Ahad, 15 Februari 2015

#datumjelatek DATUMCORP MENIPU ATAU PENDUDUK KERAMAT BERBOHONG

Isu Datum Jelatek yang telah berlanjutan selama beberapa tahun nampaknya semakin hangat walaupun sedikit masa dulu cerita tentang Datum Jelatek ni senyap sementara waktu.

Malam semalam satu ceramah telah diadakan di Keramat bagi menerangkan apa situasi sebenar yang berlaku terhadap projek Datum Jelatek oleh beberapa orang ahli panel yang terlibat secara langsung dalam permasaalahan tersebut.


Antara intipati dalam ceramah yang diadakan semalam ialah kekesalan anak anak Jelatek daripada generasi kedua dan ke tiga tentang hak mereka yang diabaikan oleh pemaju projek Datum Jelatek serta kerajaan Negeri Selangor yang ada kini.

Antara yang di utarakan ialah pemilikan rumah Datum Jelatek yang mana kalau diikutkan perjanjian asal diantara kerajaan Negeri Selangor semasa Barisan Nasional.memerintah ialah setiap pemilik rumah asal akan menerima sebuah unit kediaman tidak kira berapa nilai harga unit kediaman tersebut.

Baru baru ini pihak pengurusan DatumCorp mengatakan bahawa tidak ada lagi penjualan dilakukan dan 50 peratus daripada unit unit berkenaan akan dijiual kepada bumiputera dan persoalannya pula ialah bumiputera yang mana?

Yang perlu diberi rumah atau unit unit ini ialah penduduk asal seperti uanh telah dijanjikan dan alasan bahawa mereka telah menerima pampasan tidak boleh dirujuk sama sekali kerana pampasan berkenaan juga adalah salah satu terma dalam perjanjian pengambil alihan kediaman tersebut.

Tapi hari ini Sangkakala telah dihubungi oleh seorang rakan yang menghantar gambar keratan akhbar yang mengayakan bahawa sebanyak 1200 permohonan daripada kaum bumiputera telah diterima.


Ini juga menimbulkan persoalan, adakah permohonan ini daripada penduduk asal atau pun orang luar? Sebab mengikut maklimat yang Sangkakala terima, unit yang paling murah bernilai RM 700 Ribu dan yang paling mahal adalah RM 11.4 juta bagi setiap unit.

Adakah anak Melayu keramat atau penduduk asal yang mempunyai kedudukan kewangan begitu tinggi hingga mampu membeli unit kediaman tersebut?


Jawapannya ada pada penduduk keramat sendiri tapi apa yang pasti, kerajaan Selangor hari ini menindas penduduk dan Sangkakala berani mengatakan bahawa kerajaan Pakatan yang diterajui oleh Azmin Ali telah menipu rakyat Selangor demi kepetingan pribadi mereka.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingatlah...kpd semua ummat muslim....darah, harta, tanah diharamkan sesama muslim.. maknanya begitu mendlm, tersirat dan tersurat, tapi itulah salah satu yg diperkuat dan diingatkan nabi saw kpd kita....

Darah...jgn membunuh sembarangan, sesuka hati tanpa alasan kukuh atau alasan yg dibenarkan islam,,, atau mencedera, menganianya..cth terbaik sunnah dan syiah..

Harta.. Kerana dunia, sanggup melakukan apa saja..cth..suami ada lebih dr satu isteri, byk kes yg kita dgr harta tdk dibahagi adil...mengambil hak org lain yg bukan haknya...

Tanah dah harta berkait rapat...tentu ada yg pernah dgr kerana tanah bila mati, tak diterima bumi, atau sakit yg luarbiasa parah sebelum meninggal yg mana org lain tak hadapi,,,,

Jgn ambik ringan dan mudah perkara berkaitan DARAH, HARTA, TANAH sesama muslim... begitu juga utk saya sendiri AMINNNNN