JOM SELAWAT

JOM SELAWAT

live streaming / siaran langsung

Khamis, 29 Mac 2012

KEJAMNYA MB SELANGOR PADA BELIA

Sangkakala baru dimaklumkan oleh seorang sahabat tentang perkara ini. Pada Sangkakala ini adalah kekejaman yang cukup kuat dilakukan oleh kerajaan Pakatan Haram di Selangor terhadap para belia.

Ikuti kenyataan akhbar oleh Majlis Belia Selangor di bawah ini.

MAJLIS BELIA SELANGOR
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Off Persiaran Kayangan
Seksyen 7,40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 55105410

MBS/KA/16/2/12(001)
29hb Mac 2012

KENYATAAN MEDIA


ISU KENAIKAN KADAR SEWA KOMPLEKS BELIA SELANGOR KEPADA MBS

1) Majlis Belia Selangor (MBS) yang mewakilli semua persatuan belia di negeri Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarikat milik Menteri Besar Selangor (Perbadanan) iaitu MSNS HOLDINGS SDN BHD yang mengenakan kadar sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa dan menjalankan aktiviti di Kompleks Belia.

2) Tersergam indah di seksyen 7 Shah Alam, Bangunan Kompleks Belia ini telah dibina pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri ketika itu. Bangunan serta dewan besar Raja Muda Musa telah terbina atas dasar keperihatinan, pengiktirafan dan wawasan pemerintahan kerajaan negeri akan peranan persatuan-persatuan belia di dalam negeri Selangor. Menjunjung Merapat sembah, sukacita kami maklumkan, penaung kami ialah DYTM Raja Muda Selangor Darul Ehsan, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat aktiviti belia di negeri ini digerakkan secara aktif dengan terbinannya kompleks ini.


3) MBS telah menghuni bangunan kompleks ini dari awal tahun 2001 sehinggalah sekarang. Sebelum tahun 2008, MBS beroperasi di lantai empat dan lima tanpa dikenakan sebarang bayaran sewaan. Akan tetapi setelah kepimpinan kerajaan negeri beralih kuasa, untuk pertama kalinya pihak pengurusan bangunan yang di bawah penyeliaan Setiausaha Kerajaan Negeri telah mula mengenakan sewaan kepada kami dengan kadar RM1,977 sebulan termasuk elektrik dan air pada Januari 2011 untuk searas tingkat. Tanpa belas kasihan, pihak pengurusan seakan memekakkan telinga mereka menolak rayuan kami agar tidak dikenakan sewa bulanan. Dengan rasa pilu kami terpaksa merela dan melepaskan penggunaan tingkat aras 4 kerana tidak mampu membayar sewa yang dikenakan dan hanya beroperasi di aras 5 sahaja.

4) Sekali lagi kami dikejutkan apabila syarikat pengurusan sekali lagi pada awal 2012 telah menaikkan sewa kepada RM5,280 + RM900 (penggunaan elektrik, air dan sinking fund) dan deposit sebanyak RM10,560 (sewa 2 bulan) yang ditetapkan. MBS adalah persatuan belia, bukan syarikat perniagaan. Daripada mana kami hendak mendapatkan sewa sedangkan kami sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.


5) Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kami teraniaya. Slogan Selangor Negeri Kebajikan dan perutusan "Tabung Warisan Anak Selangor" atau TAWAS oleh Menteri Besar Selangor, "Saya dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik", hanyalah retorik untuk meraih sokongan rakyat.


6) MBS dianak tirikan oleh kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih menutup telinga dan tidak mendengar permasalahan kami. Sudah terlalu banyak permohonan pengurangan berkenaan sewaan kami ajukan kepada pihak pengurusan tetapi tidak diendahkan.


7) Sejak dari tahun 2008, kerajaan negeri tidak pernah satu sen pun menghulurkan bantuan kewangan kepada MBS mahupun kepada persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS. Mengapakah peruntukan kewangan hanya diagihkan kepada pengerak belia tempatan (PeBT), Rakan Muda PBT dan Generasi Idaman Selangor (GeMS)? Di manakan ketulusan dan keikhlasan kerajaan negeri memegang amanah yang suatu masa dahulu melaungkan, "Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan"?

8) Jika kerajaan negeri betul-betul serius mahu melestarikan persatuan-persatuan belia dan belia di Selangor khususnya, mereka tidak akan mengenakan kos sewa yang tinggi kepada MBS untuk menyewa di bangunan ini dan menggunakan prasarana yang dibina untuk kemudahan belia di negeri ini. Justeru kami mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mempertimbangkan semua kadar sewa tersebut. Atau tukar sahaja nama kompleks ini kepada kompleks perniagaan jika kerajaan negeri benar-benar mahu memikirkan keuntungan daripada memikirkan aktiviti belia di negeri ini digerakkan.

Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden

RAFIZI RAMLI AMBIL ALIH NFC

Menteri Pertanian baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa projek ternakan lembu negara akan ditender kepada kontraktor-kontraktor yang berminat untuk melaksana serta meneruskan projek tersebut.

Semalam pula dalam portal Malaysia kini tertulis mengatakan bahawa PKR tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Kenyataan ini dibuat oleh pengarah strategi PKR- Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa kerajaan cuba untuk menutup kes tersebut.

Untuk makluman, NFCorp juga dilantik oleh kerajaan bagi menjalankan projek tersebut dengan pinjaman yang diluluskan sebanyak RM 250 juta.

Ini bermakna projek tersebut perlu diteruskan dengan cara memberi tender kepada syarikat-syarikat lain yang berminat.

Sangkakala berpendapat begini sebagai contoh, jika projek sebuah jambatan tidak dapat dilaksanakan oleh kontraktor pertama yang diberi tender dan syarikat tersebut gagal untuk melaksanakannya, maka syarikat lain boleh dilantik untuk meneruskan projek tersebut dan yang pasti kontraktor pertama sudah tentu akan diambil tindakan.

Projek NFC dikatakan gagal dibawah seliaan NFCorp dan kerana kegagalan yang diperkatakan ini maka syarikat lain perlu dilantik untuk meneruskan projek tersebut demi untuk memastikan bekalan daging mencukupi dalam negara, kerana itu adalah rancangan kerajaan pada awalnya.

Jadi tindakan PKR yang mengatakan behawa kerajaan cuba menutup salah itu dan ini adalah tidak berasas sama sekali.

PKR nampaknya lebih suka jika bekalan daging berkurangan dan kos untuk membekalkan daging kepada rakyat akan meningkat dan ini sudah pastinya akan menyusahkan rakyat.

Atau Rafizi cuba menghalang daripada projek ini terlepas ketangan orang lain dengan harapan dia akan dapat projek yang boleh menjana pendapatan dengan nilai jutaan ringgi tersebut.



Pssttt..masuk tender bro..

Rabu, 28 Mac 2012

AZMIN MASIH BERDIAM DIRI

Apa bila di sanggah oleh Datuk Hasan Ali baru-baru ini, Azmin Ali masih mendiamkan diri berhubung persoalan yang diajukan.

Azmin yang baru-baru ini mengatakan bahawa Hasan Ali menggunakan wang kerajaan negeri hingga mencecah lebih RM 300 ribu dalam Dewan Undangan Negeri kini hilang punca oleh soalan bertubi-tubi dari pada Hasan Ali.

Hasan yang mungkin naik berang dengan tuduhan Azmin dan tuduhan itu dinafikan oleh Menteri Besar dengan mengatakan bahawa semua kos membabitkan pengubahsuaian pejabat Hasan Ali di adalah dalam pengetahuan dan kelulusan pejabat Menteri Besar.

Hasan kemudiannya membuat pertanyaan tentang saham yang dimiliki oleh Azmin serta isteri beliau yang mencecah nilai jutaan ringgit diperolehi dari sumber mana?

Hasan membuat pertanyaan setelah beliau mengetahui Azmin serta isteri mempunyai saham bernilai lebih 10 juta ringgit semasa beliau (Azmin) menjadi setiausaha sulit kepada Anwar Ibrahim yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

Azmin juga didesak untuk menjawab soalan bahawa isteri beliau dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar Ibrahim dan meminta supaya ujian DNA dilakukan keatas anak Azmin bagi mengesahkan siapa bapa kandung sebenar remaja tersebut.

Soalan-soalan maut yang dikemukakan oleh Hasan kali ini nampaknya membuatkan Azmin dan Shamsidar (isteri azmin) tak lena tidur malam.

Nampaknya Azmin dah jolok sarang tebuan, habis bengkak tapi bukan badan yang bengkak adalah hati Azmin, mungkin lepas ni Azmin akan mengemukakan saman terhadap Hasan kerana mendedahkan perkara yang selama ini hanya menjadi bayangan terhadap perilaku Azmin.



Psstt..mampos azmin kali ni,, jawab jangan tak jawab..

Selasa, 27 Mac 2012

KENYATAAN ORANG ASLI KELANTAN BUKTI KERAJAAN PAS GAGAL

Kenyataan seorang wakil orang Asli di Lobi Parlimen hari ini membuktikan bahawa kerajaan PAS di kelantan gagal dalam melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat dari kaum tersebut.

Dalam kenyataan wakil orang asli Kelantan Ajom Alang, beliau mengatakan bahawa kerajaan Kelantan cuba untuk memberikan tanah kepada mereka sedangkan selama Barisan Nasional memerintah negeri tersebut tidak terlaksana.

Sangkakala ingin bertanya, adakah kerajaan PAS di Kelantan baru berusia 5 tahun? Kerajaan PAS sudah memerintah Kelantan lebih dari 20 tahun dan dalam kenyataan tersebut kerajaan PAS masih lagi mencuba, sedangkan kuasa untuk meluluskan tanah adalah dibawah kuasa Menteri Besar Kelantan sendiri. ianya tidak melibatkan kerajaan Pusat dalam pemberian tersebut.

Sangkakala juga merasakan sesuatu apabila hanya 10 orang yang hadir bagi mewakili kaum Asli tersebut dan mereka mendakwa bahawa mereka adalah wakil masyarakat Asli di Kelantan, adakah semua orang Asli tahu akan kehadiran atau pemergian 'wakil' mereka ini ke Parlimen?

Sedangkan sebelum ini, ramai dikalangan orang asli melaporkan bahawa tanah mereka diceroboh dan dirampas oleh kerajaan PAS dan Ladang Rakyat yang dijanjikan kepada mereka hanya tinggal janji.

Baru-baru ini juga ada perkhabaran bahawa ada keluarga yang terpaksa hidup dalam keadaan daif sedangkan mereka telah dijanjikan untuk diberi tanah dalam skim ladang rakyat yang diilhamkan oleh PAS di negeri tersebut.

Agaknya PAS telah menggula-gulakan sekumpulan kecil masyarakat asli ini dengan cara membawa mereka ke parlimen dan meminta mereka mengeluarkan kenyataan sebegitu walaupun pada hakikatnya mereka teraniaya.

Isnin, 26 Mac 2012

KENYATAAN MEDIA GAPS

Dong Zong wajar bertanggungjawab bila Dato Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran ditumbuk dalam perhimpunan pertubuhan pendidikan cina itu di Kajang kelmarin. Memperlakukan sedemikian rupa, bukan contoh yang baik dalam sebuah negara demokratik yang merdeka seperti Malaysia.

Hasrat Dong Zong untuk menjadi pertubuhan pendidikan ekstreme cina dinegara ini tidak akan mencapai apa-apa matlamat kecuali menjadikan bangsa melayu dan india lebih berwaspada dengan corak politik dunia pendidikan Dong Zong yang semakin buas sekarang.

Rentak perang yang dimainkan menjelang pilihanraya membawa maksud yang pelbagai yang kadang-kadang tidak menguntung bangsa cina keseluruhannya dinegara ini.

Bayangkan jika hanya guru melayu mengajar di SK, hanya guru India mengajar di SJKT. Munasabahkah, wajarkah, adilkah guru berbangsa melayu dan india yang mengajar di SJKC dihumban keluar semata-mata kerana perbedaan warna kulit?

Dong Zong juga dilihat mahu mendekatkan sistem pendidikan negara ini menghampiri sistem aparthied yang telah buat sekian lamanya ditolak oleh semua bangsa didunia ini.

Jurang pendidikan yang semakin melebar antara golongan rakyat tentunya tidak menyumbang kepada negara yang aman, stabil dan makmur.

Kaum cina wajar mencari pendekatan yang lebih lunak dalam masyarakat yang berbilang ras dan keturunan dinegara ini. Selamatkan negara ini dari arus ekstreme Dong Zong dalam dunia pendidikan.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

26 Mac 2012

Ahad, 25 Mac 2012

HEBAT KERAJAAN PULAU PINANG MAIN DUIT


SMART TUNNEL
 Hari ini Sangkakala dikejutkan dengan berita yang disampaikan oleh rakan tentang satu projek pembinaan jalan di Pulau Pinang, kalau nak diikutkan ianya bukanlah sehebat mana sekali pun, cuma jalan biasa yang tidak lebih dari mana-mana jalan lain.

Apa yang membuatkan Sangkakala terangkat daripada tempat duduk dan hampir jatuh juga terduduk ialah harga pembinaan jalan tersebut yang pada Sangkakala ianya mungkin dibuat menggunakan bahan yang paling bermutu seperti pasir silika, batu mar-mar dan dan diturap dengan batu granite bermutu tinggi.

Terowong SMART atau pun Terowong PINTAR yang membolehkan ianya digunakan untuk menjadi laluan kenderaan dan laluan air ketika hujan lebat pun tidak menggunakan kos yang sebegitu tinggi. ini baru jalan biasa dah melampau-lampau punya harga.

Terowong SMART hanya menelan belanja sebanyak RM 1.9 billion tetapi jalan yang diperkatakan ini menelan belanja RM 4 billion yang boleh mencapai hingga RM 500 juta untuk satu kilometer. Wah!! kaya betul kerajaan Pulau Pinang atau nak kayakan kontraktor yang dilantik supaya duit tu boleh diserahkan kembali kepada kerajaan negeri bagi menampung kos perbelanjaan untuk pilihanraya nanti?

Ini semua adalah hadiah dari Lim Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang yang menyokong DAP hingga menang dalam PRU12 yang lepas. nah sekarang macam mana? Ada lagi ke perasaan untuk bagi pada Lim bagi menerajui negeri Pulau Pinang bagi tempoh 4 ke 5 tahun akan datang? Tepuk dada tanya selera, selera Guan Eng nampaknya memang besar. 2 hari sudah tanah wakaf surau dan masjid, hari ini jalan yang diturap dengan tembaga, esok lusa apa lagi agaknya.

Apa-apa pun tahniah bagi warga Pulau Pinang, dapat jalan yang berharga ratusan juta ringgit bagi setiap kilometer, diharap jalan tu nanti jiak berlaku kemalangan boleh terus bawa mangsa ke hospital.




pssttt..Lim!! wa mau bikin satu kilometer boleh ka? nanti wa kasi lu sikit maa...

DONG ZONG SILAP BESAR

Perhimpunan 325 anjuran kumpulan pendidikan Cina Dong Zong melakukan satu kesilapan besar kerana tidak berpuas hati dengan kekurangan guru berpendidikan Cina.

Adakah perkara sebegini juga kerajaan perlu disalahkan? Sedangkan kerajaan telah memberikan kemudahan seperti sekolah rendah jenis kebangsaan cina (srjkc) di setiap pelusuk negara.

Kumpulan ini sepatutnya melihat sejauh mana kecenderungan kaum cina dalam menjadi guru di sekolah? Bukan mengatakan rasa tidak puas hati dengan kekurangan guru-guru berpendidikan cina di dalam negara.

Kerajaan tidak berhak untuk menentukan kemana hala tuju pelajar apabila mereka tamat pengajian, sama ada menjadi guru, kerani, pegawai kerajaan atau swasta, itu semua adalah hak pelajar selepas menamatkan pengajian mereka.

Kumpulan ini juga mendakwa bahawa timbalan menteri pendidikan yang juga merupakan ketua pemuda MCA- Datuk Wee Ka Siong gagal untuk melaksanakan tugas juga adalah salah.

Apa Wee boleh buat kalau kaum cina sendiri tidak ada yang mahu menjadi guru dan kalau ada pun ianya hanyalah dalam jumlah yang amat sedikit.

Sangkakala lihat kumpulan ini hanyalah sebagai kumpulan retorik yang cuba menyalahkan kerajaan dalam isu pendidikan kaum cina.

Kebanyakan anak atau pelajar-pelajat cina lebih cenderung ke arah perniagaan dari berkecimpung dalam dunia pendidikan. Ini kerana keluarga kaum cina lebih banyak menjadi peniaga dari berkerja di sektor awam.

Lepas ni kumpulan Dong Zong perlu menekankan masyarakat cina untuk menjadi pendidik dan bukan hanya menjadi pak turut kepada pembangkang dan Sangkakala juga nasihatkan Dong Zong supaya tidak menjadi agen Pakatan Rakyat.

AZMIN ALI VS KHALID IBRAHIM

Baru-baru ini Azmin Ali mendedahkan bahawa bekas EXCO kerajaan kerajaan negeri yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali telah menggunakan wang kerajaan sebanyak RM 300 ribu bagi mengubah suai pejabat beliau dan itu adalah satu pembaziran yang dilakukan oleh bekas EXCO tersebut. Azmin juga mengatakan bahawa wang tersebut lebih baik diberikan kepada rakyat dari pada ianya dibazirkan sedemikian. Beliau (Azmin) juga mempertikaikan tentang tender yang diberi kepada kontraktor pengubahsuaian tersebut dimana beliau mendakwa bahawa ianya tidak mengikut prosedur yang betul.

Hari ini pula, didalam MalaysiaKini, Menteri Besar Selangor mengatakan bahawa kontrak pengubahsuaian bilik pejabat bekas ECXO itu dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan dan ianya tidak menjadi kesalahan dan tindakan tidak akan di ambil terhadap Hasan Ali.

Persoalannya, adakah Azmin sengaja untuk memerangkap Hasan atau Azmin ingin menunjukkan bahawa pentadbiran Khalid selaku Menteri Besar tidak telus? Ini menjadi tanda tanya di dalam pemikiran Sangkakala kerana kedua-dua pemimpin ini adalah dari parti yang sama dan tidak mungkin sama sekali ianya diluar pengetahuan kerana penasihat ekonomi kerajaan negeri adalah Ketua Umum parti mereka berdua.

Kepincangan dalam pentadbiran ini sudah dapat dilihat dan ianya kini menjadi tanda tanya, jika perkara sebegini boleh terlepas pandang oleh Azmin, ini bermakna ianya mungkin akan terjadi kepada rakyat dalam bentuk memberikan ketelusan dalam pemerintahan.

NALLAKARUPAN CABAR ANWAR

Senator Datuk S Nallakarupan yang juga merupakan bekas rakan baik kepada ketua pembangkang- Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mencabar Anwar untuk menyaman beliau dengan kadar segera di mahkamah.

Ini berikutan notis guaman yang dihantar oleh Anwar Ibrahim kepada beliau supaya beliau memohon maaf kepada Anwar kerana Nalla pernah mendedahkan bahawa Anwar adalah seorang biseksual dan notis tersebut tidak diendahkan atau dipedulikan oleh Nalla. Sebaliknya Nalla mencabar Anwar supaya membawa kes tersebut ke mahkamah dengan kadar segera.

Bercakap di dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur semalam, Nalla berkata beliau sedia untuk berjumpa dengan Anwar Ibrahim dan juga bersedia mendedahkan lebih banyak perilaku sumbang Anwar.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Senator Ezam Mohd Nor yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, bekas Setiausaha Peribadi Anwar- Anuar Shaari dan ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali, Keempat-empat mereka berikrar akan menjatuhkan Ketua Umum PKR tersebut.

Ketika ditanya kepada Ummi Hafilda pula, beliau berkata akan ada lebih banyak bukti yang akan dikeluarkan menjelang pilihanraya ini dan diantara buti tersebut ialah gambar dimana gambar tersebut didakwa mempunyai bukti terhadap hubungan Anwar dengan wanita yang bergelar Shamsidar.

KERAJAAN SELANGOR PERLU KEMBALIKAN WANG RAKYAT





Pakatan Rakyat selalu mendendangkan kata-kata pulangkan hak rakyat kepada rakyat, dan ini menjadi menifesto mereka dengan mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional bertindak dengan tidak bertimbang rasa dan membebankan rakyat.

Mereka juga acap kali mengatakan bahawa wang yang digunakan oleh kerajaan itu adalah wang rakyat. Sebagai seorang rakyat pula, apa pengorbanan kita kepada tanah air ini? Tidak kira dari apa kaum dan agama sekalipun.

Kita yang sebenarnya tidak menyumbangkan apa-apa kepada negara ini, dan cuba kita fikirkan kembali apa sumbangan yang kita berikan kepada negara hingga Pakatan Rakyat mengatakan kerajaan mesti mengembalikan wang rakyat kepada rakyat.

Mungkin dalam konteks ini, Pakatan Rakyat megatakan bahawa setiap cukai itu adalah wang rakyat yang digunakan oleh kerajaan dan ianya mestilah dipulangkan kepada rakyat, Sangkakala kurang bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh Pakatan ini. Mungkin ada sesetengah pembaca mengatakan Sangkakala berkata begitu kerana Sangkakala adalah penyokong tegar kerajaan.

Dalam artikel Sangkakala pada kali ini, Sangkakala ingin mengajak semua pembaca berfikir sejenak tentang apa yang diberikan oleh kerajaan dengan apa yang kita sumbangkan untuk negara.

Jika kita mengatakan bahawa cukai kerajaan itu adalah wang rakyat dan kerajaan harus memulangkannya semula, apa pula pendapatan kerajaan untuk memberikan segala macam subsidi serta bantuan  dan pembangunan dalam negara? Sudah pastinya kerajaan tidak mempunyai pendapatan kerana kerajaan itu didokong oleh rakyatnya.

Sebuah negara adalah diibaratkan sebagai sebuah syarikat, pemilik syarikat ini adalah rakyat, jika pemilik sebuah syarikat tidak mengeluarkan modal untuk membangunkan syarikat tersebut, mana mungkin syarikat itu akan berkembang maju, dan jika pemilik syarikat tidak mengeluarkan modal maka pemilik tersebut perlu membuat pinjaman dan seterusnya ia akan menjadi beban kepada pemilik. itu adalah contoh yang Sangkakala berikan bagi sebuah negara.

Kita berbalik kepada cukai yang Sangkakala sebutkan tadi, jika ianya dikatakan wang rakyat yang perlu dikembalikan, lebih baik ianya tidak dikutip dan setiap rakyat tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan, dalam konteks ini pula, Sangkakala mencadangkan agar kerajaan-kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat supaya melupuskan segala bentuk cukai kepada rakyat dalam negeri mereka dan kita boleh lihat apa yang akan terjadi. Sebagai contoh, Sangkakala mencabar kerajaan negeri Selangor untuk memansuhkan bayaran cukai kerajaan negeri kepada rakyat Selangor, insyaallah dalam masa 2 tahun Sangkakala yakin, jika dahulunya negeri Selangor adalah negeri paling kaya di Malaysia akan menjadi miskin dan mungkin juga muflis kerana tiada sumber pendapatan dan jika kerajaan pusat pula memansuhkan semua cukai ini maka kadar sara hidup rakyat akan melonjak naik.

Jadi untuk memastikan kos sara hidup ini tidak melonjak maka cukai kerajaan perlu dibayar dan dengan bayaran cukai tersebut maka segala subsidi dan bantuan dari kerajaan akan berjalan dengan sempurna termasuklah pembangunan yang di cadangkan oleh kerajaan akan berjalan dengan lancar.

Sabtu, 24 Mac 2012

ANWAR TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI

Mungkin kerana tahu diri tu banyak melakukan kesilapan Anwar Ibrahim hari ini dalam laman twitter milik beliau mengatakan bahawa sebuah kereta WAJA WRL 4904 mengekori beliau 24 jam.

Kenapa agaknya Anwar berkata begitu melainkan beliau memang ada berbuat perkara yang tak betul.

Disini kita dah boleh nampak ketakutan Anwar jelas kelihatan. Beliau kata kereta tu 24 ikut dia, nombor pendaftaran pun beliau dah tau, tetapi kenapa tak buat laporan polis?

Polis sedia menerima laporan dan menjalankan siasatan dan berhak menyoal siasat pemandu kereta tersebut.

Atau mungkin juga kereta tu milik pengawal peribadi yang di upah sendiri oleh Anwar tapi oleh kerana takut beliau sendiri dah tak kenal mana kawan mana lawan.

Tobat buang la perasangka macam tu Anwar woii..

SIAPA ZIONIS DAN SIAPA YAHUDI


Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS mengatakan bahawa kenyataan Datuk Seri Hadi Awang baru-baru ini mengatakan perniagaan dengan orang yahudi adalah dibolehkan asalkan mereka tidak mengikut Zionis.

Persoalannya ialah siapa Zionis? Adakah Zionis itu dari golongan orang bukan Yahudi? Bukankah Zionis itu adalah Yahudi Israel yang membunuh Palestin dan merampas negara mereka dengan menggunakan kekuatan ketenteraan hingga membuatkan ramai orang islam Palestin menderita?

Pelik juga Sangkakala apabila membaca kenyataan Tuan Ibrahim ni. PAS hari ini seolah-olah membezakan antara Yahudi dengan Zionis. Kerana bagi Sangkakala Yahudi itulah Zionis dan Zionis itu adalaah orang Yahudi.

Apa-apa pun Sangkakala mengatakan bahawa ini semua adalah kenyataan berunsur politik dan mungkin Presiden PAS sudah merakan adalah kesilapan bagi beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu baru-baru ini.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT WARGA PENANG

Sangkakala mengucapkan tahniah yang teramat sangat kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang atas kebijaksanaan mereka memilih kerajaan pada PRU12 yang lepas.

Ucapan terima kasih juga Sangkakala ucapkan bagi pihak seluruh rakyat Malaysia kepada rakyat Pulau Pinang diatas persetujuan mereka untuk memberikan tanah masjid kepada kerajaan negeri.

Ucapan tahniah dan terima kasih yang Sangkakala maksudkan kepada rakyat Pulau Pinang adalah kesinambungan dari apa yang terjadi semalam apabila kerajaan negeri telah mengubah syarat tanah wakaf masjid dan surau kepada tanah rumah ibadat dimana ianya diletakkan dibawah Chief Minister Inc (CMI).

Apabila tanah-tanah ini berada dibawah CMI maka kerajaan negeri berhak untuk melakukan apa sahaja terhadap tanah-tanah ini termasuklah untuk menjualkannya.

Kita semua sedia maklum bahawa tanah-tanah di Pulau Pinang mempunyai nilai tinggi dan komersial. Tanah-tanah ini juga telah menjadi minat kepada para pemaju untuk membuat keuntungan.

Sangkakala pernah mendengar ceramah yang di sampaikan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang- Dr Firdaus yang mengatakan bahawa beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri tersebut kerana sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Ketua Menteri Pulau Pinang yang asyik mendesak untuk mendapatkan tanah wakaf masjid, surau dan perkuburan Islam.

Kini di Pulau Pinang sudah tidak ada lagi tanah masjid dan surau, kemungkinan sikit masa lagi tanah-tanah milik Melayu Pulau Pinang juga akan habis tergadai kepada orang lain.

Kini kita dapat lihat, betapa pandainya Lim Guan Eng serta kepimpinan lain dalam Pakatan Rakyat dalam memainkan peranan pemerintahan, habis semua harta benda yang sepatutnya menjadi hak orang melayu dirampas dengan rakus oleh mereka.

Sangkakala menyeru kepada seluruh rakyat Pulau Pinang khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya untuk sama-sama bangkit berjuang menentang Pakatan Rakyat dengan cara tidak langsung mmeberi undi kepada mereka pada PRU13.

Jumaat, 23 Mac 2012

KERAJAAN SELANGOR TIDAK TELUS DAN IKHLAS

Setelah Datuk Dr Hasan Ali dipecat dari jawatan EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan ahli PAS, baru kini Azmin Ali mendedahkan apa yang dilakukan oleh Hasan semasa menjawat jawatan.

Ini semua dinyatakan oleh Azmin semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Datik Dr Hasan Ali telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Kenapa sekarang baru dedahkan? Kenapa tidak dari dulu lagi? Nampak sangat Pakatan Rakyat akan diamkan apa yang dilakukan oleh kepimpinan mereka selama masih memegang jawatan.

Agaknya masih banyak lagi kes-kes yang seumpama ini diselindungi oleh Pakatan Rakyat dan ianya juga mungkin melibatkan hal yang lebih besar atau dengan kata lain membabitkan perbelanjaan tinggi.

Rakyat Selangor harus berwaspada, mungkin negeri Selangor kini sudah dijual tanpa pengetahuan rakyat.

SERAH BATU NISAN TANDA PELAJAR KURANG AJAR

Tindakan pelajar IPTA yang menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi petang ini menunjukkan betapa kurang ajarnya pelajar-pelajar dewasa ini.

Sangakala mengatakan kurang ajar ini bukanlah kerana memorandom tersebut, tetapi apabila pelajar-pelajar seramai 80 orang ini cuba memberikan batu nisan yang kononnya melambangkan kematian pelajar kepada Menteri Pengajian Tinggi hanya semata-mata pilihanraya kampus masih belum dijalankan lagi.

Adakah pilihanraya kampus tersebut memberikan kehidupan kepada pelajar-pelajar terbabit? Bukankah pelajaran itu yang bakal menentukan masa depan mereka sama ada cerah atau gelap? Sejak bila pilihanraya kampus menentukan masa depan pelajar?

Bagi Sangkakala, tindakan pelajar-pelajar ini mungkin didalangi oleh individu tertentu atau parti politik bagi membantah perkara terbabit.

Ini semua adalah lanjutan dari kes Adam adli yang bertindak menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Malaysia.

Sangkakala berpendapat, pelajar-pelajar yang kurang ajar begini elok di keluarkan dari IPTA, dan biar mereka belajar di kolej-kolej swasta dan baru mereka rasa perit jerih untuk membayar setiap mata pelajaran. Lagi pun mereka ini semua Sangkakala anggap tidak tahu bersyukur atau kufur nikmat yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

KAMILIA NAK TUNJUK HEBAT TAK KENA TEMPAT

Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamilia rupanya bukanlah seorang ahli politik yang benar-benar hebat.

Datuk Kamilia semalam dalam akhbar The Star telah meminta supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan ketua pergerakan wanita UMNO Malaysia.

Akibat dari kenyataan yang mungkin dianggap oileh Kamelia sebagai tindakan berani itu, lima orang ketua pergerakan wanita UMNO negeri menempelak beliau.

"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.

Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.

Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.

"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.

"Kita memberi sokongan kepada beliau (Shahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.

Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu.

Tindakan berani Kamilia nampaknya memakan diri, untuk bertanding pada pemilihan akan datang nampaknya sudah tidak ada harapan menang kepada beliau. Lupakan niat untuk menjadi ketua pergerakan wanita buat selam-lamanya.

Rabu, 21 Mac 2012

KERAJAAN SELANGOR TUNGGU DANA ASING UNTUK BUBAR DUN

Umum mengetahui bahawa PRU akan diadakan pada bila-bila masa dan hanya menunggu tarikh pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ramai yang membuat andaian dengan mengatakan Perdana Menteri akan membubarkan parlimen sebelum bulan Jun dan macam-macam lagi.

Isu yang menjadi bualan hari ini ialah, kerajaan Selangor tidak akan membubarkan DUN sekiranya Perdana Menteri membubarkan parlimen sebelum Jun tahun ini. Kenapa boleh jadi begitu? Kebiasaannya Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan mengikut tarikh hari pembubaran parlimen dan barulah     Pilihanraya boleh dijalankan serentak.

Sangkakala rasa musykil dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dalam Keadilandaily semalam yang mengatakan bahawa kerajaan Selangor tidak akan dibubarkan jika parlimen dibubarkan sebelum bulan Jun. Macam ada udang di sebalik mee pula.

Dari perbincangan dan sembang santai antara Sangkakala dengan rakan-rakan, ada juga dikalangan rakan-rakan yang mengatakan bahawa pemergian Khalid ke London baru-baru ini bukanlah membincangkan isu konsesi air semata-mata, ianya juga mungkin termasuk isu bagaimana syarikat air antarabangsa itu boleh membantu kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk kekal memerintah negeri itu dan seterusnya konsesi tersebut akan di ambil alih oleh syarikat yang dilantik oleh pakatan Rakyat. Dan untuk memastikan Pakatan Rakyat terus memerintah sudah pasti satu jumlah dana perlu disediakan dan siapa pula yang akan mengeluarkan dana tersebut.

Jika dikira dari tarikh pemergian Khalid ke London, kemungkinan besar untuk membekalkan dana tersebut mengambil masa lebih dari 2 bulan, dan jika pilihanraya umum diadakan sebelum bulan Jun maka pembekal tidak sempat untuk memasukkan dana tersebut kepada kerajaan Selangor.

Untuk mengadakan pilihanraya negeri, sudah tentu pakatan rakyat memerlukan belanja yang begitu besar dan belanja ini jika menggunakan wang kerajaan negeri sudah pasti 'bala' besar akan menanti kerajaan Selangor. Dan besar kemungkinan negeri Selangor akan jatuh dari segi pembangunan. jadi untuk mencari jalan selamat, kerajaan Selangor mungkin mencari dana dari luar bagi membantu mereka untuk memastikan kerajaan mereka kekal memerintah.

Jadi kemungkinan ini jugalah yang membuatkan kerajaan Selangor menunggu kemasukan dana tersebut seterusnya mengadakan pilihanraya negeri di Selangor.



pssttt..khalid kalau betul dapat duit nanti bagi sikit ye.. U are my friend bro.. hancur Selangor kerana PR

TANAH OH TANAH APA DAH JADI DENGAN KELANTAN

Lagi masalah tanah Ladang rakyat di Kelantan di perkatakan dan kali ini mungkin rakyat Kelantan khususnya peserta ladang rakyat tersebut sudah tidak tahan lagi akibat dari merasakan diri mereka tertipu oleh kerajaan negeri.

Mohd Donia Hanafi 62, mengatakan beliau seumpama pendatang asing apabila diperlakukan sedemikian oleh kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS.

Tapi kerajaan Kelantan masih lagi menidakkan kisah-kisah tanah ini dengan mengatakan mereka telus dalam pemberian tanah-tanah tersebut.

Masalah Ladang Rakyat ini telah lama dipertikaikan dan dipersoalkan oleh peneroka yang pada mulanya merasakan mereka amat bertuah menjadi rakyat serta anak Kelantan akhirnya seperti dianaktirikan oleh kepimpinan yang melaungkan Islam sebagai landas perjuangan.

Adakah ini yang diajar dalam Islam? Pembohongan demi pembohongan dilakukan terhadap rakyat Kelantan oleh kerajaan PAS. 

Sangkakala menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan supaya bangkit dalam menentang pembohongan secara terang-terangan oleh kerajaan PAS Kelantan.

Selasa, 20 Mac 2012

DEWAN PEMUDA PAS TAK SEDAR MALAYSIA NEGARA BERBILANG KAUM DAN AGAMA

Dalam Harakahdaily hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat (DPMM) melahirkan rasa terkejut apabila kes yang dikatakan menggemparkan negara tentang pembunuhan adik Nadirah dan kes penculikan seorang gadis 14 tahun yang dikatakan dijadikan sebagai pelacur di Thailand.

DPMM melalui Ketua Penerangan mereka berkata isu dan kes ini menampakkan kegagalan kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai keagamaan kepada rakyat. Betul ke tu?

DPMM perlu sedar tentang apa yang mereka perkatakan sebenarnya. Sangkakala bukan menidakkan hukum Allah adalah hukuman terbaik, tetapi ianya perlu dikaji dan diperhalusi. Jika Malaysia hanya diduduki atau dihuni oleh orang islam semata-mata, mungkin mereka boleh berkata begitu. tetapi Malaysia mempunyai penduduk serta rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Semua agama didunia menjurus kepada keharmonian dan menekankan supaya penganut agama berkenaan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Tetapi jika seseorang itu bertindak melakukan sesuatu yang buruk itu adalah kehendak mereka secara peribadi.

Jika kerajaan menekankan tentang kebaikan serta keagamaan sekalipun dengan menjatuhkan hukuman mandatori dan sebagainya, belum tentu rakyat negara ini akan menjadi baik sebaik-baik manusia dengan mengatakan kadar jenayah dapat dihapuskan seratus peratus.

Kita bayangkan di Kelantan yang telah ditadbir oleh kerajaan PAS yang mana kerajaan tersebut menekankan bahawa mereka adalah kerajaan Islam, masih ada lagi kadar jenayah dan masih ada juga aktiviti pelacuran disana. Tidak cukup dengan itu, kita perhatikan pula berapa ramai rakyat dari Kelantan yang menyeberangi sempadan untuk berseronok atau berpoya-poya di negara jiran.

Adakah PAS berjaya untuk mendidik rakyat di negeri tersebut menjadi baik dan mengurangkan kadar jenayah di negeri tersebut?

Sangkakala tidak nampak perkara itu berlaku dalam pemerintahan PAS di Kelantan. Malah masih ramai anak-anak gadis Kelantan yang berkerja sebagai GRO dan sebagainya. Adakah didikan agama kerajaan Kelantan juga gagal?

Jenayah berlaku dimana-mana dan perkara ini tidak boleh hanya ditujukan kepada kerajaan yang memerintah negara, kerajaan negeri juga perlu bertanggungjawab lebih-lebih lagi ibu dan bapa yang bertindak mencorak masa depan anak-anak mereka.

Jadi bagi Sangkakala, kenyataan Dewan Pemuda PAS ini boleh dikatakan ditakuk lama dan tidak tahu apa terjadi di sekeliling mereka.

IKAN KELISA BUKIT MERAH TERCEMAR DENGAN RADIOAKTIF

Bukit Merah di negeri Perak merupakan sebuah pusat peranginan dan pelancongan yang menjadi daya penarik untuk pelancong singgah dan bersantai. Tasik Bukit Merah yang indah dan aman juga menjadi tumpuan apabila tiba musim cuti untuk keluarga menikmati percutian.

Dari segi ekonominya pula, Tasik Bukit Merah merupakan kawasan yang menjanjikan ikan air tawar diantara yang terbaik di tanah air.

Ikan Kelisa atau Arrowana liar juga boleh ditemui di tasik ini termasuk ikan-iakan air tawar yang bermutu tinggi.
ikan kelisa atau arrowana yang diternak di
bukit merah
Kini kita dapat melihat pengusaha-pengusaha ikan kelisa dalam kolam ternakan memenuhi kawasan Bukit Merah yang mana kadar Ph air dan tanah kawasan ini amat sesuai untuk penternakan ikan yang boleh diiktiraf sebagai ikan permintaan antarabangsa itu.



Kebanyakan ikan-ikan ini dieksport ke luar negara dan harga bagi setiap ekor ikan ini boleh mencecah ribuan ringgit bergantung pada saiz dan jenis ikan arrowana.

Itu kita kata dari segi perikanan, dari segi pertanian pula, kawasan Bukit Merah adalah salah satu kawasan dimana penanaman padi giat dijalankan dengan pengeluaran yang boleh dikatakan memberangsangkan bagi menjana pendapatan para petani atau pesawah di kawasan tersebut.

Jika dikaji semula, seperti yang dilaporkan oleh NGO anti Lynas yang mengatakan bahawa kawasan ini adalah kawasan yang mempunyai bacaan radioaktif yang tinggi, bolehkah kawasan Bukit Merah sesuai untuk pembiakan ikan arrowana serta penanaman padi seperti yang Sangkakala sebutkan tadi?

