Selasa, 30 April 2013

#tolakpakatan NURUL IZZAH SILA JAWAB

Tadi Sangkakala masukkan gambar yang dihantar oleh seorang rakan melalui telefon, tapi Sangkakala masih lagi berasa tidak puas hati kerana tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Untung tadi Sangkakala serta rakan pergi makan di salah sebuah gerai di Kuala Kurau dan Sangkakala terjumpa dengan seorang anggota polis.

Sangkakala bertanya sama ada beliau sudah pergi mengundi atau tidak, dan beliau dengan segera menunjukkan jari kiri beliau yang bertanda dengan dakwat.

Sangkakala bertanya lagi jam berapa beliau membuang undi, beliau mengatakan bahawa beliau telah membuang undi pada jam 9.30 pagi tadi dan semasa Sangkakala mengambil gambar ini, jelas menunjukkan jam 9.05 malam dan ianya telah berlaku hampir 12 jam, tapi dakwat tersebut masih lagi melekat di jari beliau.

Jadi disini bagai mana pula Nurul Izzah mengatakan bahawa dakwat tersebut boleh tanggal dengan mudahnya?

Kalau hampir 12 jam dakwat tersebut masih lagi kekal dijari si pengundi, takkan lah ianya mampu dihilangkan dalam masa sejam oleh orang yang dikatakan saksi oleh Nurul Izzah.

Nampak sangat keturunan Anwar ni kaki kelentong orang, buat le macam mana pun kalau dah kaki penipu tu memang kaki penipu juga.

Macam la rakyat Malaysia ni bodoh sangat sampai dengan sewenang wenangnya boleh percaya dengan setiap tuduhan yang beliau serta rakan rakan beliau perkatakan.

Sangkakala nak berpesan kepada Nurul Izzah, jangan sampai nanti hilang wang pertaruhan di Lembah Pantai kerana rakyat sudah muak dan jemu melihat kerenah anak beranak ini yang selalu mencetuskan kontroversi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan BUKTI NURUL IZZAH DAN TIAN CHUA PEMBOHONG

Dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihanraya kali jelas menunjukkan bahawa tidak akan ada unsur unsur penipuan seperti mana yang selalu dan kerap kali digembar gemburkan oleh puak pakatan pembangkang.

Perkara ini dibuktikan apabila Nurul dan Tian Chua tadi dilaporkan membuat laporan polis berkenaan dengan satu insiden dimana mereka mendakwa bahawa dakwat tersebut hilang apabila dicuci dengan peluntur.

Tetapi dalam gambar dibawah jelas menunjukkan bahawa mereka yang mengambil gambar yang dikatakan diambil oleh mereka yang berjaya mencuci dakwat tersebut.

Dalam gambar diatas jelas menunjukkan bahawa waktu yang diambil semasa mereka mengambil gambar ialah pada jam 8.00 sedangkan masa mengundi pula ialah 7.55 pagi.

Adalah amat mustahil untuk mereka mencuci dakwat tersebut dalam masa 1 minit jika dikira dari masa pembuangan undi pertama hingga ke masa gambar diambil.

Sangkakala ambil 7.55 pagi, 2 minit masa proses carian nama dan 2 minit proses mengundi, jadi masa untuk mengundi dan masa yang berbaki cuma tinggal 1 minit dan 1 minit itulah masa untuk mencuci dakwat tersebut.

Munasabah ke perkara tersebut dilakukan? Atau Nurul Izzah dan Tian Chua sengaja membuat aduan untuk menjadikan ianya sebagai agenda Malaysianspring?

Ini adalah salah satu mentaliti pembangkang yang akan mencetuskan suasana politik kucar kacir semata mata untuk membuat perkara yabg tidak elok.

CALON ADUN SLIM REDAH SUNGAI

Calon Barisan Nasional DUN Slim River, Dato Khusairi Talib sanggup untuk meredah segala kepayahan demi untuk memberikan khidmat terbaik buat masyarakat setempat.

Hari ini sahaja beliau meredah jalan yang agak sukar demi menemui pengundi di sekitar kawasan Gunung Besout yang mana beliau terpaksa melalui jalan balak dan menaiki serta menuruni bukit semata mata untuk bertemu dengan rakyat.

Ini adalah satu pengorbanan yang dilakukan oleh calon Barisan Nasional dan seluruh rakyat telah mengetahui bahawa Barisan Nasional hanya memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.

Selama ini juga, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu sentiasa memberikan perkhidmatan beliau kepada rakyat tanpa mengira penat lelah.

Apa juga keperluan rakyat di sekitar kawasan Tanjung Malim akan dibawa kepada pengetahuan pihak kerajaan dengan kadar segera agar perkara tersebut dapat diselesaikan sesegera mungkin.

Rakyat di kawasan DUN Slim River sepatutnya bersyukur kerana beliau kini diletakkan sebagai calon ADUN kawasan tersebut dan sudah pasti selepas ini beliau akan berkerja dengan lebih kuat, memandangkan rakyat memberikan mandat kepada beliau.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan #pru13 BUKTI SYIAH MENULAR DALAM PAS

Selama ni puak puak PAS kata dalam parti mereka tidak mengamalkan apa yang diamalkan oleh pengikut Syiah, tapi mari kita saksikan dalam video dibawah

klik gambar untuk video

ANAK PM SERBU PARIT BUNTAR

Anak lelaki kepada Perdana Menteri hari ini membuat lawatan ke Parit Buntar untuk bertemu dengan para pengundi dan memberi sokongan padu kepada calon calon Barisan Nasional.

Beliau yang mewakili Perdana Menteri disambut ramah oleh para pengundi dan ini merupakan satu perkara yang dilihat amat baik.

Untuk melihat gambar sepanjang lawatan beliau, sila layari pautan di bawah

http://bit.ly/ZOKzg0



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan CHEGU BARD KANTOIKAN ANWAR IBRAHIM

Ishhh..apa dah jadi ni? Kan ke Chegu Bard anak emas Anwar selaama ni? tak pasal pasal je Chegu Bard kata Anwar macam ni pasal apa? klik gambar untuk saksikan apa yang Chegu Bard katakan pasal Anwar Ibrahim.

klik sini untuk video

#tolakpakatan PEMBANGKANG KEHABISAN MODAL UNTUK FITNAH JPN

Selama ini kita selalu didendangkan dengan kenyataan daripada pembangkang yang mengatakan bahawa Jabatan Pendaftaran bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional dalam mengeluarkan Kad Pengenalan kepada warga asing untuk membolehkan mereka menjadi ppengundi dalam pilihanraya.

Namun apa yang dikatakan oleh pembangkang itu disangkal sepenuhnya oleh pihak Jabatan Pendaftaran dengan mengatakan itu semua fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang demi untuk memburuk burukkan jabatan tersebut.

Nampak tak perbezaan diantara Kad pengenalan tersebut? Jadi bagaimana pembangkang mengatakan bahawa kerajaan telah mewujudkan pengundi hantu sekiranya kad pengenalan ini mempunyai ciri ciri berbeza?

Kalau perkara ini tidak mampu dibezakan oleh pakatan pembangkang, macam mana nak memerintah sebagai kerajaan kelak? kena fikirkan sendiri perkara ni.

Untuk baca kenyataan dari JPN sila klik DISINI

#tolakpakatan PUNYALAH KUAT PEMBOHONGAN PAKATAN PEMBANGKANG

Terkejut juga Sangkakala bila terbaca blog yang mengatakan bahawa Barisan Nasional menggunakan pesawat MH 8601 untuk membawa 36000 pengundi hantu dari Sabah ke semenanjung untuk dijadikan pengundi hantu.

Setahu Sangkakala belum ada lagi sebuah pesawat yang besar sampai boleh bawa penumpang seramai tu dalam Malaysia atau mana mana negara dalam dunia ni, tak tau la pulak kalau ianya sebuah kapal laut macam feri penumpang, itu pun belum tentu boleh muat lagi.

Pakatan pembangkang dilihat sudah tidak mampu untuk menyebarkan fitnah tambahan pula mereka kini di dalam keadaan yang amat terdesak berikutan sokongan padu rakyat yang dilihat semakin meningkat.

Oleh itu, pakatan pembangkang sengaja mencetuskan fitnah baru terhada Barisan Nasional dan sudah pasti isu pengundi hantu yang biasa akan dimainkan setiap kali pilihanraya tidak kira sama ada pilihanraya kecil atau umum atau negeri berlangsung.

Apa yang penting bagi pembangkang ialah cuba mewujudkan kekeliruan serta fitnah yang mana nanti sekiranya mereka kalah, mereka akan ada alasan kukuh untuk melakukan kekacauan dari fitnah yang direka oleh mereka.

Begitu juga dengan Kad pengenalan sementara yang dikatakan oleh pembangkang yang mana ianya diberi untuk para pendatang asing untuk mengundi, ianya telah dibongkar oleh blogger Yuseri Yusof tentang semua pembohongan tersebut.

Untuk maklumat serta bacaan lanjut, sila klik DISINI
















#tolakpakatan BUKTI PEMBANGKANG HINA KAKITANGAN AWAM

Ini bukti puak pembangkang menghina kakitangan awam, sampai dikatakan anjing oleh mereka kerana taksub dengan kepimpinan mereka.

Adakah ini yang perlu dipilih oleh kita bagi menjadi kerajaan lepas PRU nanti? Layakkah mereka yang mengatakan perkara tersebut diberi mandat oleh rakyat?

Pada Sangkakala, perkara ini adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pakatan pembangkang.

Mungkin tidak ramai dikalangan para penjawat awam yang menerima sms seperti ini tetapi Sangkakala ingin bertanya kepada kaum keluarga kakitangan awam, adakah mereka juga merelakan kaum keluarga mereka di label sebagai anjing?

Itu belum lagi rakyat memberikan kuasa memerintah kepada mereka, jika kuasa memerintah jatuh ke tangan mereka, Sangkakala sendiri tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh pakatan pembangkang keatas para penjawat awam ini.

Tidak mustahil mereka akan mengurangkan kakitangan awam sepertimana yang pemimpin mereka katakan sedikit masa dulu.

Jadi kepada para penjawat awam, sedar sedarlah, kini mereka mengatakan kamu semua sebagai anjing, nanti mereka akan melempar kamu hilang entah kemana.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan #PRU13 UNDI DAP BUKAN UNTUK PAS

Ekoran desakan yang begitu kuat di kalangan penyokong dan pengikut akar umbi Pas, akhirnya pimpinan tertinggi Pas akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan berhubung Hudud sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan pimpinan DAP dan PKR. Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memang PRU13.

Sebelum ini Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, telah mengeluarkan kenyataan agar rakyat khususnya di Johor agar tidak mengundi Pas kerana curiga dengan keikhlasan parti itu dalam perjuangan pakatan pembangkang. Malah dia turut mendesak agar DAP untuk sgera keluar daripada pakatan pembangkang selagi Pas masih menganggotainya.

"Saya akhirnya telah memutuskan bahawa Pas tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa... DAP mesti sedar bahawa Pas bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini," katanya sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, Norman turut menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai 'fanatik agama'. Malah dia turut mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklarasi yang melarang orang Islam mengucapkan 'Selamat Hari Krismas' kepada orang Kristian.

Terbaru ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, turut mengambil pendekatan yang sama dengan membuat kenyataan terbuka membantah rancangan Pas untuk menubuhkan negara Islam. Dia yang menyifatkan Pas sebagai sebagai "berbahaya" turut mengatakan "Satu-satunya cara kita boleh menghentikan ini adalah untuk menghentikan Pas.

"Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak undi kami, "katanya.

Walaupun pimpinan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang itu, sebelum ini mengatakan mereka telah sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama mengenainya dibuat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 29 April 2013

RED BEAN ARMY UGUT ROGOL DAN BUNUH

Siapa sangka mereka yang selama ini mengatakan sebagai pejuang kepada hak kebebasan bersuara, sebenarnya secara diam turut menguna pakai startegi komunis dan gestapo untuk menakut-nakutkan rakyat. Inilah realiti politik yang ada di dalam DAP apabila mengunakan politik paling kotor dan hina demi kepentingan politik perkauman yang sempit.

Isu yang ingin dibincangkan adalah mengenai kumpulan cybertaroppers DAP yang dikenali sebagai 'Red Bean Army' yang berfungsi untuk menyerang, menghina, mengugut mana-mana kumpulan atau individu yang dilihat cenderung kepada BN/Umno. Ia bukanlah satu dakwaan semata-mata, kerana terdapat bukti yang jelas di samping pengakuan khusus dari bekas pemimpin DAPSY (Pemuda DAP) Shen Yee Aun.

Beliau ketika ditemui menjelaskan kumpulan pencacai tersebut ditubuhkan khusus untuk mewujudkan gerakan persepsi di kalangan maysrakat kononnya pakatan diterima oleh majoriti rakyat. Ia adalah merupakan sesuatu yang serius, kerana mereka yang menyatakan sokongan kepada BN/Umno akan diserang dengan 'kejam' oleh siber buli khususnya kepada masyarakat Cina.

Gambaran yang cuba diberikan, kononnya orang Cina mesti berdiri menentang Barisan Nasional. Ia adalah satu trend yang berbahaya dan jika tidak ditangani dengan betul kumpulan cybertroopers ini akan menjadikan golongan awam sebagai mangsa serangan.

Contohnya, Datuk Seri Michelle Yeoh seorang selebriti yang telah dijadikan sebagai mangsa dan sasaran dengan sumpah seranah dan cacian hanya kerana menyokong BN. Beliau yang pulang ke tanahair baru-baru ini, mengatakan bahawa dia benar-benar percaya dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan orang yang terbaik untuk memimpin negara.

Seterusnya seorang wanita yang merupakan ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan NGO telah dilemparkan dengan pelbagai bahasa kesat. Tidak cukup dengan itu wanita itu turut diugut untuk dirogol dan di bunuh hanya kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan pendirian pakatan pembangkang.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SOKONGAN TERHADAP BN MELONJAK, PEMBANGKANG BAKAL KECUNDANG

Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Pas dan Dap malah apa yang berlaku di dalam kancah politik Pakatan Rakyat adalah amat berbeza sekali dengan situasi yang dialami BN.

Pakatan Rakyat semakin goyang dan pakatan yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu khayalan atau 'marriage of convenience'.

Keadaan di dalam pembangkang sebenarnyya amat parah kerana sejak dari mula diasaskan sebagai Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti sentiasa bertelagah dari segi ideologi.

Isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas sentiasa menjadi duri dalam daging dalam pakatan pembangkang.

Dap dengan disokong PKR tetap menentang sebarang usaha Pas untuk memghidupkan impiannya melaksana hukum jenayah Islam jika pembangkang berkuasa.

Malah pemimpin Dap Karpal Singh telah menyatakan parti itu bersama PKR akan menentang niat Pas untuk meminda Perlembagaan bagi melaksanakan hukum hudud.

Pas, PKR dan Dap hanya berkongsi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN dan perasaan inilah yang menjadi tali politik yang mengikat perpaduan longgar mereka.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TUN MAHATHIR PALING KAYA ???

Walaupun sudah bersara, Tun Mahathir kekal menjadi musuh utama pembangkang. Kesungguhan beliau membantu kempen Barisan Nasional dalam PRU-13 ini benar-benar menyesakkan dada pembangkang.

Sehingga ke satu tahap mereka tidak mampu menahan semarak aura Tun Mahathir dan tidak mampu juga untuk mematahkan kata-kata beliau, maka mereka bertindak melepas geram dengan mempersoalkan ajal beliau yang belum sampai. Mereka juga tidak mampu lagi menyembunyikan dendam peribadi terhadap beliau dengan menyatakan secara terbuka betapa cita-cita mereka untuk memenjarakan beliau sejurus berkuasa.

Serentak dengan itu, tentera siber mereka pun ditugaskan menyerang Tun Mahathir. Justeru, tersebarlah berbagai artikel untuk memburukkan beliau. Antara yang paling menarik ialah artikel yang menuduh beliau sebagai orang ke-2 terkaya di dunia seperti yang tertulis di sebuah blog pro-pembangkang:

Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila nama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia. Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.

Kononnya, maklumat ini didapati dari Wikipedia, namun hilang sejurus selepas mereka melayarinya. Tidak pasti kenapa mereka mesti menyatakan maklumat tersebut hilang secara tiba-tiba. Apakah mereka cuba menggambarkan seolah-olah Wikipedia juga berada di bawah kawalan Tun Mahathir atau BN?

Sedangkan jika kita melayari Wikipedia berkenaan personaliti-personaliti politik di Malaysia, mahupun jika mencari maklumat mengenai mereka di 'google search' atau 'yahoo search', kita akan dapati bahawa kebanyakannya mengutamakan atau memaparkan maklumat yang cenderung berat sebelah di sebelah pembangkang. Justeru, di mana logiknya Wikipedia, google atau yahoo dikawal oleh Tun Mahathir atau BN.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan HUSAM BERTAMBAH BIADAP

Kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya kaitkan kematian Timbalan Ketua Pengarah yang ditembak mati kerana rasuah adalah biadap dan tidak tahu menghormati kematian arwah. Husam dilihat tidak berhati-hati dan tidak bertanggungjawab kerana sanggup menghina mangsa yang terkorban dengan mengaitkan dakwaan kerajaan korup dengan kematian yang berlaku beberapa hari lalu.

Dia turut mendakwa serangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kepada beliau berhubung isu pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam seolah-olah ingin menutup maklumat mengenai kawalan keselamatan negara.

Beliau berkata Hishamuddin perlu berhenti untuk hanya mengeluarkan kenyataan sebaliknya menumpukan usaha menangkap individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Datuk Shaharuddin Ibrahim. Hishamuddin sebelum ini membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin disebabkan kerajaan korup.

Tapi beliau menjawab bahawa ni bukan isunya, isu yang lebih besar,menurut beliau, sudah tiga hari kematian itu. Tapi penjenayah masih belum ditangkap. Apa masalahnya dengan Husam ini, subuk pula nak mengatur apa yang perlu dibuat, Ini mesti kes dekat Kelantan dulu dia tak buat kerja, lepas tu nak samakan menteri BN ni pun tak buat kerja.

Sebab itu dia lari ke Putrajaya, sebab nak tunjukkan konon-kononnya kerajaan tak efisien, padahal kenapa tak tanya diri sendiri kenapa lari ke Putrajaya? Kenapa tak pertahnkan sahaja kerusi di Kelantan tu?

Berani juga dia ni cakap Datuk Hisham nak sembunyikan kawalan keselamatan negara lepas serang dia tak tentu pasal. Bukan pada awalnya dia ke yang sibuk tak tentu pasal. Kematian itu dia yang pakai buat modal untuk politik sebab nak bangkitkan kemarahan rakyat la tu agaknya.

Siap bagi cadangan dekat Datuk Hishamuddin untuk fokus cari penjenayah tersebut. Cubalah cari sekali Husam ooiii, kan nak jadi wakil rakyat di Putrajaya, cubalah tunjuk hero sikit. Untung-untung dapat lah naikkan undi, itu pun kalau berjaya selesaikan lah kan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#PRU13 PEMBANGKANG GADUH LAGI

Angin tiada ribut pun tidak, tiba-tiba sahaja Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez tampil mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak memperjudikan nasib dengan mengundi PAS sambil menegaskan parti berlabel Islam itu tidak layak mendapat undinya.

Menurut Norman, "orang bukan Islam mesti sedar bahawa PAS akan melaksanakan apa yang digariskan sekiranya mendapat kuasa. Persoalannya adalah samada orang bukan Islam bersedia mengambil risiko dengan PAS?"

Dari kenyataannya itu jelas menggambarkan wujudnya keraguan mendalam di kalangan pemimpin DAP terhadap PAS.

Kebimbangan yang disuarakan pemimpin DAP Johor itu dipercayai berkait rapat dengan ura-ura Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PR memenangi PRU-13.

Walau pun hakikatnya apa yang diperkatakan PAS itu hanyalah retorik politik menjelang pilihan raya, namun bagi DAP ia tetap dianggap satu ancaman kepada pengaruhnya di kalangan orang bukan Islam.

Ia tidak mengejutkan kerana PAS dan DAP sedari dulu lagi memang tidak pernah serasi disebabkan masing-masing agak berbeza dasar dan arah haluan perjuangannya, ibarat air dan minyak yang tidak mungkin bercampur dan sebati hingga kiamat.

Dari sudut lain, DAP mempunyai sebab untuk meragui kejujuran PAS memandangkan parti berlabel Islam itu sebelum ini tidak pernah tetap pendiriannya dan acap kali bila PAS merasakan dirinya lebih kuat, bila-bila masa sahaja mereka sanggup mengkhianati rakan sepakatan.

Namun perkembangan terbaru ini tentunya bakal menambah lagi suhu kehangatan PRU-13, di masa yang sama senario ini secara langsung menonjolkan betapa rapuhnya kerjasama antara DAP, PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan BELUM BERKUASA DAP DAH TUNJUK ZALIM

Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.

Sehari dua kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan pengundi Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan HUSAM LARI TAK CUKUP TANAH

Seorang blogger yang dikenali sebagai kickdafella mencabar boss beliau iaitu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa untuk menjalani ujian mengesan pembohongan diatas beberapa kenyataan yang dilakukan oleh beliau.

Tapi adakah Husam berani untuk menjalani ujian tersebut?

klik gambar untuk video

#PRU13 ANAK BERANAK KAKI KELENTONG

Kit Siang Kelentong Rakyat Kata PR Bakal Menang 7 Negeri

Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan kempen propaganda politiknya dengan mendakwa konon PR berupaya menawan 7 buah negeri termasuklah mengekalkan kedudukan PR sebagai pemerintah di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Tiga negeri tambahan yang termasuk dalam senarai itu ialah menawan kembali Perak serta menguasai Negeri Sembilan dan Perlis.

Malangnya, kempen propaganda murahan Kit Siang bagaikan angin lalu sahaja, tak mendapat sambutan dan gagal untuk meningkatkan moral penyokong PR dan tak berupaya menandingi kebangkitan semula BN yang berterusan memperkukuhkan kedudukannya.

Ia mengecewakan tidak hanya Kit Siang, tetapi juga menyebabkan ramai penyokong PR dilanda kebimbangan kerana jika BN mengekalkan prestasinya seperti sekarang dan rakyat pula makin hari makin selesa bersama BN, bermakna PR pasti tumbang di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Lebih merunsingkan Kit Siang, bila mana kubu DAP di Pulau Pinang sudah merekah, jika kena gayanya dengan Pulau Pinang sekali harung diambil balik oleh BN.

Dalam temu ramahnya dengan akhbar China Press 27 April 2013, sekali lagi ditekankan propagandanya itu yang hakikatnya tersirat menunjukkan betapa terdesaknya DAP dan PR untuk menarik perhatian ramai supaya menyokong agenda mereka untuk mengejar kuasa ke Putrajaya.

Kit Siang sebenarnya faham, senario PRU-13 jauh berbeza dengan tsunami politik yang berlaku semasa PRU-12 2008, ditambah dengan mood rakyat yang kian kukuh di belakang BN, mahu tidak mahu terpaksalah beliau mengulangi kembali propaganda sedemikian.

Tambahan pula, Kit Siang amat mengharapkan dengan menyegarkan semula kempen propaganda ini akan mampu menjadi satu perasa tambahan untuk menarik lebih ramai penyokong PR untuk hadir meramaikan program politik PR sekali gus menjadi buah mulut khalayak.

Andai propaganda murahan dan taktik kelentong sebegini berjaya, ia satu bonus untuk DAP dan PR, kalau pun gagal ia setidak-tidaknya dapat juga meningkatkan semula semangat anak buahnya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan BARU SEKARANG NAK DAKWA ???

DAP Serah Bukti Kepada SPRM Bekas Wakil Rakyatnya Rasuah

Berita dari akhbar Nanyang Siang Pau dan New Strait Times menyebut satu laporan SPRM baru sahaja dibuat oleh Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) ke atas Jenice Lee yang juga merupakan bekas wakil rakyat DAP di DUN Teratai.

Menurut kenyataan DAPSY, tindakannya membawa kes Jenice Lee kepada SPRM disebabkan pihaknya yakin Jenice Lee telah melakukan penyalahgunaan kuasa selain disyaki terlibat dalam 5 kes penyelewengan dana negeri dan wang penduduk.

Serentak dengan itu juga DAPSY mendesak calon Bebas itu menarik balik pencalonannya dengan alasan rakyat kawasan DUN Teratai tidak memerlukan wakil rakyat tidak bertanggungjawab seperti Jenice Lee.

Entah apa bukti yang diserahkan bagi menyokong laporan tersebut belum diketahui, namun persoalannya kenapa sekarang? Mengapa semasa Jenice Lee masih merupakan Wakil Rakyat DAP bagi kawasan DUN Teratai, perkara ini didiamkan?

Jenice Lee telah dipecat keahliannya sebagai anggota DAP dua hari selepas penamaan calon PRU-13 berikutan kegagalan bekas Wakil Rakyatnya mengikut arahan parti supaya menarik diri sebagai calon Bebas di DUN Teratai.

Dek kerana Jenice Lee kekal bertanding Bebas menentang calon DAP sendiri, barulah timbul bukti itu ini dan laporan baru dibuat kepada SPRM. Nampak seperti ada sesuatu yang tak kena.

Secara tersuratnya, tindakan DAP melalui sayap pemudanya merujuk isu penyelewengan Jenice Lee kepada SPRM seakan menggambarkan betapa prihatinnya parti anak beranak Lim Kit Siang itu dalam menentang amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sekilas pandang, begitulah yang kelihatan walau sebenarnya, andai kata Jenice Lee mengikut arahan DAP menarik diri dari bertanding dalam PRU-13, pastinya laporan SPRM itu tidak akan dilakukan.

Makna kata, laporan yang dilakukan itu hanya bermotifkan politik dan tidak ikhlas sama sekali. Bila sudah sebegitu, ia juga memberi maksud DAP sanggup berdiam diri atas segala tingkah laku buruk ahlinya selagi mana wujud kesetiaan kepada parti.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan PENJAWAT AWAM DILABEL KERA ???

Belum apa apa dah ada calon pakatan pembangkang yang berani melabel penjawat awam sebagai kera, yang mengatakan mereka ini sebagai kera juga adalah bekas penjawat awam, adakaj brliau juga bekas seekor kera?

Sebagai seorang pegawai tinggi dalam kerajaan, perkara seperti ini tidak sepatutnya diperkatakan oleh Tan Sri Hashim yang mana beliau juga adalah bekas penjawat awam yang pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. 

Tapi apa yang Sangkakala lihat,  Tan Sri Hashim tidak dapat membezakan yang mana manusia dan haiwan.

Takkan pangkat tinggi tinggi tak sekolah kot ye tak? Kalau masih lagi ada penjawat awam yang memilih mereka ini sebagai wakil rakyat, Sangkakala sendiri pun tak tau nak kata apa dah.

Jelas terbukti bahawa calon pakatan pembangkang tidak menghormati penjawat awam yang bertungkus lumus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Ahad, 28 April 2013

#tolakpakatan PAS BUTA ANTARA ISLAM DAN KAFIR

Astaghfirullah, memang begini agaknya sikap orang PAS yang sudah buta tuli dimana letaknya Islam dan Kafir.

Sepertimana yang dikeluarkan dalam artikel oleh blogger selongkarisu, Sangkakala ingin memetik sedikit tentang apa yang diperkatakan oleh beliau dalam artikel http://bit.ly/10LtIMV

Adalah memalukan apabila PAS melakukan perkara seperti itu dan Sangkakala sendiri pernah terdengar juga perkara itu diperkatakan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan DEWAN TANJUNG PIANDANG DISERANG @ZambryAbdKadir @tunfaisal

Dewan Tanjung Piandang diserbu oleh tiga calon Barisan Nasional setelah dijemput oleh pihak penganjur program.

Apa yang menariknya pada malam ini, seluruh persatuan cina di Parit Buntar telah berjanji untuk memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional.

Persatuan persatuan ini merasakan bahawa inilah masa untuk mereka membalas budi Barisan Nasional yang telah memberikan jasa dan bakti dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk sekitar kawasan Parit Buntar tidak mengira apa bangsa dan agama sekalipun.

Lebih dari 1000 orang yang hadir ke majlis makan malam tersebut mewakili pelbagai persatuan dan NGO di sekitar Parit Buntar.

Ketiga tiga calon Barisan Nasional telah disambut dengan begitu mesra serta meriah pada malam ini disertai dengan tepukan gemuruh apabila calon P057 Parlimen Parit Buntar dan calon N08 DUN Kuala Kurau menyampaikan ucapan mereka pada malam ini.

Ini adalah momentum baru yang dapat dilihat apabila kebanyakan ahli persatuan dari golongan orang muda yang hadir dalam majlis sebegitu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@PRU13 CALON BARISAN TERIMA TEKANAN

Calon PAS bagi kerusi DUN Lenggeng, di Seremban Zulkefly Mohamad Omar dilapor dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mendapat serangan angin ahmar, semalam.

Belum apa apa dah masuk hospital ni apa cerita? Macam mana nak jadi wakil kepada rakyat kalau kesihatan sendiri tidak berada dalam keadaan yang baik?

Apa apa pun Sangkakala doakan supaya Zulkefly sembuh dengan segera, dan untuk makluman, biasanya orang yang kena angin ahmar ni orang yang tidak boleh menerima tekanan.

Jadi oleh yang demikian, janganlah puak puak pakatan di Lenggeng memberi tekana kepada beliau, berilah tekanan kerja itu kepada calon Barisan Nasional dengan memilih Barisan Nasional mewakili masyarakat setempat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#pru13 #tolakpakatan AIR MATA SEORANG PEJUANG

Menteri Wilayah, Datuk Seri Raja Nong Chik tidak tahan menahan sebak apabila beliau melangkah kaki masuk ke dalam rumah contoh K-baru Kerinchi.

Beliau merasa sebak kerana ramai dikalangan rakan rakan beliau telah kembali ke rahmatullah dan tidak sempat untuk melihat kejayaan mereka bersama sama berjuang untuk mendapatkan rumah tersebut bagi penduduk Kampung Kerinchi.

Rumah yang bakal dimiliki ini jauh lebih selesa dari rumah yang mereka diami sekarang dan rupa rupanya, Datuk Seri Raja Nong Chik antara salah seorang yang menjadi pejuang bagi penduduk mendapatkan rumah tersebut.

Patutlah Menteri Wilayah ini sebak sampai menitiskan air mata, rupa rupanya ada kisah disebalik pembinaan rumah tersebut.

Walau apa pun Sangkakala ucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Raja Nong Chik yang berjaya memberikan khidmat terbaik di kawasan beliau dan insyaallah, kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional.

Satu persoalan yang perlu diajukan kepada pakatan pembangkang, adakah mereka mampu untuk melaksanakan seperti apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional kini?

Pembangkang hanya akan menghentam dan mencerca sebaliknya kerajaan akan membina, disitu dapat kita lihat bahawa kerajaan yang ada kini amat mengambil berat tentang permasaalahan yang melibatkan rakyat serta penduduk di satu satu kawasan.

Semoga apa yang dilakukan dan diusahakan oleh Datuk Seri Raja Bong Chik ini akan mendapat hidayah dan sebagai rakyat, anda perlu melihat siapa yang lebih bertanggungjawab dalam hal sebegini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#PRU13 #tolakpakatan DAP WAYANG LAGI

Lim Guan Eng mendakwa bahawa beliau diugut oleh orang yang tidak dikenali untuk menjaga anak beliau.

Bagi Sangkakala ini bukanlah satu ugutan jika meminta beliau menjaga anak beliau yang kemungkinan besar melakukan perkara yang tidak senonoh.

Tidak mustahil perkara itu berlaku kerana kita semua tahu bahawa Guan Eng juga bukanlah seorang yang baik moralnya.

Seperti yang lepas lepas, pakatan pembangkang akan mengatakan bahawa mereka menerima ugutan dan sebagainya hanya semata mata untuk meraih simpati rakyat dan meraih undi kesian.

Biasa lah, nama pun pakatan pembangkang yang mana ketua mereka juga seorang yang kuat dalam pembohongan dan berani melakukan apa sahaja demi untuk mencapai maksud untuk menjadi Perdana Menteri.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan PAS TERKENA SEKALI LAGI

PAS terpaksa mengalah lagi dengan memberikan laluan untuk PKR bagi DUN Kota Damansara.

Macam mana PAS nak kata mereka boleh membuat sistem perundangan atau apa apa keputusan sekiranya kerusi mereka makin berkurangan?

PAS hanya mampu melihat apabila semakin banyak kerusi mereka yang hilang, walaupun kerusi DUN Kota Damansara sebelum ini memang dimiliki oleh PKR, namun PAS berhasrat untuk bertanding di kerusi tersebut.

Apa yang dapat dilihat ialah, PAS terpaksa akur dengan kuasa yang ada di dalam PKR.

Demi untuk mencapai matlamat mereka, PAS terpaksa melepaskan kerusi tersebut walaupun kehendak akar umbi PAS itu sendiri berkehendakkan begitu.

Nampaknya PAS mempunyai harapan tipis untuk menjadi suara dalam dewan sekiranya pakatan pembangkang menang sekali pun.

Dan seperti sebelum ini, PAS hanya akan mampu melihat dan sesiapa yang bersuara sudah pasti akan menerima nasib seperti Hasan Ali yang dipecat dari semua jawatan yang ada.

Jadi dimana kedudukan PAS sekarang?

Sama samalah kita fikirkan kembali apa keuntungan sekiranya PAS masih bersama sama dengan pakatan pembangkang.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan MUHD TAIB KATA PERKASA SAMSENG ???

Bertambah lancang mulut bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohammad Muhd Taib apa bila beliau menyerang PERKASA dengan mengatakan bahawa pertubuhan itu samseng.

Tapi kenapa beliau tidak mengatakan bahawa DAP adalah samseng dengan apa yang telah terjadi pada 13 mei 1969 yang mana beliau sendiri tahu bahawa ianya didalangi oleh DAP?

Kenapa setelah memeluk agama PAS, beliau begitu celupar mengatakan bahawa pertubuhan pendesak itu samseng dan mendakwa bahawa UMNO tidak lagi sekuat dahulu sedangkan beliau baru beberapa hari sahaja meninggalkan UMNO?

Ini adalah sikap seorang pemimpin hipokrit yang hanya mementingkan diri dalam politik, jika benar beliau mengatakan bahawa UMNO kini terdesak hingga menggunakan PERKASA, kenapa dari pada mula penubuhan PERKASA beliau tidak menyebut tentang perkara itu?

Sudah sudah la tu Tan Sri, Tan Sri duduk dirumah bela cucu lagi baik.

Tapi mungkin juga beliau menyertai PAS setelah tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh parti tersebut yang mana dengan menyertai PAS maka dosa lampau beliau akan terhapus.

Dan dengan mengatakan pelbagai perkara tentang UMNO mungkin akan menambahkan pahala beliau.

Kubur kata mari rumah dah kata pergi Tan Sri, Karpal pun tak terima Tan Sri dalam pakatan pembangkang, sebab dah dilabel sebagai liabiliti.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#PRU13 TAHNIAH SUHAIMI ABDULLAH

Ketua Umno bahagian Jerai Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata beliau tidak menolak kemungkinan keputusan pucuk pimpinan tidak memilihnya menjadi calon parlimen Jerai menyebabkan wujudnya 'elemen' sabotaj oleh penyokongnya dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Tapi beliau juga berkata bahawa beliau tidak akan sekali kali membenarkan perkara tersebut terjadi di parlimen Jerai.

Sangkakala percaya dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Suhaimi kerana walaupun selama ini beliau bekerja keras tetapi nama beliau tidak di letakkan sebagai calon ahli parlimen, beliau masih lagi bekerja untuk membantu calon Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan di kawasan tersebut menjadi milik Barisan Nasional.

Jerai mempunyai 74,583 pengundi yang terdiri daripada 79 peratus Melayu, 14% Cina, 6 peratus India dan lain-lain 0.59%.

Dalam pilihan raya 2008, calon PAS Mohd Firdaus Jaafar menang dengan majoriti 2,299 undi. Kali ini beliau sekali lagi mempertahanan kerusi itu, berdepan Jamil yang juga ketua penerangan Umno Kedah.

Walaupun ada pihak yang berasa sedikit kecewa apabila Datuk Suhaimi tidak dicalonkan tetapi atas nasihat beliau, semua jentera bergerak seperti biasa dan ini adalah satu kelebihan yang ada dalam diri Datuk Suhaimi kerana sebagai seorang pemimpin, beliau dilihat lebih neutral dalam menerima keputusan pucuk pimpinan parti.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada Datuk Suhaimi yang sehingga kini bertungkus lumus dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional di parlimen Jerai dan Sangkakala rasa tidak mustahil bahawa kawasan parlimen tersebut akan dapat dirampas kembali oleh Barisan Nasional memandangkan daripada kerja keras semua jentera yang ada.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 27 April 2013

#PRU13 MAKIN TUA MAKIN MUDAH DITIPU

Semakin lanjut usia Nik Aziz semakin mudah beliau ditipu oleh Anwar Ibrahim, mungkin kerana Anwar merasakan bahawa pemimpin PAS ini akan lupa dengan apa yang pernah berlaku tak berapa lama dahulu.

Bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin pernah cuba untuk membohongi rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa beliau telah menerima surat pengesahan yang dikeluarkan oleh kedutaan Jepun di Kuala Lumpur yang mengatakan bahawa wang saguhati untuk mangsa buruh paksa landasan keretapi maut telah dibayar oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.

Dan setelah dilakukan pengesahan, jelas bahawa kerajaan atau kedutaan Jepun tersebut tidak pernah mengeluarkan apa apa surat pengesahan kepada beliau.

Begitu juga yang terjadi semalam, Nik Aziz dikatakan melancarkan surat daripada Yusuf Al-Qardawi yang menyokong supaya Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri untuk menerajui kerajaan Malaysia.

Pernahkah kita semua terfikir, Anwar sengaja bertemu dengan ulama termasyhur dunia tersebut demi untuk menyelamatkan dirinya daripada digulingkan oleh DAP?

Mungkin ramai yang tidak pernah terfikir tentang perkara ini, tetapi apa yang Sangkakala lihat ialah, perkara ini tidak mustahil dan tidak juga menjadi satu perkara aneh kerana Yusuf Qardawi tidak mengetahui kedudukan sebenar tentang kes Anwar di Malaysia.

Dan Sangkakala percaya sekiranya Anwar menceritakan kisah sebenarn maka ulama tersebut juga tidak akan sama sekali akan mengeluarkan apa apa surat untuk menyokong Anwar.

Satu lagi perkara ialah, Yusuf Qardawi adalah seorang ulama yang bebas daripada politik di negara beliau dan adalah amat mustahil sekiranya Yusuf Qardawi begitu mengambil berat tentang politik di Malaysia.

Sangkakala tidak melihat dimana lebihnya Malaysia di mata Yusuf Qardawi dan jika beliau begitu mengambil berat tentang politik di Malaysia, kenapa beliau tidak melakukan perkara sama di Libya dan negara arab yang lain diserata dunia yang bergolak akibat diserang oleh orang kafir?

Surat yang dilancar serta diedar semalam mungkin juga adalah surat palsu yang mana ianya adalah untuk menyelamatkan Anwar daripada digulingkan seperti yang Sangkakala katakan tadi.

Jadi bagi Sangkakala surat surat begini lebih baik dilupakan sahaja kehadirannya kerana tidak ada pengesahan dari ulama tersebut bahawa beliau da memberikan apa apa surat kepada ketua pembangkang itu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan #PRU13 TIAN CHUA HINA POLIS

Sekali lagi ahli parlimen Batu menghina pasukan polis kertana dikatakan gagal dalam menahan atau menangkap mana mana individu yang mendalangi kes letupan di perkarangan mahkamah pada bulan Januari lalu semasa kes Anwar Ibrahim disebut.

Kenapa agaknya ahli parlimen PKR ini terlalu bodoh dan tidak mempunyai akal fikiran sepertimana selayaknya beliau bergelar wakil rakyat?

Untuk menangkap atau mendakwa setiap individu yang melakukan jenayah, ianya perlu dibuat dengan penuh teliti dan perlukan bkti yang kukuh.

Sepertimana yang didakwa oleh beliau, semasa sebutan kes liwat Anwar Ibrahim di mahkamah Jalan Duta, sebiji bom yang lebih kurang sama dengan kejadian di Nibong Tebal telah diletupkan dan menurut beliau sehingga kini pihak polis masih gagal untuk mengesan penjenayah tersebut.

Bagi Sangkakala ianya bukanlah salah pihak polis, namun puak pembangkang perlu untuk memberitahu kepada para pengikut mereka agar lebih berpendidikan dalam berpolitik kerana kita semua rakyat Malaysia cintakan keamanan dan tidak mahu satu satu perkara buruk daripada berlaku.

Insiden letupan di Nibong Tebal baru baru ini telah mencederakan seorang pemuda Barisan Nasional dan adalah amat mustahil sekiranya perkara tersebut dilakukan oleh pengikut Barisan Nasional sendiri.

Untuk apa pengikut Barisan Nasional berkelakuan seperti itu? Takkanlah pengikut Barisan Nasional mahu merosakkan tempat sendiri serta mencederakan orang sendiri?

Daripada apa yang diperkatakan oleh Tian Chua, Sangkakala dapat rasakan bahawa mereka (pakatan pembangkang) seolah olah biasa melakukan perkara sedemikian dan tidak mustahil jika ugutan yang diterima oleh anak kepada Dr Xavier dan Nurul Izzah adalah angkara mereka sendiri.

Kenapa apa Sangkakala katakan begitu? Kerana mereka seolah olah lebih tahu perkara mana yang dirancang oleh orang sendiri dan yang mana tidak, dan mereka menyifatkan apa yang berlaku di setiap kejadian adalah sepertimana yang mereka rancang selama ini, iaitu mengarahkan orang sendiri untuk melakukan sesuatu dan kemudian menunding jari kepada pihak lawan.

Sangkakala amat yakin bahawa Barisan Nasional tidak akan bertindak sebegitu bodoh hingga sanggup untuk melihat orang sendiri tercedera.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan SEKALI LAGI SPR DI FITNAH

Agak melampua kini bila pakatan pembangkang asyik menyalahkan SPR dalam semua perkara.

Semalam satu lagi fitnah terhadap SPR dilakukan oleh DAP apabila mereka mengatakan bahawa petugas SPR mencatit nombor pada kertas undi pos yang diedarkan.

Apa nak jadi pembangkang ni? Segala tuntutan dilakukan dengan penuh berhemah, minta gunakan dakwat kekal dituruti, minta itu dan ini dan segala persoalan telah dijawab oleh SPR dengan telus.

Apabila Perdana Menteri mengambil jalan untuk mengadakan pilihanraya di saat akhir tamat tempoh parlimen, mereka mengatakan Perdana Menteri takut dan kerajaan Barisan nasional sengaja melakukan kelewatan untuk membolehkan kerajaan menipu dalam pilihanraya.

Sedangkan kita semua tahu dan terbukti dalam PRU12, 5 buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang yang mana satu negeri telah kembali diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional.

Itu pun masih dikatakan tidak sah dan masih juga ada dikalangan pengikut pakatan pembangkang mengatakan bahawa negeri Perak dirampas oleh Barisan Nasional dengan cara kotor.

Sangkakala ingin maklumkan disini, sekiranya kerajaan Barisan Nasional bersekongkol dengan SPR, kemungkinan besar hanya Anwar Ibrahim yang berada di dewan rakyat sebgai wakil pembangkang sepertimana yang berlaku di Singapura.

Tetapi kita boleh lihat bahawa kerajaan tidak mendapat mandat 2/3 daripada kerusi parlimen kerana ketelusan SPR dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Jadi dimana lagi yang hendak dikatakan bahawa semuanya adalah pakatan kepada Barisan Nasional?

Sangkakala rasa jika pembangkang memenangi kerusi parlimen dan menjadi kerajaan mungkin mereka sebenarnya yang akan melakukan perkara tersebut dan bukannya kerajaan Barisan Nasional yanga ada kini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan AZHAR SULAIMAN KENA APA PULAK NI ???

Ada benarnya juga apa yang penerbit, pelakon dan pengarah filem, Azhar Sulaiman katakan ni.

Kalau nak diikutkan ramai juga dikalangan penggiat seni yang menyokong pakatan pembangkang dan ada diantara mereka yang menjadi calon pun dalam pilihanraya kali ni.

Takkan mereka ni semua tak tau nak bezakan sama ada boleh atau tidak sesebuah filem dibuat tanpa pelakon sebenar di lokasi dan boleh pulak pelakon tersebut ditukar tukar wajah.

Macam video Mustafa Ali baru baru ni, pakatan pembangkang mengatakan bahawa ianya adalah konspirasi UMNO dan pelakon yang mirip wajah Mustafa Ali dikatakan telah diedit supaya jadi begitu.

Takkan la pelakon macam Hairie Othman tak tau sama ada perkara itu boleh dilakukan atau tidak, lagi pun video tu bukan menggunakan crew perfileman atau makmal filem.

Kalau menggunakan semua tu kemungkinan besar juga apa yang dikatakan oleh pembangkang itu ada benarnya tapi itupun tidak membolehkan kita percaya bahawa pelakon tersebut menggunakan wajah orang lain.

Cuba buka link di bawah dan lihat apa kata Azhar Sulaiman dan mungkin apa yang beliau katakan ini akan membuatkan beliau di cop sebagai pencacai Barisan Nasional, tapi oleh kerana beliau adalah penggiat seni, maka Sangkakala boleh mempercayai apa yang beliau katakan. Kita saksikan ye..

http://bit.ly/1212lbW



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan HUSAM MUSA KANTOI LAGI

Setelah merasakan diri beliau akan merima kekalahan di parlimen Putrajaya, Husam dengan sengaja mencetuskan kontroversi dengan mengatakan bahawa Jabatan agama Islam Wilayah Persekutuan memecat ahli jawatan kuasa surau tempat beliau mengadakan tazkirah.

Sampai ke tahap itu pembohongan orang yang memegang jawatan tinggi dalam parti yang mengatakan mereka menegakkan Islam. 

Adakah Islam mengajar mereka menipu sebegitu demi untuk mencapai matlamat menjadi pemimpin, yang difitnah tu pula Jabatan Agama.

Sepatutnya beliau lebih bersikap profesional dalam cara berkempen kerana beliau sudah lama berkecimpung dalam bidang politik.

Fitnah yang beliau lemparkan itu telah mendapat perhatian pihak terbabit dan satu tindakan saman telah diambil oleh pihak berkenaan. 

Jadi Husam perlu bersiap sedia dengan apa yang beliau perkatakan kerana ini adalah satu fitnah yang boleh dikatakan berat kerana ianya mengakibatkan integriti sebuah jabatan.


#tolakpakatan PAS PARIT BUNTAR BUAT KONSERT

Kata segala bentuk hiburan tu adalah haram dan boleh menjurus kepada perlakuan maksiat, tapi malam ni PAS Parit Buntar buat konsert rock pulak lagi tu.

Apa dah jadi dengan PAS? Kalau dulu selalu kata haram itu dan ini, tapi lepas campur dengan DAP dan PKR semua tu jadi halal ke?

Atau PAS sekarang sudah mengorak langkah setapak dihadapan, dengan membelakangkan apa yang mereka pernah katakan dulu?

Semua tu sepatutnya dijawab oleh PAS yang selama ini mengatakan serta melemparkan segala tohmahan apabila Barisan Nasional membuat satu satu keramaian.

PAS pernah mengatakan bahawa dengan mengadakan konsert yang semestinya berbentuk hiburan boleh menjurus kepada maksiat dan masalah gejala sosial, tapi kenapa PAS buat juga program seperti itu?

Jelas PAS bersikap retorik dimana sekiranya mereka melakukan sesuatu ianya tidak menjadi masalah kerana PAS itu seolah olah begitu maksum.

Ternyata PAS sudah lari daripada landasan dan segala apa yang mereka perkatakan dahulu tidak boleh digunapakai lagi kini, dan PAS hari ini meletakkan parti mereka sebaris dengan parti lain.

Tidak lagi seperti di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Nor dulu, yang mana beliau meletakkan garis panduan segala apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh PAS.

Kini dengan pentadbiran baru, PAS menghalalkan apa sahaja cara untuk menang dalam pilihanraya dan apa yang lebih mengecewakan ialah, perlakuan sex luar nikah ahli mereka hanyalah dianggap sebagai perkara kecil.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 26 April 2013

#tolakpakatan PEMIMPIN PEMBANGKANG TERLIBAT KES #lahaddatu

Kementerian Pertahanan dikatakan telah mengenal pasti beberapa orang pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.  

Segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut dikatakan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
    
Mengikut laporan dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.
    
Kesemua maklumat mereka kini sudah dikumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan.

Sangkakala rasa kepada pemimpin yang rasa dirinya terlibat, lebih baik bersiap sedia kerana tindakan akan dilakukan pada bila bila masa.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEGANASAN MELAMPAU

Pagi tadi negara telah dikejutkan dengan insiden tembakan yang meragut nyawa Timbalan Pengarah Kastam Malaysia.

Persoalannya kenapa perkara ini berlaku di Malaysia? Malaysia sebuah negara yang aman dan damai dan penuh dengan keharmonian.

Allahyarham ditembak mungkin kerana ketegasa beliau dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Dan oleh kerana ketegasan ini, maka ada pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang arwah jalankan.

Pihak berkuasa Polis khabarnya akan menubuhkan satu skuad khas bagi menyiasat perkara ini.

Syabas Sangkakala ucapkan kepada pasukan polis dan Sangkakala percaya bahawa kes ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat kerana selama ini jelas terbukti kemantapan pasukan polis dalam melaksanakan tanggungjawab serta membawa mereka ke muka pengadilan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan CALON TITI SERONG TUNGGU PONDOK PANAS

Hebat sungguh calon kawasan Titi Serong Parit Buntar, sanggup tunggu pondok panas demi untuk kemenangan, tapi masalahnya boleh ke menang kalau setakat gambar yang tunggu di pondok panas tu?

Kalau dah sampai kosong pondok panas macam ni maknanya apa yang Sangkakala dengar dari orang ramai mungkin ada kebenarannya.

Para pengundi terutamanya orang PAS di kawasan Parit Buntar dah serik kehadiran pemimpin mereka yang dianggap sebagai bidan terjun danbkemudian hilang entah kemana.

Mungkin kehadiran Ustaz Abu Bakar Hussain kurang disenangi di Titi Serong kerana beliau adalah orang luar kawasan sedangkan Yang DiPertua PAS kawasan Parit Buntar,  Haji Harun Hasan tidak pernah berpeluang untuk menjadi calon.

Sebab itu juga Sangkakala dengar, ada dikalangan pengikut YDP ni dah mula meluat dengan PAS.

Dulu PAS letakkan Idham Lim di Titi Serong,  kemudian bila tingkah laku Idham yang didapati menyeleweng duit wakaf kompleks pendidikan Darul Anwar beliau di pindahkan ke Kuala Kangsar.

Kini datang pula ustaz Abu Bakar, pun sama juga bukan orang tempatan, seolah olah PAS Parit Buntar tidak mempunyai calon yang berkeupayaan.

Begitu juga yang mewakili kawasan parlimen,  PAS mempertaruhkan Mujahid Yusof Rawa dan beliau juga adalah orang luar dari kawasan parit buntar.

Nampak sangat PAS ketandusan pemimpin setempat untuk dijadikan sandaran dalam pilihanraya.

Tidak mustahil juga nanti di satu masa, akan datang pula orang yang lain yang bukan dari Parit Buntar juga, begitulah pusingan demi pusingan di kawasan ini yang mana pembangunan tidak akan berjalan jika setiap kali ada pertukaran calon di buat.

Sampai bila Parit Buntar akan di wakili oleh orang luar yang langsung tidak tahu tentang selok belok permasaalahan masyarakat setempat?

Parit Buntar perlukan satu perubahan dimana setelah sepenggal kawasan ini diwakili oleh orang luar dan masalah rakyat tidak dapat di selesaikan.

Berbeza pula dengan calon calon dari Barisan Nasional yang diletakkan, Barisan Nasional lebih mementingkan wakil dari kawasan setempat kerana pergaulan serta permasaalahan dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat serta permasaalahan tersebut sudah pasti akan di selesaikan dalam tempoh masa yang segera.


#tolakpakatan #PRU13 BUDAK JADI MANSA SERANGAN PEMBANGKANG

Memang kurang ajar puak puak pembangkang ni, takkan budak umur 11 tahun pun nak dijadikan musush politik hingga di tendang oleh mereka yang lebih dewasa sampai cedera.

Kejadian ini berlaku di Felda Teloi Timor di mana calon PAS kawasan Jeneri sedang memberi ceramah kempen, adik Mohamad Ismadinel bin AR Samsuddin yang baru pulang dari masjid melintas di kawasan ceramah PAS diadakan.

Semasa melintas, beberapa orang pemuda penyokong PAS telah bertindak menahan beliau dan bertanya parti mana yang beliau sokong, jawapan yang diberikan oleh mangsa telah membuatkan pemuda pemuda tersebut naik angin kerana mangsa menjawab bahawa beliau menyokong Barisan Nasional.

Apa yang budak 11 tahun ini tahu tentang politik sampai mangsa ditendang ke dalam parit dan para pemuda tersebut hanya ketawa melihat beliau dan apa yang lebih menyedihkan lagi, calon yang sedang berceramah tersebut juga hanya melihat perlakukan pengikut beliau dan langsung tidak membantu.

Kanak kanak ini telah mengalami kecederaan dan untuk bacaan lanjut sila klik DISINI



Khamis, 25 April 2013

#tolakpakatan PENGGANAS POLITIK TUMPAS

Dah memang terbukti pembangkanhg sekarang ni dalam keadaan terdesak yang amat sangat.

Pagi tadi satu kejadian cubaan untuk membakar bilik gerakan Barisan Nasional dapat dipatahkan oleh pihak polis.

Tahniah dan syabas Sangkakala ucapkan kepada anggota polis yang telah menahan penjenayah yang cuba untuk mencetuskan kerosakan kepada bilik gerakan BN.

Kejadian berlaku di Jelapang Ipoh dan semasa ditahan oleh pihak polis kenderaan yang digunakan oleh penjenayah didapati membawa beberapa biji bom petrol dan senjata tajam.

Ini kah ajaran pembangkang terhadap para pengikut mereka? Cuba mencetuskan huru hara semasa tempoh kempen ni?

Ini semua rentetan daripada kejadian bom di Nibong Tebal beberapa hari lepas yang mengakibatkan kecederaan kepada seorang pemuda Barisan Nasional.

Sangkakala mohon supaya mereka ini segera didakwa dan sudah pasti dalang di sebalik semua kejadian tersebut.

Ini semua jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang sudah mula menunjukkan bahawa mereka akan melakukan Malaysian Spring sepertimana yang diperkatakan oleh mereka sebelum ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAHNIAH RAFIZI RAMLI #tolakpakatan

Begitu punya teruk hentam kerajaan terutamanya Perdana Menteri dan Isteri selama ni dengan kata yang bukan bukan, tiba tiba semalam Rafizi Ramli, Pengarah strategi PKR tanpa sengaja telah membersihkan nama Perdana Menteri serta isteri beliau, Datin Seri Rosmah.

Itu la, kalau tuhan nak tunjuk tu bukan lama sangat, sekejap je dah jadi, tanpa sengaja dah sendiri buka kebaikan, bukan sebab apa, sebab keburukan yang di khabarkan adalah fitnah semata mata.

Rafizi semalam telah membuka satu lagi cerita yang kononnya untuk memalukan Perdana Menteri sekali lagi, namun oleh kerana ketaksuban beliau, tanpa disedari beliau sebenarnya memberitahu bahawa apa yang beliau perkatakan itu adalah untuk membersihkan nama Perdana Menteri semata mata.

Rafizi telah mendedahkan bahawa sebuah kenderaan jenis WAJA (gambar atas sekali) telah mempunyai 2 saman AES dan kenderaan tersebut adalah milik isteri Perdana Menteri (gambar kedua).

Ini bermakna, apa yang dikhabarkan bahawa Perdana Menteri sekeluarga begitu boros membelanjakan wang negara adalah tidak benar sama sekali.

Kalau mereka (PM & keluarga) boros, sudah tentulah mereka akan menggunakan kenderaan mewah, ini setakat pakai WAJA je, apa ada hal ni? Rakyat biasa pun ramai yang pakai Merc serta kenderaan mewah yang lain.

Tapi kalau macam pemimpin PAS di sebuah negeri ni, kita boleh katakan memang mewah, nak tau apa kenderaan yang beliau gunakan klik pautan dibawah..

http://bit.ly/10B89Pe

Dah bacakan? Bukan apa, Sangkakala bagi mileage sikit pada kawan kawan blogger ni, tapi pendedahan tu sangat berguna semasa kempen pilihanraya ni, jadi tak banyak sikit kita ucapkan tahniah kepada Rafizi yang berjaya kantoikan sahabat mereka kes ini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#tolakpakatan #GE13 ALAMAK MUJAHID PELAWA @MuaamarGhadafi DEBAT LA !!!

Dah nak ajak debat pulak dah!!! Sangkakala rasa tak perlu le nak debat debat ni, baik le YB Mujahid fokus pada kempen sebab dah 5 tahun rakyat Parit Buntar ni jarang jarang sangat nampak muka YB jadi untuk kali terakhir bagi le depa tengok muka YB dengan cara pergi berkempen.


YB pun tak berapa sihat tu dengan penyakit gaut yang ada nanti betambah parah pulak, lagi pun semua rakyat bukan kata di Parit Buntar sahaja, tapi di seluruh negara dah tau tentang menifesto kerajaan Barisan Nasional apa nak debat lagi?

Lagi satu Sangkakala rasa Mua'amar Ghadafi pun tak perlu nak debat ni, buan sebab apa, sebab salah satunya ianya hanyalah membuang masa sebab debat 2 atau 3 jam tu membolehkan rakyat bertambah rapat dan mengenali siapa Mua'mar Ghadafi dengan lebih dekat.

Yang YB beriya sangat nak debat tu untuk apa? Nak larikan fokus rakyat semata mata atau YB sendiri dah mula rasa goyang dengan pendekatan anak muda ni bersama rakyat?

Yang peliknya kenapa tak ajak menteri untuk berdebat? Kan itu lebih baik? Kena dengan kedudukan YB sebagai ahli parlimen.

Tapi Sangkakala pun macam teringin pula nak debat dengan YB tentang kebebasan media yang dilaunkan oleh pakatan pembangkang dalam masa yang sama bila nampak wartawan Utusan atau television mula la kata itu ini.

Bagi Sangkakala, Mua'amar Ghadafi lebih baik lupakan pelawaan Mujahid untuk berdebat, lebih baik fokus kepada tugasan membantu rakyat bersama sama dengan UMNO dan Barisan Nasional Parit Buntar.

Selama ni takde pulak nak diadakaan sesi debat segalaa bagai, YB turun pun sekali sekala, macam kata P.Ramlee dalam cerita Nujum Pak Belalang "Jarang Jarang' jadi ambil kesempatan yang aada sedikit ni untuk YB tunjuk muka sebab lepas ni kalau kalah kalah tentu oara pengundi tak nampak muka YB lagi.

Lagi pun YB bukan anak jati Parit Buntar, dilahirkan di Georgetown Pulau Pinang dan memegang jawatan dalam PAS pun di Pulau Pinang jadi untuk bertanding di Parit Buntar sebab rasa mampu menang tapi segala permasaalahan di Parit Buntar tak pernah keluar pun di Parlimen.

Sangkakala selalu juga ikuti perkembangan dalam parlimen tu, tak pernah pun dengar masalah di kawasan ni diutarakan dalam dewan rakyat, yaang adaa semuaanya isu nasional, itu pun orang lain yang buka, YB cuma 'Kadang Kadang' (kata P.Ramle lagi) sampuk dalam parlimen tu.

Yang dalam ceramah sana sini kata Parit Buntar sudah terkenal kerana YB bersuara dalam parlimen semua ya retorik, bagi yang tak tau mungkin akan kata bagus, tapi bagi penulis laman blog macam Sangkakala, memang kami ambil tau semua perkara macam tu, jadi kami yang menulis ni tak boleh le nak di kelentong sesuka hati.

Kalau YB nafikan, cuba buktikan apa permasaalahan yang pernah YB utaraakan dalam sidang dewan rakyat tentang Parit Buntar dan dalam sesi keberapa sidang dewan masa YB utarakan permasalahan tersebut.

Tentang Menifesto kerajaan Barian Nasional Sangkakala rasa Sangkakala sendiri pun boleh jawab sikit sikit dan takde apa yang Sangkakala rasa perlu di perdebatkan, sebab salah satunya, keraajaan yang menang perlu melaksanakan menifesto mereka, tapi bagi kerajaan pakatan pembangkang yaang menang di beberapa buah negeri dalam semenanjung Malaysia ni mengaataakan menifesto bukan satu janji jadi apa yang nak di debatkan.

Yang pertama ialah tentang BR1Myang akan dinaikkan secara beperingkat peringkat hingga mencecah angka RM 1200, semua rakyat telah tahu bahawa selama kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib memerintah sudah 2 kali BR1m dilaksanakan yang melibatkan ratusan ribu rakyat yang berpendapatan RM 30000 ke bawah dan pada tahun ini pula BR1M untuk orang bujang pula dilaksanakan dan akan dinaikkan secara berperingkat sehingga mencecah ke angka RM 600 setahun.

Tapi di Selangor pula, menifesto yang mengatakan akan memberi bantuan sara hidup kepada ibu tunggal pula hilang entah ke mana, bila dipersoalkaan permasaalahan ini, dengan selambernya Khalid gagap kata menifesto bukan satu janji.

Tentang persekolahan satu sesi pula Sangkakala memang marah dengan kerajaan, buka sebab apa, sebab buat sekolah terlampau banyak, kononnya nak bagi keselesaan kepada paaraa pelajar hingga sekarang ada sekolah yang bilik darjah lebih banyak dari pelajar, oleh itu persekolahan satu sesi adalaah boleh dilakukan dan dilaksanakan di seluruh negara, lagi pun mudah untuk para pelajar ini menjalankan aktiviti lain di sebelah petang seperti belajar fardhu ain dan sebagainya.

Transformasi sekolah Vokasional ini pula Sangkakala nampak memang perlu dilaksanakan kerana sekolah aliran vokasional ini sebenarnya lebih kepada kemahiran dan jika kerajaan melaksanakan transformasi tersebut, maka lebih ramai tenaga mahir akan dikeluarkan oleh sekolah sekolah ini.

3.3 juta peluang pekerjaan dan 2 juta berpendapatan tinggi akan dapat dicapai apabila ramai pelabur asing akan datang untuk melabur di Malaysia bersesuaian dengan kemantapan ekonomi yang diperolehi oleh negara dan Sangkakala tak nampak pula perkara ini menjadi satu masalah kerana, rakyat memang menyambut baik apa yang dirancang ini.

Kenaikan baucher buku satu Malaysia pula dilihat adalah untuk membantu ibu bapa bagi meringankan beban untuk kemasukan anak ke sekolah, perlu di ingat, kerajaan hanya menampung tetapi bukan menangung sepeenuhnya bayaran untuk persekolahan kerana sudah banyak insentif seperti buku teks dan sebagainya diberikan secara percuma oleh kerajaan.

Sedangkan di Selangor, perkara ini juga telah di janjikan dalam menifesto namun tidak terlaksana hingga kini tapi apa nak buat, menifesto bukan satu janji kata pakatan pembangkang.

Tentang kementerian baru, kerajaan akan mewujudkan kementerian baru untuk menangani masalah social dan ekonomi, adakah itu juga menjadi satu masalah? Sedangkan selama ni PAS mengatakan bahawa Malaysia terlalu banyak masalah gejala social dan apabila kerajaan nak tubuhkan kementerian baru maka pembangkang dah mula rasa goyang sebab nanti takde isu lagi nak diperkatakan.

Cuma di Kelantan masalah gejala social ni dan masalah ekonomi rasanya lebih hebat lagi sedangkan Kelantan di pegang oleh PAS selama lebih dari 20 tahun, kenapa tak buat satu portfolio bau untuk exco bagi menangani perkara tersebut?

Harga kereta turun sebanyak 20 ke 30% secara berperingkat, juga tidak mempunyai masalah sekiranya kita mempunyai tahap ekonomi yang tinggi dan kukuh, perlu diingat, harga kereta yang diturunkan adalah bukan termasuk duti import kenderaan tersebut jadi apa masalahnya?

Yang pakatan pembangkang kata nak turunkan duti import kereta tu untuk apa? Adakah rakyat semuanya mampu pakai Porche, Lamborghini, Ferrari dan kereta kereta mewah lain? Penurunan harga kereta ini adalah kereta tempatan seperti Proton dan Perodua yang mampu digunakan oleh rakyat.

Lebuh raya Pan Borneo pula sejauh 2,300 kilometer dari Sarawak ke Sabah adalah untuk kemudahan rakyat di kedua dua negeri tersebut dan perlu juga diingat bahawa kerajaan mengatakan bahawa ianya adalah lebuh raya tidak pula dikatakan lebuhraya ber tol yang perlu dibayar oleh setiap pengguna yang menggunakan jalan tersebut.

Penambahan anggota polis sebanyak 4000 orang setahun adalah lebih baik daripada pengurangan seperti yang dikatakaan oleh Nurul Izzah kerana jika ada penambahan ini maka kadar jenayah dapat dikurangkan, mengikut statistik di mana mana negara sekalipun, sekiranya anggota polis itu ramai, maka kadar penjenayahan akan berkurangan.

Program Safecam atau kamera litar tertutup adalah untuk mengurangkan juga kadar jenayah yang berlaku di seluruh negara kerana dengan adanya safecam ini satu satu kejadian di satu satu kawasan dapat dikesan dengan lebih pantas ditambah pula dengan penambahan anggota polis maka kebarangkalian untuk mengelak berlakunya jenayah adalah amat tinggi.

Skim gaji transformatif pula adalah untuk menghargai kakitangan perkhidmatan awam yang
secara tidak langsung bersama sama menjana ekonomi negara, ini tidak bermaksud selama ini kerajaan tidak menghargai mereka kerana selama ini pun kerajaan telah memberikan kenaikan demi kenaikan dalam tangga gaji katitangan awam, cuma kali ini kerajaan akan mengakji semua elaun dan pergerakan gaji khas kepada semua kakitangan perkhidmatan awam.

Jadi ada apa apa lagi yang Mujahid nak tanya? Atau nak tau? Takkan sebagai seorang yang berkelulusan Doktor, YB Mujahid tak boleh nak terangkan kepada rakyat tentang menifesto ni, tapi jangan la dengan niat menghasut, mana yang baik katakaan baik dan jangan sesekali menipu rakyat dengan mengatakan bahawa apa ayang dilakukan oleh kerajaan itu semuanya buruk belaka.

Jadi kepada Mua'amar Ghadafi, teruskan berkhidmat untuk rakyat, tak payah layan sangat Mujahid ni, rakyat perlukan pemimpin yang berkhidmat bukannya pemimpin kaki debat sampai masalah dan suara rakyat tak sampai ke mana.

Jangan lupa dengan Debat antara Sangkakala vs Mujahid tentang kebebasan media tu ye..siapkan tempat dan masa.

SELAYANG BARU ADA SATU KEMATIAN SEJAK 5 TAHUN #tolakpakatan

Tak sangka pula dalam Malaysia  ni ada satu tempat yang mempunyai rekod kematian cuma seorang dalam masa 5 tahun, kawasan yang dimaksudkan ialah kawasan DUN Templer.

Dalam Harakah yang Sangkakala baca malam tadi menunjukkan Zaidy Abdul Talib sedang mengusung keranda ke dalam masjid (seperti gambar di bawah) dan ianya diwarwarkan di dalam media cyber milik PAS.

Bukanlah niat Sangkakala untuk mempermain mainkan kematian seseorang, namun apa yang dilakukaan oleh calon ini dilihat seperti seorang yang hipokrit, cuma hadir dan sanggup mengusung jenazah apabila tiba masa mengundi sedangkan sudah pasti ada kematian lain selama ini.

Ini adalah satu tektik kempen yang Sangkakala katakan buat buat baik dan bukannya buat baik.

#tolakpakatan #GE13 RAKYAT MENOLAK PAKATAAN PEMBANGKANG

Ini ada bukti bergambar bahawasanya pakatan pembangkang kini telah ditolah kehadiran mereka oleh rakyat, cuma mungkin disesetengah kawasan ada yang datang untuk mendengar ceramah tetapi ianya bukanlah penduduk setempat.

Banyak perkara yang dilakukaan oleh pihak pembangkang yaang mana kini rakyat sudah mula sedar bahawa kehadiran mereka ini tidak membawa apa apa makna lagi.

Jika dulu mereka merasakan bahawa pembangkang hadir untuk memberikan nafas baru kepada mereka, namun kini pembangkang sendiri yang telah melemaskan mereka dengan pelbagai permasaalahan.

Seperti yang kita semua tahu, dibeberapa buah negeri pembangkang, keadaan ekonominya tidak serancak dahulu iaitu semasa pemerintahan Barisan Nasional.

Di Kelantan misalnya, tahap kemiskinan bertambah buruk apabila kurangnya pelaburan yang masuk ke negeri itu ekoran bebrapa permasaalahan yang membuatkan pelabur kurang berminat untuk melabur.

Begitu juga di Kedah, kadar ekonomi negeri tersebut jatuh selepas kerajaan PAS mengambil alih pentadbiran pada pilihanraya ke 12 yang lalu.

Selangor pula yang selama ini menjadi negeri terkaya di Malaysia mengalami nasib yang sama cuma apabila aset yang dimilik oleh kerajaan negeri Selangor yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional di cairkan dan ditukar dalam bentuk tunai, maka ianya menutup segalaa permasaalahan di negeri tersebut.

Namun begitu, masalah masalah lain mula timbul apabila isu air yang melanda Kelantan mula menular di Selangor.

Air di Kelantan dikataakaan adalah antara air yang tidak selamat dan tidak bersih di semenanjung Malaysia ekoran dari ketidak cekapan pengurusan air dibawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

Di Selangor pula, masalah kekurangan air berlaku apabila kerajaan pakatan pembangkang tidak mahu berkerja sama dengan kerajaan pusat dalam membina sebuah lagi kolam tadahan bagi membekalkan air yang terawat kepada rakyat.

Tetapi seperti biasa, kerajaan Selangor dengan pantas cuba untuk menutup permasaalahan tersebut dengan cara menyalahkan pihak pengurusan air Selangor dan kerajaan Selangor mencuba untuk memiliki Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan alasan itu diberikan untuk menutup kesalahan mereka.

Menteri Besar Selangor sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri boleh menggunakan air yang diambil dari mana mana lombong untuk diberikan kepada rakyat negeri itu ekoran dengan terdapat banyak lombong lombong tinggal yang di penuhi dengan air.

Bayangkan seorang Menteri Besar sanggup untuk melihat rakyat di negeri yang di tadbir oleh beliau menggunakan air lombong semata mata kerana keegoan mereka yang langsung tidak mahu bersama sama kerajaan pusat dalam memberikan sumber air yang selamat serta bersih kepada rakyat.

Perkara sebegini tidak mustahil akan berlaku lagi dimasa masa akan datang sekiranya pakatan pembangkang memenangi mana mana negeri atau memenangi pilihanraya kali ini seterusnya menjadi kerajaan.

Pakatan pembangkang dilihat tidak mempunyai integriti dalam mentadbir sebuah negeri, dan kita semua perlu melihat, jika mereka ini mentadbir sebuah negara, apa akan jadi?



#tolakpakatan AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR TERLIBAT KES PELACURAN ????

Terkejut juga Sangkakala bila ada sorang sahabat blogger ni keluarkan artikel tentang serbuan sarang pelacuran di Kula Selangor dan beliau meminta supaya Ahli Parlimen Kuala Selangor (gambar bawah) untuk buat pencerahan.

Ini sudah kes berat ni, siap ada episod episod pulak dah, apa yang pastinya Sangkakala nampak macam adaa yaang tak kena dan seolah olah ada campur tangan dalam urusan rumah pelacuran tersebut.

Baca laporan lanjut DISINI

#GE13 #tolakpakatan MOTIF KAMILIA BERTANDING BEBAS

Sebagai seorang yang amat berpengalaman, sepatutnya Datuk Kamelia menerima ketentuan bahawa beliau tidak diletakkan sebagai calon parlimen oleh Barisan Nasional.

Tapi menurut Perdana Menteri, beliau telah menawarkan Kamilia sebagai wakil Barisan Nasional bagu kerusi DUN Bukit Chandan namun ditolak oleh bekas Naib Ketua Wanita UMNO tersebut.

Kamilia bertegas mengatakan bahawa beliau bertanding adalah untuk menaikkan martabat kaum wanita, tapi hakikat sebenarnya tidak begitu.

Beliau (Kamilia) sebenarnya mengimpikan jawatan menteri jika diberi peluang untuk bertanding jawatan ahli parlimen sekiranya menang di kawasan Kuala Kangsar.

Sangkakala katakan begitu kerana apa yang Sangkakala nampak ialah, jika beliau bertanding di kerusi parlimen dan sekiranya menang, peluang untuk bertanding dan memenangi kerusi Ketua Wanita UMNO bagi menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Namun perkara itu tidak kesampaian apabila Barisan Nasional tidak mempertaruhkan beliau sebagai calon ahli parlimen Barisan Nasional.

Ini sekaligus akan memadamkan hasrat beliau untuk merebut kerusi Ketua UMNO Malaysia yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun nanti.

Kamilia juga pernah mendesak agar Ketua Wanita UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan ekoran pendedahan tentang projek NFC walaupun Kamili menyedari bahawa kes tersebut tidak ada kena mengena dengan Datuk Seri Shahrizat.

Itu semua gara gara beliau ingin merebut kerusi Ketua Wanita tersebut.

Jangan sembang kalau Kamilia tiada niat yang macam tu, takkan tiba tiba beliau nak bertanding bebas setelah tidak diletakkan sebagai calon parlimen Kuala Kangsar.

Apa motif beliau kalau bukan itu agenda utama? Kamilia perlu ditolak oleh para pengundi Kuala Kangsar kerana beliau sudah boleh dianggap sebagai pengkhianat kepada parti.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 24 April 2013

#tolakpakatan KEPIMPINAN NIK AZIZ GAGAL

Taraf kemiskinan di negeri Kelantan selalu disorok dan dnafikan, ini seolah olah menidakkan hak rakyat Kelantan itu sendiri.

Di kawasan Dewan Undangan Negeri Cempaka contohnya, ramai dikalangan rakyat dikawasan tersebut adalah miskin dan daif, adakah ini yang diagung agungkan oleh kepimpinan PAS selama ini?

Sebagai sebuah kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar, sepatutnya kawasan ini lebih maju berbanding dengan kawasan lain kerana ianya merupakan imej Menteri Besar.

Tapi apa yang terjadi amatlah memilukan kerana taraf kehidupan penduduk disini jauh lebih teruk daripada kawasan kawasan lain dan Nik Aziz pula selalu melaungkan kehidupan yang sederhana, ini bukan lagi sederhana, tapi ini adalah merana.

Rakyat Kelantan seharusnya sedar dengan situasi ini dimana kepimpinan PAS hanya berindak mementingkan diri sendiri dan tidak kepada rakyat.

Ikuti keperitan rakyat Kelantan dengan klik gambar dibawah

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

#tolakpakatan PENDEDAHAN YANG MEMBUATKAN PAKATAN PEMBANGKANG HILANG PUNCA

Nah amikkau..ada apa apa bantahan lagi wahai pencacai pakatan pembangkang? sila klik gambar di bawah dan berikan komen anda.

Pendedahan yang dilakukaan oleh Tan Sri Sanusi Junid ini nampak gayanya mematikan hujah pembangkang yang cuba memfitnah kerajaaan.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO
Jadi lepas ni jangan le cuba cuba lagi nak kata yang bukan bukan pasal UMNO atau Barisan Nasional, Anwar tau semua hal ni tapi sengaja nak bagi orang marah.


#tolakpakatan TERESA KOK MENANGIS KALI NI

Kalau dilihat gambar diatas sudah pasti akan membuatkan YB Seputeh, Teresa Kok akan menangis kerana undi untuk beliau akan hilang ekoran sikap prihatin calon Barisan Nasional di kawasan tersebut yang bergegas membantu mangsa kemalangan.

Semasa dalam perjalanannya ke Salak Jaya, Nicole terserempak dengan sebuah kemalangan yang baru saja berlaku di persimpangan kawasan Sri Petaling. Kemalangan tersebut melibatkan seorang wanita yang menunggang motosikal.


Kita baca berita selanjutnya DISINI

#tolakpakatan RANCANGAN SULIT DAP

Sama ada saudara sedar atau tidak DAP telah merancang sejak dari penubuhannya untuk menjadikan negara ini sebagai ketuanan CINA. DAP telah mengambil alih peranan KOMUNIS yang telah digagalkan dalam usaha memerintah negara ini.

DAP tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan yang telah memakmurkan orang CINA di negeri majoriti orang Melayu.

Apa sahaja dasar untuk memakmurkan Melayu telah DITENTANG habis habisan sejak puluhan tahun lalu.
 
Mereka tetap menganggap MELAYU BODOH bahawa kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah hasil dari cukai orang Cina. Mereka mengatakan Melayu boleh dibeli/rasuah dengan hanya secawan kopi dan paling tinggi bernilai RM50 kerana mereka tahu orang Melayu mudah lembut hati dan mudah terpedaya jika ada orang yang berbuat baik terhadapnya.
Kini mereka telah merancang untuk menguasai Gelang Patah, Pulai, Johor Bahru dan Kulai kerana kawasan ini lubuk emas untuk orang Cina. Siapa yang membangunkan kawasan ini jika bukan atas jasa dan keringat kepimpinan Melayu Johor. Jika matlamat DAP ini berjaya sudah pasti mereka akan membawa masuk ribuan Cina Singapura yang kelaparan tanah dan rumah ke lubuk emas ini.

Akhirnya melayu akan dihalau keluar secara rahsia ke pinggir kampung. Ini telah berlaku di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. DAP telah memaksa PAS bertanding di Nusajaya untuk memecahkan undi Melayu Gelang Patah.

Melayu pengkhianat dari PAS yang hanya bernilai secawan kopi ini telah dengan bangga sanggup menggadaikan maruah bangsa.

Dalam masa yang sama dihadapan orang cina DAP Bercakap dalam bahasa mereka mengatakan bahawa : MELAYU SAMPAH KITA TELAH BERSIHKAN DI PULAU PINANG DAN SEKARANG KITA MAHU BERSIHKAN SAMPAH MELAYU DI JOHOR.

Saudara saudara ku yang ada baki sedikit IMAN dalam dada...renung renungkanlah. Jangan sampai kita dihina dan diludah. Sayangilah diri kita..keluarga kita..agama kita...bangsa kita dan negara kita yang dirahmati ini. Sebarkanlah kepada keluarga kita...saudara kita...jiran jiran kita dan rakan rakan kita.

#tolakpakatan KARPAL JATUH TERSEMBAM MENYEMBAH BUMI

Dah kata dah, bila lebih sangat, Tuhan akan tunjukkan kuasanya, dah duduk atas kerusi roda pun masih lagi nak menghasut rakyat Malaysia untuk membenci kerajaan.

Nah kali ni amik kau, belum apa apa dah jatuh tersungkur, minta juga bantuan orang untuk naik, ingatkan dah jadi god father boleh bangun sendiri, ntah bila nak padam orang tua ni pun tak tau lah.

Agakanya selagi tak tengok Malaysia ni hancur selagi itu lah dia ni tak puas hati..

klik gambar untuk video

MEMANG KAYA PUAK PUAK NI

Wahhh..kata Anwar kaum cina dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional, ni gambar kereta siapa pulak ni kalau bukan Cina DAP?

Teroinggingr ke kalau dah boleh pakai kereka harga ratusan ribu macam ni? atau nak tambah kekayaan lagi semata mata?

Kalau dah untuk kempen boleh pakai kereta mewah takkan nak kata susah lagi kot ye tak? Nampak sangat pembohongnya puak DAP ni.

Takde lagi masyarakat di Malaysia yang terpinggir atau di biarkan begitu sahaja, tapi yang menampakkan kebenarannya ialah mereka ni sengaja mengambil kesempatan untuk menjaadi pemerintah demi untuk menambah lagi kekayaan mereka.

Fikir fikirkanlah pembohongan yang mereka lakukan selama ni.


#pru13 #tolakpakatan GILIRAN ANWAR KENA KENCING DENGAN DAP

Apa sudah jadi ni? DAP dah berpaling tadah menolak Anwar sebagaai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya kali ini, sebelum ni beriya sangat DAP menyokong Anwar untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memerintah.

Lim Kit Siang langsung tak sebut nama Anwar semasa bertanya kepada hadirin yang menghadiri ceramah beliau malah hanya menyebut nama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hadi Awang.

Adakah ianya bermaksud bahawa jika pakatan pembangkaang menjadi pemerintah, maka Hadi Awang akan diangkat untuk menjadi Perdana Menteri?

Habis la karier politik Anwar, menang atau kalah Anwar kali ni memang tidak akan menjadi perdana menteri, kehulu kehilir membawa nama pakatan rakyat akhirnya aAnwar kecundang di tangan Kit Siang.


#tolakpakatan #pru13 JANGAN CABAR KAMI

Itu ayat penyudah yang perlu diberikan kepada pihak yang cuba untuk menghuru harakan pilihanraya pada kali ini, dan itu mungkin juga berbunyi seperti satu ugutan, namun ayat tersebut perlu diberikan kepada pihak yang tidak  bertanggung jawab dalam insiden letupan di bilik gerakan di kawasan Nibong Tebal semalam.

Gambra diatas menunjukkan kaki seorang pemuda Barisan Nasional yang cedera selepas terkena serpihan bahan letupan yang berlaku semalam.

Nampak gayanya sudah ada pihak yang cuba untuk bermain secara kasar dan perkara ini sememangnya dianggap kurang ajar dan melampaui batas.

Ini bukan peradaban masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan hidup dalam aman harmoni, dengan melakukan perkara keji sebegini jelas juga menunjukkan bahawa ada pihak yang sudah mula berani memainkan cara keganasan.

Sangkakala mengutuk apa yang dilakukan oleh mereka yaang tidak bertanggungjawab ini kerana ianya dilihat seperti perbuatan masyarakat yang tidak bertamadun.

Diharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci kejadian ini dan orang yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.

Selasa, 23 April 2013

#tolakpakatan ANWAR CEMBURU ZULKIFLI KENA CIUM

Bagi orang yang takde apa apa perasaan pada kaum sejenis, ciuman seorang lelaki kepada lelaki lain di pipi adalah tanda kasih sayang, tapi jika ada perasaan terhadap sesama jenis pula ianya akan menjadi satu perasaan cemburu.

Agaknya itulah yang berada di fikiran Anwar Ibrahim apabila melihat Zulkifli dicium di bahagian pipi oleh seorang lelaki India tanda masyarakat itu menerima kehadiran Zulkifli sebagi ahli parlimen Shah Alam.

Anwar mengatakan bahawa ciuman itu tidak dapat menyelamatkan Zulkifli yang didakwa pernah menghina masyarakat kaum India satu masa dulu dan perkara itu terjadi semasa Zulkifli bersama sama dengan pakatan pembangkang.

Namun apabila beliau bertindak untuk keluar dari parti pembangkang dan mengisytiharkan diri sebagai ahli parlimen bebas, beliau telah pun menyedari bahawa perjuangan pembangkang hanyalah retorik semata mata dan dengan itu juga beliau telah pun memohon maaf terhadap seluruh masyarakat India dalam negara.

Yang Anwar beriya sangat kata itu tak boleh menyelamatkan Zulkifli kenapa? Apa yang Sangkakala nampak, tidak ada unsur selamat atau tidak dengan apa yang lelaki India tu buat, mungkin lelaki India tersebut rasa terharu bahawa penyelamat mereka telah dihantar oleh Perdana Menteri untuk menumbangkan keegoan Khalid Samad di Shah Alam.

Tapi mungkin juga sebab Anwar dah biasa jadi beliau tau itu ciuman selamat atau tidak.

Tapi pada hakikatnya kita dapat melihat bahawa Khalid Samad sendiri pun sudah mula merasa goyang apabila Zulkifli Nordin diletakkan di kawasan parlimen Shah Alam bagi mewakili Barisan Nasional kerana terlalu banyak masalah dalaman pemabngkang berada dalam genggaman beliau dan tidak mustahil semasa Sangkakala menulis artikel ini, Zulkifli sedang mendedahkan segala galanya kepada rakyat di Shah Alam.

Itu yang membuatkan pakatan pembangkang menjadi terlalu risau dan kerana itu jugalah, apa yang dilakukan oleh Zulkifli semasa bersama dengan mereka dulu dikeluarkan kembali walau pun semasa itu pemimpin pembangkang menyokong segala apa yang dilakukan oelh Zulkifli hinggalah beliau sedar dengan sendirinya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone