JOM SELAWAT

JOM SELAWAT

live streaming / siaran langsung

Ahad, 30 September 2012

BAJET 2013 SEIMBANG KATA PEHIN SERI KM SARAWAK

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan Belanjawan 2013 sebagai seimbang dengan mengambil perhatian dan kepentingan semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata Belanjawan itu turut melibatkan golongan yang kurang mendapat perhatian kerajaan sebelum ini khasnya generasi baru dan muda selain masyarakat perniagaan, sejajar dengan perubahan dalam negara.

Belanjawan kali ini bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada rakyat malah juga golongan usahawan serta korporat melalui beberapa inisiatif baharu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Jantung Sedunia di Taman Sahabat di Kuching, hari ini.

Taib berkata beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan kerana berjaya membentangkan Belanjawan yang selari dengan keperluan rakyat hari ini.

Sementara, ketika berucap pada majlis itu, Taib yang berkongsi amalannya setiap hari iaitu berjalan kaki untuk kekal sihat dan cergas, berkata gaya hidup sihat perlu dijadikan amalan masyarakat hari ini khasnya generasi muda.

"Hari ini saya lihat anak muda hanya banyak mengerakkan hujung jari mereka, jadi mula hari ini kita boleh mulakan amalan dengan berjalan kaki setiap hari untuk kekal cergas," katanya.

Kira-kira 2,000 orang menyertai program Hari Jantung Sedunia itu yang turut melibatkan acara berjalan kaki mengelilingi Taman Sahabat bersama ketua menteri dan isteri.

Bernama

KIKIS BUDAYA MEMINTA - SULTAN TERENGGANU

Budaya meminta dan mentaliti subsidi dalam kalangan rakyat perlu dikikis bagi membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai daya saing tinggi, titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Baginda bertitah untuk berubah, rakyat perlu berusaha dengan gigih dan jangan berharap kepada bantuan semata-mata.

"Bila dapat bantuan pula manfaatkanlah sepenuhnya dan janganlah disalahguna. Di samping itu, rakyat perlu memupuk budaya berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan dan usaha yang dilakukan untuk mereka.

"Beta menghargai usaha kerajaan Beta yang menitikberatkan kebajikan dan keperluan rakyat ke arah melahirkan persekitaran yang lebih sempurna dan memperbaiki taraf hidup mereka," titah Baginda.

Sultan Mizan bertitah pada Istiadat Penghadapan dan Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran negeri di Singgahsana Istana Maziah di Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Seramai 294 orang menerima pingat dan darjah kebesaran sempena ulang tahun ke-50 keputeraan Sultan Mizan termasuk Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu.

Sultan Mizan bertitah perpaduan merupakan keutamaan tertinggi dalam membentuk negara bangsa yang aman dan harmoni.

"Sejak akhir-akhir ini Beta perhatikan banyak isu-isu yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat diperkatakan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat.

"Adalah menjadi kewajipan semua pihak memelihara dan mengekalkan perpaduan dan kesatuan ummah yang sedia terjalin di negeri ini. Tanpa perpaduan kukuh, adalah sukar untuk rakyat menghadapi cabaran masa ini," titah baginda.

Sultan Mizan turut bertitah usaha strategik perlu dirangka bagi memastikan Terengganu menjadi destinasi pelancongan pilihan utama dan mahukan usaha menarik pelancong dipergiat selaras dengan Tahun Melawat Terengganu tahun depan.

Di samping itu, baginda mahu kerajaan negeri meningkatkan keberkesanan mekanisme perlaksanaan dan tahap teknologi untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

Bernama

KUTUK HASUT JANJI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu rakyat berwaspada dengan tiga "senjata" iaitu kutuk, hasut dan janji yang digunakan pembangkang untuk memenangi hati mereka.

"Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan). Selepas itu, mereka mesti hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya telah katakan, mereka akan menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka.

"Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau akan membawa musibah kepada negara. Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga – kutuk, hasut, janji," tegas Perdana Menteri.

Najib berkata untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol sahaja.

"Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu simbol bersama," katanya.

Perdana Menteri berkata BN telah menggunakan satu simbol sahaja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya.

"Kami pergi berjumpa dengan rakyat sebagai BN, tetapi pembangkang akan pergi berjumpa rakyat dengan simbol berbeza (simbol parti masing-masing).

"Simbol tak sama...kita tak pasti sama ada mereka akan bentang manifesto yang sama," katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga telah berlaku secara terbuka.

Najib berkata ini menunjukkan yang mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan dasar bersama mengenai bagaimana negara ini akan ditadbir urus, dan ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan pembangkang mengisytiharkan "kabinet bayangan" mereka.

Najib berkata negara tidak seharusnya diperintah oleh pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.

Beliau berkata 75 peratus janji dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP.

Perdana Menteri juga berkata seorang pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang telah cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dahulu.

"Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko. Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan...saya kata "tidak", pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip. Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama," katanya.

Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah yang dibuat adalah untuk rakyat.

"Belanjawan ini adalah mengenai rakyat serta untuk menggerakkan ekonomi. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai rakyat tanpa menggerakkan ekonomi, tanpa menarik pelaburan asing, pelaburan domestik, inovasi dan produktiviti.

"Terdapat 111 inisiatif atau touch points dalam Belanjawan 2013. Bacalah satu persatu-satu," katanya.

- Bernama

NIK AZIZ NAK BERKONVOI PULAK

Dipetik dari laporan Malaysiakini hari ini yang mengatakan bahawa Dato Nik Aziz akan mengetuai konvoi ke Istana Kehakiman Putrajaya bagi menuntut Royalti Minyak bagi negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Apa yang menariknya dalam laporan tersebut, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) mahu membuktikan bahawa rakyat Kelantan telah bangkit bagi menuntut royalti tersebut.

Kenapa Sangkakala kata menarik? Biasanya kalau PAS mengadakan himpunan seperti itu, sudah pastilah yang akan hadir nanti bukan anak anak Kelantan jati, tapi ianya akan dihadiri oleh rakyat negeri lain yang tidak ada kena mengena langsung dengan negeri itu.

Dan seperti biasa , PAS akan mencanangkan bahawa itu semua adalah anak anak Kelantan yang menuntut royalti minyak.

Jadi untuk itu, mari kita lihat nanti berapa anak Kelantan yang akan hadir dalam konvoi tersebut.


Psss..Anwar pun mesti datang juga kan? Dia anak Kelantan ke?

Khamis, 27 September 2012

BAJET 2013 PAKATAN RAKYAT

Esok semua rakyat Malaysia akan mendengar apa yang akan dinyatakan ileh kerajaan tentang bajet 2013.

Apa yang pasti ialah, jika kerajaan meluluskan bajet untuk kenaikan gaji kepada penjawat awam sudah pasti pembangkang akan mengatakan bahawa itu adalah rasuah kerajaan kepada kakitangan kerajaan.

Pembangkang tidak akan merasa puas dengan apa yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Dan ianya akan menjadi isu dari semua sudut.

Rakyat negara ini perlu menilai dari segala aspek dimana kerajaan Barisan Nasional selama ini tidak pernah berhenti untuk membantu rakyat dalam meningkatkan taraf hidup rakyat disamping menaikkan ekonomi negara.

Seperti biasa, pembangkang hanya tahu bagaimana untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dan mengutuk segala apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Jadi, rakyat seharusnya menilai kebaikan yang telah dilakukan ileh kerajaan, bukan dengan mendengar apa yang dikatakan oleh pembangkang yang sudah semestinya akan menghasut rakyat dalam tujuan untuk mencapai matlamat mereka menjadi pemerintah.

APA MAKSUD PEMIMPIN PAS NI

Pelik pula Sangkakala bila terbaca kenyataan Haji Hadi ni. Apa motif dia yang sebenarnya?

Haha..Haji Hadi sendiri je la yang tau apa maksud disebalik kata kata beliau ni kan.

Jumaat, 21 September 2012

APA IKATAN NGEH KOO HAM DAN DAP DENGAN PKM

DAP sebenarnya adalah pewaris komunis. Ngeh Koo Ham iaitu ADUN Beruas adalah anak saudara kepada Chin Peng. Kerana itu Karpal Singh setuju Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.

Chin Peng adalah setiausaha agung Parti Komunis Malaya. Ngeh adalah ahli Pertubuhan Sosialis International yang mendukung ideologi komunis dan sosialis.

Struktur organisasi DAP adalah sama dengan yg digunapakai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Dalam DAP, individu yg paling berkuasa dalam parti adalah yg memegang jawatan Setiausaha Agung (sekarang dipegang oleh Lim Guan Eng), manakala jawatan Pengerusi (dipegang oleh Karpal Singh) hanyalah sebagai boneka saja.

Begitu juga dengan PKM, di mana Chin Peng yg memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung adalah bos besar.

Walaupun Musa Ahmad dilantik sebagai Pengerusi, namun peranannya hanyalah untuk menarik sokongan orang Melayu saja.

Sama seperti PKM, keanggotaan DAP didominasi hampir sepenuhnya oleh kaum Cina.

Walaupun terdapat kaum India dan Melayu yg turut menganggotainya, mereka tidak lebih sebagai kosmetik untuk mencantikkan DAP di mata masyarakat umum.

Hati2 lah dan kita perlu sedar dengan agenda tersirat dan gerakan halus dan licik DAP dalam cubaan utk menarik undi lebih2 lagi undi melayu liberal yg hilang jatidiri.

Info dari Pergerakan Pemuda UMNO Indera Mahkota


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 20 September 2012

MENTERI AGAMA PERLU BERANI

Bukan semua orang layak untuk menjadi menteri yang menjaga kebajikan agama Islam, apatah lagi jika hanya tahu untuk mengampu Perdana Menteri.

Tapi apa yang Sangkakala perhatikan kini, ada seorang dikalangan Setiausaha Politik jepada Perdana Menteri yang mampu untuk menjadi Menteri si Jabatan Perdana Menteri, dan beliau ialah Dato Haji Sahlan bin Ismail.

Ini terbukti apabila beliau telah dijemput untuk menjadi panel atau motivator dalam seminar tentang Gay dan Lesbian.

Sangkakala lihat beliau begitu bijak dalam membicarakan Nas Nas Alquran disamping hadis hadis yang melarang tentang budaya songsang ini.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa Menteri Agama yang ada kini pun mampu untuk berbuat demikian, terapi pada Sangkakala ianya tidak begitu.

Sangkakala berani berkata demikian kerana, Menteri Agama yang ada pada hari ini tidak mempunyai keberanian secara maksimum tentang menegakkan kebenaran dalam Islam.

Seperti apa yang telah dikatakan oleh YB Ngeh Koo Ham baru baru ini dilaman twitter milik beliau tentang orang islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak mengaluarkan apa apa kenyataan berhubung perkara tersebut.

Bahkan Tan Sri Harussani, Mufti Negeri Perak yang juga Penasihat Agama kepada Sultan Perak pula telah mengeluarkan Fatwa bahawa memilih pemimpin kafir yang mengutuk agama Islam adalah HARAM.

Takkan Menteri Agama kita tak tau akan hal ini? Atau adakah beliau cuba menyelamatkan diri dengan tidak mengeluarkan apa apa kenyataan.

Hairan bin ajaib, Sangkakala harap agar Perdana Menteri memilih orang yang benar benar berani ke hadapan dalam membela Islam supaya ianya tidak diperkotak katikkan oleh kafir laknat seperti pemimpin DAP.

Lagi satu, Sangkakala harap dan berdoa supaya pintu hati Perdana Menteri terbuka supaya menukar Menteri Agama yang ada kini kepada orang yang benar benar mampu untuk menjadi pejuang agama.

Tidak ada gunanya jika jawatan yang disandang hanya untuk nama sahaja, mungkin juga kesilapan Perdana Menteri dengan secara tiba tiba meletakkan Datuk Seri Jamil Khir sebagai Menteri Agama, sepatutnya beliau diletakkan dahulu sebagai Setiausaha Politik atau Timbalan Menteri untuk belajar secara mendalan tentang fungsi jawatan yang disandang oleh beliau sekarang.

Rabu, 19 September 2012

DAP JANGAN MEMINTA CELAKA DIRI

Nampaknya Ngeh Koo Ham sengaja mencari malapetaka kali ini. Adakah kita semua mahu berdiam diri?

Adakah sejarah ini mahu berulang?

Saksikan video di dalam link di bawah, untuk renungan semua orang orang melayu khususnya.

http://m.youtube.com/results?gl=US&client=mv-google&hl=en&q=kronologi+13+mey&submit=Search



Jangan diminta lagi perkara ini terjadi, kerana ianya pasti akan merugikan kita semua, tapi kalau ini juga yang diminta oleh DAP sudah pasti orang melayu akan terus maju menentang tanpa menoleh lagi kebelakang.

Sabtu, 15 September 2012

ANWAR BERALIH KEPADA WANITA DESA

Selepas didedahkan dengan pelbagai skandal seperti meliwat dan bersama sama dengan chinadoll, kini Awar beralih pula kepada wanita wanita desa sebagai sasaran.

Haha.. Sangkakala harap semua wanita wanita desa berhati hati dengan perkara ini dan yang merasa gundah gulana kini sudah pastilah Wan Azizah yang sejak dari dulu tahu akan perangai Anwar yang sememangnya menyukai perkara perkara seperti itu.

Jangan lepas ni kita akan didengarkan pula Anwar ditangkap di mana mana hotel dengan isteri orang pula sudah le, kesian kat wan Azizah, merana lagi dia.

FUZIAH BERBOHONG LAGI

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berbohong lagi nampaknya apa bila beliau mendakwa bahawa rombongan yang membawa mereka dengan bas hampir di sabotaj dengan menggunakan paku semasa dalam perjalanan ke Skudai Johor.

Fuziah berkata dihadapan para pengikut PKR bahawa jalan yang dilalui oleh bas yang membawa mereka dipenuhi dengan paku.

Sangkakala mengatakan bahawa ianya satu pembohongan kerana, jika jalan tersebut dipenuhi paku, sudah pastilah banyak kenderaan akan terbabit dalam kemalangan, paling tidak pun akan berlaku kebocoran pada tayar kenderaan pengguna jalanraya tersebut.

Tidak mungkin sama sekali hanya bas yang membawa mereka melalui jalan menghala ke kawasan yang di lalui oleh bas yang membawa mereka.

Ini adalah sifat sifat yang terdapat atau ada dalam diri pemimpin PKR yang akan hanya tahu menabur fitnah terhadap kerajaan.

BAHARUDDIN BUKAN MATI SYAHID

Mahkamah Koroner semalam memutuskan bahawa kematian pemandu teksi yang juga ahli PAS, Baharudin Ahmad semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lepas adalah kerana sebab-sebab semula jadi.

Koroner Zulkipli Abdullah menolak sebarang perbuatan khianat,
tetapi mendapati ada gas pemedih mata dan air bercampur kimia di tempat Baharudin berada pada masa kematiannya.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa mangsa tidak mati syahid kerana kematian semulajadi adalah perkara biasa dan pasti akan berlaku pada setiap manusia.

PAS yang mendakwa bahawa setiap ahli mereka yang mati akibat dari pertempuran seperti itu adalah syahid dan ianya juga dengan kes yang melibatkan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya yang gugur setelah bertempur dengan anggota keselamatan dalam peristiwa Memali.

Kita kini dapat melihat bagaimana PAS dan Pembangkang menggunakan ahli mereka untuk kepentingan parti dan pemimpin yang gilakan kuasa.

Sama seperti peristiwa Memali, ahli PAS telah melakukan rusuhan hingga mengakibatkan kematian akibat daripada terlalu mengikut perasaan dan ianya juga kerana amanat haji Hadi yang dikeluarkan mengatakan bahawa setiap ahli PAS yang berjuang menentang kerajaan adalah syahid.

Setelah beberapa lama, Hadi Awang yang mengeluarkan amanat itu mula melupakan kejadian tersebut dengan mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Adakah ini yang dikatakan perjuangan Islam sebenar yang dilaung laungkan oleh PAS selama ini?

Rakyat Malaysia khususnya perlu menilai dimana kedudukan PAS hingga sanggup memanipulasi ahli yang taat serta setia kepada mereka.

Parti ini tidak mungkin akan mampu untuk menjadi sebuah kerajaan apabila mereka hanya mengikut telunjuk DAP dan PKR semata mata dan laungan yang mengatakan PAS akan menggantikan UMNO adalah tidak relevan sama sekali, ini kerana kerusi parlimen yang di pertandingkan oleh PAS adalah terlalu sedikit berbanding DAP dan ini boleh dilihat bagaimana PAS akan berjaya mewujudkan sebuah negara Islam menurut mereka.

Sabtu, 8 September 2012

SIFAT PEMAAF PERDANA MENTERI PERLU DICONTOHI

Walau pun dihina dimaki dan dihamun oleh segelintir rakyat Malaysia yang tidak suka dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh beliau, Perdana Menteri sedia untuk memaafkan remaja yang menunjukkan punggung pada gambar beliau.

Inilah sikap dan sifat yang cukup baik yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Jika kita perbandingkan beza antara Perdana Menteri dengan ketua pembangkang, ianya amat jauh sekali yang mana sikap ketua pembangkang (Anwar Ibrahim) yang lebih kepada dendam dan amarah walaupun sudah ketara beliau yang bersalah.

Ini bukan kali pertama kita melihat Perdana Menteri memaafkan rakyat Malaysia, semasa beliau melawat ke kota London sikit masa dulu, terdapat segelintir penyokong himpunan Bersih yang cuba mengganggu Perdana Menteri dengan tujuan untuk memalukan beliau, namun tidak ada satu tindakan pun yang diambil.

Ini lah ciri ciri seorang Perdana Menteri yang kita semua mahukan dan bukannya seorang yang amarah serta pendendam seperti Anwar Ibrahim.

Sangkakala harap agar semua rakyat Malaysia dapat menilai yang mana kaca dan yang mana intan, jangan kerana guruh dilangit air tempayan kita curahkan.

DEMI ANWAR IBRAHIM

Apa dah jadi ni sampai keluar pistol.

Untuk maklumat lanjut sila klik disini

http://bit.ly/U1JHNm
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 6 September 2012

DAP MAKIN MENGGILA DI PENANG

Sejak tahun 2008 selepas Pilihanraya Umum Ke 12 hingga kini, DAP semakin menggila di Pulau Pinang.

Tapi yang kerap menjadi mangsa adalah para peniaga kecil yang boleh di anggap kais pagi makan pagi.

Baru baru ini para peniaga ini mungkin sudah kehilangan punca dan ini membuatkan mereka berang dengan kerajaan di negeri tersebut.

Kita semua digemparkan dengan amukan yang dilakukan oleh para peniaga ini di majlis rumah terbuka sempena aidilfitri kerajaan negeri Pulau Pinang baru baru ini.

Sangkakala rasa tidak ada salahnya jika mereka pergi ke majlis tersebut disamping untuk berjumpa dan mendapatkan penjelasan dari kerajaan negeri tentang kedudukan mereka sebagai peniaga.

Peniaga peniaga ini dikatakan berang apabila jerajaan negeri mengarahkan mereka hanya boleh menjalankan perniagaan pada jam 12 tengah malam.

Jika difikirkan secara logik akal juga sekalipun, siapa yang akan datang ke premis perniagaan selepas pukul 12 malam? Ini adalah punca kenapa para peniaga ini berang.

Jadi kepada semua pengundi, janganlah percaya pada mereka yang selalu membohong begini

LGBT BUDAYA JAHILIAH

Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bukan satu cara hidup moden yang melambangkan keterbukaan dan penerimaan, sebaliknya menunjukkan tamadun manusia kembali ke zaman jahiliah, kata penyelidik kanan pusat kajian syariah, undang-undang dan politik dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Enizahura Abdul Aziz.

Menurutnya, perjuangan kelompok itu menolak hukum Tuhan dan mengutamakan kehendak peribadi.

Justeru, katanya, masyarakat harus memberi perhatian sewajarnya kepada penularan pemikiran berbentuk liberal ini yang mengetepikan tuntutan sebenar agama.

Enizahura menegaskan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Memahami Kemunculan Fahaman dan Amalan LGBT: Satu Analisis Ringkas' pada Muzakarah Pakar LGBT: Cabaran dan Penyelesaian, di ibunegara semalam.

Kertas kerja itu disediakan dengan kerjasama Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Pengarah Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Ikim Dr Mohd Zaidi Ismail.

Enizahura juga berkata perjuangan secara terbuka kelompok pro-LGBT di negara ini mempunyai agenda untuk menghapuskan undang-undang sedia ada bersabit pelaku homoseksual.

Seorang lagi penyelidik kanan Ikim, Siti Shamsiah Md Supi berkata perjuangan menuntut hak dan pengiktirafan terhadap golongan LGBT tidak akan berhenti malah semakin lantang disuarakan dan dipastikan penerimaanya oleh masyarakat dunia.

"Senario ini menunjukkan bahawa lebih banyak usaha perlu dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan dan tersusun agar kita tidak ditewaskan oleh kelewatan dan kesilapan kita dalam bertindak.

"Apabila isu LGBT ini diambil mudah mula berlakunya keruntuhan institusi keluarga, maslahah anak-anak tergugat, hubungan sejenis menyumbang kepada penyakit berjangkit seksual dan mempunyai kadar kelahiran dan kesuburan yang rendah," katanya.

Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Fenomena LGBT Dari Aspek Kekeluargaan dan Kemasyarakatan' berharap langkah pemantapan serta pengukuhan institusi keluarga dan masyarakat yang bertindak sebagai faktor penghalang penularan budaya negatif asing dapat dijalankan.

"Antaranya termasuklah langkah seperti penegasan pendirian kerajaan untuk menolak pengiktirafan terhadap golongan LGBT, pengukuhan keberkesanan peranan institusi keluarga yang dimainkan ibu bapa dan penekanan lebih besar terhadap ibadah dan adab serta prinsip pergaulan dalam ajaran Islam.

"Tidak kurang juga sokongan bagi pengukuhan peranan ibu bapa oleh pihak sekolah, pelaksanaan peranan yang aktif dan agresif oleh anggota masyarakat serta pembanterasan elemen yang secara tidak langsung menyokong unsur-unsur LGBT," katanya.

Beliau berkata institusi keluarga merupakan asas bagi pembinaan masyarakat dan negara perlu memandang serius agar pembanterasan LGBT ini dapat dilaksanakan dengan tindakan yang proaktif.

Sumber: BERNAMA

Rabu, 5 September 2012

SAPA YANG RUGI SEKARANG

Remaja yang menunjukkan punggung keatas gambar Perdana Menteri dibebaskan dengan jaminan Polis semalam.

Namun pada hari ini, pihak kolej tempat dimana beliau belajar sekarang mengambil tindakam dengan membuang beliau keluar dari pengajian.

Kini siapa yang rugi? Ibu dan bapa pelajar ini sudah pasti kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh beliau.

Akibat terlalu taksub dengan pembangkang yang menggunakan pelajar sebagai jentera mereka kini yang menjadi mangsa adalah pelajar tersebut, adakah pembangkang membela beliau sekarang?

Sama juga kejadian yang menimpa terhadap Adam Adli yang di kini sudah senyap dan tidak lagi kedengaran suara atau berita dari beliau.

Ini semua adalah perancangan pembangkang yang menggunakan pelajar untuk membenci kerajaan walau pun kerajaan telah memberikan segala bagai kemudahan terhadap mereka untuk menuntut ilmu.

GAMBAR PM TAK DIUBAHSUAI KATA BOS BERNAMA

Dakwaan sesetengah pihak kononnya Bernama telah mengubahsuai gambar yang diambil pada rumah terbuka Aidilfitri 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya adalah sama sekali tidak munasabah, kata Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong.

"Masa adalah intipati bagi sesebuah organisasi berita profesional dan bertanggungjawab seperti Bernama dan kami tidak ada masa untuk sengaja membuat sesuatu yang tidak rasional," katanya sambil menambah, unit foto pertubuhan berita nasional ini baru saja dilengkapkan dengan kamera dan lensa yang moden dan serba canggih tahun ini.

Yong berkata gambar asal yang dikatakan itu, yang menunjukkan sekumpulan besar orang ramai di rumah terbuka perdana menteri itu boleh dilihat oleh sesiapa jua di ibu pejabat Bernama di Kuala Lumpur.

Keadaan orang ramai berpusu-pusu di rumah terbuka Aidilfitri perdana menteri telah menjadi kebiasaan sejak Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri tiga dekad yang lalu, bermula dengan Sri Perdana yang lama di Damansara dan Seri Perdana kini di Putrajaya.

Pada 1 September lepas, seorang senator pembangkang mengeluarkan kenyataan mendakwa gambar yang disiarkan di beberapa akhbar itu telah diubahsuai oleh artis grafik amatur dan gambar-gambar rumah terbuka itu sepatutnya menunjukkan anak-anak muda, yang tua dan orang kurang upaya yang berkerusi roda.

Yong berkata jurufoto itu, Harry Salzman Abu Bakar, yang sebelum ini pernah mengambil gambar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-Moon, Perdana Menteri Britain David Cameron dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hilary Clinton tanpa masalah, telah menggunakan kreativitinya untuk menunjukkan sekumpulan besar orang ramai terutama golongan muda, hadir ke rumah terbuka itu untuk bertemu perdana menteri.

Selain gambar itu, yang menunjukkan keterujaan orang ramai, Harry Salzman juga telah mengambil banyak gambar lain pada majlis itu, termasuk gambar perdana menteri melambai kepada tetamu.

"Tidak dapat dinafikan yang Datuk Seri Najib mempunyai daya tarikan, bukan sahaja di rumah terbuka Aidilfitrinya tetapi juga pada majlis dan acara awam lain, kerana gambar-gambar dan klip video pertubuhan berita lain turut membuktikannya," kata Yong.

Sumber BERNAMA

MAZLAN ALIMAN DAH GILA AGAKNYA

NGO pemantauan isu-isu Felda Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) memberi amaran, 'penyingkiran' Pengurus Besar Felda Dzulkifli Wahab akan memakan diri BN dalam pilihan raya akan datang.

Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, perkara itu tidak baik untuk parti pemerintah kerana kira-kira 23,000 pekerja amat rapat hormat kepada Dzulkifli.

Hairan juga Sangkakala dengan perkataan "tidak baik untuk parti pemerintah" seperti yang disebutkan oleh beliau. Sejak bila Mazlan begitu mengambil berat tentang baik dan buruk untuk kerajaan? Setahu Sangkakala, apa juga yang dilakukan oleh kerajaan adalah buruk di mata pembangkang walau pun ianya adalah untuk kebaikan.

Dalam kes pertukaran Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli yang dihebohkan oleh ANAK, ini adalah perkara biasa dalam setiap jabatan atau badan atau mana mana institusi kerajaan mahupun swasta, sebab setahu Sangkakala, jika seseorang pegawai ditukarkan ke jabatan atau kementerian lain, itu adalah kerana kewibawaan beliau serta kemahiran yang beliau ada di perlukan di tempat lain.

Mungkin juga Mazlan Aliman serta pengikutnya cuba menghalang Dzulkifli daripada memperolehi pendapatan lebih disamping memberikan atau memindahkan pengalaman yang ada pada beliau untuk kepentingan kementerian yang bakal disertai oleh Dzul.

Berkenaan dengan 23000 pekerja yang didakwa mengikut Dzulkifli, mereka memang akan merasa kehilangan Dzul pada awalnya tapi perkara ini lama kelamaan akan hilang.

Sama juga semasa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad semasa meninggalkan tampuk pemerintahan negara, semua rakyat Malaysia merasa kehilangan beliau, tetapi setelah digantikan dengan Perdana Menteri yang baru, perjalanan pemerintahan masih sama, walaupun begitu, sehingga kini semua orang masih menghormati beliau.

Begitu juga dengan Dzulkifli, pertukaran beliau tidak bermaksud beliau akan diketepikan dan sudah pasti setiap kakitangan Felda yang dikatakan rapat dengan beliau akan sentiasa mengenang jasa serta budi yang beliau curahkan sepanjang beliau berkhidmat dalam Felda.

Tapi kalau diikutkan daripada gambar yang Sangkakala upload sekali dalam artikel ini, kenapa semua yang ada tu nampak macam muka orang orang tua dan takde langsung gaya sebagai kakitangan Felda. Mazlan mendakwa kakitangan Felda merasa tak puas hati, tapi Sangkakala tengok tak ada seorang pun kakitangan Felda yang terlibat dalam gambar tersebut.

Jadi Sangkakala rasa ini semua adalah satu propaganda dari Mazlan Aliman yang sebelum ini gagal untuk menggagalkan usaha kerajaan menyenaraikan FGVH ke bursa saham.

Selasa, 4 September 2012

ANWAR MENYOKONG PENUKARAN JALUR GEMILANG

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu.

Nah..ini sudah menjadi bukti kuat bahawa Anwar juga terlibat dalam insiden membawa bendera tersebut ke Dataran Merdeka pada malam sambutan kemerdekaan yang lalu.

Sebelum ini, penolong Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan bertindak mengaku bahawa beliau yang mereka bendera berkenaan untuk dibawa ke Dataran Merdeka.

Dengan kenyataan ini sudah pasti Jalur Gemilang akan ditukar kepada bendera mirip kepada bendera negara Singapura dan Indonesia itu jika Pakatan Rakyat memerintah.

Sebagai orang yang pernah memegang jawatan kedua tertinggi di dalam kerajaan Malaysia, Anwar sepatutnya lebih arif dengan sensitiviti masyarakat yang cintakan tanah air, bukan dengan menyokong tindakan yang dilakukan oleh pengikut beliau yang secara terang terangan cuba untuk mencetuskan kekeliruan masyarakat.

Walaupun beliau menegaskan bahawa bendera tersebut adalah bendera yang digunakan untuk menuntut kemerdekaan negara, tetapi kita semua sedia maklum bahawa bendera rasmi yang digunakan oleh negara kita sekarang ialah Jalur Gemilang dan ianya telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong serta majlis Raja Raja dan ianya juga telah di persetujui didalam parlimen sebelum ianya dijadikan bendera rasmi negara.

Dengan tindakan yang dilakukan oleh pengikut pembangkang ini juga, negara luar mungkin akan merasakan bahawa Malaysia tidak stabil dari segi politik dan seterusnya menggagalkan usaha kerajaan dalam menaikkan serta memartabatkan negara ini di mata dunia.

Walau pun DAP sebelum ini mengatakan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang perkara ini, itu senua adalah bohong semata mata kerana dalam konteks persefahaman diantara DAP PAS dan PKR sudah pastilah ada persetujuan sebelum semua ini dilakukan.

Jika PR menjadi kerajaan sudah pasti akan banyak perubahan kearah keburukan yang akan diambil dan kemungkinan besar juga PR akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik sepert mana Singapura dan Indonesia yang menggunakan sistem Presiden dan Raja Raja Melayu tidak lagi diguna pakai.

Isnin, 3 September 2012

SARAWAK MAJU DIBAWAH PEMERINTAHAN BN

Apabila wartawan TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain yang mengatakan bahawa Bintulu adalah kawasan daif, tamai dikalangan pemimpin pembangkang menyelar kenyataan yang dibuat oleh wartawan tersebut.

Bagi Sangkakala ada juga baiknya apabila wartawan tersebut tersasul begitu, ini membuatkan pembangkang di Sarawak mengiyakan bahawa negeri kenyalang tersebut maju dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Selama ini, pembangkang sendiri mengatakan bahawa negeri Sarawak mundur dengan pelbagai tohmahan dan kejian.

Tetapi pada hakikatnya negeri itu bertambah maju dan kaya disamping pendapatan rakyatnya bertambah dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat sudah nampak dengan jelas kini bahawa segala dakwaan yang dilemparkan oleh pembangkang selama ini adalah bohong semata mata demi untuk membolehkan mereka menjadi pemerintah.

Tapi bagi Sangkakala pula, Tuhan itu maha kaya apabila mereka sendiri yang mengiyakan kekayaan negeri itu.

DAP GOYAH DENGAN KEMARAHAN RAKYAT

Dalam demonstrasi yang diadakan oleh penyokong penyokong pakatan rakyat pada malam 31 Ogos yang lalu, kita ada kelihatan penyokong penyokong mereka membawa bendera yang asing dan belum pernah kita lihat.

Dalam semua orang tertanya tanya bendera negeri atau negara mana yang dibawa oleh penyokong penyokong ini, rupa rupanya ia adalah bendera yang bakal menggantikan jalur gemilang.

Apa bila berita ini tersebar di laman laman sosial dan tertera dalam akhbar tempatan ianya menjadi satu kemarahan rakyat dimana kebanyakan rakyat yang cintakan negara tidak sanggup untuk melihat lagi maruah negara menjadi permainan pakatan rakyat.

Seperti biasa DAP akan memainkan peranan seolah olah perkara ini tidak mendapat restu dari mereka dan ianya bukanlah agenda pakatan rakyat.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan atau membangkitkan isu untuk menukar bendera Jalur Gemilang dalam mana-mana mesyuaratnya.

Sangkakala berpendapat, jika pakatan rakyat tidak mengetahui perkara ini, masakan pengikut pengikut mereka membawa bendera tersebut.

Agenda untuk menukarkan jalur gemilang ini mungkin memang ada dalam pemikiran pemimpin pembangkang, namun setelah sedar dengan kebangkitan serta kemarahan rakyat, maka mereka menafikan perkara tersebut.


Sabtu, 1 September 2012

MESRANYA ABBY DI MALAM MERDEKA

Jika dilihat anda melihat gambar yang tertera di bawah artikel ini sudah pasti ianya bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Abby Abadi sewaktu penyertaan beliau dalam parti PAS dulu.

Dalam beliau berkata menyertai PAS adalah untuk berubah dan menuju kearah jalan yang diredhai Allah, Sangkakala rasa tidak kearah itu sebenarnya.

Mungkin benar kata kata seorang alik ulama baru baru ini yang mana jika menyertai parti politik dan dijemput untuk berceramah disana sini, belum pasti orang tersebut benar benar faham akan agama.

Ini telah terbukti terhadap diri Abby, beriya iya mengatakan bahawa beliau hendak berubah dan sedang dalam proses untuk berubah, kita lihat pula gambar dibawah. Mesra bukan?

Adakah mereka semua itu adik berasik Abby Abadi atau mahram beliau yang tidak membatalkan air sembahyang jika bersentuhan kulit?

Bukankan itu adalah haram disisi agama islam?

Abby ni Sangkakala nampak lebih kepada mencari jodoh agaknya atau mencari publisiti atau mungkin juga sevab marahkan Norman yang menyertai UMNO.

Fikir fikirkanlah sendiri, apa yang dilakukan tidak seperti yang dikatakan oleh beliau.