Selasa, 2 Jun 2015

#Nothing2hide NAMPAKNYA PORTAL FREEMALAYSIATODAY MENANGGUK DI AIR KERUH

Seperti yanh Sangkakala tuliskan semalam dalam laman blog ini, hari Jumaat nanti akam diadakan satu perjumpaan diantara Perdana Menteri dengan NGO bagi menerangkan isu isu semasa.

Ini bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada YAB Perdana Menteri untuk memberikan maklumat atau input kepada NGO-NGO yang mahukan maklumat dan ianya akan dilakukan tanpa selindung seperti yanh disebutkam NOTHING2HIDE.

Tapi nampaknya ada portal yang sememangnya mahu 'MENANGGUK DI AIR KERUH' dengan mengatakan ianya adalah lebih baik jika Tun M turut serta dalam dialog tersebut.


Apa yang Sangkalala lihat, kenapa selama ini Tun Mahathir menjalankan roadtour untuk menerangkan tentang serangan beliau terhadap Perdana Menteri, FreeMalaysiaToday tidak pernah menulis agar Perdana Menteri hadir sama dalam dialog yang dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri tersebut.

Ini sebenarnya adalah untuk mengeruhkan suasana dan bagi Sangkakala adalah amat baik apabila Datuk Seri Najib sudi untuk berkongsi cerita sebenar tentang isu-isu semasa yang berlegar di media sosial serta dari mulut ke mulut masyarakat.

FreeMalaysiaToday selama ini pun memang terkenal dengan artikel yang agak mengelirukan dan isu-isu yang dibangkitkan adalah untuk memecahbelahkan masyarakat khususnya orang Melayu dalam UMNO.




Tiada ulasan: