Sabtu, 28 Mac 2015

MALINDO AIR JANGAN HANYA MENANGKAN PILOT !! KESELAMATAN PENUMPANG LEBIH PENTING

Sangkakala terbaca satu berita tentang sebuah pesawat Malindo Air yang terpaksa menangguhkan penerbangan hampir 50 minit ekoran 7 orang penumpang bertindak untuk turun dari pesawat yang akan menerbangkan mereka dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.








Tindakan 7 orang penumpang tersebut yang dikatakan telah meniggalkan pesawat beberapa minit sebelum berlepas dikatakan berpunca daripada pertengkaran diantara juruterbang dengan pembantunya di dalam kokpit hingga mampu didengar oleh penumpang dan ekoran itu, 20 penumpang telah bertindak untuk turun namun 7 dari mereka enggan menaiki pesawat walaupun dipujuk.

Pengurusan Malindo Air pula mengatakan bahawa itu buka  pertengkaran tetapi adalah arahan tegas dari juruterbang kepada pembantunya.

Persoalannya disini, adakah pengurusan Malindo Air hanya mempertahankan kakitangan sedangkan penumpang sudah merasa keselamatan penerbangan tidak terjamin?

Kalau ada pun arahan, kenapa pula ada dilaporkan bahawa seorang pramugari dilihat keluar dari kokpit sambil menangis? Adakah arahan dikeluarkan sampai sebegitu rupa?

Bagi Sangkakala, walau apa pun alasan yang diberikan oleh Malindo, ianya tidak boleh diterima pakai selagi tiada siasatan menyeluruh dilakukan.

Ini adalah untuk menjamin keselamatan penumpang dimana kita semua tahu apabila sudah berada di ruang udara, nyawa mereka boleh ditentukan oleh juruterbang sesebuah pesawat.

Jadi disini adakah juruterbang tersebut dilepaskan begitu sahaja tanpa siasatan? 



CETAK KAD KAWIN KENA GST ??? BERAPA JUALAN SETAHUN ???

Denyut kehadiran sistem percukaian yang baru makin terasa dan tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi maka GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan dikenakan kepada semua peniaga yang memperolehi pendapatan melebihi RM 500 ribu setahun.

Tapi kita dapat lihat dimasa sekarang, GST seolah olah dipermainkan oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dengan penggantian sistem percukaian ini.


Sangkakala ternampak iklan penjualan atau tempahan kad perkahwinan seperti diatas dalam facebook dan nampaknya peniaga dalam gambar diatas menunjukkan bahawa kehadiran GST akan menyusahkan rakyat dan itu adalah pandangan peribadi Sangkakala.

Kenapa Sangkakala berperasangka begitu?

Cuba kita lihat, adakah syarikat berkenaan memperolehi pendapatan melebihi daripada RM 500 Ribu setahun?

Kita andaikan mereka mendapat pendapatan melebihi nilai yang diperlukan untuk mendaftar sebagai syarikaylt yang mengenakan GST.

Persoalannya disini, adakah selama ini mereka tidak memasukkan beberapa cukai yang dikenakan dalam harga kad perkahwinan tersebut?

Jika ada, kenapa GST dijadikan sasaran untuk mempromosikan produk mereka dan jika tiada cukai SST dimasukkan selama ini, adalah 6% (GST) menjadi satu masalah berbanding dengan 16% (SST).

Sangkakala lihat ada peniaga yang cuba menjadikan GST sebagai modal untuk menarik pelanggan dan Sangkakala juga merasakan bahawa tindakan seperti ini tidak sepatutnya dilakukan.

Ini akan memburukkan lagi keadaan dimana jika syarikat berkenaan tidak memperolehi pendapatan sehingga melebihi RM 500 ribu setahun, maka GST tidak akan dikenakan kepada mereka dan kenapa pula mereka cuba menakut nakutkan pengguna dengan menggunakan alasan GST??

Sangkakala amat berharap agar tindakan mereka ini yang mengelirukan masyarakat diambil tindakan tegas kerana dalam akta kementerian perdagangan juga rasanya ada termaktub sesuatu yang mengelirukan pengguna.

Jadi kepada pihak yang berkenaan, sila ambil tindakan kepada mana mana syarikat yang menggunakan alasan GST untuk mempromosikan perniagaan mereka kerana rakyat semakin hari semakin keliru oleh kerana tindakan mereka mereka ini yang dilihat amat tidak bertanggungjawab.

Sepatutnya syarikat syarikat ini berusaha membantu kerajaan dalam mempromosikan GST kerana mereka juga akan mendapat manafaat daripada sistem percukaian yang baru inj bagi menggantikan sistem cukai SST.



Khamis, 26 Mac 2015

#GST MALAYSIA BAKAL BERUBAH ENAM HARI LAGI !!! PENIAGA DAH MULA GELABAH

Pembaharuan sistem percukaian akan dilaksanakan dalam masa 6 hari lagi dimana SST akan digantikan dengan GST yang mana ianya dilihat lebih menguntungkan rakyat serta kerajaan.


Tapi adakah rakyat sudah benar benar faham tentang GST yang akan diperkenalkan nanti kepada mereka setelah puluhan tahun mereka membayar SST tanpa sedar?

Ini yang menjadi dilema kerajaan dalam usaha memperbaharui sistem percukaian dalam negara tambahan pula dengan kehadiran pembangkang di Malaysia yang dilihat akan memutarbelitkan segala isu walaupun ianya banyak memberi kebaikan.