Jika keadaan itu benar berlaku, sudah pasti pengusaha Aquakultur akan menimpa musibah yang besar dan sudah pasti akan berlaku kerugian yang bernilai bukan puluhan ribu malahan mungkin puluhan juta ringgit. Ianya juga bukan sahaja melibatkan pengusaha tempatan malah pelabur asing juga akan terlibat sama dalam kerugian ini.




Tapi apa yang dilihat kini, ratusan kolam ikan dan puluhan ribu ekar penanaman padi dijalankan. Ternyata mereka hanya cuba menakut-nakutkan rakyat di kawasan Bukit Merah.

Mengikut dari apa yang Sangkakala ketahui, Radiasi juga boleh diterima oleh orang ramai dengan penggunaan telefon bimbit kerana ianya juga mempunyai komponen dari bahan yang diperbuat menggunakan Nadir Bumi.

Jadi yang mana lebih selamat? Perusahaan yang dikawal selia atau penggunaan yang tiada halangan?
Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik. Isu Lynas hanya mainan pembangkang dan ianya hanya untuk menggagalkan kerajaan dalam usaha menaikkan taraf ekonomi penduduk disekitar kawasan tersebut dimana peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka dengan luas, inilah yang cuba ditutup oleh pembangkang yang sebenarnya.

Isnin, 19 Mac 2012

PEMBOHONGAN KERAJAAN SELANGOR

Kerajaan Selangor nampaknya cuba mengaburi mata rakyat negeri itu dengan mengatakan bahawa mereka turun padang dalam banjir yang melibatkan Kampung Lembah Jaya Utara Ampang baru-baru ini.

Dalam kejadian banjir tersebut, bantuan yang diberikan oleh Barisan nasional tidak putus-putus bermula daripada malam kejadian lagi. Bilik gerakan yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional dipenuhi dengan barangan sumbangan dari pelbagai pihak berbanding dengan bilik gerakan kerajaan negeri yang dilihat hanya leka membuat kiraan dan bancian pengundi.

Kerajaan Selangor bangga dengan kehadiran sukarelawan mereka yang berjumlah tidak lebih dari 50 orang berbanding dengan Barisan Nasional yang mengerah seluruh kekuatan jentera sukarelawan untuk membantu mangsa yang terlibat.

Apa yang mengecewakan, kerajaan Selangor hanya menghantar bantuan sukarelawan tersebut pada 17 hari bulan iaitu sepuluh hari selepas kejadian yang mengakibatkan kerosakan teruk pada peralatan rumah serta kediaman mangsa-mangsa yang terlibat.

Sangkakala sendiri menyaksikan pada 13 haribulan dimana petugas-petugas bilik gerakan kerajaan negeri telah menghalau mangsa yang masih menumpang di surau Al-Insaniah di kampung tersebut. Adakah ini kebanggaan yang disebut-sebut oleh kerajaan Selangor.
MANGSA-MANGSA YANG DIARAHKAN KELUAR DARI
PUSAT PEMINDAHAN OLEH PETUGAS
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Bantuan-bantuan yang dihulurkan oleh Barisan Nasional seperti tabung berisi gas memasak, dapur gas, tilam, selimut, barangan makanan kering, air mineral, pakaian, makanan kepada mangsa terlibat, duit zakat yang dihulurkan oleh Bank rakyat dan pelbagai-bagai lagi telah dihantar sejak dari awal kejadian. Tidak kurang juga bantuan yang dihulurkan oleh badan bukan kerajaan seperti Gerakan Belia 4B, Majlis Belia Malaysia dan berberapa NGO lain lagi kepada mangsa.

BANTUAN AIR BERSIH KEPADA MANGSA

BANTUAN TILAM DAPUR DAN TABUNG BERISI GAS

SUMBANGAN DARI BANK RAKYAT

SUMBANGAN SELIMUT

MAKANAN KERING

BUKTI PENERIMAAN OLEH MANGSA

TABUNG BERISI GAS YANG DISUMBANGKAN

TILAM UNTUK MANGSA

SUMBANGAN AIR BERSIH DARI
GERAKAN BELIA 4B

Tidak kurang juga sukarelawan dari badan-badan bukan kerajaan seperti Gerakan Belia 4B Malaysia,  Majlis Belia Malaysia, Unit Bantuan Perubatan KPJ dan beberapa lagi pertubuhan juga terlibat sama dalam membantu membersihkan rumah mangsa sejak dari hari pertama kejadian (selepas air surut).
ANTARA SUKARELAWAN DARI GERAKAN BELIA 4B

SUKARELAWAN GB4B MEMBERSIHKAN KEDIAMAN
MANGSA
PERBEZAAN BILIK GERAKAN PR DAN BN
ANTARA SUKARELAWAN GERAKAN BELIA 4B
YANG MULA-MULA MEMBERIKAN BANTUAN
TERMASUK PRESIDEN GB4B
Barisan Nasional juga telah meminta bantuan dari jabatan kerajaan seperti pasukan Bomba dan Penyelamat, Tentera Diraja Malaysia, Kementerian kesihatan, FAMA, Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Polis dan lain-lain jabatan turut sama membantu di kawasan kejadian.

ANKATAN TENTERA MALAYSIA JUGA TERLIBAT
DALAM MEMBERI BANTUAN
PASUKAN BOMBA TURUT MEMBANTU MEMBERSIHKAN
JALAN KAMPUNG

Jadi dimana kerajaan Selangor yang mengatakan bahawa mereka menjaga kebajikan rakyat di negeri yang mereka takluki pada PRU12 yang lepas? Jika Pakatan Rakyat mengatakan bahawa bantuan akhir itu sebagai satu kebanggaan bagi meraka, bantuan awal bagaimana pula?


ORANG INI PULA ADA DIMANA

Harapan Sangkakala agar seluruh rakyat Selangor menyedari akan situasi ini dan tidak lagi terpedaya denagn janji-janji yang ditabur oleh Pakatan Rakyat yang hanya menabur janji pada awalnya tetapi hanya akan tiba pada akhirnya.

KADIAQ DIJANJIKAN GANTI TEMPAT ZULKIFLY NORDIN

Kadir Sheikh Fadzir yang menyatakan bahawa beliau keluar dari UMNO hari ini telah dijanjikan dengan jawatan dan kedudukan oleh Pakatan Rakyat. Beliau yang masih mengidamkan jawatan didalam parlimen mengisytiharkan beliau keluar dari UMNO pada hari ini.

Beliau yang menjawat jawatan Bendahari UMNO bahagian Kulim/ Bandar Baru telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat sebagai calon yang bakal menggantikan YB Dato' Zulkifly Nordin semasa PRU13 nanti.

Patut le Kadiaq beriya-iya mengutuk UMNO dengan pelbagai tohmahan, hingga sanggup mengatakan calon BN membeli undi dari pengundi dan sebagainya. Mungkin pembelian undi ini hanya dilakukan oleh Kadiaq semasa beliau di letakkan sebagai calon ahli parlimen tanpa diketahui oleh kepimpinan UMNO/BN itu sendiri.

Orang yang tidak ikhlas dalam perjuangan sudah pasti akan menarik diri secara sendiri kerana itu adalah petunjuk dari Allah SWT. Kadiaq adalah orang yang tiada keikhlasan dalam memperjuangkan rakyat.

Jadi Sangkakala ucapkan selamat jalan kepada Mantan Menteri 'BOW' Malaysia dan teruskan perjuangan dengan Pakatan Rakyat pula selepas ini. Kalau menang semua rakyat sudah ketahui cara kemenangan beliau iaitu denga cara memberi wang dan membeli undi.

Ahad, 18 Mac 2012

AIR SELANGOR AKAN DISERAHKAN KEPADA SYARIKAT DARI PERANCIS

Menteri Besar Selangor yang kini dikatakan sedang berada di luar negara untuk membincangkan tentang pengurusan air di Selangor.

Kenapa perlu sampai berbincang dengan syarikat asing tentang permasaalahan air di Selangor? Adakah kerajaan Selangor tidak mampu lagi untuk mengurus tadbir bekalan air percuma yang di berikan kepada rakyat negeri tersebut?

Suez Environment adalah sebuah syarikat dari Perancis yang dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan air dan bahan buangan.

Agaknya kerajaan Selangor nak bagi pada syarikat tu pulak kot pengurusan air di Selangor sebab Selangor kini terpaksa menanggung subsidi air kepada rakyat sebanyak 20 meterpadu sebulan.

Jika tidak, atas urusan apa nak berunding dengan syarikat asing tersebut? Apakah Khalid mempunyai agenda tersendiri dalam perundingan itu?

Nampaknya kerajaan pimpinan Khalid memang tidak mampu mengurus tadbir sebuah negeri seperti Selangor, air nak bagi pada syarikat asing, pasir dah bagi pada kroni. Apa lagi yang. Akan tinggal di Selangor lepas ni?





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS BERBAI'AH MENENTANG ISLAM

KATAKAN TIDAK PADA PAS
PAS mennganjurkan setiap calon mereka untuk berbai'ah dan mereka (PAS) mengatakan bahawa bai'ah itu adalah ajaran Nabi Muhammad SAW. Tetapi adakah PAS mengkaji bai'ah yang dijalankan oleh Rasulullah itu untuk apa dan kerana apa?

Mengikut apa yang Sangkakala tahu, bai'ah Nabi kepada Sahabat-sahabat baginda adalah untuk memerangi Kafir dalam setiap peperangan di zaman itu. Bai'ah yang dijalankan juga adalah untuk memebri keyakinan bahawa Nabi Muhammad sentiasa bersama-sama meraka dalam setiap peperangan dan peperangan mereka itu adalah jihad kejalan Allah.

Tetapi apa yang dilakukan oleh PAS pula adalah jauh berbeza dari apa yang dilakukan oleh Nabi. Calon PAS berbai'ah semata-mata untuk menjadi calon pilihanraya dan mereka bersumpah apabila mereka menang mereka tidak akan meninggalkan parti dan mereka akan memerangi kerajaan yang ada pada masa ini.

Persoalannya adakah PAS memerangi kafir? adakah kerajaan pada masa ini bertindak kejam terhadap orang islam? Adakah pemimpin tertinggi dalam kerajaan pada hari ini dikalangan orang bukan Islam? Jawapan bagi semua itu ialah tidak.

