga berbillion dollar dan akhirnya tidak untung dan tidak balik modal. Saintis gila mana yang akan mencipta ubat2an baru? Modal tarak. 

Jadi semua akan menunggu hingga hak patent ini habis. Dalam tempoh ini syarikat2 penghasil ubat generik akan mengkaji habis2an komposisi ubat asal ini dan akan replicate ubat ini. 

Habis saja patent, mereka dibenarkan jual ubat generik ini yang harganya jauh lebih murah namun ia sama dari segi efektif dan tahap keselamatan. 
Kenapa boleh jual murah? Sebab mereka tak terlibat dalam membuat R&D besar2an MENCIPTA UBAT seperti proses yg perlu dilalui ubat asal. 

Jadi amat kelakar apabila ada yang kata negara nak bangkrap dan oleh itu, kita pakai ubat generik. 
US yang merupakan negara pencipta ubat2 original dengan syarikat2 farmasi gergasi bersemadi di sana juga mempunyai hampir 89% ubat generik di dalam pasaran mereka. 
US nak melingkup juga la tu. 🤣

Penggunaan ubat generik di Malaysia bukanlah baru. Ia telah berlaku sejak zaman Tun memerintah lagi. Ia adalah amalan biasa dan sah di seluruh dunia. 

Kalau tak percaya, cuba check ubat2 yang Atok ambil dari IJN. Banyak ubat yang generik dah tu...
Atok masih sihat dan umur panjang. 
IJN ni bukan hospital kucing kurap. 
IJN ni adalah salah sebuah JCI accredited hospital di negara kita. Kira taraf dunia la.
By the way...akreditasi JCI ini diperolehi pada zaman DS Najib. Kena sebut sebab takut ada orang lain claim kredit. 
-------------------------------------------------------------------

Itu adalah kenyataan seorang Doktor sebagai jawapan balas kepada Hamizura yang dilihat cuba nak jadi juara dalam semua hal walaupun beliau tak tahu langsung tentang apa yang cuba beliau sampaikan.

Bagi Sangkakala, adalah lebih baik Hamizura bantu balik peniaga putu bambu yang mengalami masalah dalam perniagaan mereka kerana ada dikalangan mereka mendakwa Hamizura adalah punca kepada permasaalahan yang mereka hadapi.


Jumaat, 10 Februari 2017

SEKALUNG TAHNIAH UNTUK SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA !! TAPI JANGAN DOUBLE STANDARD @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Semenjak dua menjak ni Sangkakala tengok pergerakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia amat baik dan agresif dalam mengekang kegiatan rasuah atau salah guna kuasa oleh kakitangan kerajaan.


Tindakan tersebut amat baik memandangkan kegiatan tidak bermoral tersebut sememangnya perlu di sekat apatah lagi ianya akan memberikan impak negatif terhadap kerajaan.

Cuma apa yang agak menghairankan Sangkakala disaat ini ialah, kenapa beberapa aduan berkenaan dengan kepimpinan pembangkang dipandang sepi seolah olah tiada apa apa yang perlu disiasat.

Seperti yang dibongkarkan tentang Adam Rosly, anak muda yang mempunyai kekayaan luar biasa hingga mampu memiliki kediaman ala ala Disneyland di Ampang, hinga kini senyap sunyi.


Begitu juga dengan projek naik taraf pintu gerbang Selangor yang dikatakan menelan belanja melampaui batas hingga mencecah nilai hampir 10 juta, tidakkah ianya juga memiliki keraguan dan Sangkakala rasa sudah ada aduan dibuat tentang perkara tersebut.


Sangkakala menyambut baik usaha yang dilakukan oleh SPRM tapi dalam masa sama, jangan hanya melihat kepada satu sudut hingga satu sudut lagi tidak kelihatan atau dalam kata lainnya jangan double standard.



Selasa, 7 Februari 2017

DESAK ISMAIL SABRI LETAK JAWATAN !! NURUL IZZAH JANGAN DOUBLE STANDARD LAH @NajibRazak

Tindakan paling bodoh dibuat oleh Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Anwar Ibrahim kali ini ialah mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar untuk melepaskan jawatan ekoran penggantungan tugas Pengerusi MARA, Tan Sri Anuar Musa.


Penggantungan tersebut dibuat oleh Ahli Lembaga MARA dan bukannya Dato Sri Ismail Sabri walaupun MARA berada dibawah kelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah atau KKLW.

Lagi pun ianya cuma penggantungan tugas bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan siasatan dan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak mahu prosidur siasatan terganggu.

Tak macam puak pembangkang yang membiarkan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang masih menjalankan tugas walaupun sudah dipanggil berulang kali oleh SPRM.

Begitu juga dengan Menteri Besar Selangor yang tetap bertugas walaupun beberapa skandal dibuka berkenaan kepincangan pentadbiran.

Takkan yang itu Nurul Izzah nak pejam mata dan dalam erti kata lain selak kain orang dalam kain sendiri penuh dengan ulat.



Rabu, 1 Februari 2017

ISU BEG PLASTIK DI SELANGOR !! DIMANA KPDNKK ?? @NajibRazak @NohOmar

Nampaknya isu plastik beg di Selangor takkan ada pengakhirannya dan semakin lama semakin meruncing dimana rakyat Selangor yang pergi membeli belah dipaksa untuk membeli plastik beg atau terpaksa mengangkut sendiri barang ke kenderaan masing masing.

Ramai dikalangan penduduk atau lebih tepat lagi rakyat Selangor yang rata rata merasa terbeban dengan saranan yang dikeluarkan oleh Exco Kerajaan negeri yang menetapkan bahawa plastik beg akan dijual dengan harga RM 0.20 sehelai.

Seperti yang kita semua maklum, kerajaan Selangor memang sudah terkenal dengan sikap membebankan rakyat melalui perkara perkara remeh.

Ada pula penyokong kerajaan Selangor hari ini mengatakan bahawa kerajaan Selangor mengikut jejak langkah kerajaan Melaka yang menghapuskan penggunaan plastik beg di semua premis perniagaan.

Isunya disini, kerajaan Melaka menghapuskan secara total penggunaan beg plastik berbanding dengan kerajaan Selangor yang menjadikan plastik beg ini sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan kepada peniaga.

Bagi Sangkakala pula, ada satu perkara lagi yang perlu dilihat diluar kotak pemikiran iaitu, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNKK di seluruh negara.

Tugas tugas yang perlu dijalankan oleh KPDNKK ini salah satunya ialah mempertahankan hak pengguna daripada dimanipulasi oleh peniaga.

Sebagai contoh, akta pencatutan harga telah dipekenalkan oleh KPDNKK untuk mengelakkan pengambilan untung secara berlebihan oleh peniaga seterusnya membebankan pengguna.

Dalam isu beg plastik ini, Sangkakala melihat pihak KPDNKK membisu seribu bahasa seolah olah membiarkan peniaga mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan menjual beg beg plastik ini denga harga yang tidak berpatutan.

Harga sekeping beg plastik (saiz besar) dalam lingkungan RM 0.03 manakala ianya dijual dengan harga RM 0.20.

Bukankah itu secara jelas dan terang terangan mengambil keuntungan secara berlebihan dan ini adalah salah dibawah akta pencatutan barangan.

Jadi disini sepatutnya pihak KPDNKK mengambil langkah langkah bijak bagi menangani perkara tersebut dan janga dibiarkan pengguna terus dibebani dengan kos beg plastik yang bukan bukan.