Disini Sangkakala lihat, ada beberapa golongan yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan GST terutama oleh para peniaga yang selama ini mengenakan SST kepada pelanggan mereka secara tersorok.

Oleh kerana penyorokkan cukai SST maka kerajaan sebenarnya kehilangan pendapatan melalui cukai yang dikutip dari rakyat oleh para peniaga ini dalam jumlah berbillion ringgit setahun.

Kerajaan sebenarnya sudah melihat bahawa rakyat Malaysia terus membantu kerajaan dengan cara membayar cukai jualan dan perkhidmatan kepada peniaga dan adà satu permasaalahan apabila peniaga bertindak melarikan cukai yang di bayar oleh rakyat dengan cara tidak menyalurkan semula kepada kerajaan.

Memang diakui bukan semua, tapi kebanyakannya walaupun membayar cukai SST kepada kerajaan ianya tidak dalam jumlah yang dibayar oleh rakyat kepada peniaga untuk diserahkan kepada kerajaan.

Disini kerajaan pula melihat bahawa dengan ketirisan pembayaran cukai SST oleh peniaga kepada kerajaan maka kerajaan agak sukar untuk memberikan kemudahan kepada rakyat dan kerajaan pada hari ini kebanyakannya menggunakan hasil petroleum yang diurua selia oleh Petronas semata mata disamping beberapa pendapatan lain.

Itu sebenarnya yang membuatkan ada dikalangan para peniaga agak kurang senang dengan kehadiran GST bagi menggantikan SST dimana cukai GST dilihat memaksa mereka untuk membayar cukai yang dikenakan kepada pembeli atau rakyat.

Dengan cukai GST, syarikat syarikat yang berkenaan perlu menyatakan berapa bayaran cukai yang dikenakan kepada rakyat dan seterusnya ia perlu dibayar kepada kerajaan dan seterusnya kerajaan akan memberikan semula hasil cukai ini kepada rakyat melalui beberapa skim atau dalam bentuk subsidi.

Ada juga barangan yang dilihat menjadi keperluan utama tidak dikenakan cukai GST dan ianya kekal sepertimana dengan harga sekarang.

Tapi apa yang baik tentang sistem yang telah digunapakai oleh lebih 160 buah negara ini ialah, ianya tidak membebankan rakyat dimana selama ini sebanyak 16% cukai SST dikenakan dan ianya di gantikan dengan GST yang cuma 6%.

Ini bermakna, rakyat sendiri dapat mengurangkan beban mereka yang selama ini membayar cukai tanpa sedar dengan membayar cukai dalam keadaan sedar dimana semua bayaran cukai perlu dimasukkan kedalam resit pembelian dan jika sesebuah perniagaan tidak mempamerkan resit yang mengandungi nombor cukai maka ianya dianggap salah dan rakyat berhak untuk membuat laporan kepada pihak berwajib.

Kita sebenarnya mampu untuk membantu kerajaan dalam usaha untuk memberikan bantuan semula kepada kita dan apa yang penting kini ialah, tunggu perubahan yang bakal berlaku dalam 6 hari lagi kemudian kita sama sama memantau perlaksaan dan jika terdapat mana mana pihak atau peniaga cuma memanipulasi atau menipu pelanggan, maka kita sendiri boleh membuat laporan dan tindakan akan diambil oleh kerajaan.



Rabu, 25 Mac 2015

MAJLIS RAJA RAJA MURKA PORTAL MALAYSIAN INSIDER FITNAH INSTITUSI

Kenyataan Akhbar

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i)  Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

25 Mac 2015



Selasa, 24 Mac 2015

MAJLIS PENGANUGERAHAN SELENDANG GAYONG PENUH ISTIADAT MELAYU @NajibRazak @NohOmar

Malam ini berlangsung satu majlis penganugerahan selendang gayong di Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia Serdang yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Seramai 10 orang penerima selendang dan 11 orang penerima pingat seni Gayong Yang dipakaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam satu adat istiadat keMelayuan.

Majlis yang dinamakan Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia dengan kerjasama Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS) Malaysia.


Himpunan ini nampaknya berjaya mengumpulkan hampir 5 ribu orang penggiat atau anak anak gayong dari seluruh pelusuk negara.

Diantara penerima penerima selendang Gayong pada malam ini ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir Idris Haron serta beberapa orang penggiat seni serta ahli korporat serta pegawai tinggi kerajaan.













Antara yang hadir pada malam ini ialah, YB Datuk Ahmad Maslan, YB Datuk Seri Noh Hj Omar, YB (Senator) Datuk Suhaimi Abdullah dan beberapa VIP lain mengiringi YAB Perdana Menteri Malaysia.

Dalam ucapan perasmian Perdana Menteri, beliau melahirkan rasa bangga diatas usaha Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia yang berjaya mengumpulkan penggiat penggiat seni silat dari seluruh Malaysia serta menubuhkan Yayasan Pembangunan Gayong Malaysia dan beliau berjanji akan terus memberikan bantuan kepada Yayasan tersebut untuk terus maju kehadapan dalam usaha memperluaskan seni silat Gayong.

Perdana Menteri juga mengatakan bahawa pesilat pesilat tanah air adalah benteng ketiga pertahanan negara dalam menangani serangan musuh tidak kira dari dalam mahupun luar negara.

Sangkakala juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur yang menjemput Sangkakala untuk bersama sama dalam menyaksikan majlis yang penuh adat istiadat dan gemilang pada malam ini.


PENGKHIANATAN TERHADAP KHALID IBRAHIM MAKIN TERBONGKAR

Sehari ke sehari nampaknya pengkhianatan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim terbongkar dan dalang sebenar dalam pengkhinatan ini juga nampaknya sudah menunjukkan diri sebenar.

Azmin Ali selaku Menteri Besar semalan mengatakan bahawa akan menyambung semula perjanjian air diantara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat tanpa ada apa apa perubahan dalam perjanjian.


Sebelum ini Azmin mengatakan bahawa kerajaan Selangor tidak akan menyambung semula perjanjian air yang didakwanya telah tamat tapi semalam mengubah fikiran untuk meneruskan perjanjian tersebut.

Kalau kita imbau kembali, Tan Sri Khalid Ibrahim diminta melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar ekoran tindakan beliau menandatangani perjanjian Kiddex serta Langat 2 yang dikatakan tidak mengikuti kehendak kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor.

Tapi semalam jelas Azmin sendiri mengatakan bahawa kerajaan Selangor akan menyambung semula perjanjian Langat 2 tanpa apa apa perubahan dalam perjanjian dan bagi Sangkakala ianya sudah pasti mengikuti apa juga terma yang pernah dipersetujui oleh Tan Sri Khalid dengan kerajaan Pusat.

Sekarang ni Sangkakala nak tanya pada ahli PKR, adakah adil bagi Tan Sri Khalid dihukum sehingga beliau dipecat hanya semata mata untuk memberi keselesaan kepada rakyat Selangor sedangkan apa yang dilakukan oleh beliau hari ini diteruskan tanpa apa apa pindaan?

Adakah ini semua mainan politik Azmin Ali yang mahukan jawatan Menteri Besar dimana sebelum ini kita mengetahui bahawa Wan Azizah dicanang akan menjadi Menteri Besar dan Azmin Ali menangguk di air yang keruh semasa kekalutan pemilihan siapa bakal mengisi jawatan tersebut menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Fikirkan betapa jijiknya permainan politik dalam PKR yang sanggup memperjudikan nasib rakyat semata mata kerana kuasa dan pemimpin yang cuba berusaha membela pula ditendang penuh kehinaan.



Isnin, 23 Mac 2015

BILA TERANCAM BARU MENYESAL !!! ALASAN BASI DIGUNAKAN SEMULA

Pengacara BFM Radio yang menjadi bahan kritikan apabila mengeluarkan video menghina hudud di Kelantan tampil kononnya menyesal dan tidak bermaksud menghina agama Islam.


Untuk makluman Aisyah, rasanya alasan bodoh ni tak payah bagi la terutama sekali bila dah terima ugutan bunuh, bakar, rogol dan sebagainya baru nak kata menyesal.

Masa nak buat video tu takde pulak terfikir azab yang bakal di terima di akhirat kelak dengan hinaan mengatakan hudud tak mampu mengisi periuk nasi, tapi lebih risau dengan hinaan dan azab di dunia.

Kononnya video tersebut ditujukan kepada ahli politik di Kelantan, tapi kenapa ianya dibuat? Adakah ianya bertujuan untuk mengatakan bahawa hudud itu tidak bagus atau sengaja nak menampakkan bahawa hudud itu teruk?

Permohonan maaf tidak mencukupi untuk membuatkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam melupakan apa yang telah dilakukan oleh Aisyah dan bagi Sangkakala ada kemungkinan segala ugutan yang dikatakan adalah ciptaan Aisyah sendiri untuk mempopularkan diri sendiri.



Ahad, 22 Mac 2015

#haramjadah MP BINTULU MALUKAN WANITA MALAYSIA

Untuk menampakkan keburukan GST, Ahli Parlimen Bintulu Sarawak sanggup memalukan golongan wanita hingga benda dalam kain dijadikan bahan gurauan.


Kalau nak bercerita keburukan pasal GST sekalipun perlulah menggunakan fakta yang bernas dan bukannya bercakap macam orang takde pelajaran sebab kamu tu sorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat.

Takkan ada wanita nak menceritakan kisah sepertimana yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Bintulu ni melainkan dengan sengaja nak memalukan kaum wanita.

Kalau ini rupa taraf sorang ahli parlimen, lebih baik bagi pada orang yang takde pelajaran untuk menjadi wakil rakyat dan Sangkakala yakin orang yang takde pelajaran pun takkan sanggup nak keluarkan kenyataan sampai macam tu sekali.



Sabtu, 21 Mac 2015

RAFIZI RAMLI HILANG FOKUS BILA PAS BENTANG RUU TENTANG HUDUD

Rafizi Ramli nampaknya hilang punca bila kerajaan PAS Kelantan membawa rang undang undang berkenaan dengan hudud di Kelantan hinggakan dah tak tau apa nak dikatakan lagi.

Semasa Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantu pribadinya Saiful Bukhari, Rafizi berkata bahawa kes Anwar perlu dibicarakan dibawah kesalahan Qazaf.

Yang mana kalau nak diikutkan QAZAF adalah hukum Islam iaitu menuduh orang berzina tanpa membawa 4 orang saksi lelaki.


Tapi bila Kelantan melaksanakan undang undang syariah yang membawa hukuman hudud bersamanya Rafizi menolak pula dengan cara nak menyiasat mana mana kepimpinan PKR yang menyokong hudud.

Ni apa punya ya'pur salam le si sotong sekor ni, bila bab Anwar beriya nak suruh pakai undang undang Islam, bila dah laksana kata macam macam pulak.

Nampak sangat si Rafizi ni cuma mahu mileage politik semata mata yanpa memikirkan apa yang beliau ucapkan sebelum ni.



JELAS BETAPA BODOHNYA MANUSIA BERNAMA RAFIZI RAMLI

Malang sungguh nasib ahli PKR mempunyai Setiausaha Agung yang kerap kali menunjukkan kebodohan dirinya tak kira dalam PKR atau dalam PR.

Hari ni Rafizi mencabar Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri untuk membuat kenyataan menyokong akta Hudud jika ianya di bawa ke Parlimen.


Yang pegi cabar Najib ngan Muhyiddin tu nak buat apa? Sepatutnya cabar Lim Kit Siang dengan Wan Azizah sama ada mereka akan menyokong PAS jika Hadi Awang membentangkan usul enakmen undang undang Hudud ke Parlimen.

Sebab yang menjadi komponen dalam PR ialah PAS, PKR dan DAP, jadi ianya takde kena mengena dengan UMNO atau Barisan Nasional.

Semalam jelas enakmen undang undang Hudud telah dipersetujui di Kelantan yang mana kesemua 44 orang ADUN PAS dan UMNO bersetuju untuk melaksanakan undang undang berkenaan dan ianya menunjukkan secara nyata bahawa UMNO selama ini tidak menolak Hudud seperti man yang diperkatakan.

Rasa Sangkakala, Perdana Menteri pernah meminta supaya PAS membawa usul rang undang undang tersebut untuk dibahaskan di dalam Parlimen dan ianya akan disokong oleh ahli parlimen dari UMNO.

Dengan alasan yang mengatakan bahawa PAS jangan tertipu oleh helah UMNO adalah alasan bodoh semata mata begitu juga dengan mengungkit kembali kononnya UMNO pernah menendang PAS keluar dari komponen.

Yang secara terang terangan menghentam PAS kerana membawa usul Hudud ke sidang DUN Kelantan ialah DAP dan kenyataan menentang juga dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR sendiri.

Jadi disini siapa yang memgkhianati siapa? UMNO khianat PAS hingga termaktubnya undang undang Hudud di Kelantan atau tohmahan yang dilemparkan oleh komponen PR sendiri terhadap PAS?

Jangan tunjuk bodoh lebih sangat Rafizi, simpan sikit untuk anak cucu tengok dimasa hadapan.


Rabu, 18 Mac 2015

PERJANJIAN MELAKA GUANGDONG BUKTI USAHAMA TERJALIN @NajibRazak @idrisharon66

Semalam satu perjanjian diantara kerajaan negeri Melaka dengan wilayah Guangdong China telah pun termetrai dimana ianya dilihat sebagai satu usahasama yang amat baik.


Pengarah UPEN Datuk Roslan Ibrahim mewakili kerajaan negeri Melaka dan Guo Yuanqiang, Director General Department of Commerce Guangdong Province China. Malam tadi di Guangdong telah menandatangani perjanjian ekonomi dan perdagangan, serta negeri berkembar diantara Melaka dan Guangdong.

Wilayah Guangdong yang mempunyai populasi penduduk seramai lebih 90 juta orang pada tahun 2008 dilihat sebagai satu kawasan yang memberikan potensi tinggi bagi kebanjiran pelabur serta pelancong dari wilayah berkenaan ke Melaka dan ini sudah pasti mampu meningkatkan ekonomi negeri Melaka.

Kadar KDNK nominal bagi Guangdong pula dilihat amat tinggi hingga melebihi 300 billion pada tahun 2006 dan menjadi salah satu wilayah yang menyumbang kepada 12 peratus pendapatan negara China adalah amat sesuai untuk dijadikan pilihan sebagai sebuah wilayah yang akan membawa keuntungan kepada Melaka.

Dengan hasil kerjasama ini juga kadar peningkatan pelancong dari China dilihat akan meningkat kepada 35 peratus dan pada tahun 2013 seramai 284,913 orang pelancong dari China telah datang ke Melaka dan dengab penambahan ini maka negeri Melaka akan menjadi destinasi pilihan kepada para pelancong dari negara tersebut.



Selasa, 17 Mac 2015

EXCO PAS KAWASAN LETAK JAWATAN !! BUKTI KESETIAAN MAKIN KURANG

Sangkakala dengar 17 orang ahli jawatankuasa PAS kawasan Batu meletakkan jawatan ekoran rasa kecewa dengan Presiden PAS.


Mereka mengatakan bahawa hanya akan kembali jika hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat kembali terjalin.

Betul ke itu sebagai alasan atau mereka ini mahukan Mat Sabu menjadi Presiden dan ini semua adalah ugutan terhadap Presiden PAS yang mula lantang menyuarakan ketidak puasan hatinya apabila PAS menjadi kambing hitam dalam PR?

Kita semua tahu bahawa di Batu, ahli parlimennya adalah dari PKR iaitu Tian Chua yang Sangkakala rasa menjadi dalang perkara tersebut berlaku.

Sebab apa? Sebab kita semuabtahu bahawa Mat Sabu sebenarnya lebih banyak disokong oleh PKR berbanding PAS sendiri dan ada yang mengatakan bahawa ketua kepada kumpulan Anwarinas didalam PAS adalah Mat Sabu.

Ini tidak mustahil adalah agenda untuk menjatuhkan Hadi Awang serta menaikkan Mat Sabu agar pergerakan PKR lebih kukuh.

Kita dapat melihat apabila himpunan yang diadakan oleh kumpulan PKR baru baru ini di hadapan pasaraya SOGO tidak mendapat sambutan ekoran ketidak hadiran penyokong PAS.

Selama ini yang meramaikan himpunan PKR adalah dikalangan Unit Amal PAS serta pengikut parti tersebut tetapi PKR secara terang menggunakan mereka ini sebagai benteng pertahanan utama kononnya mereka (PKR) mempunyai penyokong yang sebegitu ramai.




SEJARAH TERUKIR DI CHINA UNTUK NEGERI HANG TUAH @NajibRazak @idris_haron @idrisharon66

Lawatan Ketua Menteri Melaka ke Guangdong China nampaknya membuahkan hasil apabila perjanjian dua hala diantara negeri Melaka dan Guangdong yang merupakan salah satu wilayah terkaya di China di metrai.


Ketua Menteri Melaka yang melakukan lawatan kerja bermula semalam hingga 18 Mac bersama sama dengan beberapa orang pegawai eksekutif negeri memilih Guangdong ekoran pertumbuhan ekonomi wilayah berkenaan yang menyumbang kepada 12 peratus bagi pendapatan bagi seluruh negara China.

Tujuan delegasi Ketua Menteri Melaka melakukan lawatan kerja ke Guangdong adalah untuk memikat pelabur serta pelancong dari China untuk datang ke Melaka dan ini sekaligus akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri bersejarah tersebut.

Bak kata pepatah, 'JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN BOLEH MENDAPAT SAGUNYA' dan itulah yang sedang diusahakan oleh kerajaan Melaka demi untuk kemajuan negeri tersebut.

Kerajaan China dilihat begitu komited untuk membawa pelabur pelabur serta pelancong dari negara berkenaan untuk ke Melaka sebagai destinasi perdagangan serta pelancongan dan ini sekaligus akan menaikkan sumber perdapatan negeri dan merancakkan kadar pertumbuhan KDNK negeri Melaka.



Isnin, 16 Mac 2015

LOKMAN ADAM JAWAB FITNAH RAFIZI TENTANG JET PRIBADI


Oleh Lokman Adam

Selepas YAB Perdana Menteri mengarahkan Ketua Audit Negara dan selepas ini PAC melakukan forensik audit ke atas 1MDB supaya rakyat tahu kebenaran, Rafizi nampaknya menjadi semakin resah dan gundah gulana.

Nampaknya Rafizi sudah mula sedar bahawa tidak lama lagi rakyat akan tahu bahawa segala tohmahan beliau terhadap PM dan keluarganya adalah tidak benar sama sekali.  

Menyedari akan hakikat itu, Rafizi hari ini membuat satu tuduhan baru bahawa PM menambah satu lagi "Jet Peribadi" sedangkan PM kononnya sudah mempunyai 5 biji jet peribadi.  

Ini sebenarnya untuk mengalih perhatian rakyat daripada pembohongan 1MDB yang mereka lakukan.

Izinkan saya jelaskan disini beberapa perkara:-

1) Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia sepertimana dibangkitkan oleh Rafizi adalah bukan "Jet Peribadi", ianya adalah Jet Kerajaan.

2) Jet tersebut dibeli untuk kegunaan Kenamaan Negara bagi menggantikan Jet BBJ yang sudah agak uzur kerana sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan Negara.

3)  BBJ biasanya digunakan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan Kenamaan lain yang layak.  PM hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu beliau gunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara.

4)  Daripada 5 jet yang Kerajaan Malaysia ada, hanya 2 yang masih molek dan berfungsi dengan baik.

Saya rasa Rafizi patut tumpu jawab kepada rakyat macamana demonstrasi Kita Lawan masih diteruskan untuk menafikan Anwar seorang peliwat sedangkan :-

1) Kedua-dua Ketua Peguambela Anwar, Karpal Singh dan Gopal Sri Ram, telahpun mengaku dalam prosiding mahkamah bahawa Anwar memang telah meliwat Saiful secara "Suka Sama Suka".

2)  Peguam Anwar, Sangkaran Nair dalam Prosiding Mahkamah mengakui bahawa Sperma yang dijumpai 4cm dalam rectum Saiful adalah milik Anwar.  Cuma dia kata ianya dimasukkan dalam rectum Saiful menggunakan objek plastik.  Cuba Rafizi jawab, si Luncai mana yang sedut sperma tu dan meniup sperma tersebut ke dalam rectum Saiful itu? Silap sedut mau tertelan.  Kalaupun ada org yang sanggup buat kerja yang menjijikkan itu, macamana kita nak dapat sperma Anwar tanpa kerjasama Anwar?  Mungkin Rafizi ada jawapannya.

3)  Anwar telah menamakan 13 orang saksi sebagai Alibi kerana beliau tidak tahu bahawa CCTV merakam beliau dan Saiful memasuki kondominium tersebut.  Cuba Rafizi jawab kenapa seorangpun tak dipanggil oleh peguambela Anwar sebagai saksi?

4)  Bila dituduh memfitnah Anwar, Saiful telah melafazkan sumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar.  Cuba Rafizi jawab, hingga kini kenapa Anwar tak berani bersumpah malah tak berani masuk kandang saksi?

Sebenarnya Anwar ada peluang untuk membersihkan dirinya jika dia benar-benar tidak bersalah.  

Mudah sahaja, serahkan DNA beliau secara sukarela.  Jika beliau tidak meliwat Saiful, pasti DNA beliau berbeza dengan DNA Lelaki Y.  

Tapi malangnya kata-kata Anwar bahawa beliau akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir hanyalah retorik.  

Hendak serahkan setitis darahpun dia tak mampu, apatah lagi nak berjuang sampai ke titisan darah terakhir.  

Saya yakin rakyat bukan bodoh, rakyat dah lama tahu kenapa Anwar tak berani serah. Rakyat juga tahu yang mana satu pejuang dan yang mana satu petualang.  

Baru kena 5 tahun dah mintak ampun....pooodah!  Dulu sistem beraja ini juga yang hendak beliau kuburkan.



Sent from Yahoo Mail on Android

Ahad, 15 Mac 2015

AGENDA ORANG DALAM NAK AIBKAN KETUA MENTERI @idrisharon66 @NajibRazak

Sangkakala terbaca satu artikel dalam blog Selangorcronicle yang mengatakan bahawa Ketua Menteri Melaka sibuk makan angin ke Negara China.


Nampaknya apa yang diperkatakan dalam artikel berkenaan adalah tidak tepat dimana ada beberapa perkara perlu diperbetulkan.

Yang pertama apabila dalam artikel berkenaan mengatakan bahawa Melaka dipenuhi dengan sarang pelacuran dan perjudian rasanya dan dengan makan angin maka kegiatan tersebut tidak dapat di bendung, memang kerajaan Melaka pernah mengisytiharkan untuk bertindak tetapi jika tanpa kerjasama dari mana mana pihak untuk mengesan kegiatan ini maka tindakan untuk mengekang kegiatan tersebut adalah amat sukar ditangani.

Tentang mengatakan pembaziran pula yang mengatakan bahawa Idris Haron selalu ke luar negara tidak berapa sesuai rasanya, sebab Ketua Menteri berkenaan telah membawa pelaburan sebanyak RM 4.4 billion sepanjang tahun 2014 yang lalu dan ianya adalah yang tertinggi dalam 20 tahun kebelakang.

Baca selanjutnya DISINI..

Melaka juga menyasarkan pelaburan sebanyak RM 5 billion pada tahun 2015.

Juga DISINI..

Jadi seperti biasa, jika mahukan keuntungan perlu ada pengorbanan dan kalau tak keluar mencari pelabur, rasanya adalah mustahil untuk pelabur masuk ke Melaka.

Sangkakala teringat satu ketika dimasa lawatan oleh Perdana Menteri ke China bersama sama dengan Ketua Menteri Melaka tak lama dulu dimana China nampaknya amat berminat dengan Melaka ekoran hubungan dua hala yang terjalin sejak ratusan tahun dahulu lagi.

Satu lagi kenyataan yang mengatakan bahawa Ketua Menteri membawa 9 orang exco juga adalah tidak tepat sama sekali dimana hanya 5 orang exco sahaja yang pergi bersama delegasi Ketua Menteri Melaka ke China dan Sangkakala yakin bahawa mereka pergi mewakili potfolio masing masing dan sudah pastilah dengan pemergian exco exco ini bersama maka perjalanan segala rundingan di China akan berjalan dengan lancar.

Sangkakala rasa, dalam artikel yang dikeluarkan oleh blogger berkenaan ianya di dalangi oleh orang yang mempunyai kepentingan peribadi dimana Sangkakala melihat hanya tohmahan yang dilemparkan tanpa sebarang fakta.

Agaknya ini yang dikatakan sebagai 'JEMUAN' oleh Perdana Menteri dalam ucapan di konvension UMNO Kedah semalam dimana ada yang suka mengadu domba dengan mengatakan itu dan ini semata mata untuk memberikan persepsi buruk kepada pemimpin.

Jadi orang orang begini rasanya perlu berhati hati supaya rahsia siapa diri tidak diketahui kerana parasit tidak akan mendapat tempat di hati ahli UMNO.




PESAWAT INDONESIA JATUH DALAM LATIHAN DI LANGKAWI

Dua buah pesawat Jupiter milik Indonesia dikatakan jatuh terhempas dalam satu sessi latihan sempena pertunjukan LIMA di Langkawi.

Bagaimanapun kedua dua juruterbang dikatakan selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku.










Sabtu, 14 Mac 2015

NURUL IZZAH NAIK KERETA DENGAN SIAPA TU ??

Anak sulung Anwar Ibrahim yang hangat baru baru ni selepas bercerai dengan suaminya bikin panas sekali lagi apabila mempertikai keputusan hakim dalam Dewan Rakyat.

Apabila satu laporan polis dibuat keatas beliau oleh Datuk Zulkifli Nordin tentang kenyataan tersebut dan pihak polis datang untuk mengambil tindakan, sekali lagi Nurul Izzah mengatakan bahawa tindakan polis tersebut adalah tidak wajar.

Apa yang tak wajar? Hanya semata mata sebab dia nak ke Kelantan maka tindakan polis hadir ke rumah beliau tidak wajar?

Kalau ke Kelantan boleh, takkan nak ke balai polis untuk beri keterangan tak boleh, kenapa perlu buat temujanji bagai?

Kita lupakan cerita tu dulu buat sementara waktu.

Dalam BHOnline, ada gambar Nurul Izzah menaiki kenderaan bersama seorang lelaki, siapa kelaki tersebut? Itu yang membuatkan Sangkakala tertanya tanya.


Boleh tengok DISINI.

Jadi biarlah Nurul Izzah yang jawab sebab kalau driver takkan duduk depan macam tu, tak risau ke kalau nanti terpegang peha??


#haramjadah PENYAMPAI RADIO @sinar BIADAP !!! KIRAN SILA MINTA MAAF

Memang menjadi kebiasaan Sangkakala untuk mendengar radio SinarFM bila masuk kereta.


