Selasa, 24 Februari 2015

DENGGI ] NAIKKAN SAMAN !! KERAJAAN NEGERI SALAHKAN RAKYAT #DSNO #SMS #ubahselangor

Kerajaan Selangor nampaknya tak mahu mengaku bahawa kepimpinan mereka kini lemah dalam memastikan kesihatan rakyat serta kebersihan negeri terbela.

ADUN kawasan Subang Jaya yang merupakan speaker DUN, Hannah Yeoh mencadangkan agar kompaun dinaikkan sehingga mencecah RM 2000 berbanding RM 500 seperti sekarang.


Persoalannya adakah dengan menaikkan kompaun maka permasaalahan denggi akan selesai?? Bagaimana pula kalau sampah serta penyelenggaraan kawasan sekitar tidak dilakukan sepertimana yang sepatutnya oleh PBT di bawah kerajaan negeri?

Ini semua sebenarnya adalah untuk menunjukkan bahawa masalah denggi berpunca dari rakyat sedangkan permasaalahan telah banyak di kemukakan oleh rakyat tentang sampah, sistem pembentungan serta perparitan tidak diselenggara dan ini semua seolah olah dinafikan oleh kerajaan negeri.

Sangkakala amat yakin apabila kompaun dinaikkan maka penguatkuasaan akan dijalankan secara besar besaran dan yang menjadi mangsa adalah rakyat sedangkan masalah utama adalah disebabkan PBT yang tidak memantau penyelenggaraan yang tidak sempurna.

Jadi kepada rakyat Selangor, bersiap sedialah untuk membayar kompaun yang tinggi walaupun ianya salah PBT, TAHNIAH semua.


Tiada ulasan: