live streaming / siaran langsung

Selasa, 24 Mei 2011

HARAKAH PERLU DI HARAMKAN




Akhbar rasmi PAS (HARAKAH) kini giat dalam mempertikaikan tentang Akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan lidah kepada UMNO dan BN dan selalu mengatakan bahawa akhbar tersebut sentiasa mengeluarkan berita-berita yang mengandungi unsur-unsur fitnah terhadap PAS.
Adakah HARAKAH merasa tercabar setelah segala yang di laporkan tidak mendapat sambutan dari pembaca di seluruh Negara?
Jika dikatakan akhbar Utusan Malaysia menjadi lidah kepada UMNO dan BN, apa kurangnya pula dengan HARAKAH yang menjadi lidah rasmi PAS? Teluskah HARAKAH dalam menyampaikan segala maklumat kepada pembaca?
Sangkakala merasakan isu tentang akhbar Utusan Malaysi ini timbul setelah kenyataan bahawa ‘kristian agama rasmi’. Mungkin pembaca harakah tidak mengetahui apa yang tertulis di dalam Utusan Malaysia pada masa itu. Utusan mengatakan bahawa sumber yang diterima adalah dari laman blog dan bukan dari wartawan Utusan.
Jika dikatakan Utusan membawa unsur fitnah bagaimana pula dengan harakah dan suara keadilan? Kenapa harakah tidak menempelak suara keadilan? Sedangkan suara keadilan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Dr Harun Din yang juga merupakan Timb. Mursyidul Am PAS mengatakan haram untuk orang islam membaca Utusan, sedangkan apabila ditanya semula, Datuk Dr Harun Din menafikan kenyataan tersebut dan beliau juga adalah pembaca tetap Utusan.
Kalau lidah rasmi parti yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam pun sanggup membohongi pembaca, apatah lagi pemimpin mereka yang sememangnya beriya-iya sangat untuk menjadi peneraju kerajaan yang akan bersengkongkol dengan DAP yang terang-terang menolak agama islam melalui kenyataan presiden DAP sendiri.
Sepatutnya yang diharamkan untuk di baca adalah HARAKAH dan SUARA KEADILAN dan bukannya Utusan yang dari dulu lagi memberikan maklumat secara telus kepada pembaca.

Ahad, 22 Mei 2011

GOLONGAN MUDA PEMANGKIN NEGARA





Sesetengah pemimpin UMNO perlu merubah minda mereka pada hari ini, jika dulu segelintir pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan hanya merasakan kehadiran pemuda sebagai satu saingan kepada mereka, hari ini pemimpin-pemimpin UMNO perlu merasakan bahawa kehadiran pemuda adalah sangat di perlukan, bukan hanya di perlukan untuk memasang sepanduk dan poster tetapi pemuda perlu di beri peluang untuk lebih menonjolkan diri.
Penonjolan yang di maksudkan adalah lebih kepada turut sama dalam kempen-kempen pilihanraya, di beri peluang untuk menyampaikan ucapan kepada golongan muda.
Apa yang kita lihat pada pilihanraya-pilihanraya yang terdahulu, dalam setiap kempen pilihanraya golongan muda tidak di beri ruang dan peluang untuk menyampaikan hasrat hati mereka, tidak di beri peluang untuk menyampaikan maklumat. Apa bila ada anak muda yang mampu bersuara, yang mampu untuk meraih sokongan, mereka ini akan di pancung dan dianiaya dan kelebihan mereka ini di nafikan hanya kerana segelintir pemimpin ini takut kedudukan mereka goyah.
Adalah lebih memilukan lagi apabila golongan-golongan ini merasa kecewa hingga termakan kata-kata pembangkang yang kononnya sedia mendengar keluh kesah golongan muda.
Inilah yang membuatkan segelintir generasi muda pada hari ini memilih pihak pembangkang sebagai pentas untuk meluahkan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan. Transformasi golongan muda perlu dilaksanakan dengan kadar segera supaya perkara-perkara yang tidak diingini terjadi di kemudian hari.
Ramai golongan muda Hari ini yang bijak pandai, yang mampu untuk memimpin tetapi diberi tentangan sengit oleh pemimpin-pemimpin dengan meletakkan (juga) dari golongan muda yang  hanya mengikut telunjuk dalam kata lain, pemimpin yang suka kepada burung tekukur yang akan mengangguk dan berbunyi bila jari di petik, sedangkan kerja-kerja mereka belum tentu berkualiti seperti kehendak masyarakat pada hari ini.
Ini adalah petikan dari ucapan YAB Perdana Menteri sempena sambutan hari belia.
  1. Pertama-tamanya saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Belia kepada seluruh warga belia Malaysia. Sesungguhnya  golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar rakyat Malaysia amat penting kepada hala tuju dan masa depan negara.
BELIA PEMANGKIN TRANSFORMASI
Saudara saudari sekalian,
  1. Hari ini negara sedang menangani cabaran yang monumental, iaitu cabaran untuk merealisasikan wawasan kebangsaan bagi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020.  Malaysia memiliki tradisi  unik  bersikap pragmatik dan bukan dogmatik , mengambil jalan yang perlu sama ada ia senang  mahupun sukar bagi memetakan laluan nasional  yang  bersifat transformatif. Inilah keunikan negara kita dari merebut kemerdekaan secara rundingan, mengukuh perpaduan nasional melalui integrasi dan bukannya asimilasi, menghapuskan pemberontakan komunis dengan memenangi hati dan fikiran, membangunkan kawasan luar bandar secara sistematik, membina infrastruktur asas secara di hadapan keluk,  menarik pelaburan asing bagi merangsang proses perindustrian dan hari ini meningkatkan kedudukan negara dalam rantaian nilai global.
Tapi sejauh mana kata-kata ini diambil berat oleh segelintir pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan.
Berilah peluang kepada pemuda untuk menerajui serta membentuk hala tuju pemuda itu sendiri tanpa dikekang oleh mana-mana pemimpin.

Khamis, 19 Mei 2011

KEHANCURAN PARTI KEADILAN BERSAMA-SAMA DENGAN KETUA UMUM


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah menerima satu surat baru-baru ini, kali ini KEADILAN berhadapan risiko diharamkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), berikutan satu surat yang diterima daripada badan itu minggu lalu.

Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ROS memberi alasan KEADILAN telah melanggar fasal perlembagaan parti itu.

Bagaimanapun menurut Saifuddin, klausa yang dirujuk ROS itu sebenarnya tidak wujud dalam perlembagaan KEADILAN.

“Minggu lepas ROS telah menghantar surat kepada parti memaklumkan tujuan untuk mengharamkan KEADILAN. Mereka memberi tempoh sehingga 9 Jun untuk kita memberikan penjelasan mengapa parti ini tidak boleh diharamkan.

“Alasan yang diberikan adalah parti telah melanggar fasal 32.2.1 fasal perlembagaan parti. Klausa  itu sebenarnya tidak wujudpun dalam perlembagaan parti yang diluluskan oleh ROS sendiri.
Menurut Saifuddin, ia merupakan satu lagi siri tekanan terhadap parti itu.

 “Ini membuktikan niat jahat dalam siri serangan terhadap KEADILAN.

 “Selepas serangan terhadap Anwar, Naib Presiden (Nurul Izzah) diugut, kenderaan Anwar disabotaj, pengharaman lidah rasmi parti Suara Keadilan, kemudian ceramah-ceramah KEADILAN disekat.
“Usaha untuk mengharamkan KEADILAN ini adalah antara kemuncaknya,” ujarnya  ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Ini nampaknya satu kenyataan yang kurang bijak bagi seorang setiausaha agung sesebuah parti.

 Persoalannya sekarang? Adakah KEADILAN lupa dengan perlembagaan parti mereka sendiri?
Nampak sangat KEADILAN terlalu terdesak hinggakan semua kes yang melibatkan masalah dalaman parti mereka di tujukan kepada BN dan UMNO.  Ini semua untuk meraih simpati pengundi pada PRU13 yang akan dating. PKR sengaja mengadakan propaganda untuk mengalih perhatian rakyat dari segala isu-isu DS Anwar Ibrahim kepada isu-isu yang murah seperti ini.

Rabu, 18 Mei 2011

TAHNIAH PEMUDA PBB 'SARAWAK MANSANG'


Francis Siah, orang yang sekarang ini hangat diperkatakan di Sarawak yang dikatakan cuba untuk membuat rusuhan sekiranya YAB Tan Sri Taib Mahmud tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Beliau di katakan kecewa setelah kalah dan hilang deposit semasa PRN Sarwak baru-baru ini nampaknya sengaja mencari publisisti murahan.
Manakan tidak beberapa pemuda PBB kawasan tampil membuat laporan polis dan mendesak pihak polis untuk menjalankan sisatan dengan kadar segera apa bila mendapat tahu bahawa Francis Siah akan mengadakan rapat umum untuk menggulingkan Ketua Menteri.
Ini nampaknya amat serius kerana melibatkan isu keselamatan Negara. Kalau nak diikutkan memang patut pun dia kalah dan hilang wang pertaruhan jika ini yang cuba dilakukan oleh beliau.
Seperti yang semua pembaca ketahui Ketua Menteri akan melakukan rombakan Kabinet Sarawak dalam tempoh terdekat, tidak perlu untuk mengadakan demonstrasi atau rapat umum untuk menjatuhkan beliau. Apa yang di kesali di sini, Francis Siah seperti orang hilang akal hingga sanggup meletakkan keselamatan Negara sebagai percaturan dalam politik beliau.
Adakah kemungkinan besare beliau telah di beli oleh sesetengah pihak untuk mencetuskan propaganda murahan seperti ini?
Bagi sangkakala pula, orang sebegini tidak layak untuk di beri tempat bukan sahaja di kalangan masyarakat tapi dalam Negara ini. Sangkakala juga mengucapkan tahniah kepada pemuda PBB yang begitu berani untuk mengekang perbuatan pengkhianat gila ni. Tahniah sekali lagi di ucapkan.


PUAK PR YANG SEMEMANGNYA TAK FAHAM BAHASA MELAYU

 
Dalam harakahdaily hari ini ada mengatakan harga petrol RON95 dijangka naik lagi bulan depan apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan semua harga produk petroleum termasuk RON95, akan dikaji semula.

Adakah PAS,DAP dan PKR tau apa itu maksud di kaji semula? Nampak sangat PR dah takde isu nak di ketengahkan.

PAS hanya mengambil pendekatan dari laporan Malaysiakini yang perkara itu dinyatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di Ipoh baru-baru ini.

“Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

“Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun…saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi,” kata Ismail Sabri.

Harga RON 95 kali terakhir naik adalah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga semasa pasaran baru sahaja naik 20 sen kepada RM2.70 seliter pada 2 April.

Sangkakala rasa PR balik dulu dan pegi ke sekolah semula, lepas tu nanti baru bersuara di mana-mana. Sebab dari apa yang Sangkakala tengok, puak PR ni makin lama makin bodoh pun ada, kalau ini kerajaan yang nak di pilih semasa PRU 13 hancur Negara.


Ahad, 15 Mei 2011

PAS KETANDUSAN PEMIMPIN LELAKI




Dalam Harakahdaily hari ini ada mengatakan bahawa PAS sudah meletakkan ketua cawangan di kalangan kaum wanita. Cawangan yang di maksudkan adalah Cawangan Rahmat Jaya, Kuang dalam kawasan Selayang.
Apa yang menjadi kehairanan, bukankah dulu PAS ada menyatakan bahawa kaum wanita tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana sudah menjadi lumrah kaum itu yang perlu di bimbing dan di lindungi?
Adakah PAS hari ini sudah tersasar dari apa yang dikatakan sebelumnya? Ketua cawangan yang di maksudkan adalah Puan Eisah A Wahid, 53 yang kini menjadi ketua di cawangan tersebut.
Hari ini kita semua dapat melihat bahawa PAS sudah lari dari apa yang di perkatakan. Nampak juga disini bahawa ahli PAS di kalangan kaum lelaki tidak lagi berani mentadbir ahli, ini berikutan kata Puan Eisah sendiri yang mana ahli-ahli di cawangan beliau terutama kaum lelaki inginkan beliau menjadi ketua.

Jumaat, 6 Mei 2011

DAP AKAN BUANG MAYAT ORANG ISLAM KE LAUT

 
Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP sekali lagi mencabar hak dan kepentingan orang melayu dan islam, ini berikutan  hasrat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu menjadikan sebuah tapak tanah di Jelutong di sini sebagai tanah perkuburan mungkin tidak kesampaian.ini kerana kerja-kerja pembersihan yang dijalankan di atas Lot 22 itu dimulai pada hari ini, manakala NGO terlibat masih tidak mengetahui tentang status tanah tersebut.
Sebelum ini beberapa NGO Islam yang bergabung atas nama Forum Penyelarasan Umat (Forum) mempertahankan Lot 22 bagi mengatasi masalah tanah kubur yang terhad. Mereka terdiri daripada Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Islamic Propagation Society International (IPSI) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM)..Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah memberitahu, beliau mengesyaki wujud salah guna kuasa kerana dalam pengetahuannya, status tanah tersebut belum diputuskan.

Jika keadaan ini berlanjutan, dengan kietiadaan tanah perkuburan untuk orang-orang islam di Pulau Pinang, tidak mustahil satu masa nanti kerajaan DAP minta PAS keluarkan fatwa mengatakan, boleh di kebumikan di laut jika tiada tanah (darurat). Mungkin masa tu nanti baru semua penduduk Pulau Pinang akan sedar secara keseluruhan.

Jika benar parti PAS telah mengislamkan DAP, perkara ini seharusnya tidak terjadi. Yang peliknya, kenapa Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mansor Othman yang juga merupakan EXCO Agama Negeri berpeluk tubuh mendiamkan diri dengan tidak berbuat apa-apa? Mungkinkah beliau telah di beli seperti mana Lim Guan Eng cuba untuk membeli Dr Fairus Khairuddin dulu dalam usaha kerajaan Pulau Pinang untuk memberikan tanah kepada kroni yang didakwa telah memberi sumbangan semasa Lim Guan Eng bertanding semasa PRU 12 yang lalu.

Sangkakala rasa penduduk atau pengundi di Pulau Pinang harus memikirkan semula di mana kesilapan mereka semasa PRU12. Harap-harap PRU13 perkara yang sama tidak berulang. Kuburkan DAP di Pulau Pinang!!!

MENTERI BESAR PUTAR ALAM


Datuk Seri Azizan Razak pernah menyuarakan bahawa UUM tidak pernah memohon untuk penyambungan rebet cukai tanah baru-baru ni. Semalam dalam akhbar tempatan pula mengatakan bahawa UUM sudah mengemukakan rayuan tetapi di tolak oleh Pejabat Tanah dan Galian.
Seperti yang kita semua tahu, PTG adalah di bawah kuasa Menteri Besar dan rasanya permohonan itu telah di hantar untuk mendapat kelulusan mesyuarat EXCO kerajaan negeri. Persoalannya disini, adakah Menteri Besar Kedah tidak mampu untuk meyakinkan semua EXCO kerajaan Negeri Kedah dalam memberi rebet pembayaran cukai kepada UUM.
Semasa PRU12 parti PAS (yang kini Kerajaan Negeri Kedah)mengeluarkan manifesto bahawa kerajaan berkebajikan akan di laksanakan sekiranya di beri peluang untuk memerintah. Tapi bila sudah di beri peluang untuk memerintah,kebajikan untuk pembelajaran juga telah di abaikan.
Seperti yang telah berlaku pada awal bulan April yang lalu, kerajaan Negeri Kedah telah bertindak menghalau pelajar-pelajar salah sebuah sekolah ma’ahad tahfiz dan meminta supaya premis tersebut dikosongkan.
Inilah dia kerajaan PAS yang sentiasa berdolak dalik dalam perlaksanaan pemerintahan berkebajikan. Kalau dari dalam konteks islam pula, pembelajaran itu di kira sebagai satu ibadah. Maknanya kerajaan Negeri Kedah yang melaung-laungkan bahawa mereka memperjuangkan islam ternyata indah khabar dari rupa.