Tapi hari ni perkara yang tak sepatutnya berlaku telah pun dilakukan oleh penyampai di SinarFM dalam segmen 'Rindu Sabtu' bersama Kiran.

Seorang pemanggil telah membuat panggilan dari Muar Johor dan ingin menyampaikan rasa rindu beliau kepada keluarga, tapi malangnya talian telefon telah terputus semasa pemanggil berkenaan sedang bercakap.

Apa yang menyedihkan ialah, penyampai Radio ini telah mengatakan "SAKAILAH ENGKAU NI" setelah talian terputus.

Sangkakala nak tanya pada si biadap penyampai bernama Kiran ni, dia tau tak adap sopan seorang manusia? Kalau tak tau adap sopan, Sangkakala rasa dia lebih teruk dari SAKAI.

Takkan Kiran tak sedar kot dia sedang OnAir masa bercakap tu dan berapa ramai pula pendengar yang mendengar apa yang dia katakan tadi.

Tapi bagi Sangkakala kalau dah biadap tetap biadap.

Ko kena ingat Kiran, kalau takde pendengar, SinarFM tu boleh hidup ke? Dan kamu pulak boleh cari makan ke?

Lepas ni Kiran kena hati hati, Sangkakala nak korek lak segala masalah yang ada pada dia ni dan berikan maklumat tersebut kepada pembaca agar pembaca dan pendengar SinarFM tau siapa penyampai bernama KIRAN.


Jumaat, 13 Mac 2015

ANTARA KEGILAAN AZMIN ALI SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR @NohOmar #DSNO

Malang nasib rakyat Selangor apabila mempunyai seorang Menteri Besar yang mempunyai beberapa kegilaan dalam membangunkan negeri serta memberi keselesaan kepada rakyat.

Baru baru ni Azmin tunjuk betapa beliau gilakan politik murahan apabila mengatakan bahawa projek Langat 2 yang mampu menyelesaikan masalah air yang melanda negeri Selangor dibatalkan.


Sumber air merupakan salah satu nadi bagi pembangunan di Selangor dan ianya juga merupakan keperluan penting dalam kehidupan sehari hari rakyat negeri dibatalkan oleh Azmin berikutan kononnya perjanjian diantara kerajaan negeri dan pusat telah tamat.

Tapi semalam Azmin meminta pula Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah air di Selangor, tak ke gila namanya Azmin Ali selaku Menteri Besar.


Agaknya penyelesaian dan bantuan bagaimana yang Azmin nak minta dari Perdana Menteri sekiranya beliau sendiri tidak mahu menyambung perjanjian yang telah tamat diantara kerajaan negeri dengan pusat?

Yang akan menerima musibah adalah rakyat Selangor sedangkan Azmin seolah olah tidak mengambil peduli tentang kemelut yang bakal melanda apabila cuaca kering dan kemarau melanda dengan bekalan air yang makin berkurangan.

Beberapa kegilaan yang ditunjukkan oleh Azmin sebelum ini pula ialah dengan meneruskan projek ternakan babi mega di Sepang, membatalkan projek Kiddex dan meneruskan projek Datum Jelatek.

Projek projek yang tidak disukai oleh rakyat seperti projek ladang babi serta Datum Jelatek diteruskan sedangkan yang memberikan manafaat untuk rakyat seperti Langat 2 dan Kiddex dibatalkan.

Yang tambah pelik apabila Kiddex yang asalnya dibatalkan kemudiannya dinafikan oleh Azmin dan beliau mengatakan bahawa hanya pembangunan Kiddex dibatalkan tapi bukan pembinaan.

Sangkakala tak tau apa yang bermain difikiran Azmin selaku Menteri Besar hingga membuatkan fikiran beliau seperti sudah tidak waras dalam mengeluarkan kenyataan.

Tapi apa yang penting disini, Azmin bukan seorang yang benar benar hendak membela nasib rakyat Selangor tetapi hanya untuk menjadikan dirinya popular dikalangan parti parti lain seperti DAP dan PAS.

Malang sekali rakyat Selangor apabila seorang Menteri Besar yang diberikan amanah dan tanggungjawab tidak mampu menjalankan amanah yang diberikan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.



Rabu, 11 Mac 2015

CADBURY DISERANG SEKALI LAGI !!! KALI NI SIAPA PULA NAK BUAT UNTUNG ???

Kita pernah dikejutkan dengan penemuan DNA babi dalam produk coklat kononnya keluaran cadbury Malaysia dan syarikat berkenaan menerima impak yang begitu besar apabila rata rata orang Melayu Islam di negara ini menolak coklat keluaran syarikat tersebut.

Tapi percaya atau tidak, Sangkakala mengatakan itu semua adalah konspirasi untuk menjatuhkan syarikat berkenaan disamping mendapat keuntungan hingga dengar khabarnya ada yang mampu mengeluarkan kenderaan bernilai hampir jutaan ringgit.

Kita tinggalkan dulu cerita tersebut dan kini nampaknya Cadbury sekali lagi menerima hentaman yang lebih kurang sama cuma caranya berbeza.


Kali ni Cadbury nampaknya diserang pula dengan gambar babi kononnya terdapat pada coklat keluaran syarikat berkenaan.

Dan satu lagi yang Sangkakala nampak ada konspirasi untuk menyerang cadbury adalah dengan bukti resit pembelian kononnya coklat berkenaan di beli di Malaysia.


Boleh dikatakan Cadbury mengeluarkan mungkin puluhan ribu coklat yang sama tapi belum pernah selama ini terdapat logo berkenaan dan bagaimana pula baru kali ini coklat tersebut dikesan berada di pasaran.

Walau bagaimanapun Sangkakala ucapkan tahniah kepada pihak cadbury kerana dengan pantas menjawab isu tersebut dengan menafikan bahawa coklat tersebut di buat di Malaysia dan pihak Cadbury tidak mempunyai kuasa untuk menahan mana mana pihak untuk mengimport atau membeli coklat tersebut dari negara luar.

Begitu juga dengan kes yang lepas, Sangkakala melihat bahawa coklat yang dikatakan mengandungi DNA babi tersebut mungkin dibeli dari luar negara dan pembalut coklat tersebut sahaja yang ditukar.

Berkenaan dengan resit pembelian pula, rasanya tidak mustahil sesetengah pihak membuat pembelian coklat sama di Malaysia kemudian coklat yang diimport ditunjukkan sebagai barang yang dibeli.

Jadi kepada pihak pihak yang berkenaan yang cuba untuk mengganggu gugat syarikat demi kepentingan diri, bawa bawa lah bertaubat dan insaf.



RAFIZI GAGAL KELUARKAN BUKTI !!! MERAPU BILA KENA KITAI DENGAN LOKMAN ADAM @NajibRazak

Malam tadi telah diadakan satu perdebatan diantara Rafizi Ramli, Dr Zaharuddin serta Lokman Nor Adam berkenaan dengan GST di Universiti Malaya.


Tapi malam ni jelas Sangkakala lihat bahawa Rafizi Ramli tidak mampu untuk menghuraikan apa itu GST yang dikatakan selama ini menyusahkan rakyat dan bakal membebankan rakyat.


Oleh kerana terlalu hendak menunjukkan bahawa GST itu bermasaalah dan untuk mematahkan hujah Lokman Adam, Rafizi mungkin tidak mengkaji bahawa permulaan cukai GST di Singapura sebenarnya bermula dengan 3% dan bukan 2% seperti yang disebutkan oleh beliau pada malam ni.

Lagi satu, mungkin untuk menunjukkan kehebatan beliau yang sebelum itu ditangkap oleh pasukan polis diatas akta perhimpunan aman, Rafizi jelas menipu bahawa beliau mengatakan bahawa jika beliau tidak dibebaskan untuk pergi ke UM malam ini maka pelajar UM akan merempuh balai polis Dang Wangi.

Alamak bro, ingat budak budak yang datang tu bodoh ke, itu semua budak budak terpelajar la, bukan cikai cikai nak dilambung dengan kata kata macam tu.

Berbalik pada kisah debat malam tadi, Rafizi jelas tidak mampu mengeluarkan fakta berbanding dengan Lokman Adam yang menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan GST.

Rafizi hanya mampu membuat perbandingan dengan negara luar yang mana jelas dan nyata kadar GST mereka adalah tinggi.

Ini ke tahap pemikiran seorang Ahli Parlimen yang Sangkakala rasa kalau tak menipu bukan Rafizi namanya.

Jadi disini Sangkakala rasa, pelajar pelajar yang hadir tadi lebih memahami apa itu GST yang diterangkan oleh Lokman Adam berbanding dengan kisah merapu Rafizi Ramli.

Esok kita nanti kan video video menarik yang akan Sangkakala kongsikan untuk kita sama sama nilaikan siapa Rafizi Ramli.





Isnin, 9 Mac 2015

CUEPACS SELAMATKAN KAKITANGAN ATAU JAHANAMKAN NEGARA @NajibRazak @AliHamsa55


Sejak kesatuan sekerja atau CUEPACS meminta kerajaan menimbangkan had umur persaraan daripada 60 kepada 62 tahun, pelbagai pandangan yang diberikan dan ini termasuk dari pandangan orang orang muda yang rata ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Rata rata anak muda ini risau dengan keadaan dimana mereka semakin kehilangan peluang untuk mendapatkan pekerjaan apatah lagi kenaikan pangkat apabila pegawai pegawai kerajaan dilanjutkan had umur persaraan sepertimana yang dicadangkan.

Berkenaan dengan para pegawai yang Sangkakala sebutkan tadi, pasti ada pegawai yang merasa selesa apabila kenaikan had umur ini dan Sangkakala bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh seorang pengguna laman facebook iaitu saudara Norizan Bin Sharif.


Kalau nak diikutkan memang ada kebenaran sepertimana yang ditulis oleh beliau bila tentang pegawai kerajaan dimana mereka ini hidup dengan penuh keselesaan semasa menjawat jawatan tetapi dilihat lebih tidak terurus apabila tidak lagi memegang apa apa jawatan.

Sebagai contoh, seorang jurutera di dalam jabatan kerajaan, sudah pasti semasa memgang jawatan beliau akan disanjung oleh kontraktor kontraktor dan tidak melampau rasanya jika Sangkakala mengatakan bahawa mereka (tak semua) ini mewah dengan segala hadiah dan sumbangan dari kontraktor kontraktor tersebut tetapi apabila mereka bersara maka dapat kita lihat kehidupan tua mereka yang sebenar.

Jadi kemungkinan besar juga CUEPACS cuba untuk membela agar mereka yang menjawat jawatan dalam kerajaan ini agar mendapat kehidupan selesa dan jika itu yang difikirkan maka eloklah jika penjawat awam ini dibenarkan berkerja sehingga ke akhir hayat.