Jadi Sangkakala membuat kesimpulan disini bahawa PAS membai'ah calon-calon pilihanraya mereka supaya menentang islam itu sendiri. Dimana yang dikatakan mereka menegakkan islam dan mempertahankan islam sekiranya mereka sendiri yang bersumpah untuk memeranginya?

Sangkakala pernah keluarkan dalam satu artikel yang lepas bahawa, bai'ah PAS adalah sekiranya calon tersebut keluar parti dan menyokong UMNO maka, gugurlah talak tiga kepada isteri dan harta benda mereka adalah haram bagi mereka untuk seumur hidup. Dari mana PAS dapat ayat bai'ah sebegini? Adakah itu tuntutan atau ajaran yang dibawa oleh Nabi dan adakah Nabi membai'ah para sahabat serta pengikutnya dengan ayat yang sama?

Cuba kita renung dan kaji kembali, apakah tujuan PAS untuk membai'ah calon-calon mereka sedemikian rupa? Adakah benar ianya mengikut lunas hukum syarak atau ianya untuk kepentingan para pemimpin PAS dalam mengekalkan kuasa mereka sebagai pemimpin?

Sangkakala lihat ianya tidak lebih dari menjaga kepentingan pemimpin tertinggi mereka supaya tidak hilang kuasa. PAS ternyata mempermainkan agama dalam usaha untuk mendapatkan kuasa mereka dan bukanlah untuk menegakkan agama Allah seperti yang di canangkan.

Ini juga jelas apabila Datuk Dr Hasan Ali dipecat dari keahlian serta jawatan EXCO kerajaan negeri hanya semata-mata beliau menegakkan hukum islam di Selangor. Kenapa PAS tidak mempertahankan segala apa yang dilakukan oleh Hasan Ali sekiranya mereka benar-benar ingin menegakkan hukum Allah SWT.

Fikir-fikirkanlah apa yang Sangkakala katakan ini supaya kita semua tidak dibelenggu oleh PAS yang tidak benar-benar mengotakan apa yang mereka katakan dan janjikan.

PAKATAN RAKYAT TIADA HALA TUJU

Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat telah memenangi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dalam Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU12). Namun begitu, hala tuju yang ditnjukkan oleh Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut tidak dapat dipastikan hingga kini.

Selangor sebagai contoh, banyak pelaburan asing yang datang adalah dari pemerintahan Barisan Nasional dan ianya hanya disambung oleh Pakatan Rakyat yang kemudiannya mengatakan kemasukan pelabur asing tersebut adalah hasil usaha mereka.

Perlu diingat bahawa sebelum PRU12, jumlah pelabur yang masuk ke Selangor amat banyak hingga membuatkan negeri itu adalah negeri yang terkaya ditanah air. Tetapi kini jumlahnya merosot apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri itu semenjak tahun 2008.

Kelantan pula jika diperhatikan adalah negeri yang termiskin di Malaysia apa bila kerajaan PAS mengambil alih pemerintahan sejak lebih 20 tahun dahulu. Ini membuktikan bahawa pelabur asing lebih yankin dengan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang lebih konsisten dan lebih bijak dalam menjadi pentadbir sesebuah negeri.

Baru-baru ini Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan) menyelar kenyataan bahawa negeri itu adalah negeri paling miskin di Malaysia. Kenapa perlu Nik Aziz meneyelar kenyataan tersebut sedangkan Negeri Cik Siti Wan Kembang itu tidak ada perkembangan dari segi ekonomi serta rakyat di negeri tersebut  dilihat lebih daif dari negeri-negeri lain.

Pakatan Rakyat juga dilihat terlalu banyak kepincangan serta perbalahan dalam kepimpinan hingga membuatkan pelabur-pelabur asing yang cuba membawa keuntungan takut sekiranya sesuatu terjadi dalam sesebuah negeri apatah lagi jika pelaburan sudah dibuat.

Dari segi alam sekitar pula, banyak kepincangan juga berlaku di negeri-negeri dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat contohnya isu Ladang Rakyat serta air bersih di Kelantan, isu pasir dan sampah di Selangor semuanya masih lagi dalam keadaan membimbangkan.

Isu pasir di Selangor contohnya, setelah 4 tahun Pakatan rakyat memerintah negeri Selangor dilihat sudah hampir hancur dengan projek pengorekan pasir di beberapa buah tempat. Jadi dimana hala tuju Pakatan Rakyat yang dilihat selama mereka memerintah?

Sabtu, 17 Mac 2012

KETUA PENERANGAN PEMUDA SELANGOR PULA BERSUARA

Kenyataan dari:

Mohd Safarizul Mustaffa
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Selangor

Ampang, 17 Mac: Kerjasama dengan Yahudi dan Zionis sememangnya dua perkara yang berbeza. Tapi dalam konteks yang cuba disembunyikan oleh hadi awang ialah hubungan anwar ibrahin dengan pertubuhan-pertubuhan yang telah disahkan sebagai jentera propaganda zionis iaitu NDI dan KAF.

Justeru inisiatif yang cuba dilakukan oleh kepala agama seperti hadi awang semakin mengesahkan kewujudan Anwar Ibrahim sebagai belukang Zionism cumanya hadi awang cuba mengelirukan rakyat dengan Yahudi serta Zionis.

Hadi Awang cuba mengelirukan umat islam malaysia.sokongan anwar terhadap yahudi merujuk kepada regim zionis sebab Zionist yang menguasai Israel dan merampas tanah Palestin.

Yahudi AJC (American Jewish Committee) yg bertapak di pentadbiran Amerika juga adalah regime zionist.

Yahudi 1 bangsa yang dicatatkan dalam Al-Quran sebagai 1 bangsa yang bijak dan dilaknat Allah swt tetapi tak bermaksud Yahudi yang menerima kebenaran Islam tidak diterima sebagai orang-orang yang beriman pada Allah.

Mereka Ahli kitab, sembelihan haiwan bersyarak halal kita makan dan kita halal menikahi mana2 wanita yg berdarah Yahudi..contoh Jemima isteri kepada Allahyarham Yasier Arafat.

Persoalannya disini golongan yahudi yang anti kekejaman dan peperangan adalah kelompok yang sangat2-sangat kecil kurang dari 3% bilangannya. Majoriti semuanya menyokong rejim Zionist.

Dalam konteks di Malaysia apabila Anwar menyokong Israel dan merujuk kepada bangsa Yahudi itu adalah Zionist. Kenyataan Hadi Awang berunsur putar belit politik untuk kepentingan survival parti Pakatan Rakyat.

Kesimpulannya tidak boleh ada sebarang hubungan dua hala dengan israel dan yahudi kerana majoritinya mereka adalah penyokong regim Zionist.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SATU LAGI PANDANGAN TENTANG YAHUDI

Pandangan dari Feriz Omar tentang kenyataan Hadi Awang. "BERNIAGA DENGAN YAHUDI BOLEH, SELAGI BUKAN DENGAN ZIONIS - HADI AWANG ..."

Berikut adalah pandangan saya:-
1. Allah swt dgn jelas menegah umat Islam bersekongkol dgn Yahudi-Nasrani. Hatta atas dasar kerjasama yg dibenarkan sekalipun, Islam perlu berada di kedudukan yg menentukan keputusan terakhir dan lebih berkuasa seperti dlm Piagam Madinah.

2. Kita tidak perlu pergi jauh sehingga berniaga spt disaran Hadi Awang, malah gabungan PAS-DAP itu pun ditegah Allah swt. Sudah terang lagi bersuluh, DAP memperjuangkan wawasan utk menubuhkan negara sekular sepertimana termaktub dlm perlembagaannya.

3. Sbg parti yg kononnya perjuangkan Islam itu pun, PAS sudah mengengkari tuntutan Allah swt dan sanggup memperjudikan Islam demi politik.

4. Atas alasan apa jua pun, PAS telah mengorbankan kesyumulan Islam malah kalau ia dikatakan 'helah' sekalipun, Gabungan DAP-PAS adalah tidak seimbang. Sepatutnya PAS mengawal DAP, tetapi yg berlaku adalah sebaliknya. Ini mungkin berlaku kerana kantung PAS utk PRU13 semakin 'kering' lagi 'kosong'.

5. Niat untuk berniaga dgn Yahudi pun baiklah dilupakan. Kita mesti ingat bahawa semua keuntungan mana-mana syarikat kepunyaan Yahudi sebahagiannya disumbangkan semula bagi mendaulatkan Negara Israel dan meranapkan Negara Palestine!

6. Menghimbau kembali sirah Rasulullah saw di peringkat awal penghijrahan ke Madinah, Rasulullah seru agar semua telaga dan perigi air kepunyaan Yahudi dibeli semula oleh umat Islam.

7. Kita perlu ingat bahawa Yahudi secara keseluruhan (tidak kira Zionis atau tidak) adalah lintah darat yg jika diberi betis nak peha dan berperangai seperti Belanda dapat tanah.

8. Ini bukan saya saja yang kata tetapi seperti disimpulkan dalam Al-Quran dan sirah Rasulullah saw.
Demikian seadanya dari saya.
Wassalam.

FERIZ OMAR
"Ku Mahu Berjuta К∂ω∂Ν !"
FB : FERIZ OMAR
T : @FerizOmar
BB : 269F6EB7



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BANTUAN BANJIR KERAJAAN SELANGOR HANYALAH RETORIK

Bantuan banjir sebanyak RM 300'000.00 yang di nyatakan oleh kerajaan Selangor kepada mangsa bencana alam itu adalah retorik semata-mata. Ini jelas apabila bantuan tersebut hanyalah angka dan tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Sangkakala berkata begitu kerana mengalami sendiri pengalaman dalam membantu mangsa di Kg Lembah Jaya Ampang baru-baru ini. Bayangkan petugas-petugas banjir bertindak dengan mengusir mangsa dari surau Al-Insaniah yang menjadi penempatan sementara mangsa banjir pada 12 Mac dengan alasan semua kediaman sudah boleh diduduki semula oleh mangsa.

Beberapa mangsa yang Sangkakala temui menyatakan kekesalan mereka di atas tindakan petugas-petugas tersebut yang mengatakan bahawa bilik gerakan mangsa banjir akan ditutup dan semua mangsa dikehendaki mengosongkan rumah ibadat tersebut menjelang malam.

Seorang sukarelawan PAS yang Sangkakala temui berkata mereka harus keluar dari surau berkenaan kerana anak-anak kecil mereka mengganggu jemaah untuk menunaikan solat kerana berbuat bising. Bagi Sangkakala, apalah yang di ketahui oleh anak-anak berusia 4 ke 5 tahun selain dari bermain-main sedangkan ibu bapa mereka sibuk mengemas rumah dan sebagainya.

UMNO Selangor telah menyumbangkan barangan serta bantuan melebihi dari RM500'000.00 dalam usaha membantu mangsa yang terlibat, ini tidak termasuk bantuan yang zakat yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat berjumlah RM 900'000.00 yang diagih-agihkan kepada mangsa.

Begitu juga dengan beberapa institusi kerajaan seperti FAMA dan sebagainya yang turut sama memberi bantuan dari awal lagi. Sukarelawan-sukarelawan yang dikerah melalui pertubuhan belia dan Badan Bukan kerajaan lain juga turut sama membantu.

Jika pada hari ini setelah 10 hari kejadian tersebut menimpa mangsa baru kerajaan hendak memberikan bantuan rasanya sudah terlambat, dan bantuan sebanyak RM 300 seorang tidak memadai dengan jumlah kerosakan yang dialami oleh mangsa.

JINGGA 13 MENCABAR UNDANG-UNDANG


Tindakan sebuah badan NGO yang merancang untuk mengadakan himpunan haram bagi menuntut pembebasan Imam Hoslan dilihat seperti tidak memahami undang-undang di negara ini, Jingga 13 juga seperti mahu mencabar kedaulatan undang-undang dengan menyatakan mereka akan melakukan himpunan tersebut dan menghantar memorandom kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung.

Yang salah tetap salah dan layak dihukum dan hukuman dari seorang hakim adalah setelah mengikut prosiding yang ditetapkan, bukan main suka-suka untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang pesalah.

Hukuman juga biasanya adalah untuk iktibar bagi orang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Imam Hoslan di kenakan hukuman penjara selama setahun berikutan beliau melemparkan kasut kearah hakim dan perbuatan itu di anggap kurang ajar apatah lagi beliau ialah seorang imam yang sepatutnya memberikan tunjuk ajar serta amalan yang baik.

Dengan kenyataan NGO berkenaan dan dengan mengadakan himpunan seperti itu, Jingga 13 seolah-olah membenarkan si pelaku atau orang lain melakukan tindakan serupa dan sewenang-wenangnya menghina badan perundangan negara dan institusi kehakiman.

Tetapi mungkin juga Jingga13 melakukan semua ini kerana Imam Hoslan adalah seorang ahli PAS seumur hidup dan jika beliau seorang ahli UMNO atau komponen BN sudah tentu Jingga 13 akan meminta hukuman yang lebih berat dijatuhkan.

Jumaat, 16 Mac 2012

NASI OH NASI ITUPUN PAS NAK SAPU

Dari blog Taipingmali GEORGETWOWN: "Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan," kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.

Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.

Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.

"Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini. Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu," katanya yang ditemui di sini, semalam.

 Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan. "Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur.

Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu. "Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar," katanya.

"Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut," katanya. Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.

"Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.

 "Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar," katanya. Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin

KULIAH JUMAAT OLEH NIK AZIZ

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pihak yang mendakwa Kelantan sebagai negeri termiskin di negara ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sindiran sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana Kelantan adalah salah sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia dan sepatutnya dilayan serupa dengan negeri-negeri lain.

"Kalau kita berkereta dari sempadan Terengganu masuk ke Bukit Yong, Pasir Puteh kita dapat lihat dengan jelas perbezaan keadaan jalan antara dua negeri.

"Sedangkan duit yang dibelanjakan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan adalah milik rakyat dan bukannya milik 'mak bapak' mereka.

"Sebab itu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan (royalti minyak) yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal sesen pun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di akhirat nanti," ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri di sini hari ini.

Kenapa nak marah-marah ni? Nanti kena darah tinggi baru tau, sampaikan kuliah Jumaat puin sangkutkan politik juga ke? Tuan Guru apa ni? Baik jangan sebut kuliah Jumaat, kata kuliah politik PAS kan senang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BOLEH KE NIK AZIZ JAWAB NI

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Selasa depan berhubung dakwaan wujud penyelewengan dalam syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) membabitkan peruntukan RM600 juta yang diberikan kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah air di negeri ini.

Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, siasatan menyeluruh perlu dijalankan ekoran banyak projek yang dirancang AKSB membabitkan perbelanjaan 'luar biasa' dan banyak daripadanya gagal.

Azmi sebelum itu menyertai lebih 300 orang mengadakan demonstrasi secara aman di berhampiran bulatan Pasir Pekan dekat sini, bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz bertanggungjawab menyelesaikan itu tersebut.

Demonstrasi itu juga diadakan bagi mendesak kerajaan Pas Kelantan memecat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Md. Ainizam Abd. Rahman yang didakwa terlibat dalam banyak penyelewengan terbabit.

Dalam demonstrasi aman itu, Azmi turut mendedahkan beberapa penyelewengan dalam AKSB melalui satu dokumen biru bertajuk 'Fakta Kelemahan Pengurusan AKSB Sekarang (2008 Hingga 2011)' yang menunjukkan hampir RM200 juta wang yang diperuntukkan itu dilaburkan ke dalam projek yang gagal membawa manfaat kepada rakyat.

"Projek Air Tidak Berhasil (NRW) yang membabitkan kos RM130 juta bermula Julai 2008 hingga )gos 2011 gagal menterjemahkan sebarang impak positif terhadap sistem bekalan air di negeri ini secara menyeluruh.

"Kos tinggi menaik taraf Loji Rawatan Air Pintu Geng yang menelan belanja RM58 juta sedangkan difahamkan perbelanjaannya cuma sekitar RM35 juta dan pada masa sama bekalan air masih tetap dengan kualiti yang rendah," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut di sini, hari ini. - Utusan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

FITNAH PAKATAN TAKKAN BERAKHIR

Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan habis memfitnah kerajaan hinggalah mereka berjaya menjadi pemerintah. Ini dapat dilihat apabila tuduhan demi tuduhan dilemparkan terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas menampakkan mereka tidak mempunyai agenda lain selain mengaburi mata rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional telah memerintah negara selama lebih 50 tahun dan rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan damai serta harmoni.

Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai penduduk serta rakyat berbilang kaum yang mana semua berkerjasama dalam membantu menaikkan taraf ekonomi negara.

Adalah amat menyedihkan apabila ada segelintir pihak yang cuba untuk memusnahkan keharmonian ini dengan menabur fitnah terhadap kerajaan yang selama ini telah menabur bakti dalam usaha menaik taraf sosioekonomi rakyat.

Seperti semalam, ketua pembangkang telah mengeluarkan kenyataan di dalam keadilandaily yang mana beliau telah mengatakan bahawa ekonomi Malaysia merudum akibat dari gejala rasuah.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampaikan ucaptama pada Public Relation World Congress di dubai semalam.

Bagi seorang rakyat Malaysia yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak seharusnya mengutuk negara ini di negara luar dan ini akan mengakibatkan pelabur-pelabur asing menjadi takut untuk melabur di Malaysia dan ini adalah satu kerugian terhadap negara.

Kita semua harus berfikir, jika Anwar menjaja nama Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk, adakah jika Anwar dan kuncu-kuncunya memerintah perkara ini dapat di baik pulih sepenuhnya?

Sudah pasti jawapannya tidak dan jika pelabur-pelabur tidak lagi masuk ke Malaysia, negara ini akan mengalami kerugian yang besar dan seterusnya akan menjadikan negara ini sebagai negara miskin.






TIMBALAN PESURUHJAYA PAS SARAWAK MEREPEK

Sangkakala terbaca didalam portal Harakahdaily artikel yang ditulis oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak yang mengatakan bahawa kerajaan perlu mengkaji semula undang-undang sivil yang ada sekarang dalam memastikan kadar jenayah terhadap kanak-kanak dapat dihapuskan.

Artikel ini lebih menjurus kearah kematian sadis arwah adik Dirang baru-baru ini. Apa yang menghairankan ialah, adakah kenyataan ini benar-benar ikhlas atau ada unsur-unsur politik didalamnya?

Bagi Sangkakala, ianya tidak lebih dari artikel politik yang mana ianya cuba menarik perhatian rakyat. Kita semua sedia maklum bahawa kes yang melibatkan kematian (bunuh) hukuman yang akan dijalankan keatas pembunuh tersebut adalah hukuman mati mandatori, ini bermakna hukuman ini adalah amat wajar dan setimpal dengan apa yang telah dilakukan oleh suspek keatas mangsa.

Jika dilihat kepada kenyataan artikel tersebut, ada hukuman lain yang lebih hebat selain dari hukuman tersebut dan apa pula hukumannya? Adakah hukuman lain selain dari hukuman mati mandatori yang lebih baik dalam menangani kes-kes sedemikian?

Sangkakala merasakan bahawa hukuman tersebut amat wajar dan jika di kembalikan kepada hukum Hudud seperti yang di tulis oleh penulis tersebut, rasanya hukuman yang sama akan dijalankan.

Jadi Sangkakala merayu supaya janganlah kematian adik Dirang dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang gilakan kuasa untuk memerintah. Sedekahkan Al-fatihah kepada arwah adalah jalan terbaik disamping berdoa supaya si pelaku dapat dibawa ke muka pengadilan dan sudah tentu hukuman setimpal bakal menanti si pelaku.

PENASIHAT AGAMA KEPADA PM TAK BUAT APA-APA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga tentang agama Islam dan seterusnya menjadi penasihat Agama Islam kepada Perdana Menteri dilihat tidak melakukan peranan beliau dengan sepenuh hati dan pebuh dedikasi.

Sangkakala berkata begitu apabila melihat tuduhan demi tuduhan liar yang dibuat oleh pihak pembangkang tidak dapat ditangkis oleh beliau atau beliau tidak mampu untuk berbuat demikian kerana selama ini beliau hanyalah kakitangan kerajaan yang dilantik sebagai Menteri.

Cuba para pembaca renungkan kembali apabila gambar Perdana Menteri di edit oleh pembangkang yang menampakkan PM sedang ditanda di dahi oleh orang India, penasihat agama ini langsung tidak mengeluarkan apa-apa komen, seolah-olah perkara itu tidak meninggalkan kesan walaupun pada akhirnya rakyat tahu yang gambar itu ialah gambar superimpose yang direka oleh pembangkang.

Kita lihat pula apabila Perdana Menteri pergi ke Batu Cave atas jemputan penganut agama Hindu dalam perayaan Thaipusam baru-baru ini, beliau langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan teguran yang dilakukan oleh Tan Sri Harusani Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak sehinggalah Tan Sri mengeluarkan kenyataan semula berhubung pemergian Perdana Menteri ke perayaan itu atas dasar pemimpin tertinggi negara.

Begitu juga dengan pemberian Ang Pow oleh orang PAS kepada peniaga-peniaga Cina di dalam pasar yang menjual daging babi, beliau juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan perkara tersebut.

Sangkakala hairan, adakah penasihat Perdana Menteri ini hanya memandang untuk menjadi Ahli Parlimen memandangkan beliau kini adalah senator dan akan tamat tempoh memegang jawatan senator tidak lama lagi?

Tempoh hari Sangkakala ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak layak menjadi ahli parlimen atau menteri kerana Sangkakala melihat tidak ada kredibiliti beliau untuk menjadi 'winablecandidate' seperti yang dihajati oleh Perdana Menteri dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional kelak.

AZIZAN RAZAK BUKAN LAGI MB KEDAH

BAKAL MB KEDAH YANG BARU

Kemelut yang melanda negeri Kedah baru-baru ini sehingga PAS Pusat terpaksa menubuhkan jawatankuasa pemandu untuk memantau setiap keputusan yang di buat oleh Datuk Seri Azizan Razak.

Ini jelas menunjukkan bahawa Azizan kini tidak lagi mempunyai kuasa ekzekutif dalam pentadbiran negeri. Ini juga jelas menunjukkan bahawa PAS Pusat cuba untuk mengambil alih kuasa pentadbiran Azizan selaku Menteri Besar.

Jawatankuasa pemandu itu ditubuhkan setelah Datuk Seri Azizan bertindak dengan tidak melantik semula 2 orang EXCO yang juga merupakan orang kuat PAS negeri itu.

Selain dari itu juga, Azizan semalam mengumumkan bahawa beliau akan bercuti tetapi tidak melantik pemangku Menteri Besar selama ketiadaan beliau. Mungkinkah juga PAS Pusat bertindak tidak membenarkan Azizan meletakkan sesiapa sebagai pemangku MB dan mungkin Juga PAS Pusat sendiri akan meletakkan pemangku tersebut di kalangan ADUN yang boleh mendengar kata.

Apa yang pastinya kini ialah, kuasa sebagai Menteri Besar sudah tidak lagi berada ditangan Azizan, semuanya tertakluk kepada keputusan jawatan kuasa pemandu yang akan membuat segala keputusan tentang pentadbiran negeri dan Azizan hanya diletakkan tetapi tidak ada bezanya dengan ADUN biasa dari kalangan PAS.

Khamis, 15 Mac 2012

PKR PERMAINKAN KHALID IBRAHIM

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mempertikaikan kawasan beliau mengundi.

Khalid sebelum ini dikatakan mengundi di kawasan Petaling Jaya Utara dan kini bertukar ke kawasan Lembah Pantai.

Menurut beliau, beliau sendiri tidak tahu bila beliau ditukarkan ke kawasan Lembah Pantai dan hanya mengetahui semua itu apabila membuat semakan di laman web SPR.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.

Sangkakala percaya ini semua adalah mainan PKR sendiri yang tidak mahu Khalid bertanding di Selangor dan seterusnya menjadi Menteri Besar negeri berkenaan.

Nampaknya lepas ni jalan untuk Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor semakin cerah apabila Khali tidak lagi boleh bertanding di Selangor sebagai ADUN.

RAFIZI RAMLI BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT

JAMBU JUGA RUPANYA

Sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia selalu terdengar tentang pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR iaitu Rafizi Ramli. Tahukah pembaca semua latar belakang Rafizi ni yang sebenarnya?

Para pembaca mungkin tidak menyelidik siapa si Rafizi yang kerjanya hanya mencari invoice dan bil-bil hotel serta catering dimana Perdana Menteri membuat tempahan makan dan sebagainya.

Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa si Rafizi ni seorang manusia tapi ibarat kacang lupakan kulit, atau lebih tepat lagi sebagai orang yang tidak mengenang jasa.

Rafizi ni dilahirkan di Besut Terengganu dan dibesarkan di Kemaman dan Kuala Kangsar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail Kemaman dan kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Pernah di anugerahkan dengan biasiswa PETRONAS sebelum SPM dan pernah juga berkhidmat dengan PETRONAS.

Mari kita lihat kenapa Sangkakala kata dia ibarat kacang lupakan kulit.

Menerima pendidikan awal di sekolah rendah Sultan Ismail di Kemaman, ianya adalah sebuah sekolah yang dibina oleh kerajaan dan disitulah dia mula menimba ilmu, kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar yang di urus tadbir oleh kerajaan dan disitu jugalah dia mendapat pendidikan menengah.

Pernah mendapat biasiswa PETRONAS untuk beliau belajar dan itu sebelum SPM lagi.

Pernah berkerja di PETRONAS dan disitulah dia mencari rezeki.

Cuba para pembaca sekalian fikir, adakah Rafizi belajar di sekolah yang dibina oleh dibina oleh Pakatan Rakyat atau PAS kerana dimasa itu Pakatan Rakyat dan PKR masih belum wujud lagi, jawapannya ialah tidak. Pernah belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, adakah koleh tersebut di biayai oleh PAS atau DAP pada masa itu? Jawapannya juga tidak.

Pernah berkerja dengan PETRONAS, adakah PETRONAS itu diasaskan oleh PAS atau DAP? Jawapannya juga tidak.

Semua yang ada diatas tadi adalah hasil dari usaha Barisan Nasional dari dulu hinggalah kini, dan apabila sudah mempunyai pelajaran dan sudah mampu untuk hidup, maka si Rafizi bertindak menghentam kerajaan seolah-olah langsung tiada budi dan jasa yang ditaburkan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada beliau. Ini adalah satu contoh seperti yang dikatakan tadi "kacang lupakan kulit".

Apa yang lebih menyedihkan lagi, rupa-rupanya jawatan Pengarah Strategi dalam PKR itu adalah sama dengan taraf seorang ofisboy atau budak pejabat yang kerjanya hari-hari mencari fail tetapi berbeza pula dengan Rafizi, kerja beliau secara rasminya adalah mencari invoice serta bil-bil dari hotel-hotel serta catering.

Rabu, 14 Mac 2012

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MEMERINTAH

Setelah lebih 4 tahun berlangsung pilhanraya umum bagi negara Malaysia yang melihatkan beberapa buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kini pilhanraya umum ke 14sudah berada di ambang pintu, hanya menunggu masa untuk di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Pelbagai perkara telah terjadi sepanjang tempoh 4 tahun ini yang mana kita semua melihat kejatuhan pimpinan Pakatan Rakyat negri Perak yang di pimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan di monopoli oleh kepimpinan DAP.

Pakatan Rakyat mengatakan bahawa kejatuhan ini adalah disebabkan oleh penggulingan Barisan Nasional walaupun pada hakikatnya kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak tidak lagi mendapat kepercayaan dari beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang seterusnya keluar dari parti dan menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

Kita juga melihat baru-baru ini, dimana Datuk Dr Hasan Ali dipecat dari menjawat jawatan EXCO kerajaan negeri Selangor dan ahli PAS, ini semua kerana kepimpinan DAP serta PKR tidak bersetuju dengan cara Hasan Ali menguatkuasakan undang-undang islam di negeri tersebut.

Kita juga dikejutkan dengan kes EXCO kerajaan negeri Kedah yang tidak dilantik semula oleh Menteri Besar hingga mengheret PAS Pusat untuk membuat keputusan dengan mewujudkan jawatankuasa bertindak untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Pulau Pinang pula kita semua dapat lihat bahawa kerajaan negeri telah bertindak zalim terhadap orang-orang melayu terutamanya peniaga-peniaga yang merasakan diri meraka sentiasa ditindas dan ditekan oleh kerajaan negeri.

Itu semua adalah kes-kes dimana melibatkan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat. Ini belum lagi termasuk dengan kes pemberian daripada sebuah syarikat kepada Mursyidul Am PAS berupa pakej haji bernilai lebih dari setengah juta ringgit.

Begitu juga dengan kes Ellizabeth Wong yang gambar bogelnya tersiar di dalam laman-laman web, belum lagi kisah khalwat yang melibatkan ADUN PAS dan yang terbaru kes khalwat yang melibatkan Dr Badrulamin baru-baru ini di Pahang.

Kes yang melibatkan menantu kepada Mursyidul Am PAS yang memegang jawatan tinggi dalam anak syarikat kerajaan negeri Kelantan. Kes pasir di Selangor, Pemberian kontrak secara runding terus oleh kerajaan negeri Selangor dan banyak lagi.

Semua kes-kes ini dipandang sepi oleh pihak Pakatan Rakyat dan mereka masih lagi mengatakan kes-kes tersebut semuanya adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

Kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat Shaiful Bukhari dan kemudian dibebaskan kerana masalah teknikal dan kes video seks beliau yang didedahkan oleh Datuk Eskay.

Ini semua jelas mnunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu dan tidak layak untuk memerintah sebuah negara, mana mungkin mereka layk untuk memerintah, sedangkan belum lagi memerintah negara sudah bermacam-macam kisah yang dilakukan oleh pihak Pakatan ini.

Jadi untuk PRU13 nanti, marilah sama-sama kita memberikan semula kepercayaan yang telah diberikan oleh datuk dan nenek kita dulu kepada UMNO dan Barisan Nasional.