Selasa, 30 Jun 2015

RINGGIT JATUH !!! BERAPA RAMAI ORANG MELAYU NIAGA MATAWANG ASING ???

Bila Ringgit Malaysia jatuh baru baru ni, bergegar seluruh negara menyatakan kerisauan khususnya bagi orang Melayu yang seolah olah mengalami kerugian jutaan ringgit akibat kejatuhan tersebut.

Ini tak kira lagi yang maki pihak kerajaan termasuk Perdana Menteri yang kononnya tidak boleh dan tidak mampu mentadbir negara dan sebagainya.

Hari ni nampaknya Ringgit Malaysia kembali kukuh dan ianya disahkan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.


Persoalannya disini, berapa ramai dikalangan mereka mereka yang melompat seolah olah kerugian jutaan ringgit terlibat dalam dagangan matawang? Atau sekadar nak jadi pakar bermusim??

Sangkakala saksikan sendiri di sebuah pusat tukaran wang, beratur panjang hampir 50 orang untuk melakukan tukaran wang dollar Amerika kepada ringgit dan mereka ini adalah dari kalangan kaum cina yang dalam diam diam menyimpan matawang asing untuk ditukarkan apabila mereka rasa boleh perolehi keuntungan.

Tapi bagaimana pula dengan mereka yang melalak melolong macam orang kena histeria tersampuk dengan 'HANTU RAYA' bila sahaja dengar nilai ringgit rendah berbanding matawang lain? Ada buat simpanan matawang asing? Atau hanya simpan wang Rupiah dan Baht semata mata itu pun nilai kurang dari RM 100.

Jadi Sangkakala nasihatkan kepada mereka yang tak terlibat dalam perniagaan tukaran mata wang asing supaya berhentilah menjadi pakar matawang bermusim sebab macam Sangkakala sendiri tak rasa pun kesan dari jatuhnya matawang dan Sangkakala yakin kerajaan akan cuba untuk memberikan kestabilan semula kepada nilai matawang berkenaan.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malang sungguh UMNo khususnya Najib mempunyai penyokong dan pendokong serta penjilat yang bahlol dan mempunyai pemikiran sempit mcm penulis blog ini...spesis sama mcm hasan malek & ahmad maslan