Khamis, 3 Januari 2013

PENGIKUT PR PERLU LAHIRKAN LEBIH RAMAI ANAK

Pembangkang selalu mencanang serta mendendangkan bahawa kerajaan Barisan Nasional seolah olah tidak mengambil berat tentang soal pendidikan bahkan mereka juga mengatakan kerajaan ini seolah olah sebuah kerajaan yang terlalu teruk prestasinya selama ini.

Sangkakala tertarik dengan isu pendidikan dimana pihak pembangkang kerap kali mengatakan bahawa kita kekurangan sekolah rendah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil dan sebagainya.

Namun pernah atau tidak pembangkang mengeluarkan kenyataan berapa ramai sesebuah sekolah kebangsaan menerima kemasukan pelajar baru khususnya pelajar tahun satu?

Kita semua tidak sedar bahawa sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan ini sebenarnya sudah melebihi dari permintaan, dan adakah pembangkang beriya iya meminta supaya sekolah sekolah ini ditambah jumlah bilangannya untuk mereka melahirkan begitu ramai ada dan ini semua adalah sebagai persediaan?

Sebagai contoh, Sangkakala ambil sekolah kebangsaan Tebing Rebak di kawasan Bagan Datoh yang hanya menerima kemasukan pelajar ke tahun satu seramai 4 orang. Adakah berbaloi sebuah sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan cuma dihuni oleh 4 orang pelajar? Dan 4 orang pelajar ini akan di ajar oleh sekurang kurangnya 3 orang guru.

Bagi Sangkakala, taraf pendidikan serta pusat pendidikan di Malaysia adalah salah satu yang terbaik, dimana segala kemudahan disediakan oleh kerajaan.

Ini juga dapat dilihat perakuannya dengan kedatangan serta kehadiran pelajar pelajar dari luar negara ke Malaysia (IPTA/IPTS). Namun pihak pembangkang masih lagi mengatakan bahawa taraf pendidikan di negara kita masih di peringkat bawahan.

Jika kita mengikut apa yang diperkatakan oleh pembangkang ini dengan taraf pendidikan di negara luar, pernahkah kita terfikir kesesuaian cara pendidikan mereka dengan anak anak tempatan?

Apa apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah berjaya membina sekolah dalam negara ini secara berlebihan. Jangan pula nanti pembangkang mengatakan itu adalah satu pembaziran, sedangkan mereka mengatakan ianya tidak mencukupi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: