Jumaat, 3 Julai 2015

LAGI SEKALI @NajibRazak DIFITNAH


Nampaknya masih kuat lagi gelombang untuk menjatuhkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Tak lama dengan kononnya pembongkaran isu 1MDB yang telah dikeluarkan, kini Sarawak Report tampil sekali lagi dengan mengatakan bahawa sejumlah dana telah dimasukkan ke akaun Perdana Menteri.

Tapi kali ini pihak Syarikat 1MDB telah tampil membuat penafian tentang perkara tersebut.

Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 3 Julai 2015
Untuk siaran segera

1MDB tidak pernah berikan dana kepada PM

Merujuk kepada laporan-laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri.  Untuk mengatakan sebaliknya, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu percubaan yang sengaja untuk melemahkan syarikat.   

Pendedahan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa  dokumen yang 'dibocorkan' yang mana beberapa media tertentu, dan blog-blog online seperti Sarawak Report, telah gunakan untuk mengelirukan masyarakat dan memberikan justifikasi untuk dakwaan palsu terhadap syarikat dan kerajaan.   

Berdasarkan laporan-laporan akhbar, dokumen-dokumen ini didapati telah diubah, dan telah digunakan oleh seorang individu – yang kini ini ditahan di sebuah negara asing – untuk  memeras ugut bekas majikannya. 

Oleh itu kami terkejut bahawa dokumen-dokumen seperti ini, yang kewujudan dan kesahihannya belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat dakwaan tidak berasas yang baru terhadap 1MDB.

1MDB kini sedang bekerjasama dalam beberapa siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Bank Negara.  Pihak-pihak berkuasa ini mempunyai semua maklumat berkaitan, dan kami meminta semua pihak untuk menunggu hasil penemuan mereka sebelum membuat dakwaan seterusnya dan bergegas untuk menghakimi perkara tersebut.

Lepas ni agak agaknya apa pulak fitnah yang akan dikeluarkan oleh puak puak yang agak kurang selesa dengan kepimpinan Najib Razak.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau yakin difitnah...cepat2lah bertindak.

Masih nak elegant silence?

AMNO BABI berkata...

Setakat nafi anjing kurap pun pandai. Saman la WSJ wahai penyamun Bugis kurap. Itu pun kalau ada lagi telur kau tu. Ko ingat WSJ tu takut ke dengan ko punya ugut? Puuih!