live streaming / siaran langsung

Rabu, 17 Ogos 2011

MB SELANGOR MENGGELETAR


Menteri Besar Selangor tunduk dengan dengan desakan beberapa ADUN Selangor yang beragama Kristian yang meminta TS Khalid Ibrahim untuk memohon maaf berikutan serbuan JAIS terhadap sebuah Gereja di Damansara baru-baru ini.

Antara yang mendesak MB Selangor untuk memohon maaf terdiri dari Ronnie Liew, Dr Xavier Jayakumar, Teressa Kok dan Elizabeth Wong.

Tapi apa yang kita perhatikan hari ini, tidak ada langsung kepimpinan PAS yang berani bersuara menyatakan sokongan terhadap Datuk Dr Hassan Ali dan juga JAIS dalam melaksanakan undang-undang.

Ini ke yang dikatakan untuk menegakkan hukum Allah? Hingga ada umat islam yang berbuka di Gereja tetapi diserbu oleh penguatkuasa dan dibiarkan saja oleh pemimpin yang mengatakan mereka pejuang agama islam yang sejati?

Datuk Dr Hassan Ali juga mungkin telah merasakan bahawa beliau tersalah memilih parti dalam perjuangan politik.

Lagi satu kita boleh lihat, PAS tidak pernah melakukan desakan kepada pihak Gereja untuk memohon maaf terhadap keterlanjuran mereka dalam kes tersebut.

Sangkakala merasakan PAS memang telah banyak terpesong dari landasan perjuangan mereka selama ini.

Kepada pengikut-pengikut PAS, Sangkakala sarankan untuk memilih perjuangan yang benar dengan memilih UMNO sebagai wadah perjuangan. Sebuah parti yang selama ini berjuang untuk agama dan bangsa.


Selasa, 16 Ogos 2011

KERAJAAN PULAU PINANG MENCABAR KEWIBAWAAN ORANG ISLAM

Apa dah jadi di Pulau Pinang? Bacaan Al-Quran sudah di larang menggunakan pembesar suara. Adakah ini petanda awal yang Pulau Pinang bakal menjadi seperti negara Singapura.

Sangkakala masih teringat lagi kata-kata mantan timbalan ketua menteri satu semasa berceramah di pilihanraya kecil Merlimau Melaka. Beliau telah mendedahkan mengapa beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Menurut kata beliau dalam ceramah tersebut, beliau telah di panggil oleh Ketua Menteri untuk bertemu kerana ada perkara penting yang hendak dibincangkan. Apabila beliau sampai ke tempat yang di janjikan untuk bertemu Ketua Menteri PP telah membawa 2 orang usahawan cina bersama-sama beliau. Dalam pertemuan tersebut, Ketua Menteri telah mengarahkan beliau untuk meluluskan pemberian tanah wakaf untuk kegunaan tanah perkuburan orang islam kepada usahawan tersebut.

Ketua Menteri memberi alasan bahawa pemberian ini adalah sebagai membalas budi dan jasa kepada usahawan tersebut yang membantu mereka dari sudut bantuan kewangan semasa PRU12 yang lepas.

Sangkakala juga teringat satu masa dulu salah seorang exco kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa azan subuh mengganggu orang bukan islam tidur pada waktu subuh dan ini telah menaikkan kemarahan umat islam di seluruh negara.

Kini Pulau Pinang pula ingin melarang bacaan ayat-ayat suci al-quran menggunakan pembesar suara.

Apa pula kata PAS yang selama ini melaung-laungkan bahawa mereka adalah pejuang islam sejati dan mereka Parti mereka adalah parti islam?

Sehingga kini masih belum ada apa-apa lagi kenyataan dari pihak kepimpinan tertinggi PAS.

Sangkakala rasa mereka akan terus menyepi tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana bimbang akan tindakan yang di ambil oleh DAP memandangkan DAP mempunyai kerusi majoriti di parlimen.

Kepada rakyat-rakyat Pulau Pinang, ini adalah satu pengajaran dan beringatlah semasa pilihanraya yang ke 13 nanti..

Isnin, 1 Ogos 2011

Tindakan PKR Memakan diri

Tindakan PKR dalam menjalinkan kerjasama bersama-sama PAS Dan DAP jelas menunjukkan parti itu tersepit setelah PAS Cuba melamar Tengku Razaligh Hamzah until menyertai parti tersebut Dan meminta TRH menjadi ketua pembangkang.

Apa yang menarik perhatian PAS hingga sanggup membelakangkan PKR sedemikian rupa?

Adakah PAS telah merasakan ada sesuatu yang tak kena dalam pemerintahan?

Atau mungkin pemimpin PAS sudah jemu dengan kerenah PKR yang diterajui oleh DSAI?

Kita tunggu Dan lihat apa kenyataan PAS selepas ni.

Mungkin PKR Dan DAP akan mengugut PAS dengan cara mengeluarkan PAS dari komponen pakatan mereka?

Kita tunggu dan lihat apa akan jadi lepas ni.

Sangkakala menjangkakan sesuatu akan terjadi dan sudah pasti PAS akan menukar kenyataan.