Khamis, 3 Januari 2013

MUJAHID YUSOF RAWA CUBA TOLONG JAWAB SIKIT PASAL NI

Agak mengecewakan apabila ada umat islam di negara ini yang telah pun murtad namun ianya masih di pertahankan oleh beberapa orang pemimpin islam di dalam Pakatan Rakyat.

YB Dr Mujahid Yusof Rawa, anak kepada seorang ulama PAS sanggup duduk bersama sama dengan YB Nurul Izzah dan mengangguk kepala tanda setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Izzah tentang kebebasan beragama atau pluralisma di kalangan rakyat Malaysia termasuklah orang melayu.

Adakah setelah kita melihat begitu banyak sijil sijil pembaptisan seperti diatas barulah kita merancang untuk melakukan sesuatu?

Tapi apa yang penting ialah, kenyataan Nurul Izzah diperkuatkan lagi dengan kehadiran anak seorang ulama dari Parit Buntar yang juga merupakan Ahli Parlimen kawasan tersebut yang menang dalam pilihanraya umum 2008.

Malang sekali bagi para pengundi di kawasan tersebut apabila mempunyai seorang ahli parlimen yang dianggap sebagai tokoh agama (mengikut jejak langkah bapa beliau) namun ianya tidak menjadi kenyataan.

Apa yang jadi adalah sebaliknya, sanggup melacurkan agama dan memperjudikan nasib anak anak melayu bukan sahaja di sekita parlimen beliau, tapi di seluruh negara.

Sepatutnya Mujahid menjadi ikon ikutan di kawasan tetapi ianya telah digadai demi mendapatkan kuasa di Parit Buntar sebagai ahli parlimen.

Jika ini sikap Mujahid, yang membiarkan sahaja apa juga yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang lain, adakah nasib agama Islam itu mampu dipertahankan? Apakah kesucian agama Islam mampu dinaikkan?

Ini semua perlu dijawab oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang mana bila berada dikawasan (kadang kadang) beliau berperwatakan alim namun sudah jelas beliau menyokong tindakan Nurul Izzah semasa kenyataan kebebasan beragama tersebut dibuat dalam sebuah forum bertajuk Islamic State: Which version; Who's responsibility anjuran NGO Kristian dan Islam iaitu, OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel Tabernacle, Wisma Eagles No 5 Jalan TP4 Taman Perindustrian UEP Subang Jaya.

Sepatutnya sebagai seorang yang boleh dikatakan sebagai alim ulama, beliau memberikan nasihat kepada Nurul Izzah yang mungkin kurang jelas tentang apa itu hukum murtad dan apa yang dikatakan kebebasan beragama dan apakah status agama bagi setiap orang melayu di negara ini, atau mungkinkah Mujahid juga tidak mengetahui atau mengambil sikap tidak ambil peduli dengan apa yang bakal terjadi sekiranya semua orang melayu khususnya orang muda mengadaptasikan apa yang diperkatakan oleh Nurul Izzah.

Barakallahhul'aliyul'azim, mudah mudahan perkara ini tidak terjadi dan secara terbuka Sangkakala katakan disini bahawa Mujahid tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat di Parit Buntar kerana sikap dan cara beliau dalam menangani isu kehormatan dan kesucian agama Islam.

Pembaca juga boleh melawat ke pautan dibawah untuk bacaan lanjut tentang apa yang dikatakan oleh Nurul dengan klik pautan ini http://bit.ly/UoD4XU



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan